Jump to ratings and reviews
Rate this book

Projek Memikat Suami

Rate this book
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya, yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

525 pages, Paperback

First published August 1, 2012

185 people are currently reading
2267 people want to read

About the author

Hanina Abdullah

4 books102 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,065 (54%)
4 stars
552 (28%)
3 stars
236 (12%)
2 stars
69 (3%)
1 star
40 (2%)
Displaying 1 - 30 of 128 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
August 7, 2016
Daring.
Delicious.
Hot.
Naughty.
Erk??? Apakah yang aku sampaikan ini? hahaha5 Ok mari ‘bermain’ dengan kata-kata... chewahhh!

Nawwal Husna [Nawwal] dan Zahrain Alimin [Zahrain]. Kedua-duanya dikahwinkan atas aturan keluarga. Indirectly, macam kisah kahwin paksa. Walaupun sebenarnya Nawwal boleh menolak, tetapi dia tak sampai hati sebab keadaan syarikat ayahnya ketika itu yang tak berapa stabil. Jadi diturutkan juga permintaan ummi dan babahnya. Lagipun ketika melihat profil Zahrain di internet, lelaki itu memang cukup pakej - kaya, handsome, ada pangkat. Kiranya memang tergoda sungguh lah ;))

Tetapi setelah bertemu empat mata dengan Zahrain. Aduh! Terus dia cop Zahrain si mamat ketul ais beku dan mat sentap [tu lepas berkahwin kih5]. Namun Nawwal bukannya gadis yang mudah putus asa. Ya, dia mungkin berkahwin dalam usia yang muda, tetapi di usianya itu dia perlu bekerja keras untuk menyaingi suaminya. Mujur ada Master-ji dan Side-kick; dua kakak Nawwal yang tak pernah berhenti memberikan nasihat dan petua untuk memikat sang suami.

Jadi apa petua yang diturunkan oleh kakak berduanya itu? Mudah saja, tawan si suami dengan budi pekerti yang baik. Kata-kata yang manis dan lemah-lembut. Jaga makan minum suami... hmm, dan pakai seksi-seksi sikit kat rumah hahaha5 Dan bila suami tu macam tak heran, ego setinggi gunung dan cakap kasar-kasar, kena kuatkan hati. Ala... lelaki! Senang je nak cair *wink* Eh! Tu bukan aku kata, anak-anak Haji Nuqman yang kata kih5 ;P

Sebenarnya ini kisah klise. Aku akui tetapi penulis berjaya membuai perasaan pembaca dengan scene yang tak terfikir oleh aku sendiri. Mungkin ia tak pernah diceritakan dalam budaya kita tetapi bila aku meletakkan diri aku sebagai isteri, rasanya memang itu lah kot kena buat. Nak memikat suami yang dah terang-terang tak suka kita kena lah kerja keras. Cuba sedaya upaya dan guna apa cara sekali pun. Mujur lah penulis tak guna resipi bomoh!

Aku suka bila penulis tak meletakkan perasaan benci sepenuh hati dalam diri isteri dan suaminya. Zahrain memang tak sukakan Nawwal tetapi dia tidak pula beria menolak Nawwal. Kalau ikutkan, dia sebenarnya sedang membuka peluang untuk diri sendiri dan Nawwal. Cuma masalahnya encik mat sentap ni memang spesis lelaki ego tak kena tempat :P Dan terima kasih juga sebab tak buat novel ini kisah kahwin paksa berendam air mata *wink*

Satu benda yang aku tak suka [ada juga tu ;P]. Bila ada monolog, akan ada tanda pembuka/penutup kata [“”] dan bila di hujung ayat baru ada ‘detik hatiku’, ‘jeritnya dalam hati’, bla bla.... Agak menganggu aku sebenarnya kerana mulanya dah terasa wataknya sedang berdialog tapi... hmm, aku rasa tertipu ok! Rasanya ada cara yang lebih baik untuk meletakkan monolog tu.

Walau bagaimanapun, novel ini masih tak sesuai untuk diusung oleh anak remaja. Mungkin aku kolot, tetapi itu lah aku hahaha5
Profile Image for Mslvoe.
2,134 reviews211 followers
October 30, 2023
What an AWESOME story!!!
Photobucket

Siapa sangka projek yang dirancangkan bersama kakak² Nawwal Husna menjadi. Siapa sangka Zahrain Alimin boleh jatuh cinta dengan isteri dia, Nawwal Husna. Kehebatan Nawwal menawan Zahrain hanya dengan memasak yang sedap², pakaian baju seksi didalam rumah khas untuk tatapan suami tercinta.


Meskipun awal permulaan Zahrain Alimin membenci Nawwal Husna tapi sikap Nawwal yang penyabar dan pandai ambil hati @ mengoda Zahrain melembutkan hati Zahrain untuk menyayangi Nawwal.


