Sekarang urna kuning esok memudar putih "Lalu untuk dipetik adalah pilihan terbaik," nyanyi sang rumput.
Namun kita masih nyedar lupa pada serangga dan manusia yang saling sinis bermadah: "Jangan sesekali tiada endah Pengatur Urusan kini dan Pemberi Asa sudah."
Dan September tiba bertamu tanpa sedar kita pun layu.
Dandelion menghimpunkan 62 orang penulis muda yang merantau di pelbagai latar negara: Amerika, Australia, India, Indonesia, Ireland, Jepun, Jordan, Maghribi, Mesir, New Zealand, Perancis, Rusia, dan United Kingdom. Mereka bernaung di bawah persatuan penulis Grup Karyawan Luar Negara (GKLN). Bertemakan unsur Islam, antologi ini rinci dengan pelbagai isu dan nilai serta dengan uniknya mempamerkan pemikiran dan pengalaman para penulis sepanjang kembara di dalam dan luar negara.
meski kau pejamkan mata dan tutupkan pintu." -- Tuhan, Faisal Mat Zawi, ms 81.
----
Dua. Entah kenapa aku tak jumpa jiwa aku dalam puisi-puisi yang tertuang dalam Dandelion. Mungkin aku sendiri yang terhijab dengan dosa.
Himpunan puisi dari pelajar-pelajar Malaysia yang bakal, sedang dan sudah tamat menuntut di luar negara. Ada lebih kurang 124 puisi. Nama buku diambil daripada salah satu puisi di dalamnya, karya Rasydan Fitri.
Ada dua puisi yang lekat di jiwa, Tuhan dan Dandelion.