BOLA ialah kumpulan 19 cerpen Fixi yang diilhamkan oleh permainan yang adiktif ini. Ada hantaran lambung yang cantik, ada larian solo yang menggamit memori, dan sudah pasti ada bentesan keras yang layak dilayangkan kad merah. Buku ini dicetak hanya sekali pada Oktober 2012 dan 1,500 keping dihasilkan. Ia tidak akan dijual di kedai-kedai buku tapi hanya online di fixi.com.my dan di events seperti di pesta buku. Kalau/bila buku ni habis dijual, kami harap ia akan masuk pasaran gelap.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 19 short stories by writers associated with the Malaysian publishing label Fixi, all inspired by the world's most popular spectator sport, football. And the crowd goes wild!
______ Line-Up :
10 LANGKAH – Adib Zaini RODONG – Hasrul Rizwan LIGA MANDREM – Dayang Noor DIARI – Raja Faisal SESAAT KE GAWANG – Faizal Sulaiman BOLA API – Arif Zulkifli SATU SAMA – Asyraf Bakti MENJADI TUHAN – Fikri Misti BURGER BOLA SPECIAL – Hani Amira Suraya RUSDI, PEMAIN SIMPANAN SK PARIT KERING – Mim Jamil KEYCHAIN BOLA BERBAJU PINK – Zulaikha Sizarafalina Ali AKU BOOKIE BOLASEPAK – Nama Nami JERSI BOLA 7 – Shafaza Zara Syed Yusof OLEH BIR DAN BOLA – Mohd Azmen MISI BOLA GILA - Julie Anne BUKAN SEBAB BOLA – Nadia Khan AKU YANG KEGERSANGAN – Syaihan Syafiq SEPAK BOLA – Ridhwan Saidi BAHLUL vs BEAUTIFUL – Shaz Johar
Editor : Iqbal Abu Bakar Kulit : teckchee.blogspot.com
1) 10 Langkah – Adib Zaini – Like! Hamba suka kisah Ash, seorang kanak-kanak perempuan yang minat DAN tahu bermain bola sepak tetapi seiring kedewasaan, dia tahu, kita semua pun tahu, tiada istilah masa depan atau kejayaan sebagai pemain bola sepak wanita di Malaysia ini. Hakikat yang membuat hamba tidak merasa bersalah kerana cuma tahu menjadi penonton. Hehe.
2) Rodong – Hasrul Ridwan – Super Like! Kisah sebiji bola dari satu sisi lain selain permainan bola sepak iaitu sebagai satu objek ‘penyelamat’ bagi tiga sekawan; Dolha, Megat dan Sanusi yang berenang kembali ke tanah air berpelampungkan bola. Sungguh, cerpen ini buat hamba sayang Malaysia lebih. :-))
3) Liga Mandrem – Dayang Noor – Like! 100% dari mula, suku, pertengahan dan penghabisan, semuanya tentang mandrem bola sepak. Dari sudut realitinya hamba merasakan cerpen ini paling tiada logika tetapi mungkin kerana itu hamba tak boleh berhenti ketawa dari huruf pertama sehinggalah noktah terakhir cerpen ini.
4) Diari – Raja Faisal – Like! Bukan semata-mata tentang perebutan Piala Angkatan Tentera walaupun sedikit khusus kepada kisah Sulaiman yang mahu membuktikan tentera dari Divisyen Sains bukan lembik tetapi ini juga kisah Projek Kosair yang (mungkin) boleh membantu negara menghadapi musuh. Ah, tak cukup! Hamba ingin tahu lebih tentang kesudahan kisah ini.
5) Sesaat Ke Gawang – Faizal Sulaiman – So-so! Permulaan yang neutral (hampir kepada bosan) tetapi penamat yang licik + menarik + mengejutkan. Wondering apa terjadi dengan Khusyairi?
6) Bola Api – Arif Zulkifli – Super Like! Perkataan pertama yang hamba kata sesudah menamatkan bacaan cerpen ini; wow! Kisah permainan bola di atas lantai api yang hamba fikir agak mengesankan untuk mengatakan tidak pada penjajahan.
7) Satu Sama – Asyraf Bakti – Super like! Kisah sabotaj seorang menteri sempena lawatan si menteri ke sebuah kampung; tergolek di sawah padi lalu diberi pula hadiah ‘istimewa’ oleh musuh lamanya sewaktu perlawanan bola sepak. Gelak tak ingat!
