Kita bicara tentang pancaroba, kita berkata tentang malapetaka, tapi hati kita masih terleka. KIta tewas dalam gembira, kita tersungkur ketika derita. Namun, andai ujian itu membawa kita ke pintu kesedaran, maka ujian itu sebenarnya manis. Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu sia-sia. Sesungguhnya, dunia adalah tempat ujian, akhirat jua tempat kebahagiaan abadi.
Ustaz Kazim Elias adalah seorang penceramah bebas yang terkenal di Malaysia. Ceramah Ustaz Kazim banyak dimuatnaik di laman youtube. Pendekatan komedi dan santai yang digunakan oleh Ustaz Kazim dapat menarik minat ramai pendengar dari pelbagai latarbelakang masyarakat. Topik-topik berkaitan dengan keluarga dan motivasi sentiasa menjadi intipati ceramah beliau. Merupakan pengasas dan pengetua untuk Pusat Pendidikan Al Barakah iaitu pusat pendidikan Islam yang beribu pejabat di Kg Manjoi, Ipoh, Perak. Ustaz Kazim juga banyak terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan agama Islam. Beliau sering dijemput untuk memberi ceramah disekitar tanah air terutama termasuk Singapura dan Brunei. Selain itu juga dijemput menjadi ahli panel atau pensyarah di siaran-siaran televisyen dan radio utama nasional dan juga ceramah perdana.
Membaca buku so called buku ilmiah nie tak boleh baca macam membaca novel. Pemahamannya harus lebih diperincikan. Kalau novel, ada certain bahagian yang kita kurang faham atau minat kita boleh skip or abaikan..tapi buku-buku ilmiah nie setiap details kita harus amik tau.
buka muka pertama saya dah tertarik dengan doa "Ya Allah..Janganlah kau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana telah Kau bebankan kepada orang sebelum kami..
Ya Allah..Janganlah Kau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya..
Ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami..." Al Baqarah 286..
so..saya belum habis membaca..tp definitely anda tak rugi kalau membacanya.
setiap kali baca buku nie, somehow macam terngiang2 suara ustaz kazim macam selalu dengar ceramah dia.. :) lagu fav Ustaz Kazim "isteri cerdik dan solehah penyejuk mata, penawar hati penajam fikiran" :)
Buku yang dihadiahkan kepada mama, seorang peminat tegar penceramah bebas Ustaz Kazim Elias sempena ulangtahun kelahirannya.
Gaya penulisan buku ini adalah sepertimana ceramah beliau, santai tapi padu berisi. Bagi penyelak buku, cubalah terus ke halaman 194-196. Ini akan menjadi magnet untuk anda membaca buku ini dari kulit ke kulit.
----- Nota kaki: buku dari Pesta Buku Malaysia 2012
Salah satu buku favourite. Aku dah lama tak baca novel, lebih suka baca buku mcm ni, buku hakikat hidup, kenal Allah Tuhan yang esa, kenal diri yang selalu alpa. Lupa ujian Allah tu hikmahnya untuk diri sendiri jugak :) tak rugi beli buku ini. In shaa Allah
Pengisisan buku yang santai. Tidak berat. Pengisian buku lebih kepada berbentuk penceritaan dan pengalaman penulis. Jadi kepada sesiapa yang baru mula berjinak membaca buku agama. Ini antara buku yang baik dibaca selepas Meraih Cinta Al-Khalik.