Satu je character yang sha tak berapa berkenan dalam cerita ini.. sakit hati dan menyampah dengah Zahra, kakak Zahrain. Dah kahwin dengan orang alim bagus pun still tunjuk berlagak. Isshhh meluat sungguh.

This novel sounds predictable but still enjoyable read. Interesting plot with perfect happy ending ♥ All romance lovers will adore this novel
Photobucket
Profile Image for Don ツ .
248 reviews36 followers
April 13, 2016
First, SEGAN! Panas muka, aku tahan muka yang merah sensorang!
Second, well yeah, I'm a big gurl now! Wake up!
Third, limbic system dalam otak saya terganggu sekarang! Love-Hate.

Nak kahwin paksa? Perang dingin? Sudahlah...ini zaman isteri solehahlah! Tau hukum-hakam agama.
Buat apa menyeksa diri bersedih, make the best of it.

Ini novel ke-2 Hanina Abdullah saya baca. Saya baca KNK dulu. Deep impact watak Nas. OMG. OMG. Adik-adik semua, warning bawah 18 tahun dinasihatkan jangan baca dulu eh, nak baca tanggung sendiri. Nasihat kakak ni baik dengar.~(Macam bagus je kan)

Overall, seriously sangat enjoy baca. As expected of Hanina Abdullah. Good job on first work. Eventhough the title is greasy like that, the content is much more informational (errr...tang mana tu? ha ha ha).

~Aku harap bakal suami aku xbaca novel ini, pengsan...
(nganga :) - cakap, 'ish, mengonglah~jangan sengih-sengih.Nyampah'. Tutup muka dengan kuali. heh, masak pun tak pandai. Berangan.)
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Saya kira buku ini antara e-novel yang sangat di nantikan oleh para penggemar dan pembaca e-novel tegar. Hehe. Jadi, saya cuba untuk menaip secara santai yang boleh ya. Dan saya juga rasa ada yang kata cerita ni agak over, tak logik dan tak sesuai untuk anak remaja (yup, yang ini saya setuju. Jadi adik-adik, sila cukupkan umur dulu baru baca ye?). Mungkin dari sudut pandangan kita sebagai orang timur, projek memikat suami si Husna ni agak extreme dan tak sesuai dengan budaya kita. Tapi sebab dah nama pun fiksyen, maka pepandailah distinguish antara yang baik dan buruknya ya?

Nawwal Husna (Husna) dan Zahrain Alimin (Zahrain) dijodohkan atas pilihan keluarga. Memang, kalau ikutkan kepala Husna tu memang dia tak ingin bersuamikan si mamat ketul ais beku yang ego tinggi melangit tu. Sebab bimbangkan perniagaan dan kesihatan bapanya, Husna sanggup berkorban meninggalkan keseronokan bersama 'geng kutu rayau' yang sibuk melancong selepas tamat pengajian mereka. Perjumpaan pertama dengan Zahrain, memang meranapkan impian untuk membahagiakan kedua ibu bapanya. Mana tidaknya, Zahrain awal-awal lagi dah tunjuk kebenciannya pada Husna. Konon Husna bukanlah tastenya. Haish. Bila kena pujuk dan diugut oleh ibunya, pandai pula Zahrain ni mengalah.

Dari sinilah bermula peranan kakak Husna yang berdua tu dalam membentuk mentaliti Husna untuk mengharungi perkahwinannya. Banyak petua yang diturunkan oleh master-ji dan sidekicknya ni kepada Husna. Bak kata Kak Naja, kalau si ibu boleh berkenan dengan Husna, takkan Husna tak boleh buat anaknya pula jatuh suka kan?

Yang paling menyakitkan hati adalah, hari pertama berkahwin, si suami dah ada hajat nak berpoligami. Kesian Husna. Memang gigih nak tawan hati suami. Tapi suami boleh dok pertahankan ego kononnya takkan jatuh cinta pd isteri sendiri. Huh. Tapi bila nampak isteri dengan lelaki lain bukan main lagi melentingnya sampai bawa diri ke Hong Kong. Husna juga yang terpaksa mengaku salah lepas tu. Haish..

Ego Zahrain yang tinggi melangit tu akhirnya memakan dirinya sendiri bila Adira, model terkenal yang pernah ada hubungan dengan Zahrain mula membuat onar dalam perkahwinan Zahrain dan Husna. Masa ni dapatlah kita tengok mamat ketul ais beku ni berusaha memikat isteri pula. Namun, berjayakah mereka menyelamatkan rumahtangga yang bila-bila masa bakal menyembah bumi tu?

