Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tini

Rate this book
AZIZI HJ ABDULLAH merupakan seorang penulis yang prolifik dan tahan hingga kini esjak menulis dalam tahun 60-an yang lalu. Ini diakui oleh buku WAJAH terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang memuatkan biografi penulsi tanah air.

Nama Azizi jarang ketinggalan setiap kali Hadiah Karya Sastera diadakan sejak tahun 1971. Malah beliau dianggap sebagai salah seorang penulis terbaik di tanah air oleh panel hakim.

Kemampuan Azizi mencakup semua bidang penulisan. Namun yang paling terserlah ialah bidang cerpen. Sementara dalam bidang novel Azizi juga tidak dapat dinafikan kekuatannya. Di antara novelnya yang berjaya ialah Senja Belum Berakhir, Asyraq dan Seorang Tua Di Kaki Gunung.

TINI adalah versi baru dalam dunia novel. Melalui novel ini pembaca akna dapat melihat bagaimana watak Sawo yang ingin menguasai ladang pusaka ibundanya dari diperkotak-katik dan dipermainkan oleh Lajim dan Hitam. Pembaca akan dapat melihat betapa Azizi mencipta beberapa simbol dari penonjolan watak dan dari segi settingnya.

114 pages, Paperback

First published January 1, 1977

1 person is currently reading
13 people want to read

About the author

Azizi Abdullah

68 books117 followers
Dicedok dari Ujana Ilmu

AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
0 (0%)
4 stars
1 (16%)
3 stars
4 (66%)
2 stars
1 (16%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Iza B. Aziz.
229 reviews31 followers
August 7, 2023
Novela yang membuat saya terus lekat menyelak hingga halaman 114 yang berakhir dengan tragedi. Puas saya fikir cerita tentang apa, adakah ia semata menuntut keadilan, hak kemanusiaan atau pengkhianatan. Jenuh kerana ia sarat dengan pelbagai simbol pada setiap watak.

Tidak saya sangka Tini yang belas sayang terhadap anaknya Sawo, adalah orang yang paling pentingkan diri. Kerana nafsu terhadap kesenangan, Tini rela dibutakan tentang kepedulian pekerjanya. Demi kebahagian anak dan dirinya?
_____________________
Cerita ini boleh saya katakan genre physco thriller. Ini sebab cara penulis gemar bermain dengan senja, gelap malam dan kesunyian kebun getah. Apatah lagi Tini dan Sawo yang menghuni banglo jauh dari berek pekerja. Suasana tu!

Pertemuan senyap antara Tini, Lajim dan Hitam pula sering terasa gerun. Manakala minda Sawo yang sukar saya ramal, perubahan yang ingin dikuasainya menjadi satu trauma sejarah yang melampau. Kerana membaca dan sejarah, terus Sawo dibuka dengan kebenaran.

"𝘔𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘦𝘫𝘢𝘳𝘢𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘢𝘫𝘢𝘳 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘫𝘢𝘥𝘪 𝘬𝘶𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘢𝘫𝘢𝘳!"
_____________________
Tragedi akhir dalam TINI buat saya jadi bingung.

Patutkah saya kasihan pada Tini dan Lajim?
Adakah perbuatan Sawo itu adil dan berjaya?
Apakah nasib pekerja ladang akan datang?

Dan saya pun perasan Tini dan Sawo, mereka berdua lebih gemar bermandi darah. Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi.

Siapa yang pernah baca TINI disini, saya nak ajak borak! Sebab sampai sekarang bingung dan seram sejuk.
_____________________
Profile Image for Violet.
11 reviews
May 14, 2025
“Sejarah mengajar kita untuk menjadi kurang ajar” Sawo.


"Aku hidup tidak sengsara, tapi aku mengerti kesengsaraan” sawo.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.