Jump to ratings and reviews
Rate this book

Anak Mat Lela Gila

Rate this book
Anak Mat Lela Gila karya Ishak Haji Muhammad pertama kali diterbitkan pada tahun 1960. Ia mengisahkan seorang pemuda yang dianggap gila oleh penduduk kampung- suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya. Novel yang dibelai dengan penuh perhatian ini terkandung banyak maksud tersirat. Ishak Haji Muhammad secara halus menyampaikan kritik sosial melalui karya ini dengan gaya bahasa lama yang mudah untuk difahami.

Walaupun novel ini dihasilkan 40 tahun yang lalu, namun Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako seperti sudah tahu penyakit yang akan dihadapi oleh generasi akan datang. Kebanyakan isu-isu masyarakat yang diketengahkannya adalah malar segar dan masih berlaku sehingga ke hari ini lalu dapat kita rasakan pemikiran Pak Sako merentasi zamannya.

184 pages, Paperback

First published January 1, 1941

46 people are currently reading
847 people want to read

About the author

Ishak Haji Muhammad

29 books60 followers
Ishak Haji Muhammad (14 November 1909 - 7 November 1991) atau lebih dikenali sebagai Pak Sako merupakan seorang penulis yang giat menulis sekitar tahun 1930-an sehingga 1950-an. Ishak Haji Muhammad adalah seorang nasionalis negara. Kelibatnya bermula pada era sebelum kemerderkaan dan pascamerdeka. Gagasan yang ingin diperjuangkan oleh Pak Sako ialah penyatuan Melayu Raya yang mana Indonesia, Malaysia dan Brunei disatukan dalam satu serumpun.

Nama Pak Sako bukanlah satu nama asing bagi negara kita terutama dalam bidang kesusasteraan. Pak Sako sebenarnya adalah jolokan kepada nama Isako-san yang dipanggil orang-orang Jepun. Nama sebenar Pak Sako adalah Ishak Hj. Muhammad. Pak Sako juga dikenali juga dengan nama samaran seperti Anwar, Hantu Raya, Isako San dan Pandir Moden.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
143 (38%)
4 stars
165 (44%)
3 stars
51 (13%)
2 stars
7 (1%)
1 star
3 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 74 reviews
Profile Image for Rebecca.
Author 16 books155 followers
September 17, 2012
Goodreads would not let me write a longer status update, so here goes.

9/17/2012
Am currently on page 113 of 184 of "Anak Mat Lela Gila" by Pak Sako.

Dalam "Putera Gunung Tahan" yang terbit pada tahun 1937 iaitu 20 tahun sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Pak Sako 'memukul' habis golongan penjajah.

Dalam novel "Anak Mat Lela Gila" yang terbit pada tahun 1960, tiga tahun selepas merdeka ini pula, Pak Sako mengkritik dengan tajam serta keras sekali segala macam kejelikan sikap orang Melayu.

Secara umum, dapat dilihat bagaimana pengisian karya Pak Sako berubah mengikut keperluan dan peristiwa zaman. "Putera Gunung Tahan" meniupkan semangat kebangsaan di kalangan penduduk Tanah Melayu, manakala "Anak Mat Lela Gila" pula seperti membayangkan rasa hati Pak Sako agar anak bangsanya mengenepikan tingkah bobrok lagi melekakan mereka daripada perjuangan lebih besar iaitu pemeliharaan dan pengisian makna kemerdekaan yang baru dicapai.


I think these two novels portray Pak Sako as the embodiment of what Edward Said explored in his book "Culture and Imperialism", that is authors are never removed from historical context. Therefore, they do not, or rather, could not write freely or without constraint.

Said drew our attention to Joseph Conrad and his novel, "Heart of Darkness." Even though Conrad severely criticized colonization in Africa, he did not, or rather, could not provide the colonized their own voice, let alone something as monumental as independence. This is because such a conception did not exist during the time when the novel was conceived, written and published.

Personally, I think here comes the paradox of postmodern writers.
Profile Image for nazhsahaja.
127 reviews16 followers
August 7, 2017
salah satu sebab bagusnya membaca buku-buku daripada sasterawan lama adalah kita dengan sendirinya boleh tercampak dengan real dalam zaman yang ditulis penulis. aku suka bila pak sako meletakkan plot kota singapura dalam naskhahnya yang ini. dan seperti yang kita tahu pak sako sendiri pasti tidak dapat mengagak bahawa satu hari nanti anak cucunya akan memandang singapura sebagai kota yang asing dan luar daripada negaranya. jadi kota singapura yang ditulis dalam Anak Mat Lela Gila (AMLG) seperti satu rahmat buat aku si pembaca generasi baru yang selama ini tidak pernah terbayang bahawa memasuki singapura waktu dulu sebenarnya semudah memasuki pulau pinang pada zaman sekarang tanpa perlu melalui imegresen dan sekeping buku merah.

ya, singapura pernah menjadi sebahagian daripada kita. dan ia terasa benar bukan mimpi ketika melewati Salina dan Anak Mat Lela Gila.
Profile Image for Nadia.
110 reviews53 followers
August 24, 2021
Setelah menamatkan pembacaan, perihal Mat Lela Gila itu sebenarnya hanya secebis, selainnya adalah kisah hidup Bulat, anak kecil yang ditinggalkan ibunya di dalam pondok Mat Lela. Kita bakal mengikuti perjalanan Bulat dari pondok tersebut, diambil oleh pasangan Johari dan Permai, dibawa belajar agama ke Kelantan, menjadi budak suruhan di Cameron Highland, belajar ilmu dunia bersama Alang Sakai dan seterusnya ke Kota Singapura menjejak ibu ayahnya.

