Jump to ratings and reviews
Rate this book

Senandung Hunian

Rate this book
" dahulunya ketika diam
menjadi sebuah bahasa,
penuturnya adalah
sebuah rumah tanpamu."


Senandung Hunian diberati
suatu usaha penyair
dalam menjalani hidup.
Ia dunia pasca-pulang.
Ia dunia sesudah rindu.
Seolah-olah pembaca bermula
sebagai seorang buta,
kemudian dipinjamkan
dua biji bola mata -
iaitu mata seorang kekasih.

- Qurratul 'Ain, Penyair

98 pages, Paperback

First published May 1, 2023

1 person is currently reading
1 person want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
5 (83%)
3 stars
1 (16%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Jack Malik.
Author 20 books21 followers
May 21, 2023
Lirikal dan romantis.

Senandung Hunian dan Rukun Ranah turut mengingatkan saya kepada puisi ala Sang Freud / SeLUT Press.

Khairul Kamarul, atau saya memanggilnya sebagai Mucky/Ky, persembahkan kita dengan 70 buah sajak yang terbahagi kepada dua.

Beberapa baris mengingatkan kepada sajak Alias Taib kepada isterinya; ada juga imej yang mengingatkan kepada Latiff sang perenung.

The chery-on-top bagi saya adalah rekabentuk kandungan. Inilah yang kita (baca: saya) mahu dalam sastera Malaysia. Tinggal terapkan konsep sama dalam isi kandungan i.e., bermain dengan bentuk. Saya juga menghargai Khairul menjadikan hal domestik sebagai subject-matternya. Hal ini membantu pembikinan manuskrip saya akan datang. Thank you, Ky, for the blueprint.

Sajak kegemaran saya adalah seperti berikut:

Kelabu
Hangat Senandung Lembayung
Menjadi Tua
Tujuh Lautan
Cemburu Sepasang Waktu
Barang Rumah
Dapur Memasak
Barang Rumah
Alat Solek
Profile Image for Aliff Awan.
Author 6 books19 followers
August 3, 2023
Saya ambil masa untuk tekuni kerja Mucky kali ini. Ia ditulis baik, tapi saya lebih selesa dengan kebersahajaan dalam Pulang Ke Rindu dulu.
Macam kata Qurratul Ain dalam pengantar, Senandung Hunian lebih intens. Makam laras bahasanya dah naik sedikit.

Keseluruhan konsep wajar dipuji. Terutama pada isi kandungan dan subject matter yang dibawa sepanjang pembacaan. Ia difikir rapi dan dibuat dengan baik sekali.

Saya tunggu kerja Mucky yang seterusnya.
Profile Image for Fadhilah Ad Deen.
9 reviews
February 25, 2025
kalau kekasih saya seorang penyajak, paling tidak beginilah saya bayangkan 70 hari pertama bercinta, berawal dengan sajak-sajak sederhana lahir dari rahim kemesraan kami memeluk janggal suasana mula-mula belajar membahagi rasa.

keseluruhan konsep kumpuisi ini sangat-sangat cantik, baik, menarik! isi kandungan sahaja sudah menonjol. bahagian pertama ada sajak-sajak sedap, tapi idea dalam bahagian kedua >>> ditambah pula dengan gambar-gambar yang menangkap momen waktu berhenti untuk sepasang kekasih, fuh!

menghabiskan bacaan buat saya menggigit jerit—ah, rasa macam salah masuk rumah orang! begitu terdengar-dengar gema kemesraan mereka berlegar-legar dalam kumpuisi ini.

ada baris-baris macam anak panah, zasss!

"hingga pagi ketemu jalan pulang"

"hujan tidak harus pulang lagi
kiranya aku menjadi sembuh"

"agar segala runut bahasamu menjadi
bumbung teduhanku"

"hingga lena menjadi tubuhmu"

"Larut malam adalah segala yang berjalan ketika siang adalah sepasang kaki mendambakan larian kencang." (dan seluruh isi prosa ini cantik!)

"apa anehnya jika menunggu itu
satu penyerahan buat segala
yang tidak kita tahu?"

"Lampu menjadi malap dan menghilang erti ketika siang berdamai dengan kaca di tingkap kamar."

"Menambahkan dambaku pada pelukanmu hingga menjadi lekuk di tubuhku yang asing."

"Katakan kau ada sentiasa membawa bauanmu di hujung hiduku."

dan hampir setiap prosa (?) dalam bahagian kedua, materi-materi kecil, cantik dan menarik.

cukup!

satu soalan tulen: perkataan "sambal" dalam baris ke-6 sajak, memegang senja pada tidurnya, pada muka surat 65 tu, typo atau memang berniat begitu?

nota buku lali: jujur, sedikit terganggu bacaan saya oleh kekerapan perkataan "nian" dan "nan" diulang-ulang, mujur, berkat manis dan romantis setiap sajak tak dibuat-buat, dapat saya habiskan bacaan dengan sekali duduk sahaja!

(tmi: saya seorang pembaca sangat-sangat lambat, tapi (dalam kesedikitan buku-buku pernah dibaca) hanya kedua-dua kumpuisi penulis ini dapat saya habiskan sekali hadap, ajaib. sajak-sajaknya minimalis tapi cukup manis.)

apa-apa juga, bro set the bar high ;)
Author 2 books
February 2, 2024
Kumpuisi yang mempunyai rima ruhi yang berbeza ketimbang puisi-puisi arus perdana yang sarat metafora dan hampir sama gaya suaranya. Kumpuisi yang agak seksi dan berahi.

Kita nampak puisi lelaki di situ. Ada kasarnya, ada cintanya, ada berahinya. Lain betul ruh kumpuisi ini. Terbaik 👍🏻

Tiga Teratas:

Usaikan Segala Tanggalan
Hangat Senandung Lembayung
Tab Mandi
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.