What do you think?
Rate this book


1389 pages, Mass Market Paperback
First published September 1, 2012
"Ikut saya.”
“ Ke mana?”
“ Ikut saja!
Kami sampai depan motornya…wow! Kawasaki Ninja 650R Lime Green. Bertuahnya aku! Motor besar berkuasa enjin kuda rimau! Tetapi kejap! Dia terus melangkah ke motor sebelah. Aik..motor kapchai?! Warna pink ?! Katakan tidak pada pink!!!. Seorang lelaki macho naik motor kapchai berwarna pink?!!! Oh papa!!!!!!!!"
"Kerana Kelantan ramai alim ulama, banyak pondok. Ramai orang berkain pelekat dan berjubah serban. Azan saja ramai berduyun² masuk ke masjid, seperti suasana di Mekah. Lagipun, orang Melayu Cham tak berduit nak ke Mekah. Jadi hanya mampu merantau ke negeri lain di Malaysia. Kami dapat ke Kelantan pun sudah satu kesyukuran yang besar. Ibaratnya bagi kami, sampai ke sana seperti menjejakkan kaki ke Mekah. Dengan tempoh masa dan jarak... wang yang harus dikumpulkan, seperti orang Malaysia yang hendak menunaikan haji di Mekah. Hajat hati semua mak bapak di sini... anak tak dapat belajar di Mekah, dapat menuntut ilmu pondok di Kelantan pun sudah cukup besar nikmat kepada mereka "
"Binti.. beginilah hidup disini. Sebiji padi, sebutir beras sangat berharga. Susah payah ditanam dan dituai. Berapa banyak peluh, airmata dan darah yang tumpah. Bagi kami yang tak berduit, nasi yang tumpah pun kami kutip dan makan semula. Nama nak membazir dan membuang takkan sama sekali. Selagi boleh dimakan, kami akan makan."
"Kena ubah peribahasa, nasi sudah menjadi bubur bukan bermakna sudah terlambat. Selagi ada daya dan akal, kita masih tetap boleh merubah takdir kita dengan cara lain pula.. seperti bubur tadi. Kalau sudah jadi bubur jangan marah, bersedih atau meratap. Kita usahakan ia menjadi benda yang lain pula."

“Tapi manusia tidak melihat setiap kejadian malang atau keburukan itu ada keindahannya, ada hikmahnya...” [page 211]