Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jangan Lupa Namaku

Rate this book
Cinta tu macam burung… yang kita pegang.
Jangan pegang kuat-kuat. Nanti dia mati.
Tapi jangan lepaskan dia, nanti dia takkan kembali.


Aiman...

Dia melepaskan Amira atas permintaan Amira sendiri. Hatinya tak pernah merelakannya, namun dek 'kata orang' punya angkara, dia akur. Dia setia menanti Amira. Harapannya, Amira akan sedar yang mereka diciptakan untuk bersama.

Amira...

Perpisahan bukanlah pilihan terbaik untuknya. Dia merana namun untuk berpatah balik, dia tiada kekuatan untuk menghadapi pertanyaan orang tentang anak. Walaupun orang di sekelilingnya tak henti memujuknya kembali kepada Aiman, namun dia tetap di situ. Dia takut 'kata orang' akan terus menghantuinya. Anak, anak dan anak!

Aiman dan Amira tabah mengharungi kehidupan mereka sendiri-sendiri. Namun kemunculan Camelia, Johan dan Nazrul memberi rencah yang kadangkala pahit, manis, pedas dan tawar dalam kehidupan mereka. Mungkinkah jodoh mereka ternoktah di situ? Atau ada cerita lagi di sebaliknya?

***

HANANEE mengusik hati pembaca dengan kisah Aiman dan Amira dalam Jangan Lupa Namaku dengan gaya bahasanya yang lembut dan menusuk hati.

629 pages, Paperback

First published September 1, 2012

5 people are currently reading
48 people want to read

About the author

Hananee Amir

10 books2 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
10 (23%)
4 stars
20 (47%)
3 stars
10 (23%)
2 stars
1 (2%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
April 3, 2015
memang stress kalau jadi Amira .. kdg2 xpayah tggu 7tahun , baru kahwin xsampai setahun pun org dok bising2 bila nak beranak .nasib baikla rezeki Amira datang juga saat idah .nasib baikla si Aiman tu betul2 suami yg setia yg sayang gila kat bini dia .
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Siapa sangka rumahtangga yang dah terbina bertahun-tahun dan sentiasa nampak bahagia akhirnya berkecai juga di pertengahan jalan? Begitulah yang terjadi kepada Aiman dan Amira. Setelah 7 tahun hidup bersama, mereka akhirnya ambil keputusan untuk berpisah hanya kerana Amira dah tak tahan dengan kata-kata orang sekeliling. Mana tidaknya, perkahwinan mereka selama 7 tahun belum dikurniakan zuriat. Puas berusaha dan berubat, rezeki masih belum berpihak kepada mereka. Aiman memang tak kisah sebab dia terlalu sayangkan Amira. Cuma Amira yang masih tak mampu menerima hakikat kekurangan dalam perkahwinan mereka itu.

Sekilas pandang, kita mungkin akan kata Amira ni pentingkan diri. Yelah, Aiman tu punyalah sayangkan Amira sampai sarapan pagi pun Aiman yang sediakan. Dia boleh sibuk nak bercerai. Sungguh tak bersyukur dah dapat suami baik macam tu. Tapi, bila fikir dari sudut pandang Amira pula, kita akan tahu betapa tertekannya Amira dengan situasi tu. Orang lain mana tahu apa yang Amira rasa bila dia ditanya soalan-soalan sensitif begitu.

Sebab terlalu sayangkan Amira, Aiman melepaskan Amira walaupun sebenarnya hatinya berat. Harapannya Amira akan sedar betapa eratnya kasih sayang antara mereka. Walaupun Aiman kata yang dia tetap setia menanti Amira kembali padanya, tak sekali pun Aiman memujuk Amira. Pelik kan? Aiman kata dia tak mahu memaksa Amira. Dia berikan Amira masa untuk bertenang agaknya. Cuma yang menariknya, lepas bercerai Aiman ni jadi stalker pada Amira sebab dia nak pastikan Amira sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Untungnya mereka ni dikelilingi oleh kawan-kawan yang menyokong mereka dalam keadaan apa sekalipun. Masa kritikal inilah Fuad dan Julia banyak memainkan peranan. Walaupun sedih dengan perpisahan Aiman dan Amira, mereka tetap menyokong dan membantu keduanya bila diperlukan. Mereka juga berperanan untuk menyatukan keduanya semula walaupun harapan agak tipis.

