Jump to ratings and reviews
Rate this book

Lazuardi

Rate this book
Mama Anaz tak pernah layan dia macam anak sendiri walaupun hakikatnya nama dia terletak sebagai ibu dalam surat beranak. Boleh dikatakan, semua jenis kerja rumah diserah sepenuhnya untuk dia buat dah mengalahkan orang gaji. Tempat dia mengadu hanyalah pada Odie, jiran depan bilik merangkap member baik sejak tadika. Apabila dia mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

“Awak... jomlah kahwin dengan kita.”
“Kahwin tu apa?”
“Kahwin tu maknanya baling bunga.”
“Kita nak dapat bunga, tak nak baling-baling bunga.”


Tapi, betul ke Odie itu jodohnya?
Sebab Si Shark ni pun suka buat dia sakit kepala. Hujan tidak, ribut tidak, tiba-tiba...

“Kita kahwin nak?”
“Haa?”
“Tunang?”
“Haaa?”
“Jadi girlfriend saya?”
“Haaa?”
“Saya serius ni.”


‘Putera’ manakah yang akan menyelamatkan ‘Si Cinderella’ ini?
Memanglah hidup dia malang, tapi perlu ke dia jadi beban kepada orang lain untuk menyenangkan hidup dia sendiri?

***

NASZ mencoretkan kisah suka, duka, pahit, manis dan maung kehidupan Si Anaz dalam Lazuardi dengan gaya santai dan warna-warni yang mempesona kita untuk terus menatap tinta hingga ke akhirnya.

629 pages, Paperback

First published September 1, 2012

27 people are currently reading
351 people want to read

About the author

Nasz

5 books81 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
254 (45%)
4 stars
195 (35%)
3 stars
70 (12%)
2 stars
23 (4%)
1 star
11 (1%)
Displaying 1 - 30 of 78 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 24, 2014
24.3.2014

Memandangkan nafsu untuk membeli + mengoyakkan plastik + membaca + mereview buku baru yang dah 2 minggu hilang tanpa dapat dikesan, aku mula membelek2 naskah yang pernah dibaca dahulu a.k.a ULANG BACA.

Ntah mengapa... si Nasz ni berjaya 'menjerat' aku dengan naskah2nya. Memang addicted tahap x hengat dengan Sweet Sour. Kalau kepala tengah serabut dan jiwa sedang kacau, memang kesengalan si Lia yang aku cari.

So, untuk kali ni cuba mencari kepolosan si Naz dan ketegasan Shark dalam Lazuardi. Tentunya si ikan jerung tu yang lebih tajam dan berbisa gigitannya.

-Ketika dia tersipu-sipu bila disapa si Naz (masa di Form 5), atau ketika dia 'gelabah bewak' bila ditegur gadis pujaan hati (ketika game tenis), atau ketika dia dengan selamba x hengatnya menyanyikan lagu Chantek yg begitu polos liriknya, atau ketika dia sanggup menawarkan upah RM250 per/hour untuk Naz mencuci kondonya, atau ketika dia me'tunggang-terbalik'kan kondo semata-mata kerana jeles tahap gaban bila Naz dating dengan si Odie.

-Dan juga ketika dia frust tertonggeng bila tersalah sangka Naz + Odie. Juga ketika dia menjadi 'fairy godmother' yang membantu Naz menyiapkan projek yg disabotaj. Juga tentunya ketika dia bertukar kulit kepada 'prince charming' menyelamatkan si Naz dari kemelut keluarga.

-Tentu sekali ke-sweet-annya semasa di alam rumah tangga. Juga ketika dilanda ke-jeles-an bila si isteri masih berhubungan dengan BFF. Juga kesanggupannya terbang pulang dari US semata-mata untuk menjadi 'a shoulder to cry on' kepada si isteri ketika musibah melanda.

-Of course... ke-cool-annya masa si Naz tiba-tiba mendinginkan diri dan memohon untuk diceraikan. Ketegasannya melindungi maruah dan integriti si isteri bila si Ain mula mencakar. Atau ketika usaha tarik-talinya bagi memastikan si isteri sentiasa terikat. Juga semasa sekali lagi menjadi 'a knight in shining armour' menyelamatkan si Naz daripada sihir si Ain.

Jika Sweet Sour kepunyaan Lia. Lazuardi pula pastinya hak mutlak Shark! (Fuhhh... review gedik x hengat!)


18.8.2013

Bear in mind........this is a cinderella tales, kisah bawang putih bawang merah, cerita upik abu.....ok i can live with that....

Anaz......cinderella
Mama...... Lady Tremaine
Ain ...... Drizella
Lily ..... Anastasia
Abah n Nueq ....... maybe Jaq n Gus
Kila ........ Lucifer
Shark ....... Prince Charming (juga ambik alih watak Fairy Godmother)
Odie ....... mula2 mcm Fairy Godmother (halfway saja)

TAPI, (for me) gaya bahasa santai yang dibawa pengarang terlalu ringan untuk melakarkan Lazuardi yang agak berat. (Perumpaan please...) satu spotlight x kan mampu menyuluh begitu banyak watak dalam pentas yang terlalu besar. Musibah bertimpa-timpa dengan kekejaman tak disangka2 si Ain, agak berat untuk bahasa yang terlalu santai. Peperangan perasaan Anas ketika ingin meninggalkan Shark juga kurang meninggalkan kesan.... Rasanya Lazuardi lebih 'kemas' jika menggunakan 3rd person POV.....

Sesungguhnya, SWEET n SOUR is way much better than Lazuardi.....coz everytime - less is more....right!
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
November 20, 2012
Tajuk novel ini mengingatkan aku pada lagu Aurora oleh Estranged. Eh! Ada kaitan kah? kih5

Seperti di sinopsis buku, ini kisah Cinderella. Cuma Anaz tidak pula pernah bermimpi mahu menjadi Cinderella. Dia tak mahu menjadi beban pada orang lain. Dia mahukan hidup yang biasa-biasa bukannya sang putera kayangan yang memandikannya dengan jutaan harta benda.

