Jump to ratings and reviews

Senandung Kau dan Aku

Sebuah kaset yang menggerakkan cerita cinta. Sebuah lagu yang mengembalikan kenangan lama.

Helmy dan Nilam berjanji untuk mengikat hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin. Namun, siapalah yang dapat menduga masa hadapan.

Hubungan mereka terputus di tengah jalan. Bukan kerana orang ketiga. Bukan kerana cinta telah pudar, tetapi kerana Helmy hilang tiba-tiba.

Kehilangan Helmy menjadi tanda tanya apabila keluarganya juga turut keluar dari rumah mereka dan tidak dapat dijejaki. Nilam yakin ia ada kena-mengena dengan pesanan yang ingin disampaikan oleh Helmy malam sebelum lelaki itu hilang.

14 tahun kemudian, lagu kenangan mereka menemukan Helmy dan Nilam semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Mereka mendewasa dan menjalani kehidupan masing-masing tanpa satu sama lain.

Namun pertemuan semula itulah membuka semula satu per satu sebab kehilangan Helmy sekeluarga. Lebih mengejutkan ia berkait rapat dengan keluarga Nilam sendiri.

Dengan segala apa yang berlaku, dapatkah kisah cinta mereka bersambung kembali?

342 pages, Paperback

First published June 1, 2023

Loading...
Loading...

About the author

Kamalia

17 books79 followers
Aku membaca sejak kecil kerana dengan membaca, aku bagai hilang dari dunia sebenar, dipeluk selamat dengan cerita-cerita yang pelbagai. Menginjak dewasa, buku sekadar eskapisme, bukan sekadar penyelamat jiwa tetapi buku memberitahu, menasihati dan paling penting memberi amaran yang dunia tidak berkisar tentang diri kau semata-mata.

Aku menulis sejak kecil, sejak kutahu mengeja namaku sendiri pada usia tujuh tahun. Bermula dengan menulis pengalaman sendiri, kemudian tulisanku bercambah menjadi cerita-cerita rekaan yang meronta-ronta mahu keluar daripada kepala.

Akhirnya aku menulis untuk dibaca oleh orang ramai. Ramai yang memuji dan ramai yang mengeji.

Setiap pembaca datang dengan pendapat berbeza. Ada yang suka dan ada yang kecewa. Aku sedar, memuaskan semua orang sesuatu yang mustahil. Kemudian aku teringat sebab awal aku mula menulis dulu. Pertama sekali, aku menulis untuk diri sendiri.

Watak-watak yang aku cipta ialah bayangan daripada segala yang berlaku dalam hidupku. Mereka yang aku ingin jadi, yang aku kagumi, yang aku takuti, yang aku pernah temui dan yang aku sayang.

Menulis membantuku memindahkan beban dalam dada.

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
21 (30%)
4 stars
33 (48%)
3 stars
14 (20%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 24 of 24 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,356 reviews253 followers
January 18, 2024
Kali ini F kurang gemar karya penulis. Lagi suka karya dia yang berunsur fantasy & time travel.

But karya dari penulis ini jalan cerita dia bagus. Menggunakan teknik imbasan, uols takan terlepas sebab ada je title dari penulis.

Kisah yang penulis ketengahkan ini pernah berlaku. Masyarakat kita masih percaya upacara sucikan diri.

Isshh minta dijauhkan dari kita semua.
Profile Image for Suraya (thesuraya).
832 reviews241 followers
October 20, 2024
hahaha yet another one example of prolog media having a suuuuuper cute cover, tapi cerita sebenar dramatik gila. Ingatkan cerita pasal budak sekolah bercinta cute-cute, sekali... boom GISB. I got a whiplash for a sudden there lol.

Cerita ni menarik. The writing style is also fine. Cumanya, banyak benda under explored la kat sini. Macam Helmy's initial obsession with Kitab Kesetiaan. Why the heck was he so obsessed with the book. How the crime case was handled, sebab tetiba je case closed, when you've built up so much anticipation for it. Intan's story pun was suddenly wrapped up in a few sentence. Pacing dia jadi off.
Profile Image for Akmal Zahrudin.
232 reviews25 followers
April 18, 2024
My thoughts?