8) Menjadi Tuhan – Fikri Misti – So-so! Maaf, hamba agak lari konsentrasi ketika membaca cerpen ini kerana sedikit mendatar dan... bosan?
9) Burger Bola Special – Hani Amira Suraya – Super like! 100% sweet bagaimana Benjo propose Dayana (^-^) selepas menonton final bola sepak Sukan Sea 2011; Malaysia vs Indonesia. Cerpen ini menyegarkan ingatan hamba tentang malam paling riuh-rendah yang mungkin boleh membuat hamba didiagnos ada lemah jantung tu. Hehe.
10) Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit Kering – Mimi Jamil – Like! Kisah nasib si pemain simpanan (lebih kepada budak suruhan sebenarnya) pasukan bola sepak SK Parit Kering yang akhirnya memulakan bibit cinta monyet dengan Siti Normah, seorang pelajar bertugas PBSM.
11) Keychain Bola Berbaju Pink – Zulaikha Sizarifalina Ali – Like! Hamba tak mahu cakap tentang permulaan tetapi endingnya buat hamba gelak tak berhenti untuk sepuluh saat.
12) Aku Bookie Bolasepak – Nama Nami – Super Like! Informative dan sekarang hamba tahu bagaimana bookie bola sepak menjalankan tugas tak mulia mereka.
13) Jersi Bola 7 – Shafaza Zara Syed Yusof – So-so! Entahlah, tak berapa nak tertarik dengan cerita ni.
14) Oleh Bir Dan Bola – Mohd Azmen – So-so! Cerita yang menarik tetapi hamba tak boleh nak berkenan.
15) Misi Bola Gila – Julie Anne – So-so! Kisah Mai (sebenarnya Jamal) dan rakan-rakannya yang menyertai pertandingan futsal demi membantu rakan mereka yang mengalami komplikasi akibat pembedahan silikon dada. Sangat menarik cerita ni tetapi hamba terganggu saja dengan bahan ceritanya. Hamba sangat tipikal kadang-kadang.
16) Bukan Sebab Bola – Nadia Khan – Like! Tak tahu hendak kata apa tetapi hamba suka cerpen ini. Buat hamba tertanya-tanya sampai ke sudah.
17) Aku Yang Kegersangan – Syaihan Syafiq – So-so! Hamba tak suka bukan kerana ada unsur ‘memperdaya’ dalam cerpen ini tetapi kerana penggunaan perkataan dan ayat-ayat ‘celuparnya’. Menganggu tahap serius pada hamba.
18) Sepak Bola – Ridhwan Saidi – Like! Kisah Prof. Mokhtar yang sesuka hati menukar orang menjadi bola dengan mesin anehnya. Menarik dan agak ngeri.
19) Bahlul vs. Beautiful – Shaz Johar – So-so! Permulaan dan twist cerita yang menarik tetapi satu ‘perkataan’ itu memusnahkan semuanya.
‘Bagus atau tidak, perlu jadi koleksi’ – Itulah kesimpulan hamba tentang buku ini. Beberapa perkara dari cerpen di dalamnya, secara peribadi, menganggu-gugat keselesaan hamba tetapi masih hamba merasakan berbaloi memiliki buku ini. Pertamanya kerana hamba seorang peminat bola sepak - tempatan saja tau kerana hamba belum cukup ‘tabah’ untuk bangun jam 2 atau 3 pagi semata-mata mahu menonton MU, ManCity, Arsenal dan sewaktu dengan itu semua. Ya, menonton liga tempatan lebih menepati pola tidur (alias kewarasan) hamba dan hamba suka The Red Warriors ;-P. Keduanya kerana buku ini datang bersama goodie bag hijau dari Fixi :-)).
Memandangkan hamba punya lagi 5 buah buku Fixi yang belum dibaca, hamba merasakan hamba perlu bersiap-sedia untuk membuat tapisan sendirian berhad berhubung babak dan perkataan-perkataan ‘celupar’ yang nampaknya sinonim dengan buku-buku mereka.
p.s Hamba suka cover buku ini – simple – warna hijau yang lawa.
Sekadar cerpen kebanyakan yang cuma ada menyebut tentang 'bola'. Pada mulanya persepsi aku sarat dengan jargon-jargon bola, aksi yang bikin adrenalin kelajuan atau taktikal atas padang yang menerujakan. Dan hampir semuanya berkisar di luar stadium. Selaku homosapien yang menghabiskah separuh hari dengan mengambil tahu tentang bola sepak, pasti meletak harapan yang tinggi dan nyata mengecewakan.