Bila kemunculan Johan, teman sekampung Amira, Julia serta Fuad, bunga harapan yang diharapkan Aiman bagaikan lenyap sekelip mata. Dalam masa yang sama muncul juga Nazrul dan Camelia (teman lama Aiman) yang berhasrat untuk memisahkan terus Aiman dan Amira. Bagaimana agaknya perhubungan Amira dan Aiman? Berjayakah mereka bersatu kembali atau masing-masing tetap memilih jalan hidup sendiri?

Komen saya: Kisah ni agak sinonim dengan masyarakat kita yang rata-ratanya ‘terlebih prihatin’ dengan hidup orang lain. Bila dah ‘terlalu prihatin’ mereka mungkin tak sedar yang sikap ‘prihatin’ mereka tu bakal meruntuhkan moral orang lain. Paling teruk kalau sampai meruntuhkan keluarga orang lain. Nauzubillah. Terima kasih dan tahniah kepada Hananee Amir untuk naskhah ini. Kisah yang berat jadi agak santai bila disampaikan dalam gaya bahasa yang santai dan selamba. Oh, jangan risau pengakhirannya tetap buat kita rasa bahagia. :)
Profile Image for Iris Ymra.
212 reviews36 followers
April 27, 2019
Cara plot cerita ni berjalan mungkin kadang-kadang buat pembaca bingung, dalam2 penulis becerita tentang kisah semasa watak-watak akan selalu terselit peristiwa yang dah berlalu, seolah-olah ketika watak-watak tu tengah mengelamun kita pun kita sama mengelamun cumanya bila dia dah balik ke masa kini tu kita pula masih tetap mengelamun, tiba-tiba kena selak balik ke muka surat yang lepas untuk tahu kita ada kat mana.

Tapi cara penceritaan yang sempoi macam lenggok pertuturan seharian tu buat kita rasa memang ada orang yang sedang bercerita dengan kita -- bercerita tentang Aiman, Amira, Fuad, Julia dan watak-watak lain.

Amira ni memang kategori lembik tahap tak dapat nak tolong, lagi-lagi bila ada watak-watak macam Aiman, Fuad & Julia yang tak akan pernah berkeras dengan Amira makin bertambah lembik lah dia. Tak hairan kalau Amira jadi sampai stress sebab fikir pasal cakap orang -- semua pasal cakap orang -- diri lembik dia takkan mampu terima walhal kita yang membaca ni rasa macam tak patut, sebab orang-orang yang bercakap pasal dia tu bukan penting pun dalam hidup dia, penting lagi Aiman, Julia, Fuad, Mak Long orang-orang yang memang kisah dengan dia tapi tak kisah walaupun mereka tak dikurniakan anak.

Jadi pada saya betul juga apa yang watak Johan tu cakap. Bagi kesedaran sikit dengan Amira. Tak perlu terlalu berlembut dengan dia hanya sebab kita tahu dia tak kuat.

Cerita ni fokus pada satu konflik je, dan semua orang jadi serabut sebab nak selesaikan konflik tu. Kadang masa baca jadi frustrated dengan perangai Aiman dan Amira. Benda boleh settle kenapa nak panjang-panjangkan tapi kalau settle terus memang tak ada lah cerita ni, dia akan terus berakhir macam tu je.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
October 9, 2012

Aiman & Amira

Mula-mula, memang geram juga dengan karenah Aiman dan Amira ni, hanya kerana cakap orang mereka bercerai-berai. Namun, kalau sudah sampai tahap kronik memang perkara sebegini sukar untuk dielakkan. Nasib baik ada Julia, Fuad dan Johan. Mereka berusaha untuk menyatukan mereka kembali. Berjayakah mereka?