1. Buku ni best gilaaaaa kuasa 10! I think Kamalia will be added to the list of my favourite authors. Buku pertama beliau yang aku baca Kelab Duka Lara was one of my favourite. Senandung Kau dan Aku ni pun best sangat2.


2. Baca prolog je dah buat my jaw dropped. The storyline was so so good. Pak Nan adalah satu watak dalam buku ni yang aku despise gila. Berselindung di sebalik duit dan agama. Orang dok puja-puja. I'm impressed by how manipulative a person can be. Gila betei.


3. I love Nilam and Helmi so much! I wanna hug them. Cute sangat kisah cinta diorang kat sekolah. Helmi dan family cuba nak expose Pak Nan tapi diorang lupa Pak Nan tu ada the power of money. Tiba-tiba Helmi hilang without a trace.


4. Lagi sorang aku rasa nak sepak-sepak muka dia ialah maklong si Nilam. Pebenda kau nih. Tu anak saudara kau setannn. How can you treat your own niece like that semata-mata sebab kau tak boleh berdamai dengan takdir. 


5. Buku ni diceritakan dalam dua timeline. Past and present. Along the way kau akan faham apa sebenarnya yang terjadi sedikit demi sedikit. In the past Nilam dan family Helmi je yang paling waras aku rasa. Yang lain semua dah kena enchanted dengan Pak Setan, eh Pak Nan.


6. Overall buku ni sangat best bagi aku. Bila kau baca tajuk dia kau akan ingat tu buku cinta typical. Kau takkan expect pun jalan cerita dia macam tu 😂 
Profile Image for lunabksw.
92 reviews1 follower
June 3, 2023
ok this book eh,first of all,tak expect pun weh novel ni berkisar pasal this one issue.Kalau baca mesti terkejut punya like weh cover punya la ala ala high school love story eh ada isu besar rupanya.
Well,isu tu pun agak relate jugak lah dengan zaman sekarang ni,dah banyak keluar pasal ni,so hmm kita ni janganlah taksub sangat ye dgn seseorang tu lagi" berkait dengan pegangan kita ni.
Cumanya Helmi ni misteri tak misteri jugak lah eh orangnya,dalam ni pun dia memang suka baca novel" misteri ni so apa nk pelik bila dia tiba-tiba hilang eh macam la ada kaitan-
Nilam ni bagus jugak character dia,few la yg yg keruh tu kita buang hahaha
Dia tak la jenis perempuan lemah semacam,thankfully. *which is I don't like when a character being potrayed like this,come defend yourself please,ughh
Ok la setakat ni walaupun agak lama ye sy tk baca genre yg agak dark sikit twist dia tu hoho
Profile Image for Nisya.
83 reviews3 followers
June 17, 2023
Helmy dan Nilam merupakan pasangan sebaya yang pada awalnya meminati satu sama lain secara sembunyi sahaja. Ditakdirkan berada dalam satu Kelab Buku Misteri yang hanya mempunyai lima orang ahlinya. Malah yang semakin menarik adalah berkenaan cadangan Helmy bagi aktiviti kelab mereka iaitu mencari tahu tentang legenda urban di kampung mereka iaitu Kitab Kesetiaan.

Bila Rindu ibarat lagu yang memberi pelbagai kenangan kepada mereka. Itulah juga salah satu asbab mereka makin rapat, itulah juga lagu kejutan oleh Helmy dan lagu itulah juga yang mempertemu mereka setelah 14 tahun. Sewaktu berjanji untuk mengikat hubungan mereka sehingga ke jenjang pelamin, tanpa diduga Helmy menghilang bersama-sama dengan keluarganya. Malah seperti yang dinyatakan pada blurb, kehilangan itu berkait dengan keluarga Nilam sendiri.

Bila Rindu by Ruffedge memainkan peranan betul dalam cerita ni.. Sebelum ni kalau ada lagu yang dinyatakan dalam sesebuah buku, tidak pula saya mainkannya namun berbeza dengan lagu kenangan antara Helmy dengan Nilam.

Apa yang diceritakan oleh penulis juga ada benarnya. Kadangkala hanya melalui kata-kata seseorang, walaupun intipatinya sama tapi melalui teknik percakapan yang berbeza juga boleh menyebabkan seseorang itu disanjungi.