Secara peribadi, saya sangat gemar bahasa melayu klasik yang digunakan di dalam buku ini, bait ayatnya, deskripsi suasananya seolah hidup, seolah kita dibawa ke tanah Melayu pada era pasca merdeka. Lebih senang digambarkan seperti menonton filem melayu klasik P Ramlee.

Banyak kritikan sosial dimasukkan antaranya stigma masyarakat tentang sifat gila, sasau dan pandir yang digambarkan pada diri Mat Lela, tidak suka wang kertas, meyapu sampah di sekitar masjid walau tidak pernah menjejak ke dalamnya, membuat ukiran kayu aneh dan bermacam lagi. Turut disertakan pedoman daripada renungan Alang Sakai, guru si Bulat tentang sikap pecah belah bangsa Melayu, tidak mahu menaik taraf diri, helah godaan wanita dan harta, serta banyak lagi. Ada juga sindiran tentang sikap masyarakat yang suka benar mengumpat dan hidup berfoya-foya, tamak yang merugikan diri, serta bagaimana orang alim juga boleh terpedaya dengan nafsu syahwat. Antara lain adalah sifat kesetiaan yang ditunjukkan oleh Permai dan Elis Sakti, keinsafan dalam diri Johari dan kecekalan Bulat menjejaki ibu ayahnya.

Naskhah yang kali pertama terbit pada tahun 1960 ini saya kira masih relevan sehingga kini dengan isu-isu masyarakat yang malar segar dalam nada kritik sosial yang halus, gaya bahasa lama dan senang difahami.
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews322 followers
October 9, 2025
Novel ini mengisahkan seorang pemuda kampung bernama Mat Lela yang dianggap gila oleh orang awam kerana kelakuannya yang tak normal - seperti membersihkan laman masjid walaupun tak pernah masuk ke dalamnya, mengukir kayu, dan buat batu bata di kampung yang belum ada rumah batu waktu itu.

Gilakah dia? Ataupun ia sebenarnya 1 bentuk penolakan terhadap norma masyarakat yang cetek dan materialistik pada ketika itu?

Kehidupan Mat Lela berubah apabila dia terjumpa seorang bayi yang ditinggalkan di pondoknya. Bayi itu diberi nama Bulat. Hubungan antara Mat Lela dan Bulat kemudian menjadi nadi emosi novel ini - menggarap kasih sayang, pengorbanan, dan keikhlasan yang melangkaui penilaian masyarakat.

Gaya bahasa yang digunakan agak klasik tapi mudah difahami. Pak Sako menggunakan bahasa Melayu lama yang kaya dengan peribahasa, sindiran, dan humor halus. Dialog - dialognya tajam dan penuh makna, Pak Sako menyelitkan kritikan terhadap kapitalisme, penjajahan minda, dan keruntuhan nilai kemasyarakatan dalamnya.

Dari segi pemikiran, novel ini jelas menolak konformiti dan menyeru kepada pemikiran bebas - siapa yang berhak menentukan kewarasan, dan bagaimana masyarakat sering kali gagal melihat nilai dalam kelainan.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Saif Ibn Mohd.
120 reviews1 follower
September 26, 2018


Buku yang megisahkan kehidupan seorang yang dianggap kurang siuman pada pandangan masyarakat, iaitu mat lela ...yang dikatakan gila...tetapi perbuatanya jika difikirkan ianya benar juga. mungkin masyarakat telah diajar begitu maka.. apa yang pelik dianggap salah.
Mat lela dikejutkan dengan seorang anak yang tiba2 muncul di pondoknya, dan kisah kehidupan anak itu yang penuh ranjau sehingga dewasa melahirkan beberapa kritikan sosial kepada masyarakat pada masa itu, dan jika dibandingkan dengan masyarakat pada hari ini , tidak jauh bezanya.....

banyak iktibar dan beberapa fikiran patut ada dalam benak pembaca apabila membaca buku ini.

*lambat review....HP rosak
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books277 followers
Read
December 30, 2017
Membaca kritikan Pak Sako terhadap watak bangsanya pascamerdeka daripada sindiran terhadap masyarakat yang memandang aneh dan lucu pada feel perangai Mat Lela Gila kepada watak suami isteri yang menemui Bulat di rumah Mat Lela hinggalah pasangan muda-mudi yang hanya hidup berjoli hingga papa. Begitu juga kritikan terhadap bangsanya hasil renungkan gurunya, Alang Sakai terutama soal perpaduan dan pembaikan diri.
Profile Image for Encik Psychopath.
Author 1 book11 followers
January 3, 2013
Bahasanya lembut, klasik dan senang untuk dihadami serta kosa katanya tidak banyak yang berbeza dengan yang ada sekarang. Penuh nilai moralnya, sopan lenggok bahasanya dan tertib naratif penceritaannya.

Tulisan dan kritikan sosialnya masih segar, releven dengan masa kini walaupun sudah berusia lebih 50 tahun.
Profile Image for Norsamila Samsudin.
Author 9 books49 followers
December 28, 2021
Anak Mat Lela Gila, adalah karya kedua Pak Sako selepas Putera Gunung Tahan. Karya ini lebih tebal berbanding karya pertama. Tetapi, tidak tebal mana bila halaman akhirnya memaparkan angka setakat 184 muka.

Cerita ini pada saya, sukar ditebak. Bermula dengan cerita satu kata - Bulat. Pak Sako di awal bab hanya bercerita tentang 'bulat'. Walaupun hati tertanya mengapa, tetapi penceritaan tentang 'bulat' ini kerana dikarang dengan sangat menarik, telah membuatkan minda dan hati, celik. Banyak rupanya perkara berhubung kehidupan manusia ini (terutamanya orang-orang Melayu) yang berkait dengan 'bulat'. Termasuklah peribahasa dan makna di sebaliknya.