"Sabar... bertenang... baru boleh selesaikan masalah. Kadang-kadang Allah bagi roti, kita boleh terus makan. Tapi kadang-kadang Allah bagi benih. Kita kena tanam, siram, baja... jadi gandum. Kemudian, baru ada roti. Hidup pun macam tu. Kadang-kadang senang, kadang-kadang sudah. Sabar banyak-banyak, doa, insyaAllah... Allah dah buka banyak pintu lain. Pandang dengan mata hati, sebab kadang-kadang perasaan menipu. Jangan terlalu lama pandang pintu yang tertutup, sampai tak sempat nak tengok pintu yang Allah dah buka lebih awal." (ms: 192)

Anne pernah beri gelas yang berisi separuh air masak. "Apa yang awak nampak?"
"Water... half cup empty..." Johan jawab mudah sebab soalan tu mudah.
"No... it's half cup full..." Dia kerutkan dari. Anne kata, jangan selalu lihat apa yang Tuhan belum beri. Tapi bersyukurlah dengan apa yang Tuhan dah beri.
(ms: 385)

Konklusi yang boleh aku katakan dari novel ini, selagi apa yang kita lakukan tidak menyalahi hukum dan landasanNya maka janganlah dilayan sangat apa yang kata orang, ianya akan membuat kita sengsara kerana kita tidak akan dapat untuk memuaskan hati semua orang.
3 reviews
August 8, 2022
Honestly selalu buku under JS jaranglah mengecewakan ,but this one hmm..
Masa baca sinopsis tu memang menarik, nak tahu sangat kenapa amira sanggup berpisah dengan aiman.
Agak kecewa sebenarnya isu tu tak sebesar yang diharapkan, bukan campur tgn mertua ke yang berharap nak cucu atau suami yang menekan dan berharap kehadiran cahaya mata dalam hidup dia orang.

Hanya cakap2 manusia, memang isu ni sensitif tapi serius tak patut sampai amira tinggalkan aiman. Aiman yang baik yang jaga amira macam puteri sampaikan dah bercerai pun aiman masih jaga amira walaupun dari jauh. Aiman berkorban tinggal family untuk amira last2 kena tinggal mcm tu je. Geram tu sampai harap aiman dengan org lain masa ending.
3 reviews3 followers
January 25, 2019
Terlalu bercelaru dengan "flashback" yang menggangu jalan cerita yang sebenar.
Profile Image for Ririn Aziz.
797 reviews106 followers
April 17, 2016
Stress betul nak melayankan perangai tak berapa semenggah si Amira tu. Boleh buat orang sekeliling sakit jiwa. Dah dapat sebaik-baik suami macam Aiman pun, masih lagi 'kata orang' yang dia ambil peduli.

Macam menonton persembahan 'marionette', patung2 dikawal dengan tali oleh tuannya. Tak mampu nak bergerak sendiri. Itulah yang saya rasa ketika membaca buku ni. Suara penulis lebih kuat dari watak-wataknya. Hal-hal merapu merepek semua pun ada dimasukkan. Bukan tak boleh, tapi kadang2 tiba-tiba jer, padahal tengah dok cerita pasal benda lain. POV pulak dari pelbagai sudut, sehingga kadang-kadang saya terfikir, kisah sapa yang nak di-highlight ni? Agak bercelaru emosi watak dan juga emosi saya...huhu.

ps - why that name? kan dah mengganggu jiwa ni...huhu
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
January 18, 2015
rumah tangga mana tak di landa badai. in short, Jgn dengar ckp org. Percayalah pada diri sendiri dan apa yg di Takdirkan buat kita.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.