Walaupun tidak diakui oleh ibunya sendiri, Anaz tidak pernah terdetik untuk membuang ibunya. Seperti si Cinderella, Anaz sememangnya gadis yang sedikit naif, baik hati dan ada masanya terlalu lurus. Dia rela disakiti berulang kali dan itu sedikit melelahkan buat aku yang rasa... “Ala... ce melawan sikit Anaz oi!” hahaha5

Mujur Anaz ada Odie, teman baik sejak kecil yang kebetulan duduk berjiran dengannya. Odie umpama gula-gula masam manis yang ada masanya cukup menyakitkan hati tetapi Odie tetap Odie. Dia sahabat yang paling memahami. Tetapi itu sebelum munculnya Ain; anak buah ibunya. Penulis memang berjaya mempotretkan watak Ain dengan jayanya. Si gadis yang kononnya innocent tetapi hati... aduh! Ain licik. Dia ada seribu satu muslihat sehinggakan Odie yang sebelum ini senantiasa menyebelahi Anaz sudah berpaling tadah!

Nasib baik ada watak sang bidadara - Shark. Walaupun namanya macam tak serupa angel kih5 Shark kawan baik adik lelaki Anaz dan merangkap so-called-boyfriend Lily. Dan kehadiran Shark dalam cerita ini memang agak sweet la. Dia yang muda tu boleh jatuh hati pada Anaz. Walaupun terdetik di hati yang senang-senang je keluarga Shark menerima keputusannya yang mahu berkahwin dalam usia baru mencecah 20 tahun. Tetapi gaya bahasa yang santai itu dah berjaya menutup rasa illogical aku tadi *wink*

Dan bila rahsia tentang siapa diri Anaz dibongkar, memang agak syahdu. Kasihan Anaz! Cuma satu lah, aku memang tak setuju dengan syarat Anaz untuk merahsiakan perkahwinannya. Benda yang baik seharusnya dihebahkan untuk mengelakkan dirinya dipandang lagi hina oleh ibu dan keluarga sendiri. Dan satu lagi, tetap tak puas hati dengan Ain... kih5 ;P

Tahniah Nasz untuk buah tangan terbaru. Nanti-nanti boleh sambung pasal Odie tak? ;))

Ps: Cita-citaku sekarang nak habiskan reviu yang berderet ini tapi tangan masih gatal menyambar buku baru. Waduh-waduh! Kok gitu? *wink*
Profile Image for zairaidah.
410 reviews40 followers
August 9, 2025
Lazuardi tu apa? Kenapa tajuk Lazuardi? Hmmm…

Anaz si gadis polos dan naïf yang mendambakan kasih sayang dari mamanya. Banyak kali diherdik dan dipukul, Anaz dah lali dengan semua tu asalkan dia tak jauh dari mamanya. Kalau orang lain agaknya si anak dah boleh jadi pembunuh bersiri tau sebab mengalami penderaan fizikal dan mental nih dari kecil. Anaz hanya mampu melawan dalam hati sebab dia tahu kalau dia melawan secara terang-terangan dia yang akan dapat susah. Mana ada orang nak backup Anaz dalam rumah tu. Sehinggakan bila dihalau dari rumah kerana dituduh menyamun, Anaz masih lagi ada hati nak balik ke rumah tu semula. Ada Odie pon tak boleh diharap, bila Odie dah couple dengan Ain. Odie tu sengal sebab percayakan Ain Sewel tu bulat-bulat. Ain tu sebab hidup dengan ayah yang kaki judi agaknya sebab tu perangai tak baik. Motif nak cari lelaki kaya supaya senang hidup di kemudian hari. Dengan Anaz pon nak cari pasal. Anaz tu bukan ada apa-apa pon untuk dibenci. Bila Anaz masuk tempat kerja baru kena lagi mengadap si Ain Sewel tu. Bila ada babak dengan Ain je aku jadi geram, ada hati lagi nak kebas si Shark.

Shark yang memang dah lama suka dengan Anaz. Dia tak kisah pon Anaz tu lebih tua dari dia. Agak misteri jugak Shark ni. Bila Anaz dalam kesusahan mesti Shark ada nak tolong. Keputusan Shark ajak Anaz kahwin sebab nak jaga Anaz, Anaz pulak macam blur. Sebelum ni Shark tu macam adik-adik je, tiba-tiba ajak kahwin. Anaz tak pernah pon ambil tahu tentang Shark yang sebenarnya kaya. Susah nak nampak Shark marah dengan Anaz. Boleh lagi buat selamba bila Anaz cakap nak cerai. Apa-apa pon akhirnya mama tahu Anaz tak pernah buat salah apa pon (thanks to Shark) dan Ain akhirnya dapat pembalasan yang sepatutnya. Aku tak puas hati sungguh dengan Ain tu. Licik sangat dengan drama air mata yang tak sudah tu.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
August 16, 2017
Tah berapa kali dah ulang baca cerita ni. Suka dengan penulisan Nasz. Ayat kontot2. Mudah nak faham. Semua watak ada karektor masing-masing.
Kat sini ramai peminat Shark. Apa yang best sangat pasal Shark ni baca lah sendiri.
Profile Image for Ririn Aziz.
798 reviews108 followers
May 17, 2015
Jiwa saya terasa seperti masih berada di alam Lazuardi walaupun dah baca sampai ke muka surat terakhir.

Sangat menarik. Penulis berjaya membuat saya tak boleh berhenti membaca kisah ini bermula dari muka surat pertama sehingga ke noktah terakhir (berhenti untuk tidur jer...hehe. Tu pun sebenarnya tak nak berhenti lagi). Sejujurnya kisah ini mempunyai ciri-ciri yang saya tak suka. Tahap menyampah nak baling buku pun ada. Tapi penceritaannya berjaya membuatkan saya terus bersabar dan berjaya bertahan sehingga ke akhirnya. Tahniah buat penulis.

