Pertembungan Aiyani dengan Arumi Aisy, memulakan segalanya. Aiyani yang aegyo, menarik minat Arumi yang selama ini dingin kepada gadis lain di kolej. Biarpun mereka bagaikan kucing dan anjing, Arumi menemukan bahagia di kafe comel milik ibu Aiyani. Surat-surat hitam memaksa Arumi menyingkap tabir dirinya yang selama ini penuh misteri dan rahsia. Sehingga akhirnya Aiyani mula yakin bagi mengucapkan 'saranghaeyo Arumi', tetapi saat itu memori Arumi bagaikan hilang bersama angin.
Ini novel berunsurkan K-pop. Taruhan berani daripada pihak PTS khas untuk anak-anak gadis yang gilakannya. Siap ada cop mohor Hallyu Wave lagi. Wow!
Aku digula-gulakan oleh adindaku yang beria mengunjukkan buku ini ketika di kampung minggu lepas. Bukan main lagi adindaku sorang tu bercerita tentang Choi Minho [wajah lelaki di cover] dan sewaktu dengannya. Amboi! Aku selalunya memantau bahan bacaannya tetapi aku terlepas yang ini. Aduh! Tetapi bila melihat nama penulisnya aku tak risau sangat *wink*
Isi ceritanya mudah seperti mana yang boleh ditonton dalam drama Korea. Bermula dengan Aiyani Hanin [Aiyani] yang bertembung dengan sang jejaka ais; Arumi Aisy [Arumi] pada hari pertama menjejaki kaki ke kolej. Sudahlah lambat, lepas tu merosakkan telefon canggih Arumi. Dan kemudiannya kerana lambat tiba di sesi orientasi, Aiyani didenda pula. Haishhh... Apalah nasib? Dendanya pula rupanya mengambil tanda tangan si senior bermasalah. Siapa orangnya? Arumi la, bukan susah nak teka kan?
Lewat episod seterusnya ada saja adegan yang tak best antara Aiyani dan Arumi. Dalam pada itu ramai pula yang cemburu. Manakan tidak si Arumi tu walaupun bermasalah tetapi banyak peminat. Walaupun dikatakan keras dan dingin, boleh pula Arumi bermain mata dengan Aiyani. Ohh! Memang Korea sangat kih5
Penerapan nilai murni dalam bersahabat, kasih sayang antara keluarga, usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan antara nilai moral yang disogokkan. Harapnya adikku tercinta perasan akan hal itu. Bukan hanya belajar tentang bahasa Korea yang diselitkan saja ya! Lagi satu, sambungannya mungkin laaambat lagi. Bukan akak cakap, penulis yang beritahu dalam blognya.
Aku harus akui penulis memang berbakat besar dalam mengilustrasikan wajah-wajah hero dan heroinnya. Malah jika nak dibandingkan dengan novel-novel sebelumnya, Kak Rose memang sangat pandai melukis hero yang ganteng gitu ;P Dan pemilihan si Fatin Liyana di muka hadapan memang comel.
Apa pun, novel ini sesuai untuk dijadikan bahan bacaan santai sambil berangan nak ke Korea, mungkin? hikhikhik
Ps: Kak Rose, bilakah mahu menjadikan Arsalan ‘wujud’ dalam genggaman? ;))
Aiyani merupakan junior dia kolej barunya. Di sini,dia berjumpa dengan Arumi merupakan senior yang paling digeruni dan digilai di kolej. Tapi pertemuan pertama mereka bermula dengan perbalahan bila Aiyani terlanggar Arumi dan merosakkan iphone Arumi. Pada mulanya Arumi marahkan Aiyani tetapi kemudian dia mahu menjadikan Aiyani sebagai bahan usikan. Tapi dalam tak sedar Arumi semakin menyukai sikap Aiyani yang comel dan kebudak-budakan. Malah Arumi semakin rapat dengan ibu dan adik kembar Aiyani.
Tetapi, sebagai senior yang 'hot' di kolej, ramai yang mencemburui tumpuan yang diberikan kepada Aiyani termasuk Niyaz, kawan baik Aiyani dari kecil. Kalau tidak disebabkan kaki yang tempang, Niyaz juga tidak kurang kacaknya. Dalam diam Aiyani juga menyukai Arumi. Pada awalmya dia sangkakakn Arumi seorang yang angkuh dan teruk, tetapi sebenarnya Arumi seorang yang sunyi, kurang kasih sayang dan mahukan perhatian daripada bapanya. Selepas berlaku perbuatan khianat kepada cafe ibu Aiyani, Arumi mendedahkan identitinya yang sebenar dan menggemparkan seluruh kolej. Arumi merupakan anak seorang Tan Sri dan merupakan hartawan di Malaysia.Sebelum menetap di Malaysia, keluarga Arumi pernah duduk di Korea selama 10 tahun.
