Dalam kalut perintah darurat, Hairi tersedar yang dia berada di Kuala Lumpur. Khayalannya berbaur. Ingatannya kabur. Di saat negara mulai dijajah, dia masih lagi dalam keliru dan ingin kembali ke Kota Kinabalu. Dari sebuah hotel di Kuala Lumpur, ke KLIA dan Flat Jingga, Hairi tercampak ke dalam penjara dan bertemu dengan seorang tentera diRaja.
Dari ingatan yang paling diingati, Hairi hanyalah seorang pustakawan yang larut dalam mimpi-mimpi cinta seorang wanita dengan wangian lavender, namun dia berakhir sebagai seorang anggota Militan Kinabalu menentang penjajah di Borneo Utara.
Kolonial Mimpi, sebuah sci-fi perjalanan separa sedar seorang pemuda bernama Hairi di kala negara kembali terjajah.
Enggan saya letakkan bintang (rating) kerana saya mahu mereka yang sedang membelek reviu untuk buku ini untuk membaca hasil tulisannya sendiri. Kerana--citarasa yang banyak memainkan peranan dalam membezakan laras kepintaran masing-masing untuk mengatakan betapa magisnya ataupun betapa buruknya nukilan seseorang tersebut.
Cukuplah untuk saya katakan selepas membaca edisi manuskrip pertama yang masih suci yang banyak kekurangan dan juga edisi kedua yang telah diterbitkan ini--banyak bezanya, banyak yang telah dibaiki oleh si penulis untuk menghasilkan yang terbaik untuk dirinya. Macam Jimadie Shah Othman cakap dalam buku Helo-helo kepada Bush, menerbitkan buku perseorangan pertama adalah keberanian menghadapi masa lalu sendiri.
Apa yang saya suka tentang penulisan Sahidzan juga berkaitan dengan apa yang saya suka baca dalam penulisan, iaitu deskriptif yang imaginatif. Mungkin kau tak suka. Dan saya lebih suka mengingatkan diri sendiri, penulis menulis untuk dirinya sendiri serta kepuasannya sendiri kebanyakannya. Bukan untuk memuaskan hati pembaca yang entah siapa-siapa.
Oh ya, lupa mau cakap, penulisan orang Borneo kebiasaannya boleh dilihat dari lenggok bahasa yang digunakan. Kalau yang pernah dengar macam mana gaya bahasa orang Borneo, macam Sahidzan lah.
buku ni ada 43 bab setebal 323 mukasurat. seseorang lelaki amnesia kronik mencari identiti dalam masa yang sama, negara dijajah kembali. aku suka cara sahidzan menulis, detail dan penuh imaginasi.
kolonial mimpi. keseluruhannya cerita ni boleh dikatakan antara yang terbaik dalam kalangan buku genre sci-fi melayu yang aku baca. sebab tak banyak pun buku bergenre sci-fi yang aku baca. lagi lagi dalam bahasa melayu.
penulis berjaya buat aku hanyut dalam imajinasi peperangan di masa hadapan. bagaimana keadaan dunia berpuluh tahun dari sekarang. dan ya penulis juga berjaya menanam sikap benci kepada amerika sepanjang aku membaca novel ni.
aku nak kasi 5 bintang. tapi aku tak mahu sebab aku rasakan ceritanya bagai tergantung. tapi serius. memang power.
Kolonial Mimpi, sebuah karya saifai yang berlatar masa pada tahun 2066 ketika Malaysia sedang dijajah Amerika kerana ketidakstabilan politik negara. Mengisahkan tentang si protagonis, Hairi, yang mengalami amnesia yang bterjebak menjadi anggota militan Kinabalu menentang penjajah di Borneo Utara.
”Aku takkan mati tanpa memeluk musuh,”
Jalan cerita yang sangat menarik. Bagi saya, Sahidzan berjaya menggambarkan secara kemas bagaimana situasi jika perang dan proses peralihan kuasa berlaku. Sindiran terhadap sifat Amerika yang suka ‘menyibuk’ tentang hal-hal negara lain juga cukup bagus digarap di sini. Cuma, ada bahagian yang saya rasa terlalu meleret-leret dan repetitif terutamanya bila watak-watak dalam buku ini bersembang tentang kebencian mereka terhadap Amerika.
Apa-apa pun, it was a good read. Harap Sahidzan Salleh terus menulis dan menulis lagi.
"Negara kita yang tercinta ini sedang berhadapan dengan suatu situasi yang amat kritikal. Perintah darurat akan ditamatkan dan ditarik balik serta-merta serentak dengan pengumuman ini. Diharap setiap rakyat negara ini berada dalam keadaan berjaga-jaga dan bersatu padu bagi mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara... Kita bakal menghadapi satu serangan dari tentera luar. Para tentera kita, pejuang-pejuang kita, sedang bersiap sedia di perbatasan negara untuk mempertahankan kedaulatan tanah tumpah darah kita ini dari diceroboh hingga ke titisan darah terakhir mereka..."