Kisah Anaz yang dibenci oleh ibunya sendiri. Ibu kandung, bukan ibu tiri atau ibu angkat. Dia diherdik, dihina dan diperlakukan seumpama orang gaji (mungkin lebih tepat hamba) di rumahnya sendiri. Tapi Anaz ni kiranya anak yang baik, masih lagi menurut kata tanpa melawan (tapi kalau dengan orang lain terutamanya Lily adik tirinya dia sembur jer). Mujur ada Odie, teman baik sejak kecil merangkap jiran sebelah rumah. Adala juga tempat dia nak mengadu dan meluahkan perasaan ketika rasa itu seperti tidak tertanggung.

Keadaan bertambah buruk dengan kehadiran Ain, anak saudara bapa tirinya. Entah kenapa, Ain dengki sangat dengan Anaz. Pelbagai cerita direkanya untuk memfitnah Anaz. Apa lagi, kehidupan Anaz yang tak berapa nak cerah tu pun bertambah lagi mendungnya. Ain memang sangat licik sehinggakan Odie yang bertahun-tahun mengenalinya pun lebih mempercayai Ain bila diorang tu mula bercinta.

Shark hadir menghulurkan tangan ketika Anaz terkapai-kapai hilang tempat untuk mengadu. Sebenarnya Shark dah lama sukakan Anaz, tak tau la dah berapa lama. Shark merupakan kawan Nueq, adik tiri Anaz. Mulanya Anaz tak dapat terima Shark, hmm...ye la..jarak umur diorang 4 tahun. Tapi lama-lama 'terjatuh sayang' juga la dengan Shark, dengan sifatnya yang caring teramat tu. Bila fitnah si Ain tu sampai menyebabkan Anaz dihalau oleh mama, Anaz akhirnya menerima cadangan Shark untuk berkahwin dengannya.

Ohh...sedih sungguh kisah Anaz. Tapi sifat Anaz yang naif dan happy go lucky tu menutup sikit rasa sedih teramat tu. Odie rakan yang setia, tapi termakan juga kata-kata si Ain tu. Walaupun lepas tu cepat jer dia sedar, tapi masa tu la Anaz sangat-sangat memerlukan tempat mengadu. Macam mana la dia boleh sayang sangat dengan Ain sampai tahan jer dengan perangai mengada dia tu sampai bertahun-tahun. Bukannya tak pernah ada gf sblm tu...berderet-deret. Dan Shark...ohh...rupanya hero idamanku telah wujud, cuma jodoh kita baru bertemu...hehe (minus yang muda tu ye). Mungkin sebab dia anak orang kaya, maka tahap confident dia tinggi sikit. Perwatakannya pun lebih matang, nampak macam lagi matang daripada Anaz walaupun lagi muda dari Anaz (mungkin ni la yang berjaya menutup 'kekurangan umur' Shark ni). Walaupun Shark tu macam tak berperasaan jer, tapi karismanya masih terasa (amboi!)hehe. Suka sangat la masa dia bertegas dengan Anaz (masa dia jealous pun tetap comel). Dah angau ni...

Baca cerita ni seolah-olah menonton sinetron (salah satu ciri-ciri yang saya sangat tak suka). Watak utama yang sentiasa dianiaya. Watak antagonis yang sangat menyakitkan hati, yang selalu dianggap baik walaupun dia ni tersangatlah jahatnya. Nasib baik hero tu tahap first class bukan tahap hero sinetron yang suka percaya dulu cerita buruk lepas tu baru nak sedar. Hero ini sentiasa ada di sisi Anaz bila Anaz memerlukan bantuan...ohh..sweetnya...Tiba-tiba teringat. Dulu ada satu cerita korea yang temanya macam ni. Kalau tak salah tajuknya Sweet Dream lakonan Jang Na Ra. Memang terbayang la watak Ain tu yang perangainya sebijik macam antagonis cerita ni.

Tapi walaupun novel ni dibayangi oleh sinetron dan drama Korea, penulis berjaya membuang semua itu dan menjadikan Lazuardi ini kisahnya yang tersendiri. Memang susah la nak cari penulis yang berjaya menjadikan cerita yang klise kepada sesuatu yang unik.

Satu jer yang saya sangat tak puas hati. Macam tu jer balasan kat Ain atas kejahatannya yang dah tak terkira tu. Kena tangkap dengan polis jer (eh?). Kut ye pun biarla masa kejahatannya terbongkar tu dia ada sendiri ke, biar dia rasa balasan atas perbuatannya depan semua orang ke...tak pun kena pelempang dengan mama barang sebiji dua ke...(haha rasa macam bloodthirsty sungguh)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,045 reviews378 followers
December 3, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Suke, suke, suke! Nasib baiklah endingnyer seperti yang N harapkan ;)
Image and video hosting by TinyPic

Cerita ni boleh diibaratkan seperti modern-day Cinderella. Cuma Anaz takder glass slippers and magic pumpkin. Instead of a fairy godmother, dia ada "fairy godfather" who also happens to be her Prince Charming.
Image and video hosting by TinyPic

And the Prince Charming memang teramatlah Charming.Dahlah charming, bijak pulak tu.
Image and video hosting by TinyPic

N kurang meminati gaya penulisan seperti ini. Pada N, ia terlalu selamba. Tapi disebabkan cerita ni dari first person POV, it makes some sense and somewhat fitting. But it did take me some time to get used to it.

