Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bidadari Burung

Rate this book
S.M Zakir, penerima ke-33 Anugerah Penulisan S.E.A pada 2011, terlibat dalam dunia penulisan secara serius sejak 1990. Beliau telah menghasilkan beratus cerpen dan esei serta puluhan puisi.

“Daripada sekian banyak genre itu, cerpen menjadi ikon pengkaryaan beliau. Persoalan yang disentuhnya tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat, tetapi melampaui sempadan antarabangsa, menerokai dunia falsafah dan sufisme, serta memberikan pencerahan terhadap isu politik antarabangsa yang kompleks”.

Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz

-Mantan Ketua Pengarah DBP

168 pages, Paperback

First published January 1, 2012

1 person is currently reading
51 people want to read

About the author

S.M. Zakir

65 books47 followers
S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England.

Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan.

Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998.

Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi.

Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008).

(Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
14 (30%)
4 stars
20 (43%)
3 stars
10 (21%)
2 stars
2 (4%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 18 of 18 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews332 followers
October 11, 2025
SM Zakir, penerima Anugerah Penulisan SEA pada tahun 2011, merupakan antara penulis sastera Melayu kontemporari yang paling prolifik dan berpengaruh pada masa kini.

Aku secara peribadi cukup mengagumi Tuan SM Zakir disebabkan kemahirannya menerokai wilayah falsafah, sufisme, selain isu - isu sosial dalam karyanya. Beliau memiliki keupayaan magis - menggabungkan keindahan bahasa dengan kedalaman pemikiran, menjadikan setiap karyanya baik novel atau cerpan bukan setakat sebuah cerita, tapi medan renungan tentang makna kehidupan, identiti bangsa dan kemanusiaan.

Kumcer ini menghimpunkan 12 buah karya terpilih, dipilih khusus untuk tujuan penterjemahan ke bahasa Inggeris selepas beliau menerima pengiktirafan Anugerah Penulisan SEA. Antara cerpen yang aku sangat suka termasuk "Fatamorgana", "Panggil Namaku Izrail", "Moluska", dan "Bidadari Burung" itu sendiri.

Setiap cerpen membawa aku ke dalam dunia yang sarat dengan simbolisme, konflik batin, dan pencarian makna. Contohnya "Bidadari Burung" - ia mengangkat persoalan spiritual dan eksistensial melalui metafora burung sebagai lambang kebebasan, kerinduan dan transendensi.

Pada pengamatan aku, Tuan SM Zakir juga antara penulis yang menolak simplifikasi terhadap isu - isu kematian, cinta, kekuasaan, dan spiritualiti. Beliau bersuara dalam konteks yang lebih luas, memperlihatkan bagaimana pengalaman kecil boleh berbicara kepada dunia luar.

Kalau Serigala dan Sekuntum Tulip adalah karya perkenalan aku dengan Tuan SM Zakir, karya ini adalah karya yang menjadikan beliau idola aku dalam dunia penulisan Melayu.

4.6 / 5 stars
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books278 followers
February 7, 2013
Membaca kumpulan cerpen ini, boleh melupakan saya tentang S.M. Zakir yang dikenali. Walaupun wacana yang digaul di dalamnya sarat (dan adakalanya sendat), ia boleh dikunyah kerana sesekali ada jenaka yang menjadi perencah (yang adakalanya juga hanya difahami oleh kaum laki-laki!).

Cerpen S.M. Zakir sebenarnya mengingatkan kita tentang nilai dan sejarah pada bangsa Melayu dan bahasa Melayu yang sering disepak terajangkan atas nama kebebasan dan persamaan hak (yang tempang sebenarnya) oleh kaum modenis, liberalis dan pluralis - yang beberapa kali ditempelek dalam karyanya sebagai golongan yang berjiwa kecil sebenarnya.

Tidak keterlaluan untuk meletakkan S.M. Zakir sebagai cerpenis terbaik dekad 1990-an sehingga sekarang, sekaligus menjadi bacaan wajib untuk manusia Melayu dan Malaysia untuk menelaahnya.
Profile Image for Arif Zulkifli.
Author 27 books183 followers
May 2, 2018
Please lah jadikan cerpen Dewa Cinta sebagai novel.
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
March 4, 2013
Setiap kali dibawa menjengah ke daerah surreal, keterujaannya tetap sama seperti kali pertama. Kumpulan cerpen ini sering membuatkan aku mahu percaya akan sesuatu yang letaknya di luar garisan realiti bukan kerana aku bosan dengan rutin tetapi keunikannya itu sukar dinafi. Metaforanya bersahaja walau ada yang tak mampu aku tafsir namun nikmatnya tetap terasa.