Watak Husna ni memang berjaya mengubah tanggapan saya tentang heroin cerita-cerita berunsurkan kahwin paksa / kahwin aturan keluarga. Nak tahu selanjutnya kenalah baca sendiri ya? :)

Komen saya: Seronok tengok depa berdua ni main tarik tali walaupun kadang-kadang ada rasa macam nak campak je mamat ketul ais beku tu dalam lombong. Haha. Overall saya berpuas hati dengan kisah ni. Plot dan konflik yang tak ada unsur sinetron. Hehe. Konflik pun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa ada unsur-unsur pembalasan kejahatan pd watak antagonis. Hasil yang tidak begitu mengecewakan untuk seorang penulis baru. Tahniah Hanina untuk PMS. Moga bakal ada lagi karya yang bakal menyusul lepas ni. Oh, dan terima kasih juga untuk tandangan di buku saya. :)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,045 reviews378 followers
April 30, 2013
Alahai comelnya citer ni!

 photo fangirling_zpsb8f46d8b.gif

N suka giler sampai sanggup tak tido nak habiskan satu buku in one sitting. Jalan cerita comel and characters pun comel. Cuma N rasa maybe lebih sesuai untuk umur 18 tahun ke atas sebab ada part yang N rasa agak sexy ;)

 photo wink_zps4c2e43ba.gif

Selalunyer N kurang berminat dengan gaya penulisan yang santai tapi N rasa intonasi cerita, jalan cerita, dan karakter-karakter blend wonderfully.

 photo thumbsup_zps75ad757a.gif

N paling terpikat dengan cara penulis menghidupkan watak Nawwal. W'pun usianya masih muda dan manja, N tak rasa meluat. Jarang sungguh N suka dengan watak muda sebab kebanyakkannya tak di-potray dengan berkesan. Tapi Nawwal N memang berkenan. Begitu juga dengan watak Zahrain si ketul ais beku ;) Sedingin-dingin dia, cair jugak kena panahan baju kebaya nyonya dan seluar pendek ketat.  photo squeegif.png

 photo manja_zps8546d73f.gif

Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
March 14, 2013
kahwin tanpa cinta?
klise novel melayu?

tak lah..bagi saya novel banyak input untuk kita ambil bila dah bergelar isteri.

Nawwal Husna kahwin kerana di minta ibunya menerima Zahrain sebagai suami. Memandangkan perkahwinan diorang tanpa rasa cinta atau lebih kepada keterpaksaan dan Zahrain dah ada kekasih hati, Nawwal Husna mengambil tindakan nekad untuk memikat hati suami dengan bantuan dua sifunya.

Banyak cara-cara memikat hati suami yang dapat diambil sebagai input. Well, a bit extreme I guess but who cares..suami kita kan..hahaha..nama pun halal..segala tindakan adalah ibadah selagi tak bertentang dengan hukum syarak..

Bukannya kahwin tanpa cinta je perlu untuk buat plan pikat hati suami ini, yang kahwin sebab cinta pun harus untuk kekal kebahagiaan rumah tangga..so..for me..this novel definitely a good novel to read untuk semua yang bakal mendirikan rumahtangga dan dah berumahtangga. But remember..buat untuk suami je tau..bakal suami HARAM!! wink!! :)
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
October 19, 2013
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE . I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert!

Novel Project Memikat Suami (PMS) is the first novel by Hanina Abdullah yang I read and I rasa penulis punya first baby. Dari first I baca the penghargaan section dah I can see that the writer knows how to convey thoughts into words. Susunan ayat dan penggunaan bahasa yang superb. Bahasa Inggeris pun di tahap yang paling cemerlang because, I don't see any kecacatan dalam penggunaan bahasa Inggeris.

Dari segi plot, sangat simple and yet complicated. I still think this story bertemakan kahwin paksa, sebab kedua-dua watak tied the knot bukan dengan kerelaan yang 100%. Zahrain Alimin is obviously against the marriage... Nawwal Husna seems redha but still ada rasa terpaksa sebab dia babah dia. However, unlike the usual kahwin paksa acts, kedua-dua peneraju utama tidak mengharamkan sesuatu yang memang dah halal and at least one pihak ada usaha untuk make things work. The other one pulak, walaupun tak suka, tapi dia bukan type yang marah for every little things...

PMS menceritakan kisah cinta di antara Nawwal Husna dan Zahrain Alimin yang telah diikat dengan ikatan perkahwinan hasil dari campur tangan orang-orang tua mereka, namely Puan Sri Maimun. Pada mulanya, both the to-be bride and to-be groom decided not to agree with the scheme, tapi oleh sebab worry dengan kesihatan babahnya, Husna decided to accept the proposal.

Dengan tunjuk ajar daripada kedua orang kakaknya, Husna aimed to tackle husband dia. So many 18SX tips yang diturunkan daripada master-ji dan sidekicknya. Dalam masa yang sama, si suami tekad untuk membuatkan Husna menyesal sebab dia setuju dengan perkahwinan ini.

