Sukma Basho dalam Haiku menghimpunkan 400 buah haiku karya Matsuo Basho (1644-1694), iaitu penulis haiku Jepun terulung.
Antologi ini meluahkan suara hati beliau terhadap fenomena alam sekeliling sepanjang pengalaman merantau ke daerah pedalaman Jepun dan diungkapkan dengan penuh puitis melalui bahasa yang berkias.
Terjemahan haiku ini menghidangkan kemurnian puisi dengan mengekalkan keaslian haiku Jepun baik dari aspek isi mahupun teknik. Selain itu, teks asal dalam bentuk kanji turut dipaparkan buat peminat bahasa jepun di Malaysia.
Receiver of the Malay Literary Award, 2015, Singapore in novel category; PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI. Golden Point Award, 2015, Singapore in the Short Story category; KOSONG DI ATAS GARIS.
Leyla Shuri pen name for Hjh halela Bte Abdul Razak. Singapore-born writer began writing in Japan. Her first work was published in the form of Japanese haiku poetry, a haiku anthology Wa no Kai, (Okinawa Haiku Association, 2007). Leyla Shuri writes Malay poetry, haiku, tanka, short stories, novels and cultural essays for magazines and newspapers published in Malaysia, Singapore, and Japan. She has produced three novels: Pulut Sakura Serunding Kasih, (KarnaDya Solutions, 2010), Pagi Semerah Daun Momiji, (DBP, 2013), and Terbelah Bintang Subaru, (ITBM, 2015). She writes haiku in Japanese, Malay and English, Haiku Anthology 2006 (2006), and an anthology of haiku with Mohammad Darma, Percikan Pelangi, (PDP 2012). In the field of translation, she has translated the Japanese haiku writer, Matsuo Basho - Sukma Basho dalam haiku, (ITBM, 2012). ***** Penerima Anugerah Persuratan 2015, Singapura dalam kategori Novel; PAGI SEMERAH DAUN MOMIJI. Pemenang Anugerah Pena Emas (Golden Point Award), 2015, Singapura dalam kategori Cerpen; KOSONG DI ATAS GARIS.
Leyla Shuri nama pena bagi Hjh Halela Bte Abdul Razak. Penulis kelahiran Singapura ini mula berkarya di Jepun. Karya pertama dalam bentuk puisi haiku Jepun diterbitkan dalam buku antologi Wa No Kai, (Persatuan Haiku Okinawa, 2007). Leyla Shuri menulis puisi Melayu, haiku, tanka, cerpen, novel dan esei budaya yang tersiar dalam majalah dan akhbar Malaysia, Singapura, dan Jepun. Beliau telah menghasilkan 3 buah novel: Pulut Sakura Serunding Kasih, (Karnadya Solutions, 2010), Pagi Semerah Daun Momiji, (DBP, 2013), dan Terbelah Bintang Subaru, (ITBM, 2015). Beliau juga menghasilkan buku haiku dalam bahasa Jepun, Melayu dan Inggeris Antologi Haiku 2006 (2006), dan antologi haiku bersama Darma Mohammad Percikan Pelangi, (PDP, 2012). Dalam bidang penterjemahan, beliau telah menterjemahkan haiku penulis Jepun, Matsuo Basho - Sukma Basho Dalam Haiku, (ITBM, 2012).
Buku terjemahan yang diterbitkan oleh ITBM ini menghimpunkan 400 haiku karya mahaguru haiku dan penyair ulung Jepun, Matsuo Basho (1644 -1694M).
Dinamakan buku ini Sukma Basho Dalam Haiku, kerana haiku-haiku ini merakam perasaan penyair ulung Jepun, Matsuo Basho kepada alam dan persoalan-persoalan hidup sepanjang pengembaraannya selama 4 musim (musim bunga, panas, luruh, dan sejuk) di daerah-daerah pedalaman Jepun. Basho menulis 143 rangkap haiku untuk musim bunga, 67 rangkap haiku untuk musim panas, 115 rangkap haiku untuk musim luruh, dan 62 rangkap haiku untuk musim sejuk.
Nama sebenar Matsuo Basho ialah Matsuo Kinsako. Nama Basho digunakan ketika beliau berpindah untuk tinggal di sebuah pondok khas yang dibina oleh anak muridnya. Basho bermaksud pisang dan nama itu dipilih kerana pondok yang didiami Basho dikelilingi banyak pokok pisang.
Nama Basho juga saya kira menggambarkan diri Basho sendiri sebagai penyair yang suka mengembara dan melihat alam. Kerana itu, haiku Basho merakam aneka warna alam dan kehidupan tradisional masyarakat Jepun sepanjang kembara 4 musim itu.
