Mantan rektor al-Azhar, Sheikh Mustafa al-Maraghi (1881-1945) dalam kitab tafsirnya iaitu Tafsir al-Maraghi, menyebut: "Tanda-tanda kekuasaan Allah ada dua. Satu adalah kejadian alam semesta manakala satu lagi adalah ayat-ayat al-Quran".
Al-Quran adalah mukjizat teragung kurniaan Allah SWT kepada umat Muhammad SAW yang terpelihara sehingga ke hari ini. Ia adalah hujah dan bukti kebenaran dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW. Kitab ini diturunkan sebagai perlembagaan hidup manusia dan menjadi pedoman serta panduan sepanjang zaman. Setiap isi kandungannya wajib dihayati dan diamalkan dengan sepenuh iman tanpa sebarang rasa ragu-ragu. Bagi memahami setiap kandungan al-Quran ini, seseorang perlu mengetahui ilmu-ilmu lain yang menjadi penerang kepada sesuatu ayat itu diturunkan.
Asbabun Nuzul adalah satu daripada cabang yang menjadi jambatan penghubung kepada pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu ayat al-Quran. Mempelajari ilmu ini menjadi prasyarat bagi memahami dengan lebih jelas dan tepat setiap tafsiran berkaitan sesuatu ayat, Pemahaman yang mendalam tentang subjek ini juga perlu bagi mengetahui lebih lanjut tentang konteks dan tujuan sesuatu hukum itu disyariatkan.
Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
In English:
The Quran is the greatest miracle of God's gift to mankind Muhammad preserved until today. It is an argument and preaching proof brought by Prophet Muhammad. The Book is revealed as a constitutional human life and as a guide and the guide of all time. All content must be valued and practiced with full faith without any sense of doubt. To understand the content of the Qur'an, one must know the other forms of knowledge to be lights to a handed down verse.
Asbabun Nuzul is one of the branches of a bridge connecting to a deeper understanding of a Quranic verse. Studied this a prerequisite for understanding more clearly and accurately related interpretation of a verse, a deep understanding of the subject will also need to know more about the context and purpose of a prescribed law.
Nuzul Asbabun book: Reasons for the revelation of this verse of the Quran describes the history and the reasons behind the events of the Prophet's revelation based on valid arguments and propositions. This book will help the public understand the meanings of the Qur'an in a more simple and clear. It is compiled and written by two experts tafsir al-Quran, Professor Dato 'Dr Zulkifli Mohd Yusoff and Muhammad Mukhlis of the Academy of Islamic Studies, University of Malaya.
Alhamdulillah, satu buku yang baik untuk memahami peristiwa dan memandu pentafsiran al-Quran di samping terjemahan ringkas yang sedia ada di dalam cetakan al-Quran.
Benar, tidak semua ayat yang diturunkan bersebab; seperti ayat-ayat yang diturunkan yang menyebut kisah-kisah Nabi sebelum Muhammad saw, dan juga kisah alam ghaib. Ayat-ayat yang bersebab pula diturunkan dan ditujukan khas kepada Muhammad saw berkenaan situasi pada waktu tersebut dan hikmah di sebalik perkara yang berlaku.
Adapun begitu, memandangkan buku ini ialah cetakan yang pertama, banyak 'mechanical error' yang dilakukan seperti kesilapan taip, tertukar ayat dan sebagainya. Kesilapan seperti amat perlu sekali untuk dibaiki supaya pemanduan pentafsiran dapat dibawa dengan lebih tersusun dan kemas; lebih-lebih lagi perlu bagi individu yang baru berjinak-jinak dengan kitab Allah ini.
Buku ini bukan untuk orang awam. Penulis hanya mengutip hadith, atsar dan sebagainya yang telah ditulis oleh penulis-penulis terdahulu tanpa memberikan sebarang penjelasan. Padahal bagi sesetengah peristiwa, perlu dihuraikan dengan lebih lanjut.
Penterjemahan juga tidak bagus dan kadang-kadang mengelirukan.Hal ini kerana bahasa Arab banyak menggunakan kata ganti nama dia,-nya. Dalam terjemahan sepatutnya dijelaskan juga siapakah 'dia' dan 'nya' itu.
Saya membaca cetakan keempat tahun 2014 terbitan pts. Terlalu banyak kesalahan ejaan dan salah atur teks. Yang perlu dimiringkan, tidak dimiringkan dan sebaliknya. Terdapat juga beberapa perkataan alien yang tidak saya fahami. Kalau bukan kerana kitab ini kitab agama, sudah pasti saya akan membuangnya.
Alhamdulillah, finished reading asbabun nuzul. It is important for us to know the reasons for a verse of the Qur'an was sent down before be interpreted and understood.
And not all the verses of the Qur'an has reasons to descent. For every verse that has asbabun nuzul, it is accompanied by authentic hadiths to explain it.
I recommend for those who wants better understanding of the Quran.