Malang tidak berbau bila Arumi telah diserang dan dicederakan. Arumi telah hilang separuh ingatannya, dia hanya mengenali rakan- rakannya di kolej, tetapi tidak mengingati Aiyani langsung. Wah, Aiyani bingung dan sedih. Dah la dorang dah saling meluahkan perasaan, jadi begini pula. Gadis gedik di kolej juga mengambil kesempatan mengaku diri sebagai teman wanita Arumi. Jadi, apakah kesudahannya dan siapa sebenarnya yang mengugut dan berdendam dengan mereka? kita nantikan tahun ni sambungannya~ Mianhaeyo Arumi/ Aiyani
Komen saya: teringat zaman belajar pulak masa baca novel ni, maklumlah sekarang sudah tidak berapa remaja.hehe. memang ada unsur kpop disebabkan sedikit dialog dan perkataan yang Arumi guna, oh memang sangat sweet. tapi tak tahu kenapa saya duk teringatkan beberapa cerita Taiwan dan bukannya korea bila baca novel ni. mungkin juga pengaruh drama Taiwan yang saya tengok dulu macam Meteor Garden lakonan kumpulan F4.
p/s: Jujurnya kak rose, saya nak semua enovel akak di blog dibukukan.tetapi tetap menyokong jika ini adalah permulaan comeback akak tahun ni. :)
Sekarang barulah saya tau kenapa anak-anak remaja dok meroyan bila Kak Rose tak sambung lagi cerita ni. Hikhik..
31-01-2015
Sebagai pelajar baru di kolej Aiyani terpaksa menghadapi cabaran dan denda daripada pelajar senior atas kesalahan yang dilakukannya. Salah satunya adalah Aiyani terpaksa mendapatkan tandatangan Arumi Aisy (Arumi) pelajar lelaki terhangat (dan bersikap dingin) di kolej tersebut. Tanpa Aiyani sedar, rupanya Arumi adalah pelajar yang telah dilanggarnya ketika kalut untuk menghadiri minggu orientasi.
Rentetan peristiwa itu, pertemuan mereka berdua tak pernah berlangsung dalam keadaan aman. Arumi pula seolah-olah seronok dapat ‘membuli’ Aiyani. Walaupun dikategorikan sebagai pelajar bermasalah, Arumi sebenarnya berjaya mengumpul peminatnya sendiri. Jadi, ramai yang cemburu bila Aiyani selalu dapat ‘perhatian’ Arumi. Haha.
Perkenalan Arumi dengan keluarga Aiyani mula mengubah perspektif Aiyani terhadap Arumi. Nampak sangatlah si Arumi ni kurang kasih sayang bila mak Aiyani pun dibolot macam emak sendiri. Haha. Hubungan mereka juga makin rapat tak lama kemudian. Namun, bila Aiyani sudah bersedia untuk menerima Arumi sebagai teman istimewa, Arumi kehilangan sebahagian memorinya. Aduhai, memang drama Korea habis. :P
Komen saya:
1. Saya kira ini adalah percubaan berani penulis menulis kisah sebegini di tengah kehangatan gelombang hallyu di kalangan anak-anak remaja. Jadi tak pelik bila anak-anak gadis itu ‘meroyan’ bila Kak Rose belum sambung lagi kisah Arumi ni. Hikhik..
2. Kisah ini mengingatkan saya kepada drama bersiri Korea. Sebab adegan-adegan yang dipaparkan memang sangat familiar untuk penggemar drama Korea seperti saya. Ahaks.
3. Suka elemen kekeluargaan dan persabahatan yang diterapkan. Juga semangat juang untuk menggapai apa yang diimpikan.
4. Saya dok tertanya-tanya ni, siapa agaknya pengirim surat hitam yang diterima Arumi tu?
5. Mari kita sama-sama bertabah menantikan sambungannya ya? Moga penulis dikurniakan ilham dan kesempatan untuk menyambung kembali kisah ini ;)
Jelas sekali buku ini mmg tidak kena dgn selera saya tapi sbb buku penulis yg saya suka jadi tidak salah rasanya tersimpan di dalam rak apa2 pun harap ada sambungan juga.
Fall in love teruk sangat dengan depa dua ni. Walaupun aku bukan peminat tegar Kpop mahupun Kdrama, somehow novel yang ni tak buat aku rasa menyampah langsung! Disebabkan Arumi ni ada darah korea, jadi sebab tu la dia pandai berbahasa korea dan suka cakap korea dengan Aiyani yang memang tak tahu menahu tentang korea.
Cerita dia manis. Manis yang buat aku ship sangat hero heroin dia. Arumi ni sangat gentleman pada Aiyani walaupun suka buli. Lama aku tak baca cerita romantik di alam universiti dan ini antara yang terbaik. Penulisan RH buat aku rasa melayang. Sudahlah bahasanya indah, cerita pun addictive!