Tahniah dan terima kasih penulis atas karya ini.
Profile Image for meenie.
462 reviews3 followers
January 31, 2026
4.5 ⭐

aku dah agak si nan tu lain macam. apo weh? org kaya tapi dok panggil org tu sial org ni sial. sussy gila.dah boleh agak nan ni keturunan ayah pin. aduh benci betul lah org cani.

ini buku sec saya dari author ini. honestly? dah dua buku, dua-dua plot twist lain macam. saya suka bila plotnya bukan sekadar romance semata. dekat blurb blkg kata romance, laki hilang 14tahun. rupanya ada misteri di sebalik tu. ini baru mantap boss.

oh johan. nama je johan tapi memang tak akan boleh jadi johan di hati nilam.adoi. eh baru perasan hahahaha nama diorg macam nama award untuk buku nilam lol. helmy je lain. biasalah main character kan gitu.

no complaints for this book. cuma ceh ada cuma jugak kan. hahahahah
kalau describe more hukuman yang dikenakan terhadap nan ini ok gak. kalau dikumpulkan semua mangsa nan ni pun ok gak. backstory katanya. lagi mantap. tapi tak jadi romance lah. jadi mystery thriller lah.

so skrg saya boleh berharap ex sekolah menengah saya propose saya jadi wife dia ke? sebab helmy dgn nilam boleh. takkan saya tak boleh? jk -
Profile Image for zairaidah.
435 reviews44 followers
February 3, 2025
Dah banyak dah review pasal buku ni kan. Sama je macam pembaca yang lain. Cerita ni best.

Entah kenapa masa baca buku ni, tertengok pulak drama jepun yang ada tema ajaran sesat ni.
Profile Image for Fatinnur Zahrina.
122 reviews55 followers
June 5, 2023
Baca blurb di belakang buku, mulanya aku fikir kisah ni ada unsur time travel. Sebab disebut kaset dan radio. Aku fikir macam sebuah filem tamil yang pernah aku tonton (tajuk tak ingat). Haha. Tapi salah sangkaan aku sebenarnya.😂

Berliku juga percintaan Nilam-Helmy ni. Banyak rintangan. Tapi aku suka cara mereka, mereka ni jenis tak pendam lama perasaan. Suka, terus bagitahu.

Aku ingat kisah ni akan jadi sebuah kisah melankolik kalau dibaca pada tajuknya tapi rupanya, ada unsur misteri. Bila tahu kebenaran tu rasa macam what??? Jijiknya.

Tapi aku suka sebab kisah ni berkait dengan isu sosial yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Semoga lebih ramai yang membuka mata.








Profile Image for manisreads.
22 reviews2 followers
May 30, 2023
“𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗸𝗮𝘂 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮, 𝗸𝗮𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗰𝗶𝗻𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮-𝗡𝘆𝗮. 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗽𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮”.

Hi Siri, please play Bila Rindu by Ruffedge. 🎶

Ini merupakan kali pertama membaca buku karya dari penulis Kamalia dan semestinya tidak akan menjadi yang terakhir. Sejujurnya tiada ekspetasi apa-apa pada permulaan bacaan tetapi tanpa disedari tangan asyik menyelak setiap halaman muka surat kerana ingin tahu apa yang bakal terjadi seterusnya. Setiap persoalan memaikan peranan di dalam buku ini.

Plot cerita sangat tidak diduga, ini bukan cerita cinta semata-mata tetapi lebih daripada itu. Garis masa dalam buku ini dibahagikan kepada dua iaitu imbas kembali dan masa kini. Isu yang diketengahkan juga sangat realistik dan boleh dijadikan ikhtibar kepada pembaca. Cuma sayangnya kurang babak pada bab terakhir dimana penangkapan pelaku dilakukan. Kalau diceritakan lagi perinci mungkin boleh bagi kepuasan kepada pembaca.

Gaya bahasa juga sangat matang dan tidak rasa janggal. Ini juga merupakan salah satu hal yang membuatkan pace bacaan sangat smooth.

Secara ringkasnya buku ini menceritakan mengenai keluarga Nilam yang hidup dalam kesusahan, dia tinggal dengan macik, nenek dak adiknya. Dalam masa kesempitan itu, mak cik Nilam terlibat dalam satu ‘cult’ yang dia sendiri tidak sedar kerana telah dibutakan dengan bantuan kemewahan yang diberikan.