Namun ia berjaya diambil sebagai antologi yang menghiburkan dengan line-up penulis FIXI yang bukan calang-calang. Ada kelucuan di dalamnya, ada juga cerita lemau yang tak sepatutnya wujud dalam kumpulan cerpen ini.
10 Langkah - Adib Zaini Kenangan kisah silam masa kecil terimbas semula oleh dua orang sahabat. Ceritanya manis, mudah hadam dan terkadang membuat kau akan fikir, masih sempatkah kau untuk hidup melihat anak kau membesar?
Rodong - Hasrul Rizwan Saudara Hasrul Rizwan mengambil sisi perspektif dan naratif yang tidak tersangkakan. Objek sfera bernama bola sepak bukan digunakan sebagai alat permainan, sebaliknya pelampung yang bakal menentukan hidup-mati seorang pelarian yang ingin kembali ke negara asalnya. Satu cerpen yang kukira digarap dengan kemas.
Liga Mandrem - Dayang Noor Kelakar. Walaupun pada hemat aku agak klise sebenarnya mengaitkan bola sepak dengan bomoh-membomoh (kerana sudah banyak benar cerita dan berita yang berkait) namun jenaka yang diselitkan dalam bait-bait dialog yang dilontarkan kadang-kadang membuat kau berfikir tentang ketelusan hidup kau sebagai seorang manusia di bumi ini.
Diari - Raja Faisal Penulis yang tidak terlepas daripada menulis kisah-kisah fiksyen sains yang memerlukan daya imaginasi yang agak tinggi. Bayangkan darurat di masa akan datang, bayangkan kancah janaan tenaga baru, bayangkan ayah yang terpisah daripada anaknya yang membesar tanpa mengenal benar ayahnya sendiri. Agak meruntun jiwa, dan aku kira kalau dikembangkan menjadi sebuah novella pun amat bagus sebenarnya.
Sesaat Ke Gawang - Faizal Sulaiman Tajuknya agak misleading. Aku sendiri sampai ke sudah tidak faham kenapa tajuknya begitu. Maaf kalau aku tulis spoiler, tetapi ini kisah seorang fidofilia yang laparkan daging muda. Naratifnya agak mengelirukan kerana awalan ceritanya memungkinkan pembaca fikir ke arah lain. Entahlah. Maaf, Faizal tapi pada hemat aku cerpen kali ini tidak seinzal cerpenmu dalam KOPI.
Bola Api - Arif Zulkifli Satu lagi cerpen yang menjengah ke genre fiksyen sains, membayangkan bagaimana kalau negara yang kita anggap aman damai ini dijajah (mohon dijauhkan!) semula dan bola sepak merupakan permainan hiburan bagi kelas yang menindas. Aku cuma agak kecewa dengan bagaimana ia disudahkan. "Eh, macam tu je habis?"
Mohon penulisnya pertimbangkan usulanku untuk kembangkan cerpen ini untuk setidak-tidaknya menjadi satu novella yang kukira bakal menggiurkan.
Satu Sama - Asyraf Bakti Salah satu daripada tiga cerpen yang bagi aku kurang menyengat. Entahlah. Kisah tentang perancangan sekumpulan orang kampung untuk payback terhadap seorang kenamaan yang mahu menziarah terasa seperti tidak cukup 'ummph'. Walaubagaimana pun, ceritanya bagus. Naratif dan dialognya membuat aku senyum dan ketawa sendirian ketika sedang membacanya.
Menjadi Tuhan - Fikri Misti Spoiler: ini kisah Maradona, jagoan bola sepak yang dikagumi seantero dunia. Itu sahaja. Yang anehnya kenapa di awalan cerita ketika watak utama digambarkan masih kanak-kanak, dia berbicara dalam loghat utara? Kesengajaan yang menerujakan kerana secara tidak langsung aku belajar fakta bola sepak lewat pembacaan cerpen yang digarap dengan baik ini.
Burger Bola Special - Hani Amira Suraya Comel yang klise. Kisah 'boy likes girl, boy wants to propose to girl, girl delay the response' ala novel chic-lit.
