Jump to ratings and reviews
Rate this book

Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa

Rate this book
Travelog Kehidupan Abadi, Perjalanan Menuju Dewasa membenarkan saya berfikir dan merenung kembali sebagai seorang lelaki, ayah, dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki. Ini adalah sebuah buku yang tidak khusus buat wanita semata-mata.
Prof. Madya Dr. Mohd. Nizam Mohd. Said, Pensyarah Ekologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penulis sentiasa menyelitkan unsur-unsur ketuhanan dan kemanusiaan yang menyentuh jiwa. Teguran bersahaja tetapi tepat dapat dijadikan pengajaran kepada semua pembaca.
Roshanilawatey Jusoh, Pendidik, Kota Bharu, Kelantan

Sebagaimana siri yang terdahulu, Travelog Kehidupan Abadi: Perjalanan Menuju Dewasa ini meneruskan perjalanan penulis mencari cinta abadi milik Allah. Buku ini adalah sambungan daripada perca hidup penulis. Paling menarik penulis menceritakan kisah lintasan hati seorang anak kecil yang ingin ke luar negara. Ia adalah hasrat hati yang tidak pernah luntur.

251 pages, Mass Market Paperback

First published January 1, 2012

4 people are currently reading
57 people want to read

About the author

Raudzah ''Roza'' Roslan

24 books53 followers
Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah.

Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama.

Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
28 (41%)
4 stars
25 (36%)
3 stars
13 (19%)
2 stars
2 (2%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Ririn Aziz.
793 reviews106 followers
September 17, 2015
Alhamdulillah....berjaya juga habiskan buku ni walaupun tengah2 baca rupanya masa pinjaman dah tamat....huhuhu. Nasib baik sempat renew pinjaman, syukur sangat2.

Indahnya kehidupan seorang hamba bila diri tahu bersyukur. Selalu ingat yang ada kuasa yang lebih besar yang menentukan segala-galanya. Redha dengan ketentuan dari-Nya, Insya Allah, pasti manis ganjarannya...

Terima kasih Puan Roza atas perkongsiannya. Saya 'mengenali' pasangan ini melalui buku-buku tulisan Prof Kamil, yang mana tulisannya lebih menjurus ke arah kehidupannya selepas berjaya. Rupa-rupanya, banyak ranjau yang terpaksa ditempuhi, banyak pengorbanan yang perlu dibuat sebelum mengecapi kesenangan hari ini.

Terima kasih kerana tuan dan puan telah menjadi 'perantara' yang banyak memberi pengajaran kepada saya untuk menjadi hamba yang lebih bersyukur. Semoga puan dan keluarga sentiasa mendapat rahmat dari-Nya dan berada di kalangan hamba-hamba yang terpilih. Aminnn. Insya Allah.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 11, 2016
Perkongsian travelog kehidupan seorang Roza Roslan yang manis dan ada kalanya pahit hidup diperantauan menemani suami menyambung pelajaran.

Tahniah penulis! lintasan hajat hati sewaktu kecil untuk keluar negara tercapai. Walau bagaimanapun membaca kisah Roza bukanlah semata-mata melihat kejayaan penulis ke luar negara, tetapi ada kisah disebaliknya yang mendewasakan beliau.Kisah dari penulis membuat Cik Pah mengimbau kembali impian zaman kecilku yang biasa-biasa dan sekarang juga menjalani kehidupan yang biasa-biasa atas usaha yang biasa-biasa.

Masih belum terlambat kan untuk memasang impian? Seperti pesan Mak Wa
'Pulanglah... belajarlah berenang. Awak tidak akan ke mana-mana sekiranya tidak menggerakkan kaki, tangan dan menggunakan kepala...'


Doa si anak kecil yang 'tidak pandai'

'Ya Allah, berikanlah saya kemungkinan itu. Tunaikanlah hasrat hati. Sekiranya tidak, Kau temukanlah jodoh yang dapat membawa aku ke luar negara'.
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book95 followers
March 5, 2016
Tamat sudah "trilogi abadi" oleh Puan Roza Roslan. Kisah buku ketiga ini merujuk kepada peringkat kehidupan seterusnya. Beranak pinak, kerjaya dan melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi.