I really like all the characters in this novel. Even watak-watak yang selalunya kena ignore kepentingan dia pun I suka.

Nawwal Husna, anak ke-empat daripada 4 orang adik beradik, merupakan seorang perempuan yang very adventurous. She's the type of girl yang fail to notice guys, dan mempunyai kawan yang ramai. I tak tau la... but somehow, I rasa penulis mempunyai ciri-ciri peneraju utama ne. She seems to know so much about surviving at foreign places and she knows so much of the things that are very normal for the foreigners. She agrees to marry Zahrain Alimin sebab babah dia, so we can see that she's a good daughter. She acknowledges that she's a wife, and despite being forced into the marriage, she made an effort to become a perfect wife. Dia ikut cakap kakak-kakaknya supaya memikat suaminya sendiri dengan berpakaian seksi di rumah, and cuba untuk menarik perhatian suami dengan layanan first class.

Zahrain Alimin pada mulanya digambarkan seperti seorang playboy but as we carried on reading, it seems like he's not really that type of guy. He only thinks that he needs the model type lady to be his companion mainly because dia nak build up good reputation. Naturally, bila dia dijodohkan dengan perempuan yang dia memang tak kenal and ditambah dengan gambaran that Nawwal Husna is the type yang tak tahu bergaya, dia disagrees with his mother choice for him. Tapi, last-last dia kahwin juga dengan pilihan mamanya. Sejak mula lagi dia ada his own plans for the marriage, and one of it is berpoligami. Ugh... I memang allergic dengan that word. Secara tak sedar, dia mula menyenangi kehadiran isterinya tu... and over the time, dia TERjatuh cinta dengan isterinya sendiri...

Puan Sri Maimun, BFF Nawwal Husna yang berjiwa muda. One thing yang I sangat suka dengan novel ini... ia melihatkan keakraban seorang ibu mertua dan menantu. As mentioned tadi, I see that Nawwal Husna is a good daughter, and setelah berkahwin dengan Zahrain, she sees her husband's mother as her own mother. Dia tak treat mama dia macam seorang stranger, but I can see dia treat mamanya sama seperti dia treat ummi dia. I respect this relationship and the closeness between menantu and ibu mertua has never been this great! I rasa this relation is one of the strengths of this story.

I also enjoy reading Tan Sri Zainal's part in the story. He mostly became the supporter of his wife and daughter-in-law. I seriously laughed so hard semasa dia evesdropped on Husna's "Tiger show" bit.

I really like the fact that the story started as a projek untuk memikat suami, and in the end, it changes to projek memikat semula ister. Brilliant!

Seriously a perfect story and a very much recommended novel. A must have if you're a romance novel collector!

I can't wait for the drama adaptation!
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
May 18, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM14.00. PM je...

Projek Memikat Suami..........terlebih sudah!!!!

Terlebih gula, terlebih madu, terlebih butter cream, terlebih aiskrim...........serba serbi TERLEBIH...

yang TERKURANG.....cuma garam. (resepi mak aku - kalu nak masak desert yang manis, kena masukkan garam sikit- baru seimbang rasa manis dan lemaknya). So, i believe i need a litte bit more salt in PMS.

Garam? Yup... mgkn boleh dilebihkan soal rasa dan air mata si Nawwal Husna......
Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
March 30, 2013
Best best best.... Buku ini actually boley jadi rujukan jugak in real life. Good tips here n there.... Hahaha.... Different from other books that I've read before. However because ada stori mori bedroom tu, hopefully parents aware n jangan terlepas ke anak2 ya. N good recipe here n there... All in all, it was fun. Full of wits and I smile and laugh a lot during my reading. Definitely anti stress book. :)
Profile Image for CrystalGrey.
145 reviews15 followers
October 5, 2012
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.