Helmy sahabat dan merangkap kekasihnya yang sangat gemar akan perkara-perkara misteri tahu mengenai apa yang terjadi daripada Nilam dan cuba untuk menyiasat mengenai itu. Tetapi tanpa mereka sedari, mereka bermain dengan api. Dalam satu malam keluarga Helmy hilang begitu sahaja selama 14 tahun.

Dan banyak yang telah berlaku sepanjang 14 tahun tersebut. Pertemuan Nilam dan Helmy sangat tidak disangka-sangka. Mereka bertemu kembali dan merungkai kejadian yang berlaku selama 14 tahun tersebut. Kebenaran yang pahit itu harus Nilam hadapi walaupun ketakutan menghantui mereka.

Watak Nilam dan adiknya Intan merupakan watak yang sangat dikagumi. Nilam merupakan seorang kakak yang sangat tabah dan kuat. Dengan semua dugaan yang dihadapi dia masih lagi boleh mengorak langkah mengubah nasib hidupnya. Manakala pula bagi Intan, biarpun wataknya hanya sedikit di dalam cerita tetapi dialah kunci penyelesaian isu yang berkait rapat dengan keluarganya itu.

Dengan sebuah keberanian di dalam diri kita, apapun badai yang menghempas pasti dapat diharungi. Semoga pembaca diluar sana yang masih memerlukan keberanian untuk apa sekalipun, semoga terus kuat untuk diri sendiri.

Akhir sekali cuma nak cakap buku ni memang best!
Profile Image for libraryofaisha.
67 reviews5 followers
June 16, 2026
Hampir bagi 5 tapi rasa macam hurmzzz tak puas lah kalau boleh kena elaborate lagi apa jadi kat si Pak Nan tu. Bila baca watak dia ni dah macam Ustaz Mahdi kat siri drama Nur tu 😂 cuma bezanya Ustazh Mahdi tu tak segila si Nan ni..

- I love how penulis labelkan garis masa bagi setiap peristiwa yang berlaku. Barulah pembaca tak mudah pening kan. Also sukaaaa watak Nilam yang ada pendirian hidup and knows what she wants, bukan cam typical female lead la gitu 😆 I believe I would take the same actions as Nilam too everytime nampak si Pak Nan tu 🥲

- Walaupun jalan ceritanya singkat tapi tetap bermakna and I totally didn’t expect for the storyline to be this good hahaha, ingatkan cerita cinta budak sekolah menengah je rupanya there’s more to it ! Saaangat lari daripada expectation saya ya. Bagi saya buku ni sesuailah untuk dijadikan bacaan santai jugak
Profile Image for Wan rohani harun.
182 reviews7 followers
August 27, 2023
Nak maki watak jahat dalam novel ni. Makcik tak boleh la bila dia mangsakan kanak-kanak! Tapi taknak tulis panjang sangat nanti tak surprise. Highly recommended. Buku pertama yang habis dibaca dalam cuti sekolah. Motivasi untuk buku seterusnya yeay
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fiz..
9 reviews
June 12, 2023
"Senandung Kau dan Aku"
seronok sebab watak suka dengan lagu² .. siap karaoke lagi dengan kawan² — babak alam sekolah, berkunjung ke kedai muzik, memang menggamit kenangan lalu (era radio, kaset, CD), yang pernah melaluinya, pasti dibuai kenangan lalu.

by the way, Ruffedge, haiyaa (bunyi Uncle Roger)

kasihan, simpati pada liku-liku hidup yang dilalui oleh watak utama Nilam, hidup bersama Mak Long (entah kenapa terbayang pelakon Norlia Ghani era 80'an sepanjang baca buku ni), terpaksa berhubung jauh dengan adik kandung yang disayangi Intan, perjalanan hubungan jiwa tergantung tanpa noktah dengan Helmy.

misteri kitab kesetiaan, Pak Nan dan pengikut-pengikutnya, dari awal lagi dah boleh agak dah — orang² berpengaruh mulut manis ni memang jangan kita (dalam dunia realiti sekalipun) jual kepercayaan kita.

secara keseluruhan naratif Senandung Kau dan Aku memang "bersenandung" dengan santai, kemas, pembaca berolak alik bagai dilambung ombak (tak tinggi ombak nya pun, sedang² saja) ke depan (waktu semasa) ke belakang (imbauan), gaya bahasa pun baik, mesej yang hendak disampaikan pun bagus — kekeluargaan, persahabatan, liku-liku hidup serta pancaroba dunia.