Babak seterusnya adalah kisah watak yang dituduh gila oleh penduduk kampung. Watak Mat Lela. Gila yang tidak ganggu orang, malah menguruskan kebersihan masjid tanpa bayaran. Semak belukar ditebang, kawasan dalam dan luar masjid dibersihkan. Malah, Mat Lela juga pandai bertukar. Cuma ... pertukangannya itu memang meninggikan lagi tuduhan yang dia itu gila.

Judul Anak Mat Lela Gila itu hanya kena pada awal bab. Ia lebih kepada cerita tentang perjalanan hidup watak bernama Bulat. Bayi yang ditinggalkan oleh ibunya di pondok tepi semak belukar. Pondok yang dibina oleh Mat Lela Gila. Yang punya tingkap dan tangga, tetapi tidak berpintu. Gila? Ya, itu memang sudah diberitahu. Tetapi, di sebalik kegilaan itu, watak Mat Lela ini punya niat jitu. Mengumpul batu dari tepi sungai, dibuat batu bata. Niatnya - menukar masjid daripada binaan kayu kepada batu!

Apa yang disampaikan dalam sembunyi kata dan bahasa benar-benar terbenam di jiwa. Ada ketika, tertampar dengan teguran walaupun ia telah difiksyenkan.

Saya jangka, penjagaan Bulat oleh Mat Lela Gila akan mewarnai alur cerita, tetapi tidak. Bulat yang dibela sehingga usianya menginjak setahun, telah diculik oleh pasangan yang tidak mempunyai anak. Mat Lela bersedih kerana kebahagiaan yang diberikan Tuhan secara tiba-tiba telah ditarik semula. Walaupun dituduh gila, tetapi dia memelihara anak itu dengan baik. Diberi susu kerbau dan dipesan pelbagai walaupun Bulat itu sewaktu dalam jagaannya masih bayi yang tidak mengerti.

Tujuh tahun selepas anak angkatnya hilang, watak Mat Lela Gila dimatikan.

Cerita bergerak dengan kemunculan watak-watak baru. Yang mana setiap watak ada ceritanya. Latar tempat berubah sebanyak mana kemunculan watak-watak baru. Setiap bab baru, ada sinis teguran yang dititipkan oleh penulis.

Perjalanan hidup Bulat memang digolek-golekkan oleh penulisnya.

Yang bulat terus bergolek. Kita yang membaca, terus terjentik.

Saya suka bila Pak Sako menegur hal kepengarangan lirik lagu melalui seorang Sakai.

"... cuba pulihkan semangat perasaan mereka itu dengan lagu-lagu memuji keeelokan negerinya, sungainya, gunungnya, tasiknya ..."

Semangat nasionalisme Pak Sako atau Ishak Haji Muhammad ini terkarang dalam karya. Beliau ingin nama tempat dalam negara, terakam di dalam setiap hasil seni. Patutlah di awal novel pertamanya, Putera Gunung Tahan, diceritakan banyak tentang negeri Pahang. Malah tentang Gunung Tahan itu sendiri. Yang dipertahan.

Banyak lagi perkara yang disentuh oleh Pak Sako di dalam Anak Mat Lela Gila ini. Yang tujuannya membangkitkan semangat nasionalisme anak negeri. Yang merakam peristiwa. Keadaan masyarakat. Malah kata-kata, pemikiran masyarakat juga dimuatkan di dalam karya ini. Segala peribahasa, tidak tinggal. Kena pula letaknya pada keadaan yang sedang diceritakan. Yang faham, akan faham. Akan tercuit dan serta-merta terpantul, tertanya adakah diri kita begini?

Selamat mencari naskhah hebat ini. Selamat membaca kepada yang telah memiliki. Jangan simpan. Bacalah. Karya ini juga satu warisan. Buat membangunkan kita generasi pasca merdeka yang sering leka dengan keselesaan hidup hasil perjuangan mereka yang menentang penjajahan.
Profile Image for Najiha Jaffar.
29 reviews2 followers
June 19, 2019
Klasik. Penceritaan yang mudah difahami dengan gaya bahasa yang cukup baik dan sederhana. Membacanya seakan satu pengembaraan yang jauh sehingga ke Kelantan, Negeri Sembilan, Kuala Selangor, Klang, Morib, PD, Kajang, KL, Cameron Highland sampailah ke Singapura. Oh ya, Jeram pekan yang terpencil itu pun sempat disebutkan dalam novel ini. (rasa wow sebab tempat sendiri). Perjalanan hidup seorang anak muda bernama Bulat yang ditinggalkan bersama Mat Lela yang dikatakan gila atau sasau. Disini terdapat kritikan sosial yang ketara di mana Mat Lela yang suka melakukan perkara yang pelik-pelik yang lain dari sikap orang biasa dilabel sebagai gila. Teguran juga buat masyarakat yang leka dengan keduniaan dan sikap-sikap yang jelek, namun akhirnya sempat kembali ke pangkal jalan. Terakhir, suka saya lihat kesetiaan yang ada dalam diri Elis Sakti terhadap suaminya, meskipun orang itulah yang membuat dirinya melarat dan merana. Pengakhiran cerita semua baik-baik sahaja. Sebenarnya saya tak sangka akan ada elemen muzik dalam novel ini, sangkaan saya agak meleset kerana tidak banyak pun menceritakan tentang Mat Lela.