“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” – Zahrain Alimin

Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla

Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!
Profile Image for Plainqoma.
704 reviews17 followers
December 15, 2012
Ingatkan nak bagi 3 bintang je sebab almost similar jalan cerita dengan buku melayu typical romantik, gaduh-gaduh sayang. Tapi sebab penulis berjaya buat aku tersedak gelak sorang-sorang, makanya dapatlah kamu 4 bintang wahai senaskah buku.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
September 22, 2012
Ada kelainannya sikit dari segi pendekatan tapi mungkin bukan untuk bacaan semua. Ada unsur nasihat yang saya rasa baik untuk kebahagian rumahtangga.
Nawwal Husna telah dipanggil pulang dengan segera oleh ummi dan babahnya setelah selesai pengajiannya di UK. Dia telah dirisik oleh keluarga Tan Sri Zainal untuk anak mereka, jutawan Zahrain Alimin. Pernikahan mereka dilangsungkan dalam masa sebulan selepas Nawwal pulang ke Malaysia. Zahrain tidak suka akan perjodohan mereka lalu bertekad untuk buat Nawwal membenci dirinya supaya dia boleh lepaskan dirinya dan bebas untuk memilih calonnya sendiri yang dirasakan secocok dengan dirinya. Tapi Nawwal tidak mahu menghampakan harapan ibu-bapanya atau melukakan hati mereka. Lalu dia minta pertolongan kedua kakaknya. Mereka menasihati dirinya untuk cuba memikat hati sisuami yang bagai sebiji ketul ais. Dalam percubaannya, dia selalu saja dikecewakan oleh sikap Zahrain. Ada saja MMS serta berita yang menyakitkan hatinya diterima mengenai Zahrain dan temanitanya. Sehingga suatu hari, sakit hatinya tidak dapat dibendung lagi lalu dia tinggalkan Zahrain. Ketika itu, barulah Zahrain sedar akan kelebihan dan keistemewaan Nawwal. Dia mula rindukan perhatian yang diberikan oleh Nawwal untuk dirinya. Isterinya itu disayangi oleh semua yang mengenalinya terutama ibunya sendiri. Dia mencari Nawwal dan bawa dia pulang. Mulai saat itu dia sentiasa takut Nawwal akan meninggalkan dirinya. Lalu dia mula berusaha untuk memikat hati isterinya. Lebih-lebih lagi bila Nawwal diketahui berbadan dua. Keadaan Nawwal yang lemah sangat menyentuh hatinya. Dia juga amat tersentuh dengan sikap Nawwal yang selalu mendahulukan orang lain terutama ibunya yang sentiasa meminta sokongan moral dari Nawwal. Dia rasa insaf akan kekurangan diri sendiri bila dibandingkan dengan isterinya. Dia juga mula merasa bahagia bila dia mula buka hatinya untuk menyayangi isterinya dan anak mereka dan bertekad untuk setia dalam perkahwinan mereka.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
May 22, 2013
Love it so much !!!

Bila baca ulasan kawan2 goodreads tentang buku ini , rasa nak beli sangat.Tapi bila nak beli sahaja , ada je tercapai buku lain. Tapi saya sempat lagi promote pada kawan2 lain bila pergi kedai buku sama-sama , " buku ni best !!". Alihnya kawan saya 2 orang beli buku ini sbb saya promote sdgkan saya tak beli2 pun lagi. Respon diorang lebih kurang "memang best la ain". haha orang yang promote pun tak baca lagi.dan akhirnya saya tak beli pun , pinjam buku ini dari salah seorang kawan saya tu ;)

Cerita ini awesome!! Masih bawa tema kahwin paksa tapi dari view yang lain. Dah kawin , perlukah burukkan lagi keadaan kan? Nawal Husna ternyata lain dari yang lain , buat apa nak sedih2 dengan takdir yang datang , usahakan yang terbaik hinggakan takdir itu menjadi takdir yang bahagia.

Nawwal Husna ini memang terbaik la. Tak mudah lemah semangat sedangkan Zahrain tuuu menyakitkan hati betul ;) dan itu terima kasih juga pada idea pikat suami dari kakak2 Nawal ^_^

Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
May 18, 2017
1. Dah nampak lama buku ni kat kedai buku tapi hati tetap tak tergoda nak ambil. Mungkin sebab dah tengok dramanya.

2. Masa baca tu, boleh pula teringat novel ketiga penulis. Tak ingat pun dua2 dari penulis yang sama. Cuma ingat watak ceritanya. Then bila dah habis baca, baru perasan...lah...orang yang sama ke tulis?

3. Suka dengan Una. Walaupun muda lagi tapi matang dalam berfikir. Tidak terburu2 membuat keputusan. Contohnya, bila dapat MMS tu, dia terus tanya pada suami. Tak perlu buat conclusion sendiri. Walaupun hati marah, tapi tetap maintain cool je.

4. Terbaiklah nasihat2 dari Master ji import dari Prague. Serious kelakar part Una nak realisasikan semua nasihat2 tu.

5. Yuni agak tak puas hati part Zahrain cantas kerja Adira tu. Macam tak puas bila kita - pembaca hanya tahu apa terjadi melalu perbualan Zahrain dan Zahra je. Unfair untuk Una. Si Adira dah kacau rumahtangga orang, lepas gitu je.
Profile Image for Slow mode: on ✨️.
87 reviews2 followers
June 19, 2025
Antara kegemaran smpai skrg hahaha. Antara novel awal zaman mula membaca novel. Kelakar taw Nawwal ni. Dah lah nama cantik. Kakak-kakak dia pun kelakar. Konflik tak berat sangat jadi boleh kira bacaan ringan lah cuma geram sgt dgn Zahrain ni. Kerja nak marah ja ish elok kena hempuk.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
November 9, 2012
Cerita pasal kahwin atas pilihan keluarga lagi. Tan Sri Puan Sri lagi. Sabo je lah. Layannn...

