Demi ibu Nurul Jannah menurut. Dia sukakan udaranya yang lembap dan segar. Tiada bau pahit seperti di ibu kota. Namun, selama manakah dia boleh bertahan hanya dengan menyaksikan kehijauan dan menikmati kesegaran kualiti udara? Dia berharap menemui sesuatu yang memaut hatinya di daerah Belum-Temengor selain beruang madu, iaitu subjek kajian ibunya.
Bahaduri anak jati Belum-Temenggur. Rimba tempat bermainnya sejak kecil. Kini, rimbanya diancam pemburu haram asing. Kematian sahabat baiknya, Amai yang terjerat dengan kegiatan pemburu haram menghantui jiwanya.
Dan kedatangan seorang gadis dari kota merubah hidupnya.
______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2011 Pertama Deru AnginHafizah Iszahanid Kedua Waris PejuangRuhaini Matdarin Ketiga Rimba JiwaSri Rahayu Mohd Yusop
Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020).
Hasil kerja yang telah diterbitkan:
1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.
Once I started reading it, I found myself drawn to this book like a magnet.
It's hard to put down and that's a challenge as I was (and still am) in the middle of a task that requires undivided attention, which needs to be done outside office hours.
As a teen novel, the storytelling style is relatively light and easy - but the author puts extra mile in her work by laying out all the details in timely manner. Nothing is ever rushed, forced or too abrupt. Just nice.
The pace is quite fast-moving but not like her action-packed novels such as Transgenik Sifar or Algojo. It feels buttery smooth, at times teasing the reader with light humor and imagination.
It's loaded with educational information about wildlife but not too much, and I enjoy reading each and every one of it. I couldn't find any fault (except one or two typos), and it totally deserves to be rated 5 stars.
Mengisahkan tentang Jannah, gadis kota yang menurut ibunya berpindah ke daerah Belum-Temengor bagi tujuan kajian beruang madu. Uniknya kisah ini, selalunya kita baca apabila budak bandar ke kampung, mereka akan kekok dan memberontak, namun Jannah dapat membiasakan dirinya untuk adaptasi di daerah terpencil itu. Dia seorang yang lincah;melakukan pelbagai aktiviti untuk mengisi kekosongan di sana.
Dan Bahaduri. Wow. Ketua pelajar. Pemasang jerat. Pemburu haram. Pengganas ekologi. Itu tanggapan awal Jannah ketika bertemu Bahaduri di Kompleks Hutan Belum-Temengor. Dalam kisah ini, Bahaduri digambarkan sebagai seseorang yang memiliki 'hero complex';remaja lelaki itu sentiasa terpanggil untuk menjadi hero dalam semua situasi genting hanya kerana dia tak dapat mengubah masa lalu.
Selain mengangkat tema pemuliharaan ekologi, ada beberapa mesej yang cuba disampaikan oleh penulis.
Pertamanya, don't be too hard on yourself. Selepas kematian Amai, Bahaduri sering menyalahkan dirinya kerana tidak berjaya menyelamatkan Amai daripada terjebak dengan kegiatan pemburuan haram walaupun ia bukanlah salah Bahaduri. Banyak kesilapan yang kita lakukan pada masa lampau namun apabila kita renung balik, kesilapan itu membentuk siapa diri kita yang sekarang.
Saya suka dengan ayat Dr Rahimah, ibu Jannah, "Demi Allah! Kamu budak tujuh belas tahun. Kamu memang sepatutnya melakukan kesilapan. "
Kedua, setiap orang berhak menggapai impiannya sendiri tanpa mengikut telunjuk masyarakat. Seperti Jannah, dia berimpian untuk membuka pusat konservasi dan mungkin selepas itu barulah dia berkahwin. Bahaduri juga sangatlah supportive dengan impian Jannah, buktinya ketika tim mereka sedang mengkaji najis beruang, dia bergurau dengan mengatakan "Awak-20 tahun lagi", gambaran Jannah dengan cita-citanya.