Terbaik, terima kasih dan tahniah pada penulis, teruslah berkarya ye.
Profile Image for naa.dee.o.
135 reviews4 followers
June 6, 2023
Sebuah kaset yang menggerakkan cerita cinta. Sebuah lagu yang mengembalikan kenangan lama.

- JANGAN LUPA LAYAN LAGU RUFFEDGE EH 🎶🎶

Helmy dan Nilam berjanji untuk mengikat hubungan mereka hingga ke jenjang pelamin. Namun, siapalah yang dapat menduga masa hadapan.

- Dibahagikan kepada dua latar masa, iaitu imbas kembali dan masa kini. Jalan cerita bukan hanya tertumpu kepada percintaan remaja Nilam dan Helmy semata, banyak pengajaran boleh diambil.

- Di ringkaskan cerita kehidupan Nilam tak semanis gadis remaja yang lain. Duduk dengan makcik, nenek dan adiknya Intan penuh dengan MALANG kata Pak Nan. Geram betul aku dengan Pak Nan... tapi tulah, part untuk pakcik ni cepat betul 'dimatikan' oleh penulis.

First love never dies?
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,371 reviews71 followers
June 14, 2023
[BOOK 70]

Senandung Kau Dan Aku by Kamalia.
.

Entah kenapa, aku mengharapkan kisah ni ialah sebuah kisah melodrama. Mungkin sebab permulaan ceritanya ada vibe novel Riley Fizan yang bertajuk Dari Orion ke Polaris. (Yang kalau baca versi lama bertajuk Bintang Hati Saya yang sumpah sedih tu).
.

But anyway, aku suka je buku ni. Gaya bahasanya cantik, macam smooth je menusuk hati.
.

Kerana terdengar lagu Bila Rindu nyanyian Ruffedge, Nilam terus terimbau kenangan lalu. Kenangan bersama Helmi. Kenangan yang walau sedalam mana cuba dilupakan, ia tetap muncul.
.

Helmi dan Nilam budak sekolah yang matang. Bercinta pun matang.
.

Pada suatu malam, mereka berjanji untuk berjumpa. Ada hal yang ingin diberitahu oleh Helmi kepada Nilam.
.

"Aku janji, selesai hal keluarga aku ni, kita jumpa. Pegang janji aku."
.
"Janji?"
.
"Yes baby. Aku janji."
.

Namun malangnya, malam tersebut merupakan malam perpisahan mereka. Helmi dan keluarganya hilang tidak berjejak.
.

Rupanya, semua ni ada kaitan dengan lelaki dermawan yang disanjung oleh orang kampung. (ni mengingatkan aku kepada thai drama Sixth Sense. Sebijik la perangai camni)
.

Jujurnya, ada beberapa part yang aku mengharapkan lebih detail. Part prolog yang si jahat dan orang gila yang menyebut manusia tu. Adakah betul dia ni makan manusia? Dan aku mengharapkan part pertemuan semula Helmi dan Nilam tu lebih dramatik. hahaha. mengada betul aku ni. Dan part penjahat yang ditangkap tu, cam tak berbaloi je. hahhaha..I need moreee.
.

Tapi, banyak perkara yang aku suka tentang buku ni.
.

Aku suka part Nilam bersarapan dengan tenang. Kerana mengenangkan betapa waktu kecil dulu, dia tidak memiliki kesempatan itu.
.

Aku suka part Nilam terangkan kenapa dia masih pakai cincin kahwin, walaupun sudah bercerai. Teorinya tentang wanita yang sudah berkahwin vs bujang vs janda. Dan suka part Nilam yang mengatakan dia bahagia sepanjang bergelar isteri Johan, walaupun jodoh mereka singkat.
.

Aku suka part dia mengharapkan anak muridnya yang selalu didera oleh ibunya, agar bangkit dan keluar dari jalan hidup sekarang. Because she's been there. And done that.
.

