Jump to ratings and reviews
Rate this book

Coke & Sundae #2

Coke & Sundae II

Rate this book
Siapa kata orang dah mendirikan rumah tangga, tiada ujian macam orang yang sedang bertunang? Orang yang dah berumah tangga ini lebih besar ujiannya, tau. Azyan sekarang sudah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa buat suami tercinta dan anak tersayang.

Kalau dulu gaduh-gaduh manja, kali ini naik segala periuk belanga. Itulah yang terjadi kepada Syakir dan Azyan apabila mereka diuji dengan kehadiran doktor jelita ala Kareena Kapoor - Katrina Kaif.

Katrina ni pula memang sengaja menjolok sarang tebuan. Tak kisan menjadi bini nombor dua kepada Syakir. 'Masak' Azyan dibuatnya. Entah di mana silapnya, Syakir berubah hati secara tiba-tiba. Azyan penasaran. Lelaki kemain ramai dalam dunia tapi Si Syakir juga yang jadi pilihan anak Pak Kaif tu.

Pening Azyan kali ni. Bukan apa... Katrina guna khidmat bomoh. Mana aci, kan? Masalah... masalah!

618 pages

First published January 1, 2012

9 people are currently reading
193 people want to read

About the author

Ilya Abdullah

45 books46 followers
Nama lain Qurratu'ain
atau Illya Abdullah (Buku Prima/Alaf21)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (42%)
4 stars
36 (30%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
13 (10%)
1 star
3 (2%)
Displaying 1 - 9 of 9 reviews
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
February 27, 2013
Coke & Sundae 2

Cerita ini adalah sambungan daripada novel Coke & Sundae yang Cik Pah tak baca pun lagi. So lepas baca versi rumah tangga ni harus cari kisah awal percintaan Syakir dan Azyan.

Kehadiran Katrina yang cantik ala2 pelakon Kareena Kapoor telah menggugat rumah tangga mereka kerana dengan beraninya Katrina cuba menggoda Syakir dan bersemuka dengan Azyan meminta kebenaran untuk bermadu . Dengan cara kononnya baik tak dapat, cara halus pula Katrina cuba dengan menggunakan khidmat bomoh kerana terang-terang dia masih bertepuk sebelah tangan.

Rakan-rakan hospital Syakir telah memberi nasihat supaya Syakir berhati-hati dengan Katrina. Walau bagaimanapun Syakir tidak percaya tentang sihir sehinggalah berlaku satu tragedi apabila rakan sehospitalnya yang ingin berjumpa dengannya telah dilanggar mati dan meninggalkan sepucuk surat.

Demi menjaga rumahtangganya bersama Azyan, Syakir telah menjadi pengarah dan pelakon kepada cerita kecurangannya kepada isteri tercinta dengan sanggup bersetuju berkahwin dengan Katrina. Azyan bermati2an cuba mempertahankan rumah tangganya sehingga dia keguguran akibat ditolak Katrina. Walau bagaimanapun Syakir telah menuduh Azyan sengaja membiarkan kandungannya gugur dan apa-apa sahaja berkaitan Katrina dia cuba pertahankan.

Bukan setakat Azyan, mak bapa dan mertuanya dan rakan sehospitalnya saja rasa tertipu, Cik Pah yang baca pun rasa tertipu dan rasa nak watchaa je Syakir ni sebab ingatkan Syakir dah betul-betul kena minyak pengasih Katrina. Tapi masa abang Azyan merangkap kawab baik Syakir boleh saja cool, Cik Pah dah agak mesti ada something yang Syakir rancang.

Cerita ini bukan setakat cerita cinta Syakir dan Azyan tetapi turut menerapkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Azyan bertuah kerana sepanjang tempoh dia berduka, ada orang sekelilingnya yang sentiasa memberi sokongan terutama mertuanya dan anak mereka Ameerul yang petah dan bakal hensem macam suaminya hehe. Keletah dan apa yang difikirkan Ameerul telah disampaikan dengan baik oleh pengarang Ilya Abdullah. Cik Pah berharap akan ada sambungan lagi Coke dan Sundae versi Ameerul yang dah macho dan hensem.