Karya yang dikarang pada tahun 1960, namun masih relevan untuk dibaca. Terima kasih kepada ITBM kerana menerbitkan semula novel ini!. Saya harap pihak penerbit menerbitkan banyak lagi buku-buku langka seperti ni.
Profile Image for AriffHidayah.
37 reviews1 follower
May 10, 2013
Anak Mat Lela Gila karya Pak Sako. Ini adalah buku pertama yang saya baca dari Siri Sastera Klasik Sako terbitan ITBM. Apa yang boleh dikatakan, banyak pengajaran, nasihat dan panduan terutamanya kepada golongan muda. Cukup tersentuh kisah kehidupan Bulat dari sekecil bayi hingga ke dewasa remaja. wlwpn karya ini dihasilkan 40 tahun yg lalu, namun kata-kata nasihat yang dititipkan dalam jalan cerita novel ini, sangat berguna kepada genarasi masa sekarang.
Profile Image for Khairussyifa' Shukri.
16 reviews8 followers
February 5, 2017
Suka dengan gaya bahasanya yang sederhana. Kurang dialog jika dibandingkan dengan kebiasaan novel terkini, banyak penceritaan namun tetap tidak membosankan. Banyak persamaan dengan karya Buya Hamka dari segi mesej dibawa yang merentas masa.

Ada persamaan dengan buku Sang Alkemis, karya Puolo Coelho bahawa sekali seumur hidup kita pasti ditemukan dengan seseorang yang budiman - perantara yang mengenalkan kita akan hakikat kehidupan.
Profile Image for Aliya prettyandreads.
73 reviews62 followers
July 14, 2023
.
📝 𝗴𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝘀𝗮𝘁𝗶𝗿𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁, 𝗹𝗶𝘁𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿𝗲
🏷 𝘁𝗮𝗴𝘀: 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘆𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗯𝘂𝗯𝗮𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮

✿ 𝓢𝓲𝓷𝓸𝓹𝓼𝓲𝓼 ✿
Mat Lela dianggap gila oleh penduduk kampung kerana dia suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya.

Susuk misteri telah meninggalkan seorang bayi bernama Bulat di rumah Mat Lela & dijaganya penuh kasih. Namun mereka terpisah apabila Bulat ‘dicuri’ oleh orang lain & sejak dari itu, bermula lah kisah hidup Bulat yang penuh onak duri.

✿ 𝓡𝓮𝓿𝓲𝓾 ✿
Habis baca buku ni kita * 𝘵𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘶𝘯𝘨 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘴𝘪𝘭𝘪𝘯𝘨* 👁️👄👁️ — haah maybe tu lah expression yg paling tepat, buktinya tengokla annotations & tabbing kita hujung post ni; ✨PENUH!✨

Pernah tengok Lemony Snickets Series of Unfortunate Events tak? Buku ni bawak setting yg sama. 𝘕𝘢𝘴𝘪𝘣 𝘉𝘶𝘭𝘢𝘵 𝘴𝘦𝘣𝘪𝘫𝘪𝘬 𝘮𝘢𝘤𝘢𝘮 𝘯𝘢𝘮𝘢𝘯𝘺𝘢, 𝘣𝘦𝘳𝘨𝘰𝘭𝘦𝘬-𝘨𝘰𝘭𝘦𝘬 — dari ibu kandung ke Mat Lela, seterusnya ke tangan tangan orang asing yang buang dia sesuka hati. Kita sedih! 😭💔

🪴 𝙋𝙚𝙧𝙘𝙖𝙮𝙖 & 𝙗𝙚𝙧𝙙𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙩𝙖𝙠𝙙𝙞𝙧 𝙏𝙪𝙝𝙖𝙣 🪴

Takeaway ni bebetul buat kita rasa terpukul! 😶☝🏻
Since buku ni bawa setting 1900-ish, kita (yang kurang cakna ni obv) respect & amazed gila ngan orang dulu — 𝘏𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳 𝘴𝘶𝘳𝘢𝘵 𝘱𝘢𝘬𝘢𝘪 𝘭𝘢𝘣𝘶? 𝘊𝘢𝘳𝘪 𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘵𝘢𝘬𝘱𝘦𝘳𝘯𝘢𝘩 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘮𝘪𝘯𝘥𝘭𝘦𝘴𝘴𝘭𝘺? Ye lah since takde teknologi kamera kan waktu ni. Weh, I could never have that sense of sabr! Betul betul berserah & berdamai dengan takdir. Things to ponder kan pasal takdir ni? 😯💭

Kritikan sosial tetap ada, walaupun kurang menyengat but still ‘𝘢𝘯 𝘦𝘺𝘦 𝘰𝘱𝘦𝘯𝘦𝘳’, mainly sindiran untuk orang Melayu. Antaranya Melayu cepat berpuas hati dengan kejayaan yg ada & not willing to grow. Scene ‘Cameron Highlands’ dalam buku ni bebetul bagi new pov untuk kita — ha nak tahu scene apa, kena baca! 👀🤝🏻

✿ 𝓡𝓮𝓬𝓼 ✿
• Readers yang nak ada insights on how society was before merdeka.
• If you like FIXI Bercakap Dengan Jun (#ytjt cemana kita suka gila buku tu!), you will DEFINITELY love this one too! 🤌🏻✨

———

4.75🌟
Profile Image for Radzi Anua.
8 reviews
October 13, 2017
Penulisan yang sarat diisi dengan sindiran-sindiran dan kritikan sosial masyarakat di zaman awal merdeka. Sayangnya sindiran dan kritikan yang ditimbulkan terlalu sarat, mendatangkan impresi paksaan yang dipadat-padatkan dalam plot yang gopoh dan tergesa-gesa. Jalan cerita yang digambarkan pula sungguh simplistik, kelihatan cukup mudah sehingga menghampiri (sesetengahnya melangkaui) sempadan logik akal. Buku ini mudah dibaca dengan penggunaan bahasa yang bersahaja dan "evergreen". Tetapi untuk menghabiskannya memerlukan iltizam dan keazaman yang tinggi.
Profile Image for Mali.
210 reviews
May 13, 2019
may be written in the 1930's, but message still relevant and language pon mudah difahami.

