Jump to ratings and reviews
Rate this book

Meterai

Rate this book
Tiga wanita yang berkawan rapat sejak kecil - Ana, Ruby dan Mona - tiba-tiba menyedari tidak seorang pun di antara mereka hidup bahagia di samping suami masing-masing.

Suami Ana bergelar Tan Sri, berkuasa dan berharta, tetapi terlalu tua untuk berfungsi sebagai lelaki. Suami Ruby penulis ternama, tetapi suka berfoya-foya dan tidak mengenali erti kesetiaan berumah tangga. Suami Mona pula lebih berminat kepada anak tiri daripada isteri sendiri.

Ketiga-tiganya menganggap suami masing-masing 'jantan tak guna' yang cuma menderitakan saja, lalu membuat keputusan untuk berpisah. Namun perceraian bukan pilihan terbaik kerana ia ditemani proses yang menimbulkan masalah. Mereka bersetuju pilihan terbaik ialah dengan berpegang kepada janji yang telah dimeteraikan. Hanya maut yang akan memisahkan kita!

404 pages, Paperback

First published January 1, 2003

1 person is currently reading
19 people want to read

About the author

Abdul Rahim Awang

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (50%)
4 stars
3 (21%)
3 stars
2 (14%)
2 stars
2 (14%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 28, 2013
Bahagian pertama:

Mengisahkan 3 sahabat baik yang sejak kecil lagi sentiasa bersama-sama. Puan Sri Mariana, Maimunah dan Rubiah.

Masalah rumah tangga yang merumitkan mereka akhirnya membuatkan janji termeterai untuk sama-sama merancang pembunuhan suami masing-masing. Mudah bagi mereka kerana suami masing-masing tidak pernah ambil tahu atau mengenali kawan rapat isteri mereka.

Bahagian kedua:.

Ana bunuh suami Rubiah, Maimun bunuh suami Ana dan Ruby bunuh suami Maimun. Rancangan pembunuhan mereka hampir lancar tetapi berlaku kejadian yang tak disangka-sangka yang mengakibatkan kematian Ruby.

Ruby ditemui meninggal dunia akibat eksiden dan polis menemui pistol yang dilesenkan atas nama Tan Sri suami Ana di dalam handbag Ruby. Hasil siasatan polis akhirnya polis menahan Maimun sebagai suspek utama.

Bahagian ketiga dan keempat:

Terdetik dalam hati, adakah semua ini perancangan Mariana? Hanya dia yang agak selamat. Rupanya sangkaan saya tersasar sebab memang semuanya diluar kawalan. Tapi semangat persahabatan yang kuat itu membuatkan Mariana berusaha menyelamatkan Maimun dari dituduh membunuh dengan mengupah peguam handalan.

Dan akhirnya....................

Perjalanan cerita agak lancar. Tertanya-tanya macam mana cara mereka hendak membunuh dalam keadaan masing-masing terganggu dengan emosi. Kecekapan peguam bela dan kesilapan pihak polis akhirnya menyelamatkan keadaan.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews33 followers
September 9, 2013
Setelah 2 naskah sebelum ini yg ku baca, hanyalah kisah rumah tangga & cinta...mengurangkan keterujaan untuk mengumpul karya2 beliau, tapi novel ini memang tidak mengecewakan...ia mengembalikan momentum & semangat aku untuk terus membaca...

Novel yang di bahagikan kepada 4 bahagian di mana

Bahagian pertama" Kalau hidup bersama tidak bahagia, lebih baik bercerai drpd terus menderitra..."

Kisah 3 orang sahabat Mariana (Ana), Maimunah (Mona) & Rubiah (Ruby)...yang mengalami masalah rumah tangga dengan suami masing2...mereka merancang untuk berpisah dgn suami tetapi penceraian bukanlah satu penyelesaian...di sini penulis membawa pembaca untuk memahami situasi yg mereka hadapi & kenapa mereka boleh meMETERAIkn satu perjanjian sedemikian...

Bahagian kedua " Bercerai hidup ditemani pelbagai masalah. Bercerai mati..."

Perlaksanaa janji yg mereka bertiga lakukan terhadap suami masing2...Malangnya, perancangan yang di atur sebelum ini tak seperti yang di harapkan...antara mereka bertiga, salah seorangnya lemah semangat & mentalnya..Siapa??? Ada sedikit unsur humor tatkala Ruby terasa seperti bahang api neraka bila dia menuju ke rumah Eddy...hahah

Bahagian ketiga "Hanya ajal yang boleh memisahkan kita..."

Penulis memperkenalkan watak polis seperti Zakaria, Hasbullah (2 watak ini sudahpun muncul dlm prolog lg) & Norizah....penulis menyelitkan elemen penyiasatan & soal selidik mengenai pembunuhan & kemalangan yang berlaku...Siapa yang dibunuh??? & Apakah yg terjadi??? Dalam bahagian ini, pihak polis telah berjaya memerangkap salah seorang drpd mereka bertiga....

Bahagian keempat " Yg pergi sudahpun pergi, yg tinggal perlu di selamatkan..."

Manakala di bahagian terkahir ini, penglibatan Amer Hassan sebagai peguam terkenal yg di lantik oleh Mariana bagi membela sahabat baiknya...di mana kes tersebut di bawa ke mahkamah & di bicarakan...

Novel ini yang mempunyai 61 bab, memaparkan kisah jenayah yg di lakukan mereka bertiga...bab demi bab sedikit sebanyak menaikkan graf pembacaan aku...malahan penulis menerapkan elemen persahabatan dalam novel ini...& yang pasti, keterujaan membaca novel ini sehinggalah ke noktah terakhir...
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,552 reviews41 followers
January 24, 2017
Sebuah novel yang berjaya kuhabiskan dalam tempoh sehari. Bukan kerana ia nipis, bukan juga kerana saya terpaksa atau skim through, ia memang kisah yang sangat menarik minat dan mencarik-carik curiousity. Dah lama tak baca karya penulis yang boleh dikategorikan sezaman dengan saya. Melalui buku Meterai, Abdul Rahim Awang kelihatannya menulis dengan begitu bersahaja, straight to the point, pembawaan watak-wataknya juga sangat natural dan bagi saya, amat rapat dengan realiti kehidupan era 80an atau 90an.

Berlainan dengan novel yang banyak sungguh di tahun pasca 2000, watak-watak utama diberikan begitu banyak elemen "perfection" atau "near perfection"; kaya, berjaya, kacak/jelita etc etc. Kisah lara Mariana, Maimunah dan Rubiyah, serta cara mereka "react" berteraskan dorongan-dorongan yang "makes sense", membayangkan kelebihan Abdul Rahim Awang melakarkan realiti masyarakat. Tema buku ini bagi saya criminal thriller dan kisah kehidupan yang tidak berpantulkan kepura-puraan. Adengan mahkamah juga, walau tak panjang, ada unsur suspense. Aksi pegawai polis juga rasa saya begitu berpaksikan apa yang sebenarnya berleluasa, baik dari segi keefisienan dan komitmen pegawai yang tinggi untuk membawa yang bersalah menerima hukuman, mahupun cara mereka. Apa akhirnya cerita Meterai ini? Mampukah yang bersalah terlepas dari hukuman? Berjayakah dendam dan kebencian tiga sekawan itu terlunas? Baca jika anda berjaya jumpa naskah Meterai oleh Abdul Rahim Awang (amaran; tak mudah nak jumpa dah).
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.