Haiku adalah puisi asli Jepun yang unik kerana bentuknya mengikut skema suku kata 5-7-5. Saya kira, tentu sekali tidak mudah untuk penterjemah buku ini, Leyla Shuri dan Darma Mohammad menterjemah 400 haiku Matsuo Basho ini ke dalam bahasa melayu. Ini kerana haiku yang diterjemahkan, telah diringkaskan dengan penuh teliti dengan cara pemilihan kosa kata melayu yang tepat agar menepati suku kata 5-7-5 haiku.
Selain itu, beberapa kosa kata jepun yang menggambarkan unsur dan sifat asalnya (bersama nota kaki) seperti willow, sake, Kyo, Edo, sakura, dan sebagainya sengaja dikekalkan. Pengekalan ini membuatkan buku ini lebih memikat kerana wujudnya nuansa Jepun yang turut dapat dihayati oleh pembaca sebagaimana yang dimahukan Basho.
Basho menulis haikunya dengan mengggunakan kelima-lima panca inderanya. Saya petik beberapa rangkap haiku yang saya suka daripada keempat-empat musim pengembaraan Basho :
Musim Bunga ( Haiku 1-143)
Bunganya harum khabarkan kepadaku nama pohonnya
Orang yang kata bosan kepada anak tidak berbunga
Musim Panas ( Haiku 144-211)
Bulan di gunung kerap kali dirempuh awan di puncak
Hina ga dake esok terbitnya bulan diramal hujan
Musim Luruh ( Haiku 212-337)
Anak petani terhenti tumbuk padi merenung bulan
Tatkala tidur wajah bunga kekacang amat jelita
Musim Sejuk ( Haiku 338-400)
Di Ishiyama batu-batu ditendang dek hujan batu
Apa nak buat aku tiada topi di musim sejuk
Banyak hal yang cantik-cantik dapat dirasai dalam pengalaman membaca Sukma Basho dalam Haiku. Tradisi mengembara untuk mencari ilmu dan menghayati alam sudah berkurun lamanya dilakukan oleh umat manusia dari pelbagai tamadun. Ramai yang menjadi ilmuan agung daripada kembara ilmu mereka, dan tak terkurang yang berakhir dengan menjadi penyair, mampu mengarang puisi-puisi yang menusuk kalbu.
Basho, adalah antara pengembara alam yang telah menghadapi pelbagai cabaran dalam kembaranya, yang kemudian merakam segalanya itu dalam haikunya yang halus dan indah.
"Hidup ini adalah satu perjalanan ; dan bagi mereka yang menghabiskan hari mereka di atas kapal di laut dan mereka yang menjadi tua mengenderai kuda, kediaman mereka adalah di jalan terbuka." - Matsuo Basho
Haiku, seperti bait-baitnya yang ringkas dan padat, seperti itulah hatiku terpaut. Bicara Basho yang cukup menangkap dan terjemahan yang baik dari ITBM. Bacaan santai yang menyuburkan jiwa.
Adalah sukar mempunyai kesempatan membaca terjemahan haiku di dalam Bahasa Melayu di Malaysia. 400 haiku Matsuo Basho sebagai mahaguru haiku ini begitu wajar diterbitkan. Tidak hanya semata-mata bagi dinikmati pembaca malah untuk rujukan peminat haiku.
Ingin ditekankan bahawa haiku adalah sejenis puisi yang terikat. Haiku klasik ini tentunya tidak mudah diterjemah. Masyarakat Jepun sendiri belum tentu dapat mengenali maksud beberapa perbendaharaan kata kigo (kata musim) mereka. Bahkan bukan semua haiku Matsuo Basho dapat difahami oleh orang Jepun sendiri.
Terbukti Leyla Shuri dan Darma Mohammad selaku ahli dalam kepengarangan haiku telah melakukan terjemahan yang baik. Selain dapat mengekalkan maksud, isi, unsur alam mahupun kigo. Format 5-7-5 suku kata dikekalkan biarpun dalam badan terjemahan.
Naskhah ini juga masih memilih untuk menitipkan haiku Matsuo Basho dalam bahasa asalnya. Sungguh jarang sekali dilakukan oleh penterjemah lain bilamana menterjemah.
Buku ini menghimpunkan 400 buah haiku karya Matsuo Basho (1644-1694M), pebulis haiku Jepun yang terulung. Pelbagai jenis haiku ditulis mewakili pengalaman hidupnya menjelangi musim demi musim.
Terjemahan ke BM daripada Bahasa Jepun ini memperlihatkan keunikan haiku sebagai tradisi tulisan masyarakat Jepun. Buku ini juga memuatkan teks asalnya dalam bentuk tulisan kanji.
Rerama kecil Bangunlah dari tidur Jadilah temanku.
Quite good for translated haiku. Translator is clearly someone who is fluent in the language. You see, translated poetry usually sucks because either the translator is not fluent in the language or familiar with the poetic form or translate the poetry from a translation which does happens sometimes. For a translated poetry to be good, the translator must become a poet as well.