Ketika membaca cerpen Panggil Namaku Izrail, aku benar-benar berada di dalam perut komuter menuju destinasi yang lebih jauh daripada selalu. Sungguh aku terserap ke dalam cerpen itu dan hanya direntap kembali ke dunia nyata apabila diarah oleh petugas KTM yang mulanya ku sangkakan Izrail, untuk menukar tren atas sebab kerosakan teknikal. Setelah tempo nafas teratur semula, baru aku sedar kemeja di tubuh lembap dek peluh dingin.

p/s: Terima kasih Tuan Nazmi Yaakub kerana menyarankan buku ini yang ternyata menepati selera.
Profile Image for Haizir Othman.
Author 5 books14 followers
March 4, 2013
Aku mula-mula kenal SM Zakir melalui antologi cerpen Merengkuh Langit. Aku rasa Merengkuh Langit superb. Selain cerita-cerita dia yang best, banyak perkataan-perkataan baru yang best jugak aku jumpa dalam tu: berpilin, noumena, entah apa lagi. Belakang siap ada glosari nak menerangkan makna perkataan-perkataan tu semua. Sejak dari situ, aku kalau boleh baca semua karya SM Zakir, kreatif dan non-kreatif. Memang tak mengecewakan. Tapi sejak Ahli Politik, aku tak tau kalau aku je rasa, tak berapa best. Puas jugak nak menghabiskan.

Bidadari Burung pun alamak, kureng sikit la. Cerpen pertama dan kedua aku rasa macam bukan ditulis oleh SM Zakir. Mungkin aku dah letak expectation yang telalu tinggi sebelum baca buku tu. Tapi, cerpen-cerpen lain tetap mantap. Walaupun aku harap keghairahan masa baca Merengkuh Langit dulu dapat aku rasai masa baca Bidadari Burung.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
July 8, 2013
Hanya beberapa cerpen yang menarik bagi saya. Salah satu adalah bidadari burung yang mempersoalkan ketidaksempurnaan liberal. Walaupun saya kurang meminati gaya bahasa beliau namun cerpen beliau mempunyai makna yang mendalam.
Profile Image for Faiz • فائز.
359 reviews3 followers
February 25, 2025
Bidadari Burung ialah kumpulan cerpen yang ditulis oleh S.M. Zakir, nama yang tidak lagi asing dalam ranah kesusasteraan Malaysia. Beliau juga merupakan penerima Anugerah Penulisan S.E.A 2011 yang ke-33. Jujurnya, ini merupakan kali pertama saya mendengar nama beliau, sekali gus memberi pengertian buku ini ialah karya pertama beliau yang saya baca.

Kagum. Teruja. Terkejut. Tidak sangka buku yang saya beli secara longgok di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dengan harga RM10 untuk lima buah, rupa-rupanya karya yang begitu baik sekali. Cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam buku ini sangat berbeza dengan cerpen-cerpen terbitan ITBM dan PENA yang lain. Saya sendiri memiliki puluhan buku-buku ITBM dan PENA, yang sering saya beli tiap kali mengunjungi mana-mana pesta buku atau jualan gedung. Maka, telah banyak juga buku-buku terbitan kedua-dua syarikat atau persatuan ini yang berada dalam milikan peribadi dan telah dibaca. Namun, karya S.M. Zakir kali ini begitu berbeza; bukan karya picisan yang dijadikan longgokan.

Tema-tema yang diangkat dalam kesemua cerpen ini begitu jelas dan kukuh. Alur penceritaan untuk memungkinkan tema yang diangkat mampu difahami oleh pembaca juga begitu indah sekali —tersusun kemas. Dalam beberapa cerpen, beliau dengan agak keras menempelak golongan-golongan yang mengalami kerancuan minda semisal modernis, liberalis, ateis dan seumpamanya. Selain itu, pada bahagian prakata, penulis ada menjelaskan bahawa beliau berusaha membawa cerita yang mewakili penulis Melayu. Awalnya, saya agak skeptikal kerana beberapa cerpen awal tidak berupaya menggambarkan hasrat beliau. Namun, helaian demi helaian yang diselak berjaya mempersembahkan identiti Melayu itu. Syabas.