Entah pernah atau tidak dan rasanya belum sebelum ini, sebuah buku, ya sebuah B.U.K.U, membuat hamba merasa sensasi goosebumps seperti mendengar suara Hafiz melagukan Ku Akui di final AJL 27 atau Karise Eden menyanyikan It's a Man's World di audisi The Voice Australia. Jadi, tahniah Sahidzan Salleh untuk persembahan hebat bertajuk Kolonial Mimpi ini.
KM membawa hamba membayangkan sebuah peperangan di tahun 2066. Sebuah penjajahan yang telah meruntuhkan tembok merdeka yang dibina bertahun-tahun lamanya. Sebuah malapetaka yang hamba tidak pernah tega untuk fikirkan berlaku di negara kesayangan ini. Dan, semua bayangan itu berjaya menjemput debar dan gentar yang menyelit di tengah semarak patriotisme yang mulai menghangat.
Imaginatif. Penulis menulis dengan penuh imaginatif dan lebih dari itu penulisan serta gaya bahasanya sangat baik (setelah hamba memutuskan untuk memberi maaf tentang perenggan yang sangat-terlalu-melampau panjang itu). Dan, mungkin kerana faktor imaginatif itu menjadikan penceritaan buku ini menjadi effortlessly detail tetapi tidak berlebihan.
Sesuatu yang hamba sukai lagi tentang buku ini adalah penulis tidak melampau mencuba untuk mencanggihkan semua benda di dunia pada tahun 2066 yang diimaginasikannya. Selain formula penciptaan wajah artifisial yang sekali lagi hamba sudi maafkan :P, tiada ciptaan futuristik mengarut yang mengundang jengkel hamba. Terima kasih. Huhu.
"Saya adalah tentera diRaja Malaysia. Dan kamu adalah anggota-anggota di bawah saya, menjadikan kamu juga tentera diRaja Malaysia seperti saya. Dan tentera diRaja Malaysia tidak akan sama sekali menyerah diri kepada musuh. Kita akan berjuang hingga ke nafas yang terakhir. Hingga nadi kita berhenti! Percayalah, perjuangan kita ini bukanlah sia-sia." - Malik
Watak Malik, si bekas tentera diRaja yang lalu menjadi ketua gerakan Militan Kinabalu, merupakan watak yang paling mengesankan dalam buku ini. Ucapannya, hujahnya, keberaniannya dan betapa patriotiknya dia, menjadikan wataknya inspirational. Tetapi encik penulis, jika hendak menulis sambungan untuk KM, tolong hidupkan kembali Kamal ya. Dia ibarat petrol yang menjadi satu kepelikan hamba dalam senarai bau kesukaan. :P
p.s Semacam ironi hamba terdengar lagu M.I.A. di radio ketika membaca buku ini.
okei. mula dengan kulit buku. menarik. menggunakan warna ala-ala askar. sedikit sebanyak memberikan idea tentang isi buku.
susunan kata-kata yang menarik. setakat yang aku baca cuma ada beberapa kesalahan ejaan. maaf, mata aku ni laju sahaja mengesan perkara sebegini.
berlatar-belakangkan masa hadapan. atmosferanya peperangan. aku anak pasca merdeka. tidak mempunyai input khusus atau pengalaman peperangan. hanya mengetahuinya dari media massa dan buku-buku. bila aku membaca buku ini aku dapat rasakan pentingnya semangat cintakan negara. semangat patriotik yang patut disemai oleh anak Malaysia. bukan semangat yang hanya wujud dengan percikan bunga api dan laungan Merdeka! semangat mempertahankan negara sehingga ke titisan darah terakhir.
digarap dengan teliti, aura perang dan penuh ilusi. kolonial mimpi :)
saya masih mencari Spartacus. di mana-mana saya akan mencari Spartacus. di tanah lamanya yang hangus, di Roma, di gelanggang Batthius, di bilik perempuan setianya, di pasar-pasar.
mengapa Spartacus yang ada dalam fikiran aku? mengapa?
peperangan. kerna peperangan. peperangan adalah mimpi-mimpi yang menggairahkan. kita boleh berada di mana-mana kita mau selama kita berada dalam peperangan.
sebuah karya perang,sci fi, penjajahan, yg menarik untuk dibaca tp perlu dihadam dengan betul2 supaya tiada kekeliruan akan berlaku..bincangkan ideologi2 negara kite skrg..bagaimana malaysia boleh dijajah suatu hari nanti... hairi seorang pustakawan telah trjebak dlm kolonial mimpi yg misteri.. plot n kisah yg menarik..tp ada sdkt kelemahan..boleh diperbaiki..good books..thanx lejenpress n sahidzan salleh
Bahasa yang mudah, plot cerita yang terkadang tak dijangka, serta penerangan yang terperinci buat cerita ini indah untuk dihadam.