Cuma N nak tahu, kenapa si Ain tu psiko eh? Apa masalah dia dengan Anaz sebenarnya? Busuk hati and dengki nak mampos! Seb baiklah si Shark tu bijak and tak terpedaya. Cuma si Odie tu jer yang sengal. Rasa macam nak lepuk jer Odie tu time tu.
Image and video hosting by TinyPic

Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Memang sangat excited bila buku ni sampai. Mana tidaknya, dah lama okay tunggu buku ni. Hehe. Saya rasa sesiapa yang pernah ikuti enovel ini di blog Nasz dulu memang ternanti-nantikan novel ni. :)

Anaz, walaupun tinggal dengan ibu kandung dan keluarga tiri tapi dilayan macam anak tiri oleh ibu sendiri. Pelik kan? Rupanya ada sejarah pahit yang disembunyikan oleh si ibu. Mujurlah ada Odie, jiran Anaz yang juga merangkap teman baiknya sejak tadika. Odielah tempat mengadu Anaz sejak dulu. Bila Anaz mengadu dan mengeluh, Odie akan ajak kahwin.

Kehadiran Ain, anak saudara bapa tiri Anaz menambahkan lagi kucar-kacir dalam hidup Anaz. Saya rasa Ain ni memang opportunist. Dia pandai gunakan peluang untuk kenakan Anaz secukup-cukupnya. Memang teruk Anaz difitnah Ain sampai tahap kena halau keluar dari rumah tu. Ish ish..

Shakir (Shark) kawan kepada adik tiri Anaz memang berkenan sungguh dengan Anaz. Sanggup tunggu sampai habis sekolah untuk meluahkan perasaan pada Anaz. Haha. Part ni memang cute. Dia juga sanggup kena kutuk kaw-kaw dengan kawan-kawan dia sebab suka dengan perempuan yang lebih tua. Hehe. Hakikatnya Shark ni macam dah hafal seluruh susur galur kisah hidup Anaz ni. Kadang-kadang macam guardian angel pun iya juga. Shark rela untuk memperisterikan Anaz semata-mata untuk jaga Anaz.

Namun antara Odie dan Shark, siapa yang benar-benar menjadi penyelamat si Cinderella ni?

Memang enjoy baca buku ni. Lagi-lagi bila baca ayat-ayat comel Shark;

"Tak sia-sia saya tunggu bertahun-tahun nak suruh awak jadi girlfriend saya tau." - m/s 212

"Sebab awak suka makan coklat, saya pun pergilah belajar. Tengok, betapa baiknya boyfriend awak ni." - m/s 215

Komen saya: Saya rasa relevannya tajuk Lazuardi dengan kisah Anaz ni adalah, walau semendung mana pun kehidupan yang dilalui Anaz, penghujungnya tetap juga akan akan bertemu warna lazuardi di langit. Hehe. Saya bukan orang sastera tapi saya rasa itulah yang cuba disampaikan oleh penulis dalam Lazuardi ni. Walaupun kisah ni agak 'sinetron' dengan kehadiran si drama queen bernama Ain tu, namun gaya bahasa penulis yang selamba dan bersahaja ni berjaya menyelamatkan rasa cemas pembaca. Tahniah Nasz.
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews27 followers
December 24, 2013
Tahniah pada Nasz kerana berjaya menghasilkan satu karya yang membuatkan aku membenci hampir ke semua watak yang ada dalam cerita ni.
Kerana apa?

Mama anaz, Lily, Ain, Kila memang watak-watak yang patut di kutuk sebab tindakan-tindakan mereka yang tidak masuk akal. Perangai serupa tak ada otak. Tak ada hati perut punya manusia. Itu semua yang baca mesti setuju.

Then ada ayah Anaz dan Nueq yang tak banyak diketengahkan wataknya. Sebab aku benci adalah kerana ayah Anaz yang dayus. Dayus kerana tunduk pada isterinya pada perkara-perkara yang tak sepatutnya. Dibiar aje Anaz macam tu. Nueq pula gayanya macam tak tau je Anaz dah macam balaci kat dalam rumah tu. Tapi itulah, dua watak ni tak banyak impaknya kecuali untuk keruhkan keadaan bagi Anaz dengan kematian mereka.
Odie yang mulanya konon sahabat dunia akhirat Anaz boleh pula dikaburi matanya. Jampi apa Ain pakai sampai terus tak nampak syaitan yang menyelubungi Ain tu? Inilah dia buktinya, perempuan itu merbahaya. Fitnah di dunia.

Shark “The Prince Charming” pula hadir seikhlas hati nak menyelamatkan si Anaz ni. Nampak macam tak ada sebab nak benci dia kan? Tapi sikap dia yang stay low, penuh kesabaran dan kadang-kadang macam ambil mudah tu menyebabkan bibit-bibit benci muncul. Boleh pula dia biar je Ain pegang-pegang tangan dia depan Anaz. Apa ke halnya? Nak bagi cemburu ke? *sighs

Watak utama, Anaz. Kenapa dia pun aku benci? Simple je, zalimi diri sendiri. Tapi itu cuma hadir masa nak ending cerita je. Selepas dapat tahu status sebenar diri dia, Anaz jadi macam tak keruan, hilang semangat nak hidup. Sampaikan minta cerai dengan Shark. WTH? Tahulah depressed tapi bersyukurlah masih ada yang sayang. Yang sampai macam tu sekali kenapa? Zalim betul dengan diri sendiri.

Tapi itu semua hanyalah my point of view. Benci yang hadir tu pun semasa baca novel je. Tak lebih dari itu. Ending yang macam di percepatkan pula macam merencatkan sedikit mood bacaan. Sepertinya penulis sudah tak sabar nak habiskan penulisannya.

At the end of the day, totally worth it. I would recommend any of reader out there to get your copy. Cerita/Penulisan yang penuh dengan feel dan emotion. Buktinya, aku sampai campak novel ni beberapa kali sebab sakit hati. Good job Nasz.