Dan seperti buku-buku sebelumnya, Puan Roza tidak pernah gagal menunjukkan ibrah dengan setiap perkara yang berlaku dengannya. Berbanding dengan saya, seringkali mengambil mudah dengan apa yang berlaku, walhal tuhan tetap mahu memberi peringatan dengan perkara kecil sekalipun. Saya alpa. Dan saya perlu bermuhasabah.

Itulah. Itulah untungnya mengembara. Banyak perkara yang dapat membuka mata.
Profile Image for Ummu Soghir.
57 reviews8 followers
April 29, 2020
Bagi siri ketiga dan terakhir ini, penulis menceritakan pengalamannya dalam melalui kehidupan sebagai seorang isteri, ibu, pekerja, jiran dan anak. Bagaimana beliau mengatasi kekangan masa dan wang dalam memberi ruang kepada suaminya untuk mengejar impiannya dan dalam masa yang sama beliau sendiri juga mempunyai hasrat untuk membanggakan ibu bapanya.

Penulis mungkin menganggap ia hanya sebuah kisah hidupnya yang biasa-biasa, namun bagi pembaca, ia adalah sebuah karya luar biasa yang mungkin mampu mengubah sedikit sebanyak kehidupan mereka yang mengambil pengajaran daripadanya.
129 reviews3 followers
February 20, 2019
Aku teringin nak jadi seperti Raudzah Roslan satu hari nanti Insha Allah tapi masih banyak perlu dipelajari...hehe. Tapi Alhamdulillah buku seperti ini mampu membuatkan hati insan seperti aku rasa dekat dengan Allah dan sentiasa bergantung kepadaNya. Walaupun aku tak dapat merasa travel sana sini sangat tapi buku ini dapat bagi kau feel keseronokan travel itu sendiri. Syukur buku ini ada dalam versi eBook di https://www.e-sentral.com/book/info/2... so waktu aku tengah makan pun boleh baca :)
Profile Image for Mahfuzah Abdul.
50 reviews1 follower
May 13, 2014
Allah.
alhamdulillah saya sudah selesai membaca ketiga2 buku travelog hasil tulisan roza roslan.
apa yang mampu saya katakan selepas membaca buku2 tersebut ialah betapa syukurnya saya kepada Allah kerana terlalu banyak nikmat yg Allah kurniakan kepada saya yang mana kadang2 saya anggap itu hanyalah nikmat biasa2 sahaja.betapa bongkak dan alpa nya saya.
tetapi bagi sesetengan orang nikmat tersebut adalah satu benda yang SANGAT BERHARGA bagi mereka.
Allah.
buku2 beliau banyak mengajar saya tentang bersyukur.
buku2 beliau juga berjaya membuat saya mengimbas kembali zaman kanak2 saya yg sangat indah.ye,sangat indah kerana pada waktu itu ledakan teknologi belum lagi menggila.hehe
saya ada ramai kawan di kampung dan kami banyak melakukan aktiviti sama2.main bola kaki tiga,main sorok2,berbasikal sekeliling kampung.memori itu tersangat indah jika diimbas kembali.
apa yang mengubah persepsi saya slps membaca buku beliau ialah kebergantungan kita kepada Allah itu adalah setiap masa.
hampir setiap helai buku roza adalah lintasan hati roza berdoa jika beliau menginginkan sesuatu ataupun jika sesuatu leristiwa terjadi.
dan saya rasa begitulah kita setiap hari.berdoa dalam keadaan tidak formal.itu bagus.bagi saya walaupun doa kita sering meminta2 sesuatu dariNga, tetapi itu menunjukkan kita sering ingat kepada Allah.
dan,kita xtahu Allah nak makbulkan doa kita yg mana satu.

"Ya Allah sekiranya aku tidak dapat sambung master atau phd di negara orang,jodohkan lah aku dgn seeorang yang boleh membawa aku ke sana Ya Rabb.hanya Engkau,ah yang dapat memperkenankan seegala doa2 ku ya Allah"

happy reading peeps!

Profile Image for Syaz Wani.
100 reviews12 followers
December 27, 2013
Travelog siri ketiga ini terasa kurang umphh daripada siri pertama. Saya langkau terus ke siri ketiga kerana tidak menemui siri kedua.
Profile Image for Intan Abida.
7 reviews
January 29, 2017
A good book to read. Banyak kisah & teladan yang dipelajari di dalam buku ini!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.