Jump to ratings and reviews
Rate this book

Himpunan Kisah Benar tapi Pelik

Rate this book
Buku “Himpunan Kisah Benar tapi Pelik” ini disusun berdasarkan kitab-kitab sejarah yang muktabar, yang merekodkan peristiwa-peristiwa luar biasa yang sangat memberikan rasa kekaguman dan keinsafan kepada diri yang membaca. Perkara-perkara ‘benar tapi pelik’ yang didatangkan oleh para nabi dengan izin Allah SWT menjadi al-bayyinat dan al-ayat, iaitu tanda-tanda kebenaran dakwah yang diperjuangkan oleh mereka serta menjadi bukti-bukti kebesaran Allah. Antara keistimewaan dan kelebihan buku ini ialah ia mengajak masyarakat menggunakan akal secara optimum dalam mengkaji dan merenung kebesaran Allah SWT. Ia juga memasakkan keteguhan iman dan takwa kepada Allah SWT melalui kisah-kisah yang menakjubkan. Selain itu, ia memotivasikan orang ramai agar beriman dan beramal soleh supaya mendapat nusrah (pertolongan) dan karamah (kemulian) di sisi Allah SWT, juga turut menunjukkan tauladan, panduan dan pedoman berguna selaku hamba Allah SWT sehingga benar-benar menjadi insan yang berakhlak dan beriman. Ia juga sebagai satu usaha menghidupkan kembali khazanah ilmu tulisan ulama silam yang semakin pupus ditelan zaman dan sesuai dijadikan sebagai santapan rohani, renungan sebelum tidur atau sebagai koleksi peribadi mahupun cenderahati agar kita sama-sama dapat mengkoreksi diri.

232 pages, Paperback

First published July 1, 2012

3 people are currently reading
49 people want to read

About the author

Zahazan Mohamed

21 books26 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
32 (48%)
4 stars
21 (31%)
3 stars
10 (15%)
2 stars
2 (3%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
August 11, 2017
Buku ini terkandung pelbagai kisah pelik yang dipetik dari kitab-kitab sejarah. Bermula dari kisah Dab yang beriman sehinggalah kisah dipenjarakan kerana seekor tikus. Bacaan yang santai ini sarat dengan kisah-kisah yang boleh dijadikan pengajaran dan menerbitkan rasa insaf kepada para pembacanya. Buku ini membawa para pembaca merenung kebesaran sang Pencipta yang maha Esa sekaligus dijadikan pedoman untuk meneruskan hidup sebagai seorang hamba yang sentiasa mengingati Penciptanya.
Profile Image for Nona.
100 reviews
February 1, 2022
Q U O T E


Rasulullah SAW memotong dengan bertanya, "Tahukah kamu apakah itu khurafat? Khurafat ialah seorang lelaki yang berasal daripada Bani 'Uzrah yang pernah ditawan oleh segolongan jin pada zaman jahiliyah. Setelah sekian lama menjadi tawanan, dia akhirnya dibebaskan. Lelaki yang bernama Khurafat ini telah menceritakan pengalaman anehnya sepanjang kehidupannya di alam jin. Walhasil, orang yang sukar mempercayai ceritanya itu menggelar sebarang maklumat yang pelik dengan nama cerita atau khabar yang khurafat."
_Demikianlah seperti yang dijelaskan oleh Imam at-Tirmizi dalam kitabnya asy-Syama'il al-Muhammadiyyah. [Hadis no. 253]
Profile Image for Fairus.
69 reviews2 followers
January 2, 2014
Excellent compilation by ustaz.. Syafakallah.. Every story has its own uniqueness and lessons, serve as reminder to submission before Allah swt and relevancy of Islamic teaching infinitely for the entire generations
Profile Image for M Shafiq.
11 reviews1 follower
December 18, 2012
Absolutely refreshing, i'm waiting for the second version of it.
5 reviews
September 9, 2013
memberi pendedahn yg menarik berkaitan cerita Israiliyat dan cerita dkm Quran dan Sunnah .bagus utk bercerita utk anak2
Profile Image for Nur Adilah.
12 reviews83 followers
March 25, 2013
semuga Allah mengganjari segala penat lelah ustaz menulis buku ini.
Profile Image for Mohd Hafiz.
14 reviews3 followers
August 14, 2016
Sebuah buku yang menarik kerana ada menceritakan kisah-kisah yang luar biasa tetapi sahih.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.