bukanlah buku Islamik, tetapi almost on every page, penulis secara x langsung mengajak kita utk igt Allah.
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
September 25, 2012
suka membersihkan laman masjid namun tidak pernah menjengah ke dalamnya :)
lucu tapi mendalam
Profile Image for Anis Suhaila.
138 reviews11 followers
May 1, 2017
Kritik sosial masyarakat yang agak kering. A good read tapi nothing great. Judul agak misleading sebab Bulat menjadi anak Mat Lela Gila hanya selama 6 bulan dan 2-3 bab.
Profile Image for Syahiran Ramli.
221 reviews14 followers
August 27, 2017
Sebuah lagi novel yang ditulis oleh Ishak Haji Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan adalah Anak Mat Lela Gila. Kali pertama diterbitkan pada tahun 1941 dan diterbitkan semula oleh ITBM pada tahun 2012, sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia kepada pembaca-pembaca baru yang ingin menyelami bersama keadaan masyarakat dahulu kala. Novel Anak Mat Lela Gila terbitan ITBM ini mempunyai sebanyak 184 muka surat, lebih tebal daripada tulisan pertama Pak Sako iaitu Putera Gunung Tahan. Jika Putera Gunung Tahan lebih berkisar tentang kritikan penulis terhadap bangsa penjajah, Anak Mat Lela Gila pula lebih menekankan kisah anak bangsa Melayu.

Ia mengisahkan tentang seorang pemuda yang dikenali sebagai Mat Lela Gila (nama sebenarnya Mat Lela), tetapi disebabkan penduduk kampung mengatakan Mat Lela itu gila maka melekatlah nama Mat Lela Gila tersebut. Mat Lela Gila ini mempunyai perangai yang yang dikatakan pelik sehinggakan digelar gila, iaitu suka membersihkan laman masjid, rambutnya tumbuh panjang sehingga mengerbang, suka bercakap seorang diri, suka merayau-rayau seorang diri di hutan dan sebagainya. Sehinggalah suatu hari, Mat Lela Gila bertemu dengan Bulat, seorang anak kecil yang baru lahir yang telah ditinggalkan oleh ibunya di pondok Mat Lela Gila. Sejak daripada itu, Mat Lela Gila menjaga Bulat yang tidak diketahui oleh penduduk kampung walaupun dikatakan gila, tetapi tetap boleh menjaga Bulat sebaik mungkin.

Apa yang boleh aku katakan selepas mengakhiri pembacaan Anak Mat Lela Gila adalah novel ini betul-betul menggambarkan seolah-olah aku sedang menonton filem-filem hitam putih (filem lama). Dengan penggunaan bahasanya yang klasik, menggambarkan bahawa Bahasa Melayu itu sangatlah indah. Antara yang menarik perhatian penggunaan kata ‘acu teraikan’, yang aku sangka perkataan tersebut merupakan perkataan baru yang selalu digunakan sewaktu aku kecil, rupa-rupanya sudah lama digunakan.Penggunaan latar tempat di Singapura juga menggambarkan bahawa kita dahulu pernah bersama, tetapi sudah takdir Tuhan, Singapura kini sudah berpisah dengan kita. Kalau kita perhatikan filem-filem lama, kebanyakannya filem tersebut berlatarkan kota Singapura yang menggambarkan industri seni yang pesat di sana dari seni muziknya, seni filemnya, seni budayanya dan sebagainya. Perkara tersebut telah digambarkan oleh Pak Sako apabila Bulat merantau ke Singapura untuk mengembangkan bakatnya dalam seni muzik.

Berbalik pada Mat Lela yang dikatakan gila itu, Pak Sako telah mentakrifkan gila itu kepada tiga. Yang pertama adalah, gila itu ialah perbuatan, kelakuan dan keadaan yang berlainan daripada lazim; yang bersalahan dengan adat kebiasaan, yang menyalahi peraturan hidup dan ajaran agama, umpamanya seperti berjalan seorang itu di jalan raya, atau di tengah khalayak yang ramai - di tengah terang, keadaannya bertelanjang tiada berkain seurat benang pun. Maka itulah dikatakan perbuatan yang gila, tetapi sudah tentukah orang berkelakuan demikian itu gila? Yang keduanya, adapun gila itu ialah suatu jenis penyakit yang mengenai otak - kata tabib atau dukun atau doktor kita zaman sekarang. Orang yang kena penyakit itu hilang akalnya dan rosak fikirannya; tiada senonoh tingkah lakunya, tidak tentu budi pekertinya. Yang ketiga, gila atau tidaknya seseorang itu atau perbuatannya tertakluk kepada keputusan orang ramai, kepada muafakat dan kata orang ramai. Jikalau kata tabib si anu itu tidak gila, tidak sakit atau rosak otaknya dan tiada akal fikirannya, tetapi orang ramai mengatakan gila, maka gilalah ia.

