Novel ini dalam kategori susah dapat setebal 519 m/s yang di terbitkan oleh Creative Corporation SB...merupakan kesinambungan kisah Markum...jika kalian membaca CPB 1st, pengakhirannya Markum ada membawa pulang kuntuman2 bunga & CPB...Novel yang aku miliki merupakan Cetakan Kedua 2003 dengan harga asalnya RM23.90.
Kali ini penulis membawa kisah hidup Markum bersama dengan Zulaiha, isteri mudanya...Malangnya bunga tersebut telah meracun Markum sehingga beliau koma/tidur mati & tinggallah Zulaiha dalam kesepian & kesunyian...Dengan bantuan ayahnya, Lebai Deraman... mereka membantu untuk memulihkan Markum...yang sebenarnya Lebai Markum mempunyai agendanya tersendiri...
Watak Mimi Rahayu akan muncul di Bab 22...penulis memaparkan kisah kehidupan Mimi Rahayu sebelum bertemu dengan Markum...& bagaimana Mimi Rahayu boleh menjadi perempuan simpanan Datuk Hamabali akan di dedahkan dalam novel ini...CPB kali ini menjadikan Udin Broker & Rasul sebagai mangsanya demi menuntut bela untuk Junaidah, kekasih Markum...
Sedikit sebanyak, aku berasa simpati dengan pengakhiran watak Mimi Rahayu...sedih dengan apa yang berlaku ke atas Mimi...cuma watak orang tua yang berada di banglo itu menimbulkan keraguan..siapakah beliau?
Seperti novel yang pertama...novel ini masih mengandungi unsur2 sx yg tidak keterlaluan & bahasanya mudah di fahami dengan peralihan watak2 kepada Markum, Zulaiha, Lebai Deraman, Udin Broker, Rasul & Mimi Rahayu...
Ya, novel ini betul2 penamat kepada CPB...Apa yang berlaku kepada cincin tersebut?...hmmmm... ada pada 2 bab terakhir..
Saya sebenarnya dah baca Cincin Permata Biru buku pertama dua tahun lepas tapi semalam baca sekali lagi sebab konon nak bersedia sambung ke buku COB 2 pula. Berdebar-debar dan excited mengharapkan thrill factor yang lebih mendebarkan kesinambungan kepada tidak berakhirnya amokan sang Cincin dan ratunya yang masih segar harum bak Mawar merah bermaharajalela. Buku pertama diakhiri dengan Mail Burok beragan sebab tak dapat balik cincin mata harimau tu, lantaran dia tidak berjaya potong anu Markum. Tak sabar nak sambung baca. Paling paling pun, saya fikir Markum yang terjumpa Cincin tu bersama dengan casing dia dalam pergi buta puaka akan berguru dengan Pak Mokhtar untuk menghapuskan legasi keiblisan Junaidah dan khadam mayatnya. Mungkin Markum akan menang, mungkin dia tewas tapi mesti akan muncul hero lain yang take over. Anak Markum dengan Zulaiha, mungkin bakal jadi penghapus kejahatan roh Junaidah? Mungkin Rasul yang dah bertaubat dan berguru dengan Pak Mokhtar? Mungkin pemuda lain yang baru sampai dari town ke? Mungkin ke? Tapi apa sebenarnya yang jadik.... Sorry tak mau bagi break the suspense. Baca bukunya yer
Buku ini sambungan Cincin Permata Biru. Membaca buku ini ada satu perasaan bahawa buku ini ditulis oleh orang berbeza berbanding buku pertama.
Cincin permata biru cincin hikmat, dipakai di jari tangan kanan membuat semua tunduk dan patuh kepada si pemakai. Jika dipakai di jari manis tangan kiri, membuatkan wanita jadi tak keruan dan si pemakai jadi gagah luar biasa. Dengar macam syok aje ye? Semua yang pernah jumpa cincin ni memang terpesona dan hanyut dengannya kecuali Markum. Siapa Markum? Seorang lelaki bujang terlajak yang tak kahwin kahwin kerana mungkin terikat dengan janji kepada kekasihnya yang mati membunuh diri di lombong tinggal.
Ada adegan dewasa, tidak sesuai dibaca remaja. Sedikit kedengaran enak, banyak jadi muak. Saya tak akan ulang baca.
Markum sentiasa ditimpa malang lantaran "junaidah" kembali menagih janji saat mereka bercinta dahulu. Cincin yang disimpan Markum tak disangka digunakan orang lain sehingga Zulaikha jadi mangsa. Anak yang belum dilahirkan turut menjadi mangsa.
Tidak disangka watak Rasul turut dipengaruhi sedangkan dia dah tahu ancaman dari cincin tersebut sewaktu Jenal kehilangan nyawa. Dan sekali lagi Markum kehilangan isteri keduanya, Mimi Rahayu hanya kerana rasa cemburu Rasul yang menyebabkan mereka terleka ketika bencana.
Jodoh Markum dengan Habibi dapat memulihkan fikiran lembam isterinya yang terakhir dalam cerita namun saya terfikir mustahil Junaidah akan berhenti mengganggu Markum jika novel ini disambung lagi penceritaannya.
Kesinambungan mistik CPB yang mempunyai kuasa luar biasa,ia mampu menggoda perempuan dan menguatkan tenaga batin lelaki serta menundukkan seseorang.Kali ini mangsa@pemakai cincin ialah Udin Broker dan Rasul.
Permulaan cerita bagi aku membosankan,berkisar kepada usaha Lebai Deraman untuk mengubat Markum yang tidak sedarkan diri@koma.Agak meleret sehinggalah graf pembacaan aku meningkat apabila Udin Broker terjumpa dan mengambil(mencuri) cincin yang disimpan oleh Markum.
Biasalah seperti siri pertama cerita ini masih mengandungi unsur seks tetapi lebih ringan jika dibandingkan cpb1.Watak Mimi Rahayu dan Habibi akan muncul semula.Untung la Markum.
Secara jujurnya aku lebih suka siri pertama kerana rasanya lebih saspen dan mistik.Sebenarnya aku mengharapkan pengakhiran yang lebih menarik,peleraian kepada apa yang berlaku kepada cincin itu dan bagaimana jika dikembangkan pasti lebih puas penamatnya. 3.5*