Rusdi, Pemain Simpanan SK Parit Kering - Mim Jamil Aku gambarkan watak Adam Sandler versi kanak-kanak persis dalam filem The Waterboy bila membaca cerpen ini. Rusdi budak bawah umur yang menaruh hati terhadap Siti Normah, si PBSM yang memakai bra merah jambu. Agak keterlaluan sebenarnya bila aku bayangkan, wujudkah perasaan sebegitu kuat dari seorang budak lelaki bawah umur yang baru beberapa tahun berkhatan? Seingat aku ketika aku seusia Rusdi, aku tiada masa untuk fikir itu semua melainkan main teng-teng dan tuju kasut bersama rakan-rakan seusia. Eh.
Keychain Bola Berbaju Pink - Zulaikha Sizarifalina Ali Moral ceritanya, jangan ambil kutip barang yang ditemui (melainkan wang atau telefon bimbit. Eh!) kerana khuatir hidupmu akan jadi kucar-kacir seperti apa yang berlaku ke atas Zam. Dia diintai dua lelaki kacak yang sepertinya berselera untuk mendekati Zam. Kelakar, cuma aku kira plotnya bergerak terlalu laju sehingga ada beberapa perincian seperti kurang dijelaskan. Kalau ditulis semula dan dikembangkan, pastinya akan tambah kemas dan lucu.
Aku Bookie Bolasepak - Nama Nami Pembaca ikut tumpang mengikuti kisah seorang bookie. Tiada apa yang menarik, melainkan ia sarat dengan 'ulasan' perlawan bola yang pada hemat aku agak membosankan.
Jersi Bola 7 - Shafaza Zara Syed Yusof Kehebatan Lord Zara dalam menyusun dan mempersembahkan jalan cerita bukan linear memang tidak dapat disangkal lagi. Aku asyik terbayangkan wajah kacak Remy Ishak apabila watak Dzail muncul. Eh. Suatu peringatan untuk saudari Zara, bau kondom strawberi tidak sekuat mana, ya? Melainkan kalau kau lumur-lumurkannya ke wajahmu. Eh.
Oleh Bir Dan Bola - Mohd Azmen Antara cerpen kegemaranku. Retorik jukstaposisi pengharapan watak utama dengan realiti sebenar dirinya ternyata suatu tempelakan buat mereka di luar sana yang mahu sihat/sasa tanpa berusaha.
Misi Bola Gila - Julie Anne Satu lagi cerpen kegemaranku. Terbayang Gol & Gincu versi 'akak-akak'. Namun jujurnya penyudahnya buat aku pekup mulut tahan sebak hampir menangis. #iniserius
Bukan Sebab Bola - Nadia Khan Pembaca sekali lagi disajikan dengan terma-terma medikal yang mengujakan. Siapa yang minat Manchester United (ada kenalanku bilang hanya gay yang minat MU sebab sebutannya mirip 'men's chest jer..' #garukepala) pasti akan terasa sipi-sipi. Eh.
Aku Yang Kegersangan - Syaihan Syafiq Eh. Cerpen sendiri. Perlu diulaskah? *senyum malu-malu sambil pintal rantai leher dengan loket teddy bear*
Sepak Bola - Ridhwan Saidi Cerpen daripada penulis FIXI kegemaranku ini sekali lagi mengungguli carta senarai sebagai cerpen yang paling aku gemari. Ya, cakaplah aku biased atau apapun, Ridhwan Saidi bagi aku merupakan seorang penulis yang amat-amat berbakat kerana dia mampu hasilkan tulisan yang bikin kau sebut "What the eff?"
Bahlul vs Beautiful - Shaz Johar Si mangsa memakan pemangsa yang mencuba untuk memangsakan mangsa. Ha, cukup tersirat tak ulasan aku? Two thumbs up untuk cerpen kreatif ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Aku teruja gila nak beli buku ni sebab ada beberapa penulis yang memang buku pertama yang dorang tulis mampu aku bagi hampir 5 bintang. Tapi bila dah baca aku betul betul kecewa, apa yang aku harapkan aku tak dapat dari buku.
Walaupun aku salah seorang daripada penyumbang cerpen dalam ini, ada beberapa cerpen lain yang buat aku tergolek mengantuk masa membaca. Maaf. Tapi ada sesetengah cerpen yang buat aku senyum dan ketawa gembira. Ah, buat apa mahu kekal serius sentiasa?
