Buku ini hanya sempat mendedahkan secebis daripada lautan pahit maung kehidupan rakyat Syria di bawah pemerintahan keluarga Assad ini melalui peristiwa berdarah dan penyembelihan beramai-ramai. Sebenarnya dalam kajian penulis, terlalu banyak lagi kezaliman, pembunuhan, penyembelihan dan penindasan yang dilakukan oleh rejim yang masih belum dicatat di sini terutama berkaitan kesucian agama Islam. Saranan penulis kepada pembaca sekalian agar terus menggali dan membongkar kezaliman keluarga Assad ini. Namun, mungkin ia agak sukar kerana tidak banyak buku-buku di pasaran berkaitannya. Mungkin juga ia berbahaya kerana menyentuh satu pemerintahan sekular dan Syiah Nusairi Syria yang dilihat mahu ‘menongkat langit’. perlu diingat, sesiapa yang mengkritik Presiden Syria boleh dikenakan hukuman penjara beberapa bulan dan rakyat mereka terlalu takut untuk membincangkan berkaitan politik dan pemerintahan negara walaupun dalam keluarga masing-masing. Di dalam kesempatan ini juga, kita perlu merakamkan tahniah buat rakyat Syria terdiri daripada kalangan pemuda, wanita dan lelaki, kanak-kanak dan orang tua, Islam dan Kristian yang terus berjuang walaupun kematian dilaporkan setiap hari akibat keganasan tentera rejim. Mereka tidak takut dengan celaan orang yang mencela serta meyakini perjuangan mereka akan diberikan pertolongan oleh Allah seperti yang dijanjikanNya. Jatuhnya keluarga Assad di Syria sebenarnya bererti jatuhnya Israel di rantau ini selepas boneka mereka tumbang lebih setahun lalu di Mesir dan Tunisia.
Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah. Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’. Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi. Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD) Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”. Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).
Buku tentang Syria yang pertama saya baca, seperti buku² tentang Palestin dan nasib umat Islam lain, saya agak mengambil masa untuk meneliti dan menghadam fakta penting yang baru diketahui. Lama sungguh rejim Assad sudah berkuasa di Syria rupanya, hampir sebaya dengan penderitaan umat Islam Palestin !
Semoga kita di Malaysia khususnya lebih cakna isu Syria selain dari Palestin dan teruskan apa yang kita mampu bantu untuk jatuhkan Firaun Millenia ini.
selama ini tak tahupun krisis dalaman Syiria seteruk ini. Syiria juga perlu diutamakan tanpa membelakangkan Palestin.masalah Islam sejagat perlu diambil tahu. jadilah burung kecil yang membawa sedikit air pada paruhnya, untuk disiram pada bakaran api yang besar yang sedang menjerang Nabi Ibrahim AS. walaupun sedikit, usahanya ada. tidak dengan duit dan tenaga. titipkan doa kita untuk mereka supaya tabah dan bangkit untuk mengharungi ujian.