Nawwal Husna terpaksa balik dari UK semata-mata ada orang datang merisik dia walhal dia dah merancang untuk melancong ke Scandinavia bersama BFF Pet, Em dan Atai sebelum pulang ke Malaysia selepas habis belajar.

Kenapa ek Tan Sri Zainal dan Puan Sri Maimun beria sangat nak jodohkan anak lelakinya dengan Husna? Oooo rupa-rupanya Puan Sri tu dah berkenan kat Husna nak buat menantu masa datang kenduri kahwin abangnya tahun lepas. Cerita sebenarnya Puan Sri ni dah mula risau anak bujangnya dah mula pi clubbing dan berkepit dengan pompuan yang pakai baju tak cukup kain. Tu sebab dia nak jodohkan anaknya dengan Husna yang dilihatnya cekap mengasuh budak dan membayangkan dia dapat menimang cucu. Disebelah pihak Husna pula perniagaan babahnya tengah bermasalah dan babahnya juga tidak sihat. So terpaksalah Husna berkahwin selepas sebulan dia balik dari UK dengan Zahrian Alimin yang digambarkan hansome gilak dan kaya gilak.

Pertama kali Husna tengok bakal suaminya melalui gambar di Internet saja. Terus dia jatuh hati dan setuju nak berkahwin dengan Zahrain yang lengkap pakej 3 dalam 1 ni : rupa, harta dan darjat. Tapi bila kali pertama bertemu, Zahrain dah tunjuk perangai tak sukakan Husna.

Disebabkan Zahrain ni tak setuju dengan perkahwinan ni, so terpaksalah si Husna dengan bantuan kakak-kakaknya Nawrah dan Najla yang digelar master-ji dan side-kick ni melancarkan projek memikat suaminya untuk dipraktikkan selepas diijab kabul. Projek apa ek! Heh! Tak kuasa Cek Pah nak cerita kat korang. Korang baca ler sendiri projek si Husna ni. :)

Ceh! Si ketul ais beku ni jenis mamat sentap rupanya. Baru je si Husna bersembang dan bergelak ketawa dengan Atai dia dah jeles tahap petala. Si sentap ni lari bawa diri ke Hong Kong walhal tiket honeymoon ke Bali dah beli dah pun. Di Hong Kong pula si supermodel Adira dah memainkan peranan dotdotdot sampai gambar dia bersama Zahrain dah tersebar seantero Malaya. Nak tak nak terpaksa ler si Husna memujuk family mertua untuk tidak marah pada Zahrain yang dah mencemarkan imej korporat Tan Sri Puan Sri tu. Dah baik hubungan suami isteri, si isteri pula lari ke Jogjakarta disebabkan fitnah supermodel tu la. Ish! Dia orang ni asyik lari ke luar negara jek. Ikutkan lari bilik sebelah pun tak boleh tau. So menggelabah la si ketul ais beku ni mencari bini dia yang disayangi dalam diam-diam tu. Apa kesudahannya kalau diorang ni asyik larikan diri daripada menyelesaikannya? Masalah biasa rumah tangga kalau tidak berkomunikasi dengan baik dan ego tinggi tahap petala langit.

Part kelakar, Puan Sri yang merangkap BFF Husna ni buat aksi tak bleh blah. Skodeng anak perempuannya Zahra yang tak sebulu dengan Husna bersembang dengan Zahrain. Masa ni barulah Puan Sri tau yang Zahrain merancang nak ceraikan Husna selepas beberapa bulan kahwin atau berpoligami. Takutkan tertangkap dengan anak2nya dia berlakon ajak suaminya minum padahal cawan kosong. Hehe, ada ibu mertua sebaik ni memang la gempak. Baiknya sampai boleh dibuat geng.

Apa-apapun happy ending.

Rasa macam akan ada sambungan Projek Memikat Mertua la pulak bila Atai ada masalah dengan bakal mertuanya bapa Pet. Si Zahra kakak Zahrain pun tak diceritakan dengan lengkap sama ada dia dah boleh terima Husna atau belum selepas Zahra berkahwin dengan Chinese Muslim yang ala-ala ulama tu. Tapi boleh terima juga la kalau si Zahra sorang saja yang tak suka Husna sebab tak semua orang boleh suka seseorang walaupun orang tu baik hati dan tulus ikhlas.

Aci tak Cek Pah bayangkan Song Hye Kyo tu Nawwal Husna dan Hyun Bin jadi Zahrain Alimin :)
Profile Image for Ririn Aziz.
798 reviews108 followers
October 7, 2016
Huhuhu...

Salute the writer sebab berusaha untuk jadi lebih inventive. Watak heroin (pada awal hingga pertengahan) mempunyai sikap positif biarpun the story still in the same mold as most in the market.