Satu bintang untuk cuma satu cerpen saja yang aku suka. Lain-lain, lebih sesuai untuk cerpen buku berbentuk blook bukan buku limited edition seperti ini. Tapi aku rasa blook kat malaysia ni pun ada yang punya tulisan lagi bagus dari yang 'lain-lain' itu.
Sebagai seorang yang tak minat langsung dengan sukan bola, saya enjoy membaca cerita-cerita inspirasi sukan bola yang ada dalam koleksi ini. Walaupun ada cerita yang saya rasa tidak kena mengena langsung dengan bola, secara keseluruhannya saya rasa editor pandai menyusun cerita-cerita mengikut topik yang dipilih.
sebenarnya,aku dalam dilema sama ada nak bagi 2 bintang atau 3 bintang untuk antologi cerpen yang satu ni. jadi,sebagai menghargai usaha semua penulis, aku bagi 3 bintang.
secara keseluruhan, aku agak kecewa dengan penyampaian "bola" dalam semua cerpen. cinta seolah-olah mengambil tempat tema utama dalam cerpen. unsur "bola" itu aku kira sebagai unsur pelengkap yang berfungsi lebih kurang 1% dalam cerpen yang ada. keupayaan penulis untuk menarik minat dan menaikkan adrenalin pembaca mengenai bola sepak aku kira tidak berjaya even antara penulisnya merupakan orang yang mahir dalam selok-belok bola sepak. walaupun aku seorang poseur dalam bola sepak tapi aku harapkan dengan membaca BOLA, aku boleh fahami dengan lebih mengenainya atau sekurang-kurangnya merasakan ada keterujaan dalam permainan yang dinamakan bola sepak ini. hal ini menyebabkan aku rasakan perjalanan cerita sangat perlahan sehingga aku sempat take a nap kejap.
ok, tadi ulasan dari sudut semantik bola itu sendiri (makna yg dipersetujui majoriti jika disebut bola,anggapannya lebih kepada bola sepak).
jika dilihat, bola dari sudut tambahan maknanya, aku tepuk tangan buat beberapa penulis terutamanya beberapa penulis cerpen yang akhir (memang aku malas nak state nama penulis). cerita mengenai makna tambahan lebih menarik perhatian aku kerana keupayaan penulis menggarap jalan cerita. namun, ceritanya tidak begitu menginzalkan. mungkin disebabkan terhadnya jumlah perkataan.
p/s : maafkan saya atas komentar tak berilmu ini. :)
Ini adalah review biased. Haha. Okay, aku suka hampir semua yang dalam buku ni kecuali cerpen aku sendiri. Mengaku memang aku masih cetek dalam penulisan (sehingga mendapat hate-mail dari yang tidak berpuas hati mengenai cerpen aku yang bertajuk Misi Bola Gila) yang ditulis dalam kesibukan bergelut dengan urusan harian. Tapi yang penting pastinya usaha. So persetan dengan haters! :)
Cerpen kegemaran aku adalah cerpen Nama Nami - Aku Bookie Bolasepak yg memaparkan kehebatan Nami menyebut fakta-fakta tentang bolasepak (Nami ni macam ensiklopedia bolasepak berkaki pulak) dan cerpen kak Dayang Noor - liga Mandrem. Lucu dan tak habis habis aku ketawa dari mula sampai akhir
Cerpen yang aku paling suka ialah..... jeng! jeng! jeng! ---> OLEH BIR DAN BOLA. Yang ni sebenarnya ada beberapa twist di tempat-tempat yang langsung aku tak jangka. Lepas abis baca memang gelak sorang - gelakkan diri sendiri. Sindiran cerpen ni memang tajam sekali kepada orang-orang Malaysia yang berangan nak main bola walhal tak fit sebab dah lama sangat mengabaikan kesihatan sendiri. Kali pertama baca, memang terasa lah. Sama perasaan macam orang yang berangan nak kurus tapi malas pergi gym. Hahaha! Selamat membaca, uols!
To be frank, mine is the worst. hahahaha. But then it is my first work in BM .Nervous and it was like a race for me. Yup, I don't think I belong in this book actually. But I did make an effort. *wink to Zara, Shandye,Shaz,Ridhwan,Kak Dayang... Tq FIXI for the opportunity!
bercakap pasal bola, aku yakin 80% dari ra'ayat di Malaysia pasti suka sukan ni, yg tak suka pun at least tau siapa pemain tgh top masa ni. Siri cerpen kolektif ni sangat bagus utk aku baca sambil2 tunggu kutu ajak keluar
Bukan cerita bola semata-mata. Asalkan ada perkataan bola, tak beerti ini kisah tentang bola sepak. Umpama laut, ada pasang surutnya. Begitu juga koleksi cerpen di dalam buku ni, ada yang buat mata aku segar ada yang buat mata aku hampir terkatup.