Sahidzan punya tulisan yang baik,cuma plotnya yang mengambil latar di Borneo terkadang susah untuk digambarkan kerana tak semua orang pernah sampai ke Borneo.Tapi, itulah gunanya imaginasi.
kolonial mimpi . . first sci-fi novel yg aku baca . nak bagi review sbb this book is underrated but sooo freaking good thooo . the plot twist , the storyline , detail ii yg ada is so chef kiss . basically this book is about amerika yg datang jajah malaysia and ada macam geng malaysia nak jatuhkan amerika . hairi , the mysterious guy tiba ii muncul dekat the rennes hotel and then masuk penjara lah apalah . kat situ dia jumpa malik , kamal , siva geng tpm lah kan . journey nak jatuhkan amerika tu kinda good and misteri hairi tu pun good . paling benci dani fullstop . the ending kinda tergantung but not too tergantung cause still tahu sapa yg build hairi . entahlah idk what to add anymore but this book , i repeat is FREAKING GOOD . btw , i bought this book at shopee for only 5 ringgit .
Dah lama aku tak hadam buku yang selazat ini. Hah, Kolonial Mimpi, jalan cerita yang menarik, buat aku berfikir, berjaya masukkan aku ke dalam dunia Kolonial Mimpi, dan tahniah Sahidzan Salleh, sebuah buku genre sci-fi yang berjaya.
Sebuah karya saifai, perang dan penjajahan yang membawa pembaca ke tahun 2066 ketika Malaysia ditawan oleh Amerika Syarikat akibat ketidakstabilan politik. Kolonial Mimpi berkisar tentang Hairi seorang pustakawan yang menghidap amnesia dan secara tak sengaja terlibat dalam gerakan Militan di Sabah yang cuba menentang penjajah di Borneo.
Penat sebenarnya baca buku macam ni. 2 minggu ye nak habiskan bacaan. Taknak kata meleret. Tapi lebih kepada deskriptif yang imaginatif bak kata Luc Abdullah. Tapi as the story bergerak dari satu scene ke scene yang lain, it just gets better.
Buku ini bawa aku melalui pelbagai konflik bersama watak. Dari darurat ke penjajahan, menjadi tahanan, kemudian penantian dan pencarian, dan akhirnya menjadi seorang anggota militan. Bagi yang sukakan kisah perang, buku ini untuk anda. Twist dihujung buat aku berfikir panjang. Tak silap ini merupakan buku pertama penulis.
pada permulaan pembacaan ada dua filem yang terlintas dikepala saya, Memento dan Scott Pilgrim versus the world. Filem pertama tentang seorang yang mengidap penyakit amnesia dan terpaksa mengguna kamera polaroid untuk mengingati momen yang pernah dilalui dan filem kedua hanya kerana awek hairi yang bernama Ramona dan membuatkan saya berimijinasi yang Ramona berpewatakan yang sama dengan watak filem. ok, persetankan tulisan sia-sia ini.
Saya seorang yang kurang gemar novel sci-fi dan alasan kuat untuk saya membaca novel mungkin disebabkan faktor, saya selalu mengikuti tulisan2 penulis di blog beliau dan saya menyukai tulisan beliau. Cuma apabila menyebut genre sci-fi menyebabkan saya berfikir penulis akan menulis cerita dengan teknologi yang canggih ala-ala oblivium atau ironman tapi penulis menggambarkan situasi pada tahun 2066 tapi saya melihat penulis sedikit gagal meng'imajinasi'kan kecanggihan tahun tersebut(2066) dengan baik, hanya bermain dengan layar hologram atau item-item yang tidaklah terlalu canggih pada saya (saya tahu mungkin terlalu sukar untuk mengambarkan perkara sebegitu). Atau mungkin penulis sengaja mengambarkan Malaysia pada tahun 2066 tidaklah bergerak maju dengan pesat dan hanya bermain dengan teknologi lama.
Selebihnya saya sangat menyukai plot cerita ini yang disusun cantik dan membuatkan saya terpaksa membaca dengan cepat untuk mengetahui kesudahannya, seperkara yang saya suka tentang penulis ialah penulis mampu menerangkan dengan teliti dan terperinci tentang perkara-perkara yang melibatkan ketenteraan seperti contoh senjata-senjata (mungkin penulis pernah menjadi tentera seperti ophan bonjus).
Semangat patriotisme yang cuba dipaparkan cukup mengetarkan jiwa saya terutama babak akhir Malik dan teman se'militan'nya.
Macam mana anda main Call odf Duty, rasa macam tu lah perasaan dia bila baca, ditambah pula watak utama seakan akan hero dalam Terminator Salvation bagai. Terbaik! Persekitaran digarap dengan mantap dengan kemasukan tentera US secara haram menyerang tanah air seolah-olah menggambarkan Malaysia kini seperti Iraq, Syria dan sebagainya.
Ini adalah buku terbaik yang membuat kita berimaginasi diluar kotak selepas Ramlee Awang Murshid. Tapi aku pening sedikit jalan ceritanya sebab ada banyak situasi. Dan yang menarik, jika aku punya formula gila seperti dalam Bab 36, pasti aku ubah wajah siapa siapa sahaja jadi Johnny Depp.
Saya habiskan bacaan buku berunsurkan kententeraan ini tepat pada ambang Merdeka 2016. Semoga Malaysia terus aman tidak kembali dijajah seperti yang digambarkan di dalam buku ini.