Profile Image for Pips.
221 reviews30 followers
November 29, 2012
Alahai Shark, kenapa macam sweet sangat ni? -_________-'

Mula- mula macam tak boleh terima bila budak form 5, minat si Anaz yang berumur 21 tahun tu. Tapi lama- lama, buat- buat tak ingat pulak pasal si Shark tu muda berapa tahun dengan Anaz. Dek kerana, Shark ini lah hero yang menyelamatkan Anaz.

Baik hati sangat si Shark ni.

Nasib baik ada dia. Odie buat apa? Sejak ada Ain, layan tak layan aje kawan sejak tadika ni. Kesian Anaz. Muncul je perempuan jahat ni, Anaz seolah- olah kehilangan pendengar yang setia. Tapi, lama- lama, Odie dapat kesedaran. Itu pn setelah berlakunya peristiwa besar.

Mula- mula nak Odie dengan Anaz. Memang tak dapat nak terima hakikat lah bila si Shark nak mengorat Anaz. Remaja belia lagi. Tapi Odie sendiri pn tak boleh diharap lepas sibuk berkasih sayang dengan perempuan salah.

Dan, mujurlah, pemikiran si Shark ini, matang :)

Sekurang- kurangnya, ada Shark, nasib Anaz terbela. Terbela daripada kejahatan yang dilakukan oleh mama sendiri, Lily (sebelum insaf) dan juga, watak yang paling jahat sejahat jahatnya, Ain.

Emak apa kalau anak yang dilahirkan sendiri tidak mahu mengaku anak? Siap mendera fizikal dan mental lagi. Geram pulak daku dengan si mama Anaz ni. Melebih- lebihkan anak tiri daripada anak sendiri. Lagi- lagi bila dipeliharanya si Ain tu, tinggal sekali.

Paling sakit hati dengan Ain. Kejam, gila duitan, hipokrit. Semua ada. Tapi Anaz tahan je dengan fitnah dan kejahatan yang Ain buat.

Sepandai- pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Padan muka Ain.

Tapi tak puas hati dengan endingnya yang tak sentuh watak Lily dengan lebih mendalam, selepas dia berubah jadi 'baik' sikit.

Eh jap, Lazuardi itu maknanya apa? Hee.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 21, 2014
(Peh, dah lama tak gigih sebegini! Sanggup tak tidur menghabiskan satu buku. 21 Mac 2014, 4.10pagi - nak ingatlah tarikh dan waktu ni. Nak buat monthly anniversary untuk hari bersejarah ni. Hohoho! Review akan menyusul bila hamba dah puas hati dengan waktu tidur yang akan diganti dan tentulah lepas hamba beli hadiah keraian untuk diri sendiri. Hahaha.)

-----
(3 bintang solid :P)

Sesudah sekian lama hamba tidak pernah mengabaikan waktu tidur semata-mata kerana buku, Lazuardi sudah pecah rekod hamba yang sejak zaman mesolitik tu. Haha. Namun, sungguhlah buku ini susah betul hendak dilepas setelah dimulakan. Kita jadi tertarik, senyum, marah, gelak, geram, blushing dan dengan tidak sabarnya hendak cepat-cepat menyudahkan sinetron yang dibintangi Anaz ini atau kita takkan tenteram. Haha. Dan ya, Nasz sepertinya punya magis di tangan untuk membuat pembaca ikut sama mendalami dan merasakan setiap milimeter perasaan yang dizahirkan melalui pelakon-pelakon kertasnya walaupun dalam bahasa yang santai. Syabas!

Secara peribadi hamba fikir Lazuardi menghidangkan sebuah kisah dengan jalan cerita yang lebih firm dan menarik berbanding Sweet Sour (meski ada juga ciri-ciri Sweet Sour yang hamba tidak gemar ada dalam buku ini – hamba jelaskan kemudian). Kisah Anaz yang dibenci dan didera ibu sendiri itu sudah tentulah menjadi elemen utama yang menggerakkan cerita ini. Ini ditambah pula dengan wujudnya dua watak gila bernama Ain dan Lily yang tidak habis-habis membuat onar dalam hidup Anaz. Nasiblah ada juga orang baik macam abah, Nueq, Odie dan Shark dalam hidupnya yang serba kasihan itu.

Juga, humor dan loyar buruk Anaz sebagai first person dalam cerita ini berjaya membuat hamba tidak gentar untuk meneruskan bacaan. Terus-terang, hati hamba memang cepat saja hendak ngilu apabila membaca kisah penderaan fizikal ni. Nasib saja gaya penceritaan Nasz agak santai dan tidak terlalu melodrama.

Oh ya, kali ini hamba sungguh-sungguh percaya kewujudan watak antagonis dalam novel. Kebiasaannya hamba payah betul nak memberi arahan pada otak untuk menerima apa pun watak antagonis kerana terasa sangat ‘lakonan’ dan kurang real-nya. Kali ini, hamba yakin sungguh-sungguh terutamanya watak Ain, si penjahat abadi itu.

Lazuardi sebenarnya layak mendapat lima bintang dari hamba tetapi ada tiga perkara yang membuat hamba TERPAKSA kurangkan dua bintang.

1) Drama sangatlah plot kehidupan Anaz ni. Sabarnya pun luar alam semesta sungguh (tapi yang ini patut dicontohi – hehe). Mulanya tak adalah hamba rasa ralat begini tapi selepas tidur, semakin kuat pula perasaan nak mengatakan buku ini terlalu... sinetron. Hamba siap terbayang muka Anaz macam Naysila Mirdad (kalau anda ada seorang mak yang langgan saluran Indo Pack, anda takkan hairan bagaimana hamba boleh tahu pelakon ni). Memang malanglah sebab hamba tak suka betul tengok drama seberang.