Dan yang definisi yang ketiga tersebutlah Pak Sako mengkritik masyarakat waktu tersebut iaitu suka menuduh seseorang tanpa usul periksa. Apabila ‘majoriti’ menuduh ia gila, maka gilalah dia, walaupun perkara tersebut tidak pernah dibuktikan oleh seseorang yang lebih arif. Dan perkara tersebut tidaklah menghairankan jika perkara itu berlaku di zaman yang serba moden ini. Menuduh tanpa sebarang bukti. Bercakap-cakap tentang sesuatu perkara sedangkan kita tidak berada dalam situasi tersebut. Pak Sako juga seolah-olah sudah menggambarkan situasi tersebut akan berlaku pada masa hadapan (abad ke 21) di halaman 25 dan 26; “Orang-orang pada zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain: menghina dan mencela dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa.”

Satu lagi sikap yang ditampilkan oleh Pak Sako terhadap masyarakat bangsa Melayu ketika itu adalah suka bercakap belakang (mengumpat) yang sehingga kini sikap tersebut masih tetap berada dalam diri. Ini digambarkan ketika masyarakat bangsa Melayu Islam yang sedang dalam persiapan menunaikan Haji di Mekah sempat berkata-kata yang buruk dalam sesi pertemuan di antara Bulat, Johari dan Siti Permai di bilik penginapan Singapura. Digambarkan pada halaman 137, “Berkata pula perempuan yang ketiga, “Berbetulan waktu mereka bercakap bertiga itu saya belum tidur. Saya mengintai dari celah tabir dan saya Nampak Permai duduk dekat sangat dengan orang yang bukan suaminya itu, dan nampaknya ia tersenyum sambil bermain mata; tetapi yang sebenarnya saya tak nampak cukup jelas sebab lubang pada kain tabir saya itu kecil sangat; ada sebesar lubang jarum sahaja.” Dan selepas daripada sesi perbualan tersebut, Pak Sako menegur pada halaman 138, “Demikianlah mereka itu bercakap-cakap dari satu fasal berjangkit kepada satu fasal; mengumpat, mengeji dan mengata-ngata orang lain sambil memuji-muji akan diri mereka itu sendiri”.

Sungguhpun begitu, walaupun banyak sisi-sisi buruk yang ditampilkan oleh Pak Sako terhadap bangsanya sendiri bukan bermakna Pak Sako tidak sayang terhadap bangsanya, bahkan ia sepatutnya menjadi titik tolak kepada bangsa Melayu membuktikan bahawa kita boleh menjadi lebih baik tidak seperti apa yang digambarkan di dalam Anak Mat Lela Gila. Sifat-sifat terpuji seperti menghormati orang yang lebih tua yang digambarkan terhadap Bulat kepada ibunya, Elis Sakti, haruslah dikekalkan. Sepertimana halaman 151, “Bulat dengan tidak tersipu-sipu dan tertib lakunya telah menyambut tangan yang putih bersih itu lalu dikucupnya. Perbuatan yang demikian nyatalah luar biasa dalam majlis orang-orang Melayu dan kejadian itu dilihat oleh ramai orang yang hadir dengan kehairanan dan masing-masing pun mulalah berpandangan dan setengahnya pun berbisik-bisik. Akan tetapi kepada Bulat perbuatannya bukannya luar biasa, bukannya ganjil bahkan penghormatan yang memang dituntuti kerana perempuan itu ialah ibunya.”

Secara peribadi, walaupun buku ini telah ditulis 76 tahun yang lalu, ia tetap relevan sehingga kini untuk dibaca. Bacalah!
Profile Image for Iza B. Aziz.
222 reviews29 followers
May 10, 2023
Habis baca, saya terfikir kerana apa Pak Sako namakan buku ini Anak Mat Lela Gila? Pun begitu..saya sebak dengan kisah perpisahan Mat Lela dan Bulat.

Watak Bulat digunakan sebagai renungan tentang kehidupan. Hidup ini pasang surut, ada pula berjumpa dengan manusia pelik-pelik. Kita fikir baik rupanya syaitan dan sebaliknya. Lihat sahaja tentang si Johari, mahu belajar agama untuk membawa diri konon. Sekali digoncang iman, pecah berderai.

Antara bacaan yang memang tidak tahu penghujungnya bagaimana. Buat saya berdebar-debar, ketawa sinis dan sesak nafas!
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
November 3, 2013
Cerita anak Mat Lela Gila ini adalah cerita tentang suasana masyarakat melayu ketika itu. Jadi, masih ada unsur mistik (melayu, biasalah), unsur agama malah ada juga perkara-perkara yang melanggar agama tetapi sudah menjadi resam dalam masyarakat kita seperti dengki, dan fitnah.

adakah betul buku ini dikarang sedikit sebanyak sebagai sindiran kepada Umat Melayu ketika itu? entah. saya tidak pasti. Cerita ini sungguh bersahaja dan tidak membawa isi yang terlalu berat.
saya takjub untuk membaca pada awalnya kerana buku ini adalah antara karya yang kononnya hebat dalam sejarah penulisan Melayu.

Saya kurang pasti di mana hebatnya. saya tidak pernah membaca karya lain yang sezaman dengan buku ini, jadi saya tidak punya kayu ukur untuk mengukur sejauh mana kehebatan buku ini dibandingkan dengan karya lain yang sezaman dengannya.

walaupun begitu, saya sungguh suka dengan gaya bahasa lama yang ditampilkan oleh tuan penulis. sangat... melayu. "acu teraikan" contohnya, adalah penggunaan dialek kelantan bercampur dengan bahasa Inggeris yang sering diguna pakai dahulu. sekarang, saya tidak pasti.
di sini, tahulah saya bahawa bahasa juga adalah "masa".

buku ini adalah satu pengalaman baru. membaca karya dari zaman lain adalah sangat menarik. walaupun Faisal Tehrani pernah menulis menggunakan bahasa melayu lama, tetapi penulisannya berbeza dengan karya yang satu ini. mungkin karya yang mirip dengannya adalah "Konserto Terakhir". Tetapi jujur, bagi saya Konserto Terakhir adalah lima bintang.

buku ini menarik, wajar ada di rak buku kita, cuma saya tidaklah kategorikan buku ini dalam "wajib baca".
Profile Image for Shahrul AhLami.
188 reviews13 followers
September 20, 2017
Anak Mat Lela Gila. Ishak Haji Muhammad a.k.a. Pak Sako. Institut Terjemahan & Buku Malaysia ( ITBM ). 2012.