Ketiga, saya suka dengan konsep realistik yang penulis bawa. Kita tidak hidup dalam dunia di mana semua orang bertanggungjawab dengan perbuatan mereka, haiwan hidup dalam keadaan aman damai tanpa merasa terancam, ya kita tidak hidup dalam dunia sebegitu. Dunia yang kita huni ini dipenuhi dengan manusia yang tamak dengan sumber alam serta cuma segelintir yang betul-betul mahu menggalas tugas menyelamatkan Bumi.
Jadinya, kerisauan Bahaduri ada benarnya.
"Awak rasa masa hadapan akan mengubah diri saya? Diubah oleh dunia yang pentingkan kebendaan, kemajuan dan kemewahan? "
" Tidak! Saya yakin walau ke mana pun awak pergi, awak tetap Bahaduri anak lelaki Hujan. "
Kerisauan Bahaduri membuktikan dia 'human', organisma yang bukan hanya dipandu oleh positif dan optimistik semata, we are full of emotions and our feelings are valid.
Tahniah, Kak Sri. Pada tahun 2024,saya rasa bangga dapat membaca naskhah terbitan 2012 yang seakan masih fresh!
Karya ini membawa tema tentang peri pentingnya kita menghargai setiap apa yang ada di sekeliling kita terutama fauna yang ada di muka bumi ini. Memberi fokus pada kesedaran tentang menyelamatkan beruang madu, buku ini merupakan naskhah yang bagus terutama buat golongan remaja yang ingin mencari ilmu yang baharu. Walaupun bukunya nipis, namun isi yang ada dalam alur ceritanya sangat banyak yang boleh diambil.
Nurul Jannah baru berpindah mengikuti ibunya ke Belum - Temenggor. Ibunya dalam rangka usaha mengkaji beruang madu di situ. Dan di sanalah bermulanya perkenalannya dengan Duri anak jati tempat tersebut.
Jalan cerita menarik lebih-lebih lagi yang melibatkan beruang madu. Terbayang pula kecomelan beruang madu tu. Dan kerjaya Puan Rahimah ni jarang diceritakan dalam bentuk penulisan fiksyen. Jadi SH suka bila dapat pengetahuan baru melalui naskah ini.
Sedih bila membaca bagaimana beruang madu terluka dek kerana ulah manusia. Ada yang kudung angkara pemburu-pemburu haram. Ada yang mengalami malnutrisi kerana terkurung dan tidak cukup makan. Dan manusia memang sering menjadi penyebab kemusnahan alam. Baik flora mahupun fauna. Banyak yang musnah angkara manusia-manusia yang hanya memandang kepada wang ringgit.
SH memang geram dengan mereka yang merosakkan hutan hanya kerana terpukau dengan duit. Baik pembalak haram, pemburu haram dan semualah yang haram ni memang selalu buat SH naik darah membaca kisah mereka. Sudahlah buat salah lepas tu nak ditambah pula dengan kesalahan- kesalahan yang lain.
Dan SH sangat berterima kasih kepada orang yang menghargai alam. Bukan sekadar mereka yang diberi gaji untuk menjaga hutan namun yang sayangnya pada alam datang dari hati dan ditunjukkan melalui perkara-perkara kecil yang tidak kelihatan di mata orang lain. Mungkin yang pergi mendaki dan membawa bekal namun mampu membawa pulang segala sampah dari bekalan mereka. Mungkin yang pergi menghadiri perhimpunan atau keramaian dan tidak pula meninggalkan sisa plastik yang telah digunakan. Mungkin perbuatan individu tidak mampu membawa kesan namun jika ianya dilakukan dalam bentuk Komuniti alam kita akan lebih terjaga.