Satu lagi buku edisi terhad dari Fixi. Hanya ada 1,500 cetakan sahaja. Semua cerpen bertemakan bola. Setiap cerpen ada twist yang tersendiri. Personal favorite aku 10 Langkah, Misi Bola Gila, Bukan Sebab Bola dan Sepak Bola.
Pertamanya -- Tidaklah adil untuk menyamakan 'Bola' dengan 'Kopi' biarpun konsepnya sama; sebuah buku bersaiz comel berisi kandungankan himpunan cerpen dibawah satu tema.
Hanya dengan bertemakan 'Bola', 19 penulis 'kick off' dengan jayanya menghidangkan pelbagai genre cerpen yang terus mengangkat imaginasi pembaca keluar dari sekadar formasi atau corak permainan sebuah pasukan bola sepak.
Bukan Sebab Bola dari Nadia Khan -- cerpen paling bersahaja namun lekat di kepala (mungkin kerana saya penyokong MU, jadi ya -- bias di situ, maaf).
Jersi Bola 7 tulisan Shafaza Zara Syed Yusof pula berjaya menyelitkan hakikat fitrah manusia (yang sangat dekat dengan apa yang dilalui sekarang) di dalam penceritaannya -- yang kadang dirasakan, kalau tak ada pun tak apa.
Sepak Bola dari Ridhwan Saidi? *senyum sendiri* Beliau sememangnya juara dalam liganya yang tersendiri. *tabik*
Walau hanya sekadar memetik beberapa tajuk & penulis, namun ribuan tahniah kepada pasukan penulis 'Bola' dibawah bimbingan Jurulatih Iqbal Abu Bakar :)
sebenarnya agak down bila habis baca bola ni (dah lama dah habis baca) sebab rasa tak puas. lain pula bila baca cerpen2 kopi, dapat rasa nikmat apa it kopi. pahit, manis, lemak. tapi bila baca bola, tak rasa adrenalin rush tu dekat dalam badan. tak rasa nak main bola pun bila lepas baca buku ni. *sigh*
ada cerpen yang (sedikit) bosan, ada yang hambar, yang best? ada la satu dua. tapi yang penting, cerpen diri sendiri adalah cerpen yang paling mentah kot, kalau nak dibandingkan dengan penulis2 lain yang lebih berpengalaman :3
anyway, just harap KLCC lebih mengancam dari bola *crossing fingers*
bagus bukunya, ketika saya pergi ke toko buku mau baca ini karangan dayang noor, tapi sayang tidak sesuai dengan yang diharapkan, seandainya buku bola ini mengulas tips how-to seperti bagaimana memprediksi sebuah pertandingan sepak bola, atau mungkin referensi situs-situs berita bola yang aktual seperti web bola, mungkin saja dilain waktu penulis akan melengkapi nara sumbernya dan akan kembali menerbitkan buku lain sequel dari buku Bola ini... yaitu BOLA jilid II mungkin?
Berpuas hati dengan cerpen yang terkandung di dalam buku ni. Terutamanya cerpen dari penulis-penulis yang menjadi perhatian. Cerpen yang paling memberi kesan emosi ialah cerpen Adib Zaini, 10 Langkah. Tahniah Buku Fixi kerana mempunyai penulis-penulis berbakat!
Terima kasih kepada editor buku yang kasi free pada saya. Hehehe... Buku yang saya dapat habiskan dalam masa sehari. Antara cerpen yang saya suka adalah Rodong (Hasrul Rizwan), Diari (Raja Faisal), Rusdi, Pemain Simpanan Sk Parit Kering (Mim Jamil) dan Sepak Bola (Ridhwan Saidi). :)
Tak larat nk review stp cerpen kat dlm buku ni. cuma aku berasa tacing sikit ms baca kisah Burger Bola Special. Bestnye kalo dpt bf mcm tu...tak kisah aku yg gila bola wpun aku ni seorg pompuan..uhuks. tp aku puas hati dgn buku ni sbb semua kisah bola. aku mmg kaki bola...gila bola. hahahahaha