Ajym adalah Najymi atau Atan, anak Sumaiyah, gadis yang direnggut maruahnya oleh Tuan Arif? pemilik Tegap Holding. Meskipun tidak menerima kehadiran Tuan Arif selaku bapa namun kerana amanah dan amanat, Najymi bersetuju menjaga Tegap Holding sebaik Tuan Arif meninggal dunia. Pulangnya Laramaisa Hani anak tunggal Tuan Arif yang belajar dari luar negara, dia enggan melepas Najymi meninggalkan Tegap Holding. Hubungan yang membibitkan rasa cinta yang mendalam di hati Lara dan Ajym tetapi terpaksa mengambil keputusan berpisah sebaik mengetahui perhubungan Najymi dan orang tua Lara. Nenek angkat Najymi sedar kesakitan perasaan cucunya tetapi dia berpegang kuat pada amanat allahyarham suaminya yang tidak membenarkan Najymi bersatu dengan Lara.
Ramlah Rashid dilahirkan pada 1 Ogos, 1965, di Teluk Sareh Empai, Parit, Perak. Mendapat pendidikan awal di SK Teluk Sareh (1972-1977). Sekolah menengah di SMK Sultan Muzaffar Shah 1, Lambor Kanan, Parit, Perak (1978-1982). Kolej Yayasan Anda (1983-1984). Penjawat awam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) ini menghasilkan pelbagai genre penulisan kreatif seperti puisi, cerpen dan novel.
Alah sayangnya. Blurb di belakang buku saya baca mampu menarik minat pembacaan. Namun... Setiap bab seperti tiada 'rasa'. Digagahkan juga diri ini untuk menghabiskan naskhah setebal 500+ halaman ini. Serasa ada yang tak kena dengan cerita ini. Bukan mahu menghentam penulis, sekadar memberikan pendapat saya sebagai pembaca.
Khusyuk baca buku ni, suka dengan cara penulis gambarkan penat lelah yang watak lalui sampaikan kita ni turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka. Jalan ceritanya bagi saya biasa, cuma ada beberapa babak yang saya fikir seeloknya diringkaskan kerana lama kelamaan bahagian tu jadi membosankan.