Dua cerpen yang paling saya gemar pula dalam buku ini ialah Malam Bertangkup di Aidilfitri dan Panggil Namaku Izrail. Sudah agak lama tidak membaca cerpen-cerpen yang baik begini. Sukar digambarkan keterujaannya. InsyaAllah, saya berhajat untuk memiliki karya-karya S.M. Zakir yang lain. Carian saya, Kawah Buku banyak juga menjual karya beliau. Bakal saya dapatkan!
Profile Image for Kern.
41 reviews5 followers
October 26, 2019
Pertama kali membaca tulisan S.M Zakir. Himpunan cerpen ini adalah untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Setiap penerangan dalam cerpen beliau begitu jelas menggambarkan kehidupan orang Melayu seperti cerpen Malam Bertangkup di Aidilfitri. Seterusnya, dapat dirasakan meremang bulu roma tatkala membaca cerpen Dang Sari Padi Menguning. Cerpen Dewa Cinta terasa sayu dan menyesakkan. Dalam cerpen Panggil Namaku Izrail boleh dirasakan sesaknya kehidupan yang menghimpit hingga membayangkan kematian seterusnya membuatku turut berfikir bahawa sakitnya mati lebih daripada sakitnya ujian di dunia ini. Seterusnya cerpen yang yang terakhir Bidadari Burung seolah meramal kehidupan hari ini ketika fahaman liberal semakin menular di kalangan masyarakat. Membaca cerpen tulisan saudara S. M Zakir perlukan tumpuan kerana kita mungkin tersesat di pertengahan andai ralit dan perlu mengulang semula.
17 reviews
April 12, 2020
Aku nak bagi 4 bintang sbb cerita yg di tgh² semua dah cukup menarik. Cuma cerita first (pengenalan pembaca dgn penulis, sbb aku first timer) sgt membosankan dan cerita yang paling akhir, (paling memberi impak sebelum kita menutup kulit buku) juga membosankan dan tidak begitu difahami. Tapi cerita² yg lain semua best. Kalau aku stop di cerita 2 atau 3 terakhir mungkin 4 atau 5 bintang sudah aku kasi.
Profile Image for  Mr Chu.
6 reviews1 follower
April 15, 2020
Di antara cerpen2 yang ada di dalam "Bidadari Burung", saya mengharapkan plot "Cinta Si Pemain Pedang" dapat diterjemahkan dengan lebih panjang lagi melalui bentuk novel kerana nilai moral dan elemen magis karya tersebut.

"Cinta itu lebih tajam daripada seluruh mata pedang. Cinta adalah kebenaran dan keadilan. Dan cinta adalah hubungan dan pengertian kepada Tuhan."
-Cinta Si Pemain Pedang, February 2001

-Mr Chu
Profile Image for Ismim Putera.
116 reviews5 followers
September 2, 2021
3 stars. I enjoyed "Molluscs". The stories in this collection are mostly speculative fiction in the form of streams of consciousness. The stories have no typical story or character arc. The recurring themes include love, loneliness & livelihoods. I was expecting a wider range of themes. Lastly, I like the cover of this book.
Profile Image for Aliff Basri.
17 reviews14 followers
December 23, 2017
Bidadari Burung adalah cerpen terakhir bagi kumpulan cerpen ini. Tajuk cerpennya indah, tapi, ia sebenarnya sarat dengan ancaman masa depan masyarakat seandainya kontang ma'na diri.

Bacalah.
Profile Image for Shaharuddin.
462 reviews9 followers
June 22, 2019
Koleksi cerpen kedua untuk tahun ni. Mengharapkan sesuatu yang lebih liar sebenarnya
Profile Image for Nurul Lina  Mohd Nor.
Author 2 books1 follower
February 2, 2014
Ada perantaraan pengalaman bila membaca novel ini dari halaman ke halaman. Antara senang dan hilang rasa hormat. Saya suka bila sesuatu tulisan itu mampu memberi atau meraikan ilmu buat pembacanya. Bidadari Burung memberi manafaat tertentu melalui berapa naskah di dalamnya. Saya terasa seronok melihat nota sejarah juga kisah mitos dicampurgaul menjadi diegesis yang berperspektif. Saya gembira melihat kisah bidadari bersayap emas, yang kita familiar akan isinya, bersusun dan berselisih dengan kewarasan manusia. Saya juga gelihati bila terselit usikan kecil penulis akan fenomena 'bijak' oleh sesetengah penulis dengan meng'copy' alir pemikiran penulis lain ke dalam karya mereka. Tetapi rasa senang dan berbaloi- baloi ini gugur apabila SM Zakir menggelar orang 'tolol'. Saya berasa Moluska dimulakan dengan biadap. Bukan hak kita untuk menghakimi nama dan sejarah itu bisa menentukan nilai seseorang manusia itu. Moluska juga telah membuatkan saya meletakkan novel ini di separuh jalan. Sebelum saya menyambung semula dan menghabiskan bacaan hari ini. Bidadari Burung adalah pengalaman pertama saya dengan SM Zakir, dan saya belum serik...
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books52 followers
November 5, 2014
Kumpulan cerpen yang menyuntik falsafah kehidupan dalam era moden berkesinambungan daripada falsafah-falsafah dunia sejak dahulu sehingga kini.
Profile Image for 'Atiqah Mahmud.
7 reviews59 followers
December 8, 2013
Kata Hasya, "jika kita dapat membawa dan mengabadikannya di tingkat yang tertinggi. Cinta. Kita akan dapat merasakan Tuhan itu dekat. Amat dekat dan amat berkuasa."
Displaying 1 - 18 of 18 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.