So apa jadi kepada rumahtangga Syakir dan Azyan? Majlis perkahwinan Syakir Katrina hampir tiba dan disaat akad nikah berlangsung, semua rahsia terbongkar dan Cik Pah dah boleh tarik nafas lega. Tapikan... mudah pula Azyan maafkan Syakir lepas Syakir dah sakitkan hati dia, Katrina lempang-lempang dia depan Syakir, gugurnya kandungan dia yang dah 7 bulan?

Profile Image for Sha Mohamed.
2,518 reviews1 follower
May 3, 2019
Yeah!! Berjaya juga membaca sambungan novel Coke & Sundae ini..
Kali ini memang suspen gilalah.. dengan Kemunculan Katrina yang tak faham bahasa dan mengganggu hubungan Syakir dan Azyan.. Tapi kenapa Ayah dan abang azyan asyik cakap Percakan syakir.. Sedangkan syakir sibuk main kayu tiga dengan Katrina sampai nak berkahwin.. Memang makan hatilah Azyan.. Geram pula baca novel ini..
Tu belum lagi kemunculan watak-watak sampingan yang menyibuk je kerjanya.. dengan kematian kawan sekerja Syakir lagi.. Adoi.. Mendebarkan pula kisah cinta Azyan dan Syakir kali ini...
Profile Image for Mslvoe.
2,008 reviews192 followers
October 22, 2012
Sambungan dari Coke and Sundae. Mengisahkan kehidupan Syakir dan Azyan selepas berkahwin dan mempunyai anak yang cukup petah bercakap, Ameerul.
Photobucket

Kehidupan bahagia mereka tergugat dengan kehadiran Katrina Kaif ala² muka Kareena Kaapor. Nak tahu bagaimana Azyan mengatasinya, sila lah baca buku ini.
Photobucket

Sebahagiaan cerita ini ada yang buat anda geram, sakit hati, rasa nak lempang, gembira, sedih sehingga menitis airmata apabila bencana menimpa abang Azyan, Anuar. Sedih bila tengok Azyan ditimpa masalah bertubi². Ya, saya selami cerita ini dan bayangkan saya berada di tempat Azyan.
Photobucket

Babak lucu tidak ketinggalan. Ameerul memang cute. Terhibur dengan buku ini. Kalau ada cerita mengenai Ameerul, saya akan beli.
Photobucket
Profile Image for Eisya.
185 reviews4 followers
June 10, 2022
Sambungan Coke dan sundae, kisah selepas kahwin lebih menarik daripada kisah semasa zaman perkenalan… di hampir2 penghujung cerita sedih sangat dengan nasib Azyan, setelah berusaha memikat semula hati syakir namun tidak menampakkan hasil. Azyan memilih membawa hati yang lara jauh dari syakir dan keluarga… ada part kelakar juga dengan gelagat abang abang Azyan yang sangat melindungi satu satunya adik perempuan mereka…

Geram juga dengan katrina ni…sampai sanggup jumpa bomoh untuk dapatkan syakir. setelah dicuba bermacam macam cara tetapi syakir tetap tidak pandang kat. Akhirnya bomoh juga menjadi pilihan…walaupun telah ditegur oleh Aria, kat tetap dengan pendiriannya dan Leena menyokong perbuatan kat dan sanggup membantu kat dengan membawa kat berjumpa bomoh yg dia sendiri guna untuk memikat hati Taufik..Musliha teman sekerja kat juga pernah memberi nasihat tetapi tidak diendahkan.. malahan musliha pula menjadi mangsa kat..
Kesian juga dengan katrina yang tak sempat berubah dan terlalu obses dengan syakir sampai sanggup membunuh apa sahaja yang menjadi penghalang untuk bersama syakir… namun apakan daya syakir seorang yang setia.

Ameerul pun comel dengan gelagat petah bercakap dan selalu backup ibunya..