Saya pun tak tau apa yang trigger nak baca buku ni setelah sekian lama resisting...hahaha. Maybe sebab tengok ada kat PNM so perasan nk try tu meningkat naik. Tapi lama juga la dok usyar2 baru available.

And as expected from the title, it's about memikat suami. Uishhhh...semacam juga la masa baca tu, since I'm not there yet...hehehe. Daring and quite explicit. Boleh jadi panduan bagi isteri-isteri untuk goda suami (suami sendiri ye). Memang sangat tak sesuai budak-budak bawah umur baca. Tapi yang dilarang tu la yang memanggil-manggil, ye tak?

In my humble opinion, this book lacked communication. Asyik cakap dalam hati jer, tapi tak diluahkan pada yang berkenaan. Setakat body language ni lebih ramai yang takut nak responsed, kadang-kadang bukan tak nampak tapi takut salah faham. Lagi la haru kan? And sesi bercakap dengan diri sendiri dalam hati tu pulak menggunakan pembuka dan penutup kata yang biasanya digunakan untuk dialog. Ingatkan ye ye la dia bagitau, tup tup dalam hati jer. Hmmmmm... stress akak tau...hahaha.

Saya katakan watak heroin tu cuma berlainan pada awal hingga pertengahan sahaja, sebab towards the end dah jadi typical weak heroin. Mengada-ada, mudah merajuk sebab buat assumptions sendiri. Well...dah tak der komunikasi kan? Gitu la jadinya. Merajuk, buat kesimpulan sendiri dan lari ke luar negara. Macam pernah dengar kan?

Communication is the key untuk hubungan yang harmoni. Dalam cerita ni, bukan setakat Nawwal Husna dan Zahrain saja yang tiada komunikasi, malahan perhubungan antara penulis (pencerita) dengan pembaca juga menjadi tersekat.




Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
October 8, 2012
Membaca buku ini (yg telah lama juga dibeli anak) kerana cadangan dari seorang sahabat yang memberikannya 5 bintang.

Ceritanya berkisar tentang nawal husna yg dipaksa berkahwin dgn .....(lupa pulak nama heronya. Pada mulanya husna menolak tai bila mengingatkan sebab2 dia harus berkahwin dgn lelaki itu, dia terpaksa menerima. Memandangkan lelaki itu memang terpaksa berkahwin dgn husna, husna telah sedaya upaya (dgn bantuan kakak2nya) memikat lelaki itu.

Walau ramai yg mengatakan cerita ini menarik bagi saya tidak. Bahasanya biasa-biasa sahaja dan tiada sesuatu yg menarik dalam cerita ini yang membuatkan saya ingin membaca setiap patah perkataan dan berulang kali. Saya membacanya dgn laju, melangkau bbrp muka surat hanya utk menghabiskannya dengan cepat.

Mungkin sekiranya penulis pandai mengolah ayat, ceritanya akan lebih menarik lagi.
Profile Image for Aisyah.
250 reviews43 followers
July 30, 2020
**Final Review after finishing the whole book**

Wow quite a feat jugak nak baca buku ni, A suka konsep buku ni and the story remains true to the title of projek memikat suami. My problem is that banyak kali sangat A sakit hati dengan sikap dan perangai husband Husna. Zahrain memang seorang yang keras kepala dan tersangat kejam atas isterinya. Memang A agak menyampah bila baca pages and pages of him being a downright asshole to his angelic wife. Masa the last 1/5th of the book baru dia sesal dan berazam baru untuk layan isteri dia baik2. A suka cerita ni cuma just tawar hati dengan hero novel. Hence the 4 🌟 rating. Thanks for reading my review, let me know in the comments what you think of the book ya 💓

**Initial review posted in 2014**

Wow... a sangat impressed dengan karya pertama Hanina ni. Cerita dia best, menarik, lawak dan Nawwal sangat likable membuatkan a senang untuk relate dengan dia. This could be my fav malay novel eva! *wink*

Ohh lagi satu, tajuk novel pon Projek Memikat Suami, so memang 'hot' la cerita ni.



Note:
Ok sebenarnya xhabis baca lagi gara-gara terpikat baca kat bolg penulis dan (obviously) the last few chapters xdiupload, but ni one of those books yg a mmg yakin layak dpt 5 stars. Huhuh memang first thing balik cuti raya nak cari novel ni gak!!

I'll wait till you become mine, no matter how long it takes...
Profile Image for Yuslizy Yunus.
27 reviews3 followers
September 6, 2012
jalan cerita stereotype but the initiative to pikat hubby tu yang best. before this buku yg saya baca majority 2-2 konon Jual mahal. but this time nawwal nekad pikat hubby dia. sapa tak terpikat sebab hubby dia hensem tu...
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
September 16, 2013
Best..kelakar...boleh buat kita tergelak2 dgn gelagat kakak Una, mak ayah Zahrain n kwn2 Una.. best3
Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
February 4, 2013
Cerita ini best, sangat. Sebab walaupun tema berkahwin atas sebab pilihan keluarga, tapi dia punya jalan cerita lain dari novel pasal ini yang dibaca sebelum ini.

