Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sindora

Rate this book
Seperti dinding benteng Padang Kota, Sindora teguh menanti percikan kasih Abbot, tetapi lemas dalam simbahan ombak cinta Duke. Suatu peristiwa menyebabkan dia terpaksa meninggalkan jejak-jejak kenangan di pantai asmara, membebat hati yang terus lara dengan rasa kasih terhadap keduanya.

102 pages, Paperback

First published January 1, 1990

3 people are currently reading
28 people want to read

About the author

Samsiah Mohd. Nor

27 books22 followers
Shamsiah Mohd Nor dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliau mendapat pendidikan menengah pada 1972 - 1976 di Sekolah Menengah Perempuan Methodist, Kuantan, Pahang. Kemudian beliau menyambung pengajian tingginya pada tahun 1985 di Universiti Sains Malaysia (USM) dan memperoleh ijazah sarjana muda pada tahun 1989. Beliau memperoleh diploma pendidikan pada tahun 1993 daripada Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau terkenal sebagai salah seorang penulis novel popular, sinonim dengan 4 siri novel "Tangisan Bulan Madu". Beliau juga menghasilkan "Sindora", "Bebunga Lalang", "Kemboja Berguguran", "Riana", "Koqin Karemo", "Selimut Malam", "Helang Bebas di Angkasa", "Anggerik Kota", "Anom Suraya", "Maya Pusara", "Sangkar" dan "Sebening Langit Senja". Beliau turut menghasilkan beberapa buah cerpen. Antara cerpen yang pernah tersiar ialah "Sindora" dalam URTV, "Lazuardi" dalam Berita Minggu, cerpen "Kembali Ke Perut" dan "Jangan Kau Menangis" tersenarai sebagai penerima hadiah saguhati HSKU 2001 dan 2002 bagi kategori Cerpen Umum.

Kini beliau bertugas sebagai pegawai pendidikan siswazah di samping aktif dalam aktiviti persatuan serta aktiviti sosial masyarakat setempat.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (65%)
4 stars
3 (15%)
3 stars
2 (10%)
2 stars
1 (5%)
1 star
1 (5%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Lucyana.
24 reviews3 followers
April 17, 2024
3.8/5 ✨

Mengisahkan tentang Sindora yang menyimpan perasaan terhadap jejaka bernama Abbot. Tetapi, cintanya tidak pernah berbalas dek kerana keegoan lelaki itu teramatlah tinggi.

Akhirnya, dia menerima cinta seorang Duke dan sempat bertunang dengannya. Namun, semuanya tidak memberi kesempatan kepada Sindora untuk berjaya dalam hubungan percintaannya.

Maka, Sindora memilih untuk terus mengecapi impian dan cita-citanya dalam meraih segulung ijazah. Ditolak semua rasa cinta dan membuang segala perasaan sayang kerana takut sekiranya dikecewakan lagi serta gugurnya air mata hanya kerana lelaki.

••• Cerita ni ada vibe universiti yang best. Suasana tu memang terasa seperti suasana zaman dahulu.

Cuma rasa tak puas hati bila Sindora biarkan Duke dan Abbot kecewakan dia. Hanya kerana dia seorang wanita yang lemah. Mereka sanggup menuduh dia membabi buta. Jadinya, rasa geramlah part tu.

Wajarlah dengan pilihan Sindora di akhir cerita. Dia tidak menjadi bodoh dengan menerima salah seorang daripada mereka yang asyik merayu-rayu mahukan cintanya. Suka dengan keputusan muktamad Sindora yang sungguh bijak memilih untuk tidak dikecewakan lagi.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.