2) Nasz sudah melakukannya dengan Joe Jambul (dalam Sweet Sour) dan beliau melakukannya sekali lagi dengan Shark. Alahai, susah betul hamba nak hadap watak hero kacak-kaya-manis terlebih ni. Klise novel yang paling top dalam senarai hamba selepas kahwin paksa. Bukan sebab hamba asyik terbaca nama Shark sebagai Shrek ya. Hehe. Namun, bila difikirkan balik, patutlah juga Anaz dapat hero macam Shark. Tragis sangat hidup dia tu. Tapi masih... hmm... hati susah nak kompromi.

3) Saja je tak puas hati dengan Odie. Haha.
Profile Image for Mai.
312 reviews58 followers
May 15, 2014
Lazuardi

Sebenarnya tak suka kisah ala2 sinetron begini,rasa sangat sinetronnya tu tapi setelah berjaya menamatkan pembacaan, rasa hilang dah perkataan sinetron ni dalam kamus hidup ku.

Secara keseluruhan suka cerita ini,suka garapan penulis sebab berjaya membuat kita seolah-olah berada dalam kisah Anaz itu sendiri,bila Anaz sedih,kecewa,marah dan semestinya happy bila adanya Shark dapat dirasai dengan jayanya.

Walaupun dah dimaklumkan awal-awal tentang Ain,ermmm mulanya lebih benci ibu Anaz dari Ain tapi lama-kelamaan memang tak mampu bertahan lagi dan mmg terasa sangat "High SOur" itu, kiranya ada satu tahap tu rasa hilang sabar dan terpikir-pikir juga buku apalah yang aku baca ni.

Penamat,okey walaupun rasa nak minta lebih boleh tak.

Bagi menjawab persoalan dibawah ni Para penyokong tegar Shark ya 3* solid utk shark sahaja lagi 1* utk penulis.

P/S betul ke Nasz tak ada novel baru ke dia ada guna nama samaran lain ke kan.
Profile Image for Hamidah.
78 reviews19 followers
September 7, 2012
kisah tentang anaz yg tidak disukai oleh mak sendiri memang menarik. Bahkan yang memelikkan, maknya lebih menyayangi anak tiri serta anak saudara suaminya daripada anaknya sendiri.

Apakah yg menyebabkan mak anaz tidak sayangkan anaknya dan memperlakukan anaknya seperti orang gaji?

Bagaimana pula dengan Shark yang terpikat dengan Anaz walaupun usianya lebih muda dari Anaz.

Apa

Bagaimana pula dengan Odie sahabat baik Anaz yang tiba2 terpikat dgn anak saudara bapa tiri Anaz.

Bagaimana pula dengan Ain yang sentiasa bersifat baik dihadapan semua orang melainkan depan Anaz

Nak tahu kisahnya, jangan lupa baca sehingga habis, pasti anda akan senyum2 dalam tangisan...dan jangan lupa baca bab awal lazuardi di laman sesawang JS http://jemariseni.com/ anda pasti tak sabar utk mendapatkannya



Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
April 25, 2013
Fun n entertaining tho a bit tiring. There are people like Ain in this world... Hatinyer tersangat laaaaaa busuk sungguh.... Mencik pada dia. Mencik juga pada Mama yg tidak tahu menerima takdir!!! Saaaaaayang shark.... Sgt schumel n sweet..... Anaz.... Hmmmm... Mcm2 prasaan ade pada Anaz ni. Marah! Geram! Kesian! Pastu marah balik! Pastu rasa nk hempukkkk je bila dia sanggup ilang Shark!!!! Hish!!! Such bad move!!! Anyway.... Love this author's writing. Very different storyline from the other books that i've read...... Definitely will look for her other books....
Profile Image for fyzz_records.
167 reviews16 followers
February 10, 2015
mula2 dah baca lepas tu rasa mcm x masuk , kemudian lepas sebulan baru sambung balik pastu nyesalnya hehehe . to me Lazuardi (batu permata kat cincin kahwin Anaz rupanya ) ni lagi best daripada Sweet Sour ...

kisah mengenai ....kesian Anaz sudahla asyik kena dera dgn ibu kandung sendiri , lagi tragis terpaksa sebilik dengan psiko si Ain tue tapi nasib baikla ade Shark yang so sweet .walaupun Shark ni muda beberapa tahun daripada Anaz tapi drg berdua mmg sepadan , xnampak janggal langsung kat situ .yang pentg happu ending dan memuaskan hati saya .
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
March 20, 2015
Aku tak sangka penulisnya sama dengan penulis Sweet Sour yang aku kutuk2 dulu. tak. aku tak kutuk penulisnya tapi aku kutuk novelnya.. huhu. ta;i novel yang ni lain ya amat. rasa macam penulis yang lain. hehe. tapi novelnya memang terbaiklah bagi aku. mungkin sebab gaya penulisannya yang lebih bersahaja :) tapi aku nak dia dengan Odie sebenarnya!

ulasan lanjut sila klik sini >> http://ohbulan3rejab.blogspot.com/201...
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
October 2, 2015
4.8 star sebab kakchik rasa tak puas hati je balasan yang Ain dapat selepas apa yang dia dah buat pada Anaz..

Lagi rasa puas hati tahap lompat bintang kalau si Ain sengal tu dapat balasan ketika berdepan dengan semua orang,kan..

Nasz, lagi 0.2 star tu kira simpan untuk next baby ok.

Memang berbaloi kami semua meroyan kat blog ko yang dah berkurun penuh dengan sawang tu...:)
Profile Image for Suraya (thesuraya).
800 reviews229 followers
May 8, 2018
reread @ 11/2/2016

bought this book when it was first released in 2012/2013 cant remember and I loved it gila punya bcs its nasz's and i love her works. TAPI ADA MAKHLUK TAK GUNA PERGI PINJAM BUKU NI PASTU TAK PULANGKAN AND WHEN I ASKED HER FOR MY BOOK BACK DIA CAKAP SHE DIDNT EVEN BORROW IT LIKE WTF MAN WHO DO U TAKE ME FOR I STILL HOPE UR LIFE IS MISERABLE UP TO THIS DATE
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
October 24, 2022
Haaaa besttt!!!! Lagi sekali makan masa satu hari je untuk aku settlekan novel Nasz ni.