Cerita yang sarat dengan suka dan duka…
Profile Image for Rinn Ramli.
158 reviews40 followers
April 12, 2013
Coke & Sundae II
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM22.00
Sabah/Sarawak RM25.00
618 muka surat

"Jika takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai." ~Syakir
"Tapi kalau Ribut Katrina melanda rumah kita macam mana pulak?" ~Azyan


Keseluruhannya nada cerita ini adalah komedi, tapi disulam thriller bila disambung dengan komedi semula kesan thriller kurang mendalam. Rasanya mungkin elemen komedi itu yang lebih kuat dalam gaya penceritaan Ilya Abdullah. Walau bagaimanapun penulis ada talent utk mengadun cerita thriller. Mungkin dapat menambah bilangan penulis thriller wanita di Malaysia?

Banyak nyawa yang terkorban dalam pembikinan novel ini. Kira kejutan juga buat aku kerana memang tak expect langsung ada kematian demi kematian. Mungkin masa menulis novel ni penulis dlm mood 'membunuh'. ;) Yang pasti, kematian yg paling mengejutkan adalah bomoh Esah tu yang kena heart attack selepas terserempak dengan menantunya yg iras2 hantu berbedak sejuk.

Aku tak tau macam mana otak dalam kepala Syakir berfungsi. Dia sanggup mengambil risiko yang amat besar demi memberi pengajaran kepada seseorang yang tiada pertalian darah dengannya. Berbaloikah dengan segala apa yg berlaku demi suatu pengajaran yang hanya menjadikan orang itu lebih gila. Tapi Syakir tu memang gila.

Kadang2 rasa mmg patut pun Syakir buat macam tu kat Azyan yang selalu main kasar dgn suaminya. Apa2pun, walaupun ada air mata yang menitis, penulis cepat menutupnya dengan scene yang mengundang ketawa. Penah tengok orang menangis kemudian ketawa? Ha aku dah jadi macam tu. hehe.

Tidak banyak kematangan yang tumbuh dalam watak Syakir dan Azyan selepas 5 tahun berkahwin. Diorang masih gila-gila macam dulu.

sure fine whatever
rinn
19 reviews
January 21, 2014
Dah lama sangat teringin baca sequel kepada buku coke and sundae ni. Akhirnya dapat juga baca. I took one day to finish this book sebab memang tak tahan sangat dengan si Katrina Kaif yang ala-ala Kareena Kapoor tu. I kept wondering what this piece of psychotic stalker would do to Azyan and her family. Bila baca novel ni rasa macam haih, perempuan ni cepat mampus je la and in the end she did...0.0! i know this sounds evil but she's just too dangerous. Watak anak Azyan and shakir is so cute. So matang for a five years old! Basically, if its a sequel i have high expectations especially after enjoying the first book and some sequels turn sour because the characters changed a lot really but not with this book. I love it; it steps up to par or even better than the first one. Highly recommended.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 22, 2012
sambungan dari Coke & Sundae

boleh la dijadikan bacaan santai...aku rasa macam aku pernah baca/tonton somewhere jalan cerita yang sebegini, novel/cerita Inggeris kalau tak silap... cuma bab bomoh dan ending jalan cerita tu je yang lain sikit...hu hu

apa yang aku boleh katakan, selembut-lembut hati aku...kalau aku jadi Azyan...sukar untuk aku terima apa yang telah Syakir lakukan, kot ye pun nak 'berlakon' tapi taklah sampai terpaksa menggadaikan nyawa bayi yang dikandung serta melukakan hati isteri sedemikian rupa...itu kalau aku la kan? lain orang lain penerimaannya
Profile Image for Ubi.
314 reviews
April 21, 2024
Kesinambungan coke dan sundae ni menampakkan kematangan watak dan kematangan penulis juga?
194 reviews9 followers
October 3, 2016
agak memakan masa nak habiskan buku ni.

secara peribadi, aku tak berapa berkenan dengan cara penulis mengolah jalan cerita. jalan cerita ada tapi cara olahan buatkan aku rasa bosan.

perkataan "pembaca" memang melemahkan mood aku. bosan terus rasa. gagahkan jugak diri nk habiskan buku ni.

tak faham kenapa sampai tahap bodoh syakir nk mainkan katrina. melampau sangat cara dia menyakitkan hati azyan. utk aku, mmg tak boleh diterima logik akal. mcm doktor sorg ni tak boleh berfikir mana yang terbaik.
Displaying 1 - 9 of 9 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.