1) Buku ini merupakan terbitan semula.

2) Anak Mat Lela Gila = Mat Lela dianggap gila oleh orang-orang kampungnya & dia mempunyai seorang anak angkat bernama Bulat.

3) Mat Lela dianggap gila kerana suka buat benda yang pelik. Antaranya, dia suka membersihkan kawasan masjid tapi, dia sendiri tak pernah masuk ke masjid itu untuk bersolat.

4) Mat Lela juga dianggap gila sebab dia tak suka duit. Dia cakap, duit ni boleh membuatkan orang ramai menjadi gila & sanggup putus saudara hanya kerana duit.

5) Bulat, anak angkat Mat Lela telah ditinggalkan ibunya di pondok buatan Mat Lela Gila.

6) Bulat perlu menemui pelbagai jenis manusia bagi menemui semula ibu bapa kandungnya. Dan akhirnya.............tettttt !

7) Kau bacalah sendiri pengakhiran cerita ini. Aku malas nak taip panjang-panjang.

8) Karya Pak Sako ini mengandungi banyak maksud tersirat. Kau carilah sendiri maksud tersirat tu. 😁.

9) Novel ini ditulis dengan gaya bahasa lama. Ada sesetengah perenggan yang perlu diulang baca sebelum dapat difahami.

10) Ok, itu sahaja. Selamat membaca !

#duniaBOOKku📚
#alonalonjanjikelakon
#breatheNread
147 reviews14 followers
June 25, 2015
Fahamlah saya kenapa ramai yang menyukai hasil penulisan Pak Sako. Buku-bukunya penuh nasihat dan pengajaran yang masih relevan hingga ke hari ini.

Watak utama, Bulat mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam hidupnya. Dilahirkan oleh orang lain, dibesarkan oleh orang lain, ditinggalkan sendirian berkali-kali, merantau nasib serata negeri, serta gigih mencari ilmu muzik dan menjadi pemuzik demi mencari ibu bapa kandungnya yang sebenar.

Walaupun watak utama adalah Bulat, 'backstory' bagi watak-watak lain juga dimasukkan dan tidak menjadikan cerita tertumpu hanya kepada Bulat. Contohnya cerita bapa angkat pertama Bulat, Johari, yang serkap jarang pada isterinya sendiri yang kononnya ada hubungan sulit dengan lelaki muda entah dari mana, seterusnya meninggalkan isterinya untuk menuntut ilmu akhirat namun terjumpa dan terjatuh hati dengan janda yang mengguna-gunakan Johari.

Pengakhiran yang mudah diramal namun manis sekali. Membaca buku ini sepertinya mendengar cerita dari orang tua-tua. Bahasanya tidak keras, tidak terlalu klasik dan mudah untuk difahami.
Profile Image for Erlena.
17 reviews
October 22, 2018
Sarat dengan kritikan sosial tentang orang Melayu namun tidak jemu membacanya kerana pengolahan yang amat mudah difahami.

Anak Mat Lela Gila jelas membuktikan bahawa pelajaran terpenting yang mendewasakan seseorang anak ialah pengalaman perit-getir yang ditempuhi sepanjang hidupnya; bukanlah kekayaan harta, keturunan mahupun kelebihan diri dari kecantikan dan bakat yang dimiliki. Adapun apa yang diwarisi tidakkan datang bergolek kejayaan tanpa usaha dan tekad.

Juga memerhati dan mengutip teladan dari kesilapan orang yang dijumpai; Johari dan Permai (keluarga angkat), Rokiah dan orang pondok di Bachok, pasangan muda di Cameron Highland, Haji Osman yang tamak, Alang Sakai sehingga kepada Ibu dan Ayah Bulat. Tak lupa pendeta bijaksana, Mat Lela Gila yang mengajarnya untuk berdiri atas pegangan jalan yang benar dan biarkan apa sahaja cemuhan orang keliling yang suka membuat cerita yang tidak benar.

Melewati akhir buku ini, entah mengapa saya terfikir mungkinkah ini cerita benar perjalanan hidup seseorang? 🤔 Apapun, pengisian yang memang malar segar!
Profile Image for aimi.
103 reviews5 followers
March 26, 2019
Membaca novel ini pada tahun 2019, benar-benar menyegarkan. Saya rindu novel seperti ini, ceritanya ringkas namun sarat dengan pengajaran.

Bulat, anak yang ditinggalkan oleh ibunya kepada seorang laki-laki yang tidak gila namun dianggap gila oleh penduduk setempat. Dijaga penuh rapi, Bulat adalah anugerah tidak ternilai buat Mat Lela Gila. Ditakdir Tuhan, Bulat diambil orang, dan hidupnya penuh warna-warni penuh liku sejak itu.

Bulat ditakdir tempuh menempuh jalan sukar. Dibuang ayah angkat yang terkena hasutan mak tiri baru, mengembara ke Cameron demi sesuap nasi serta ditakdir bermimpi yang membawa kepada perubahan hidup beliau.

