Setialah di sampingku, akan kuceritakan segalanya kecuali perpisahan.
Gibran membeli syarikat nazak, pulih dan jual. Pump and dump. Itu kerjanya. Dia dipertemukan dengan Dira apabila mengambil alih House Of Parfum.
Kasar layanan Dira terhadapnya. Lain macam panas baran gadis itu. Dira melancarkan perang dingin, perang psikologi, perang saraf dan segala macam perang lain. Peliknya, Gibran reda sahaja dengan sikap Dira terhadapnya. Tidak akan dipecat pekerjanya itu.
“Betul ke kita tak pernah jumpa sebelum ni? Cara awak bercakap tu, macamlah awak kenal saya lama.” - Gibran
Selepas arwah Tasnim, Dira satu-satunya gadis yang berjaya buat hati Gibran bergetar. Tapi hati Dira seliat sotong yang overcooked!
Apabila Muadz semakin mendekat dan Zarif masuk meminang, Gibran terpaksa gunakan alasan hutang untuk mengikat Dira kepadanya. Pada Gibran, Dira adalah takdir terindah dalam hidupnya.
“Kahwin dengan Zarif ibarat masuk mulut naga. Kahwin dengan Encik Gibran ibarat masuk dalam mulut singa.” - Dira
Dira tersepit antara hutang, rayuan ibu, desakan ayah dan harapan adik-adik. Gibran pilihan terbaik untuk memuaskan hati semua orang. Untuk berapa lama perkahwinan itu? Biar Gibran yang tentukan. Dia sudah tidak peduli. Padanya, yang penting hanya anaknya, Saif.
“Encik perangkap saya dengan kekayaan encik.” - Dira “Salah tu. Saya menggunakan semua kapasiti yang saya ada untuk memiliki insan yang saya cinta.” - Gibran
Bukan mudah melayari bahtera rumah tangga apabila masing-masing menyembunyikan rahsia besar. Apabila semua rahsia dibongkar, akan terpisahkah mereka tanpa kerelaan?
jalan cerita menarik cuma wow factor tu x berapa hits sangat. sejujurnya bagi aku,mcm ade sesuatu yg hilang, mcm ada yg tetinggal. transition dari bab ke satu bab yg lain x berapa smooth agk mengelirukan kdg2 tu. penulis mcm kdg2 xde idea. overall ianya ok je. cuma aku rasa akn lebih menarik kalau penulis detailkan lagi ‘Khalil Gibran’ ni dr segi fizikal, dari segi rupa memandangkan beliau ialah hero dalam dan cerita ni tentang dia. auranya sudah ada. tp aku x rasa aku cukup kenal khalil gibran ini. apa lahi eh nk tulis. tp still worth to buy. dont worry.