Scene paling terkesan pastilah bila Arumi ni rapat dengan Puan Juni, mak pada Aiyani. Rasa sayu pun ya. Silam Arumi ni buat watak Arumi lebih dikasihani. Aiyani pula gadis yang tak mudah menyerah dan cair pada lelaki hensem. Tu pasai Arumi tercabar sebab Aiyani ni lain.
Tapi overall suka sangat! Cuma buku dia bersambung. Auch. Nasiblah dah beli awal-awal sambungannya haha! Kalau tak boleh frust dengan ending tergantung. Tak sabar for the sequel!
Sweet la jugak cerita ni mampu buat i tersenyum gituu. In love dgn arumi. Tapi tak sangka dia akan hilang ingatan. Huwaaa. Yang masih dalam teka teki siapa yang selalu hantar surat hitam kepada arumi & aiyani tu? Awaltu i ingatkan niyaz tapi mcm tak pulak bila dia yang tolong selamatkan arumi. Haihhhh
Okay, esok sambung baca buku ni untuk tahu sambungan cerita ni.
Sebagai bukan peminat KPop, tapi tetap layan KDrama walaupun bukan fanatik sangat, saya puas hati dengan jalan cerita ni. Sweet sepanjang masa aje rasanya.
Cuma ada beberapa point keliru sikit tentang Raimi. Awal cerita kata dia pemuda 25 tahun (sedangkan Arumi 21 tahun). Tapi bila ada flashback Puan Sri Zahra tenat di hospital, Arumi baru 12 tahun, tapi Raimi dah boleh jemput Arumi di sekolah. Drive n dukung Arumi. Selepas tu mention Raimi tua 10 tahun daripada Arumi pulak. Tapi hal ni tak beri impak pun pada keseluruhan cerita since Raimi bukan watak utama.
Terdapat beberapa bahagian jugak penulis tertukar nama watak. Tapi still boleh faham nama sebenar yang penulis maksudkan.
Olahan cerita memang superb sebab bila dah mula baca, susah nak stop. Even permulaan nampak klise (gaduh lepas tu cinta), tapi garapan penulis memang ada kelainan.
Memandangkan ini kali pertama saya baca karya penulis, boleh dikatakan penyampaian penulis boleh buat mata pembaca sentiasa segar untuk segera berjumpa kata keramat, TAMAT.
Tapi tak sangka yang jumpa kata BERSAMBUNG. Hehehe...
Okey, saya sambung baca buku kedua sekejap lagi.
Tahniah penulis, terasa susah nak move on daripada ArumiAiyani.
im still waiting for the right moment to get my hands on the second book (Mianhaeyo, Aiyani!). it has been 13 years…
i have a soft spot for this book (please don’t judge the title, my 8 y/0 self would be hurt 😞). my first book that got me hooked into reading. habis ja buku ni, i ajak my parents masuk setiap bookstore to find for the second book. but my 8 y/0 self tak tahu yang to publish a book, it takes years… and after months searching, i eventually forget and start reading another books and books.
but then, last year, 2024, i came across the second book online !! and then baru i teringat, IVE BEEN SEARCHING FOR THIS BOOK DULU. so yeah, i alr checked in bookstores, theres no mianhaeyo, aiyani! maybe i need to get it online (?) idk but i hope i can still get my favourite childhood book nanti :)
p/s: you could say, my reading obsession starts with this book and im so thankful for it <3
📍if anyone knows where can i get the second book, please let me know 😞🙏🏻
saya sangat suka karya rose harissa... but... novel yg kali ni tak menepati citarasa... tak boleh masuk... tak habis baca... so sorry... but,rose harissa still my one of most favourite novelis... keep it up sis!
that book very fantastic....ia mengisahkan kan tentang arumi yang kehilang omma yang tersayang dan aiyani kehilangan bapa nya yg tersayang.....pertemuan pertama aiyani dan arumi mcm kucing dan anjing...itu pertemuan pertama....kali pertama arumi menghangtar messej kepada aiyani'saranghaeyo'...aiyani pernah berkata kepada arumi saranghaeyo jugak tetapi arumi heran dengan aiyani yang mengatakan saranghaeyo dengan nya...sedangkan aiyani pernah berkata kepada arumi yang dia benci dengannya
argh,,,baca tajuk novel ni je da rase excited nk beli novel ni...memg saye nafikan novel ni mmg tersngt-sngt best,,,bole jd king of the best novel....kak rose mmg yg terbaik!!!tp yg mmbuatkn saye grm mase arumi hilng ingatan,,,kesian aiyani...by the way,,,x sabr nk beli smbungn novel saranghaeyo,arumi!
Super good book, especially since my dream was to be like the heroine in the novel. But sadly I rated it 2-star only because there will be no continuation of the story since the author herself mention about it. Sorry but was really disappointed.