Plot Bulat bermimpi dan menerima petunjuk apa yang akan dilakukannya, adalah plot paling mengujakan. Sudah lama saya tidak membaca cerita seperti ini, apatah lagi di zaman moden yang kurang mempercayai tafsiran mimpi.
Kegihihan Bulat membawa beliau beetemu orang-oramg tepat pada waktu yang tepat. Hingga akhirnya Bulat bertemu dengan ibu serta ayah kandungnya, dan mereka bertiga berangkat mengerjakan haji.

Pengakhiran cantik yang menggembirakan.😊
Profile Image for Fahmi Khir.
71 reviews3 followers
August 12, 2016
kisah di dalam kisah. ada hidup di dalam kehidupan, yang hidup juga bertemu yang mati. walau dalam beberapa silang kehidupan yang mustahil, realiti menjadi benar dalam kisah Bulat anak Mat Lela Gila ini.

mencari nilai dan pengajaran bukan hanya pada membaca, tetapi dengan meneliti, memandang cermin di hadapan diri. menilai dahulu diri sendiri.

kita bukan mencari jalan cerita untuk Bulat, tetapi sudah menjadi pun sebahagian daripadanya walaupun kita tidak mahu. kenapa begini adalah kerana kita juga punyai kehidupan seperti Bulat. kita juga manusia seperti Bulat. apakah kita ini tidak sama sepertinya, menjalani hidup seakan dengannya walaupun realiti dalam cerita hanyalah fiksi berbanding kewujudan kita?

kewujudan bulat adalah hanya sebagai pengingat dan penjelas bahawa kita juga manusia. makhluk yang punya kehidupan.
kita adalah Bulat yang hidup untuk mencari. sama ada mencari untuk dimengerti orang lain atau mencari erti diri sendiri.
Profile Image for Faarihin Talip.
36 reviews2 followers
January 23, 2018
Buku yang terkandung segala nasihat buat semua peringkat. Biarpun berpuluh tahun dahulu sudah tertulis. Tetapi setiap nasihat itu masih tak lapuk untuk diamalkan.

Antara nasihat Mat Lela yang dikatakan orang gila oleh orang setempat terhadap anak kecil yang dijaganya yang dinamakan Bulat, "Cuba lihat apa bendanya ini engkau pun ada, tetapi kerana engkau masih kecil benar apalah yang engkau tahu, engkau sedar pun tidak. Akan tetapi jaga baik-baik apabila engkau sudah besar pula peliharalah dia dengan cermat. Dalam masa yang akan datang benda ini akan menjadikan orang banyak gila, susah, porak-peranda dan miskin merana. Benda ini harus menimbulkan macam-macam kacau-bilau. Engkau mesti ingat baik-baik."

Bacalah buku ini, biarpun adakala bahasanya itu tidak lagi sealiran dengan bahasa moden sekarang, tetapi karya-karya lama ini tetap ada manfaat untuk generasi sekarang.
Profile Image for Miyuke.
192 reviews2 followers
July 19, 2018
Novel tulisan Pak Sako kebanyakannya amat sinikal sekali, tidak terkecuali naskah ini. Berlatar belakangkan adat dan budaya Melayu yang semakin pupus, penulis memberi gambaran tentang perilaku, pemikiran manusia, keagamaan dan isu-isu harian yang kebanyakannya masih dipraktikkan dan berlaku sehingga hari ini (baik & buruk).

Mengisahkan kisah watak utama yang dikenali sebagai Bulat. Membawa pembaca menelusuri kehidupan Bulat yang penuh dengan pancaroba, sekaligus memberinya pengajaran tentang kehidupan.

Pada pendapat saya, watak yang perlu disanjung dalam novel ini adalah Mat Lela Gila itu sendiri. Membawa kepada saya berfikir dengan lebih lanjut, adakah Mat Lela Gila itu sememangnya gila atau keadaan persekitaran serta kelompok manusia yang ada di sekelilingnya yang membuatkan kewarasannya hilang?

Sebuah novel yang baik untuk kita berfikir sejenak selepas membacanya.
Profile Image for Aisyah Aziz.
5 reviews16 followers
January 9, 2015
Macam biasa, karya Pak Sako tak pernah mengecewakan. Cuma ada sedikit kekeliruan di bab bab terakhir di mana Bulat memberitahu Elis Sakti bahawa ayahnya mencari dia dan malu untuk bertemunya kerana Elis Sakti sudah terkenal sedangkan Bulat masih belum bertemu ayahnya. Lepas dia jumpa Elis Sakti, baru dia jumpa Alang. Agak pening di situ...

Tapi keseluruhannya memang terbaik! *thumbs up* Suka babak di mana ada masyarakat yang mengumpat Johari dan Permai. "Saya nampak melalui tirai. Ada lubang sebesar jarum peniti di tirai. Memanglah saya tak nampak secara jelas tapi saya yakin Permai tu..." haha. Tepat mengena ragam masyarakat Melayu, Dulu dan kini dan harapnya tak berterusan sampai selamanya.
Profile Image for helmymuhammad.
47 reviews3 followers
November 5, 2013
“Orang-orang pada zaman akan datang akan gemar sekali bercakap-cakap pada perkara-perkara yang mereka tidak tahu, merendahkan mutu orang lain: menghina dan mencela dengan tidak usul periksa lebih dahulu dan dengan tidak bersebab apa-apa.” (Halaman 25-26, Anak Mat Lela Gila).

Barangkali inilah tema utama Pak Sako..Bagaimana kolonial mengajar kita dengan modern. Bagi aku,'sikap' diatas adalah sikap modern. Membincangkan perkara yang tidak penting dan mengangkatnya sedangkan perkara yang bersentuhan dibiar biarkan..
Displaying 1 - 30 of 74 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.