Aku rasa, semua scene di atas biasa je sebenarnya. Tapi olahannya sangat menusuk hati aku.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 14 books110 followers
May 23, 2023
wow! tapi yang nyata lagi Bila Rindu nyanyian Ruffedge badge junior ni. feel lari sikitlah.

tapi pujian memang harus diberi pada penulis. olahan ... walaupun pada zahir kisah sepasang remaja yang terpisah, entah kenapa sebabnya tapi bila makin diselak helaian muka surat, naahhh ... ada kisah besar di sepanjang perjalanan beberapa tahun yang nilam, intan, mak long, helmy, johan, murni dan yang lain-lain lalui.

akak tak boleh nak reveal lebih memandangkan novel ini pun baru saja release. masih banyak bungkusan yang dalam perjalanan untuk pembeli dan salah sebuah novel yang akak harap sangat 'sold out' pada pbakl 2023 ini.

hidup, selimut dugaan, takdir ... semuanya akan bersenandung selagi manusia masih punya nafas untuk dihela.

lupa pula. walaupun payah untuk menegakkan kebenaran di sebalik kukuhnya tembok dusta tapi percayalah. tembok itu tetap akan boleh ditembus. bagaimana?

keberanian.
Profile Image for Nurfa Reads & Writes.
50 reviews1 follower
September 6, 2026
— 3.8/5 ⭐️

Saya rasa saya kecewa the fact yang saya pick up buku ni disebabkan saya expect genre romance, tapi part sweet tu satu bab je? (personal opinion)

Dari prolog sampai la ke bab pertengahan saya percaya yang "ohh mungkin buku ni ada campuran thriller sikit" tapi solution kepada permasalahn tu tiba2 selesai dengan mudah? Sedangkan sebelum ni cuba guna solution yang sama tapi tak berjaya. After few years, berjaya pula. Mungkin sebab perbezaan zaman? Entah la.

Tapi menyentuh hati la baca part ikatan keluarga yang terpisah tu. I mean, bila dah berbaik tu, jadi sebak.

Overall, saya rasa idea buku ni menarik dan boleh dikembangkan lagi (kot?)
Profile Image for Zully Azizan.
333 reviews8 followers
June 9, 2024
Naisssssss one!

Tapi agak tersasar la apa yang aku harapkan. Aku harapkan plot twistnya horror la sbb bila perkataan 'manusia' tu keluar awal awal pembacaan. Debor debor gak la kan aku nunggu. Okay, tak ... hahahahaha

Lain yg aku target, lain yg jadi. Cuma bab Pak Nan tu tewas cepat nauuuu lah. Kalau ada scene scene yang padu sket. Mesti lagi ngam!

Overall best!! Sian weyh hidup Nilam neh. Haihh..

@kamaliaramlan BILA RINDU tu lagu fav saya jugak. Asal dengor kompom senyom senyom sendiri. Hik!
Profile Image for Siti R.
67 reviews
January 29, 2025
Nilam-Helmy Couple then Helmy hilang 14 years then Nilam kahwin Johan then Nilam-Johan cerai then Nilam-Helmy jumpa balik, selesaikan semua masalah 14 years then Nilam-Helmy kahwin

14 years case - semua akibat manusia bertopeng macam Pak Nan. Ala2 kes GISB
Menyampah watak Mak Long 🤬
Kasihan Intan jadi mangsa upacara suci (baca as sexual harrassment/abuse to child). Nasib baik she bertahan & trust her sis,Nilam to fight together with her
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for J.
8 reviews
May 19, 2024
- Penantian Nilam menunggu Helmy akhirnya berakhir. Mereka berjumpa kembali.

- Plot twist yang dapat dijangka.

- Kisah Pak Nan buatkan aku sedikit tak puas hati, sepatutnya kena ada scene Helmy berlawan dengan Pak Nan (jantan tak guna ni sepatutnya kena belasah kaw-kaw)

- Plot bergerak lambat. Overall ok
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Elle Houri.
104 reviews1 follower
September 20, 2025
Buku pertama penulis yang saya baca. Tak sangka best sampaikan sehari je dah habis baca. Mula-mula ingatkan buku ni tentang cinta monyet semata tapi tak sangka ada isu besar di sebaliknya.
Best!
Tq penulis 🫶🏻🫶🏻🫶🏻
Displaying 1 - 24 of 24 reviews