Memang sakit jiwa dengan jin Ain dalam novel ni. Apa yang busuk hati sangat pun aku tak faham.

Profile Image for Bay.
270 reviews4 followers
May 21, 2024
This one cannot top sweet sour for me. Author suka buat aku tertanya yang FL end up dengan sape 😆 Tapi aku ada sikit tak puas hati dgn FL sbb biar je dia ditindas. Shark terrrpaling green flag kot. Anaz je tak nak communicate dgn FL. GERAM BETOLL.
Profile Image for Almiza.
5 reviews2 followers
September 5, 2012
HABIS! dan bos aku boleh keluar dari gua...

Ok.. so aku ngelat sedikit... mula membaca dari bab 40. Hey! Aku kan Pn PA.. mestilah aku dah baca manuskrip ini dari awal lagi.. hahaha.. cuma nya bos aku tu bagi baca part yang awal-awal sahaja. Ending nya sama jer la dapat baca macam orang lain juga...

Dan seperti yang aku jangkakan, Lazuardi ini juga telah membuat aku saspen sehingga ke titik yang terakhir. Gaya yang tetap sama. Tetap seperti perbualan seharian aku dengan dia. Tahniah Nasz! Tahniah kerana aku rasa kau telah berjaya navigate cerita ini dengan baik sehinggakan persoalan yang berat dalam kepala anaz dapat kau sampaikan dengan mudah dan santai. It's all in the head dan di situ jugalah aku nampak biru Lazuardi itu...

~ enough for now ~
Profile Image for Khai Adeen.
73 reviews5 followers
September 7, 2020
Saya suka cerita ni lebih daripada Sweet n Sour 🤩. Cuma tak tahan dgn dugaan yg amatlah banyak utk Anaz. Like theres no tomorrow huhu.

Nasib baik ada Shark yg lebih matang cara pemikirannya 😬
Profile Image for Oda.
14 reviews3 followers
December 27, 2012
Lazuardi bagi saya lebih menarik dari sweet sour (nak jugak compare dengan SS kan). Kali ni watak utama dia budak baik (Joe jambul tu jahat tak hengat la dalam fikiran saya) jadi lebih mudah untuk rasa suka pada watak utama. Saya skeptikal masa mula-mula baca novel ni, kisah macam klise je kan yelah cerita ala-ala cinderella jadi semua orang dah boleh agak la jalan cerita dia. Pulak tu hero dia mudah belia, lagi la skeptikal kan tapi Nasz pandai mengolah watak Shark ni buat kita rasa ok je walaupun dia tu sebenarnya budak lagi.

Kemudian ada watak Odie kawan baik Anaz dari kecik yang memahami dan kamceng giler dengan Anaz. Selalu jadik peneman bicara Anaz yang selalu kena buli dengan adik diaorang si bunga tahi ayam Lily tu. Kalau la Lily tu adik haku dah lama kena pijak-pijak je, melampau sangat gediknya. Tapi Odie berubah bila watak Ain muncul, saya tak faham macam mana dia yang nampak macam normal dalam cerita ni boleh pulak jadik tak berapa betul lepas couple dengan Ain. Hampeh je Odie ni, dah la nama kita lebih kurang.

Kalau SS saya rasa macam tengok cerita korea, dalam Lazuardi ni rasa macam menonton sinetron indonesia je bila munculnya watak Ain tu. Banyak muslihat Ain yang saya tak boleh nak hadam. Skru minah ni memang longgar la, jahat kemain. Kalau setakat nak kat Odie tu tak pe lagi ni ada hati nak kat Shark jugak (motif marah macam Shark tu laki dia je...saya tolong marah on behalf Anaz, muahahaha).

Ramai orang cakap Anaz ni baik sangat tapi saya rasa dia normal je. Yela dah kalau semua orang layan dia macam tu dari kecik lama-lama dah biasa la. Yang dia tak marah pun mama dia je, teruk-teruk mama dia pun tu masih mak dia jadi logik la dia tahan je demi mak dia. Part Ain tu betul la, kalau saya pun jadi malas nak layan. Kalau Anaz cakap apa pun bukan diaorang nak percaya. Tapi tak suka sebab dia berahsia dengan Shark tak nak bagitau masalah kat Shark (saya ni macam pro Shark je ek). Dah la Shark tak pernah pun tinggalkan dia lepas tu fikir yang bukan-bukan. Part lain dia berfikiran rasional tapi part dengan Shark dia tak pulak. Haihhh nasib baik la Shark tu sayang giler kat dia, buat la apa pun tak apa.

Shark punya character, walaupun muda tapi kita tak rasa pun yang diaorang ni beza 4 tahun. Mula-mula tu rasa la jugak Shark ni budak sangat (awal cerita tu dia tengah amik SPM kot) tapi lama-lama kita boleh terima watak dia. Sayang bebeno Shark kat Anaz ni, sanggup buat apa saja. Tapi bagus juga sekali sekala ada hero macam ni, kalau tak hero asyik sengal je.

Uitss panjang berjela review ek. Overall cerita ni best untuk dibaca. Ada la dua tiga part tak logik yang susah nak digest tapi saya ignore je sebab cerita ni sangat comel..hahaha. Saya memang suka gaya penceritaan Nasz sebab santai dan tak pelik ayat dia, tu yang laju je habiskan buku tak sampai sehari pun saya baca novel ni.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
December 29, 2022
Penat emosi membaca kisah kehidupan Anaz. Anaz ni kalaulah dia beri kepercayaan kepada Shark daripada awal dengan berterus terang dan tak pendam seorang diri kan mudah.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
September 13, 2015
Cerita ni mmg best...mmg menghiburkan...
Bahasa yg selamba & bersahaja...
Seimbang jln ceritanya, dalam lucu ada sedihnya, dlm gila2 ada tanggungjawabnya, dlm ayu ada gediknya, dlm lantang ada lembutnya...& ada yg cool ada yg bermuka2.