Dengan kakak-kakak yang sporting sebagai master-ji dan side-kick. Suka dengan semangat kekeluargaan yang ditonjolkan oleh kakak-kakak Nawwal.

Dengan kaletah Nawwal Husna yang berusaha untuk memikat suami yang kahwin atas sebab pilihan keluarga. Tapi Nawwal, walaupun pertemuan pertama dengan bakal suami hanya bagi pandangan negatif, namun dia tetap cuba menerima dengan hati terbuka. Berusaha menjalankan tanggungjawab isteri dengan berlapang dada. Ini lah Nawwal. Disayangi keluarga, kawan baik dan juga, keluarga mertua. Suami? Alah benci, benci, lama-lama sayang.

Dengan perangai egois si Zahrain Alimin- hati yang keras sekeras batu pn boleh cair habis dengan kelakuan isteri. Asal keluar senyum kuncing jantan herot, haa ada la tu.

Konflik mesti ada. Wajib la tu sebagai perencah rasa novel.

Pertama. Kewujudan Adira, perempuan yang asyik menggeletis dengan Zahrain, tak putus-putus cuba mengorat, dan mencari idea untuk memusnahkan rumah tangga antara Zahrain dan Nawwal.

Yang kedua, bilamana tahap cemburu Zahrain sampai ke tahap maksima hinggakan Nawwal lari jauh ke Jogja.

# Sisi negatif.

Tak suka dengan Zahra, kakak Zahrain yang sombong tak bertempat!

Cerita ni terlalu 'open' bab-bab tuuuu. So, tak sesuai untuk anak- anak.




Profile Image for Linamarlyn.
37 reviews29 followers
January 29, 2014
LOVE LOVE LOVE!
Senyum meleret membaca buku ani.. :))))
very nicely written.. English pun lawa!

Sungguh daring! Penuh dengan adegan hot! Macam tarus dalam imagination kekeke Anyhow, it's about kawin yg di tentukan oleh parents... So as usual the guy the most eligible bachelor with the full package; zahrain never agreed. Nawwal perempuan yg educated who loves to travel around the world akur dgn pilihan keluarga. The story line is indeed different than most books i read.. Biasanya crisis saja but this is somewhere different. Instead of the girl giving up with karenah zahrain yg membuat plan tuk nawwal to hate her... She came up with a plan to make him fall in love with her! Bulan lagi fall in love bah.. Head over heels tarus! Hehehe i like it that nawwal took care all zahrain needs and be a very good wife even kana treated cold. Somehow sending a message to us and to remind us to appreciate our husbands more and be even more adventurous ehem ehem.. Coz everyday is projek memikat suami.. Eheh!

Now its time to start watching that series to see if its as good with the novel... :)))
Profile Image for Ummu Auni.
672 reviews
December 31, 2013
Bolehlah. Bahasa penulis boleh diterima, tidak pincang sangat seperti penulis lain. Jalan cerita biasa sahaja - mesti ada watak Tan Sri, Puan Sri, hero mesti keluarga kaya, konflik biasa-biasa sahaja.

Nota sisipan, tak faham bagaimana Noh boleh terpikat dengan Zahra yang lain sangat perawakannya.

3 bintang sebab boleh hadam bahasanya tetapi bukan buku yang saya akan baca berulang kali.
Profile Image for Nurul.
2 reviews
December 11, 2012
awalnya best, heroin pandai menjawab... Halfway into the novel, became too draggy, isu yang sama berulang-ulang.
Profile Image for Izzati Aisyah.
265 reviews40 followers
May 10, 2021
Sengaja diulang baca semula sebab nak ambik feel baca novel Dia Seadanya. Sebab dalam DS ada watak yang dikembangkan iaitu Emmalyn, kawan baik kepada Nawwal Husna dalam PMS.

PMS ni santai dan penuh dengan ilmu memikat suami. Konflik dengan orang ketiga tu ada dan ada juga pergolakan dlm keluarga. Paling suka part kakak2 Husna berganding bahu menurunkan mcm2 tips untuk pikat hati Zahrain si ketul ais batu tu.

Owh ya, novel ni pun pernah didramakan lakonan Emma & Aiman Hakim Redza. Ku pun follow masa cerita ni tayang. Terhibur jugak dgn drama.
Profile Image for Ziana Lim.
80 reviews2 followers
November 25, 2020
Bahasa yang santai dan best jalan ceritanya. Tak rugi beli dan baca 👍
Displaying 1 - 30 of 128 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.