'Rimba Jiwa' adalah novel paling kelakar yang saya pernah tulis. Ia cerita dari pandangan mata seorang gadis berusia 17 tahun. Ia bukan 'Warisnya Kalbu' atau 'Kasih Nan Agung', tetapi mempunyai tarikannya yang tersendiri. Ia masih mempunyai 'signature' penulisan saya iaitu gandingan watak perempuan/ lelaki yang seimbang, konflik hidup dan mati, dan pertembungan di klimaks yang epik.
Satu lagi novel sastera karya Sri Rahayu yg best. Novel ni membangkitkan isu konservasi hidupan liar, khususnya beruang matahari. Plot novel ni ditulis dengan baik, dan penceritaannya tak membosankan. Novel ni telah memenangi tempat ke-3 dalam kategori novel remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011.
Mengisahkan tentang Jannah yg mengikut ibunya berpindah ke daerah Belum-Temengor, setelah ibunya itu membuat keputusan untuk mengkaji beruang matahari yg tinggal di hutan berhampiran. Di sana, dia telah berkenalan dengan Bahaduri, seorang pemuda dari etnik orang asli. Mereka semua akhirnya berkerjasama dalam menjalankan kajian itu, serta cuba melindungi kawasan itu dari ancaman pemburu haram. Tetapi, kewujudan satu kumpulan pemburu haram membuatkan aktiviti mereka itu berisiko.
Jujur saya suka dengan gaya penulisan Sri Rahayu. Kelancaran prosa yang dihulurkan pada pembaca memudahkan kita untuk memahami isi kandungan dan mesejnya. Mungkin juga kerana jalan ceritanya masih kronologikal. Bukan saja itu, watak-wataknya juga sempurna dari segi perwatakannya - lucu, berani, tetapi penuh azam dan ketegasan dalam menjalankan peranan. Watak remajanya benar-benar 'remaja' dan sentiasa boleh dikaitkan dengan diri pembaca. Remaja perlukan model untuk mereka mencerminkan diri, dan novel Sri Rahayu, pada saya, ada kemampuan untuk memberi peluang itu. Watak Jannah betul-betul segar, dan kelakar - sememangnya sesuai dengan remaja berusia 17 tahun sepertinya.
Rimba Jiwa menceritakan pengalaman Nurul Jannah yang berpindah ke kawasan rimba Belum-Temengor, kerana mengikuti ibunya yang bertugas untuk membuat kajian tentang spesis beruang madu di kawasan tersebut. Di sana dia berjumpa dengan Bahaduri, anak Tuk Batin kampung tempat kawasan mereka tinggal yang ingin melindungi kawasan tersebut dari kegiatan pemburuan haram dan mereka berdua giat mempertahankan kawasan tersebut dari diancam.
Meskipun novel ini--seperti novel penulis yang menjuarai kategori ini tahun lepas dengan Bimasakti Menari--sangat nipis dan boleh dihabiskan dalam masa yang singkat, ia memberi impak yang lebih besar dari yang dijangkakan. Isu alam sekitar memang satu isu yang semakin hangat terutama dalam dunia sekarang yang kian membangun. Bukan saja pembaca diberi fakta yang ringkas untuk sedar bahawa spesis haiwan diancam kepupusan, tetapi menegur pembaca untuk menyedari tanggungjawab sebagai manusia bukan kononnya saja-saja untuk merasakan diri sebagai hero penyelamat bumi; tetapi sedar yang tanggungjawab itu dianugerahkan oleh Allah. Menjadi khalifah bukan saja melindungi manusia yang lain tetapi alam sekitar, haiwan dan makhluk Allah yang lain.Kita tidak ditegur bertalu-talu, cuma satu dua tempat saja kita 'dinasihatkan' oleh Jannah secara langsung tentang fakta ini - bagi saya ini menambah keberkesanan nasihat tersebut.
Ini merupakan novel kedua penulis yang saya baca. Tentunya saya akan cuba membaca novel-novel penulis yang lain (yang juga telah memenangi tempat pada tahun-tahun sebelum).
