Akhirnya, buku pertama yang berjaya aku khatamkan untuk tahun baru 🙊
Full review: 12/01/19
Lama rupanya kisah hunting aku untuk mendapatkan novel ni. Namun tak sangka rezeki hadir bila kau tak menjangkakan apa-apa.
Seperti biasa, ARA tak pernah gagal memancingku dengan prolog yang mendebarkan. Sayangnya debaran itu tak lama. Bak kata seorang teman GR (apa khabar? Lama tak ‘bersua’! Eh! Haha), elemen saspen lebih kurang 10% sahaja. Alaaaa... Cherina need more!
Tapi, seperti biasa juga olahan ARA tak pernah menghampakan. Tidak dapat tidak, hati tersangatlah geram dengan si Su tu.
Dan pada yang belum pernah membaca karya penulis, naskhah ini pastinya pengenalan yang paling bagus kerana kisah cinta dan curang yang kelihatan klise tapi tetap penuh seninya.
Cuma ya, sebagai pembaca yang tamak sepertiku, Boneka seakan tak mencukupi. Apatah lagi bila ianya daripada seorang penulis yang amat aku senangi.