Tentang Anaz, anak yg dinafikan haknya, dibenci oleh ibunya sendiri kerana peristiwa kelahirannya yg bukan kemahuannya terjadi begitu. Dia x ubah seperti hamba namun dia kental mengharungi hidup dgn caranya tersendiri.

Tentang Shark yg super selamba cool, meminati Anaz yg nyata lebih berusia. Mahu melindungi Anaz hingga je hujung nyawanya demi sayang yg melata di jiwanya. Untuk Anaz, dia rela melakukan apa sahaja.

Juga tentang Odie, sahabat setia yg gila2 tp sgt protective. Kepada Odie Anaz sering meluahkan rasa...rasa hampa & kecewa akan nasibnya. Odie teman kala duka & gembira. Sayangnya Odie berubah bila dilamun cinta.

Alangkah pilu apabila Anaz, ibarat permata yg berharga (lazuardi) yg tenggelam dek kilauan kaca angkara sikap bermuka2 manusia. Hidupnya sering dirundung duka yg dipendam di sebalik sikap selambanya. Namun dia juga manusia biasa, kadangkala airmatanya tertumpah jua.

Lamaran Shark tiba tatkala Anaz teraba2 mencari arah tujuannya setelah dia dihalau oleh ibunya. Lalu Anaz tekad menerimanya sesudah melakukan istikharah. Namun mereka berkahwin secara rahsia kerana enggan menambah kusut yg ada.

Bahagiakah mereka? Kena baca sendiri...

Profile Image for yyyasmin.
134 reviews19 followers
October 10, 2013
Novel melayu paling menyakitkan hati...! Mula-mula baca blurb, okai ni bakal jadi novel tipikal Cinderella Melayu. Tapi start baca, not bad jugak lah sebab heroin dia pun lawan je balik family dia yang suka dera dia, dia pun tak bagi orang pijak dia. And how cute are her conversations with Shark? Sampai tak kisah pun yang Shark ni muda sangat dari dia. Tapi terus downhill bila dah kahwin and start kerja. Terlampau banyak scenes yang fokus terhadap ke-psiko-an Ain sampai malas nak teruskan baca. Lagi-lagi scene dengan Shark pun dah berkurang sampai Shark rasa jadi watak undangan je masa second act. Entah sejak bila dia start suka Shark pun tak dapat dikenal pasti. Pastu dari sassy terus jadi lembik si heroin ni. Hui! Geram betullah. Ending pun macam abrupt je. Dan dan ending Ain tak cukup sadis. Tu yang paling sakit hati.
Profile Image for Ernie Amira.
13 reviews
August 25, 2024
tak perlu tulis panjang panjang untuk review novel ni . one word . OHSEM ! cuma tak faham kenapa lama sangat baca novel yang sepatutnya sehari pun dah boleh habiskan . grr =='

gila geram dengan ibu Anaz . kejam tahap langit ke tujuhh :P tak dapat nak bayangkan kalau dapat ibu macam tuu . kesian dekat Anaz . lagi geram dengan Ain . rasa nak cekik cekik jehh ! haa . geram . padan muka Odie , harhar . but , kesian pun ada . Shark , kenapa sweet sangat ? adess .

macam boring jehh review ni . but , trust me . novel LAZUARDI tak seboring review ni , harhar :D err , senang kata , beli jehh novel ni xD
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
May 16, 2016
i bought this at book fair at pwtc.. grabbed this book after reading a lot of positive reviews.. but sadly it was not as good as i expected.. the plot was there.. but it was like reading the same thing over and over agin.. the so-called-cinderella trying to be independent did not work for me, not this time.. sorry to those who love lazuardi..
changed my rating to 1* instead of 2* nak jual buku ni. pm if interested
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
December 21, 2012
Keseluruhan cerita - ok.
Sesuatu yang agak berlainan bila heroin tua sikit daripada hero :)

Tapi macam rasa ada sesuatu yang kurang bila dah habis baca.
Ada perasaan yang Anaz dan pembaca sama-sama tak berapa nak kenal pun siapa Shark yang sebenarnya.
Watak-watak selain tukang cerita (Anaz) macam agak flat dan motivasi disebalik tindakan mereka agak kurang jelas.
Contoh: Salah satu persoalan saya masa baca novel ni.

Saya juga rasa agak terganggu bila Anaz seperti banyak redha tak bertempat . Bagi saya barangkali tindakan (ataupun boleh dikatakan tiada tindakan diambil oleh orang-orang di sekeliling Anaz ) menjadi catalyst kepada tragedi demi tragedi yang menimpa Anaz.

Walaupun saya banyak komplen tapi macam saya katakan - secara keseluruhannya saya suka, hence the 3 stars - for "liked it"
Profile Image for Anis Azura.
58 reviews
January 17, 2014
Dah lama baca buku ni,belum sempat buat review lagi..ehehe..novel ni memang best,kalau tengok tajuk memang tak paham..Lazuardi tu ape?tak pernah dengar pun??tapi cerita dia pasal Nasz,Odie dan Shark..masa mula-mula tu ingat Odie dengan Nasz ni macam suka satu sama lain..tapi bila kenal watak Shark,terus tersuka dan setuju sangat die ngorat Nasz,,sangat matured nak banding dengan usia..lovable gitu..haha..Shark macam penyelamat kepada Nasz,sentiasa ada di sisi..ada jugak konflik yang mendatang,sikit-sikit lah,,takla yang berat-berat tapi overall citer ni sweet dan best sangat!
Displaying 1 - 30 of 78 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.