Buku yang bertemakan World Wide For Nature (WWF) yang mengisahkan berkenaan Beruang Madu atau lebih dikenali sebagai Helarctos malayanus. Kisah yang sangat menginspirasikan dan ada "signature" yang tersendiri
Kisah bermula dengan seorang remaja berumur 17 tahun, Nur Jannah terpaksa mengikut ibunya demi dunia penyelidikan ibunya terhadap Beruang Madu. Bahkan, ia tidak terhenti di situ saja. Perpisahan jarak jauh, kurangnya elemen kasih sayang dari seorang bapa yang jauh di mata.
Seorang sahabat yang ingin menuntut kematian terhadap rakannya yang dibunuh secara misteri. Bahkan, konflik antara hidup dan mati yang menjadikan elemen penceritaan ini berasa sangat menarik. Plot cerita dimulakan dengan perlahan,tetapi saat mencapai klimaks, ia sangat mengujakan
Kisah ini mengingatkan saya terhadap Bagaimana Anyss Naik Ke Langit (BANKL) karya Faisal Tehrani. Tema lebih kurang sama cuma, Rimba Jiwa lebih tearah kepada elemen pemburuan haiwan secara haram, manakala BANKL lebih tearah kepada ekploitasi tanah hak milik orang asli.
Secara asasnya, buku ini mendapat perhatian yang lebih dari segi gaya bahasa, penggunaan ayat yang sesuai. Tak lupa juga, penulis banyak melakukan "homework & research", terutamanya dari segi sudut fakta berkenaan Beruang Madu itu sendiri.
Kesimpulannya, buku ini wajar diberikan kepada lapisan anak muda. Hal ini kerana, bagi menanam semangat cinta akan haiwan, lagi-lagi haiwan yang kian diancam kepupusan.
Begitulah kita, kadang buku datang walaupun daripada tahun-tahun ke belakang. Mungkin juga jika tahun 2012 saya baca novel ini, pandangan berbeza.
Membaca karya Sri Rahayu yang ini, tentunya memberikan satu lagi sudut pandang baharu terhadap Sri Rahayu yang banyak menghasilkan karya sastera terbaik (menang banyak anugerah) dan percubaan jayanya dalam genre yang lain (Fiksyen-fantasi dll).
Rimba Jiwa, tajuk yang jelas dan tepat bagi novel ini, menceritakan "adventure" seorang remaja berusia 17 tahun, Jannah yang dibawa masuk ke hutan dan menetap sementara di situ bersama dengan ibunya, seorang pengkaji haiwan - beruang madu.
Tentu sahaja gambaran latar hutan Belum-Temengor yang segar dan desa inap yang nyaman digambarkan dengan kemas. Kehadiran watak orang asal, Bahaduri melengkapkan kembara Jannah dengan pelbagai babak dan aksi yang menarik. Seketika jiwa dibuai dengan debaran yang berlaku antara dua remaja itu, namun masih santun dan menghiburkan.
Novel ini patut menjadi contoh terbaik untuk bacaan remaja masa kini yang hanyut dnegan novel tidak berkualiti. Semoga ada sambungan Rimba Jiwa yang lebih adventure!
Mula kenal penulis dari buku KOMSAS Tingkatan 5, dengan karya beliau yang bertajuk Bimasakti Menari. Selain tajuk, nama penulis telah menarik minat saya untuk membeli buku ini. Rimba Jiwa bagi saya sebuah karya santai yang cukup mendalam mesej disampaikan. Penceritaan ditulis dari sudut pandang watak utama yang merupakan seorang remaja. Perspektif Jannah bagi saya sangat menarik dan membuka minda dari berfikiran prejudis. Saya juga suka akan perwatakan Jannah yang tidak lemah mentalitinya. Pelbagai maklumat baru juga telah saya dapat dari buku ini. Paling menarik sekali adalah tentang Beruang Madu. Apa pun ini hanya pandangan saya semata mengenai karya ini.