Jump to ratings and reviews
Rate this book

Obsesi

Rate this book
Lelaki tampan, kaya dan berketurunan diraja seharusnya tidak menghadapi masalah mencari pasangan hidup, tetapi Tengku Azzudin dicarikan jodoh oleh ibunya, mengapa? Suriati tidak bermadu, tetapi masih terpaksa bersaing untuk mendapatkan kasih sayang suaminya. Mengapa?

456 pages, Paperback

First published January 1, 1994

6 people are currently reading
70 people want to read

About the author

Abdul Rahim Awang

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (54%)
4 stars
9 (27%)
3 stars
5 (15%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
January 20, 2014
Novel ini merupakan satu lagi karya terbaik dalam koleksi beliau...Selain unsur2 penyiasatan jenayah yang di sogokkan oleh penulis, terdapat juga elemen cinta seiring dengan jalan ceritanya...Novel ini terbahagi kepada 3 bahagian...di mana Bahagian pertama mengisahkan perihal Suariati...Bahagian Ke-2, proses penyiasatan & Bahagian Ke-3, pendedahan dalang sebenarnya...

Suriati, lepasan graduan di tetapkan jodoh dengan duda bertaraf kerabat diraja, Tengku Azzuddin...Sangkanya panas hingga ke petang tetapi kisah silam Tengku Azzuddin mengganggu gugat keharmonian rumah tangga mereka...Kematian isteri pertama Azzudin 3 tahun lalu meninggalkan satu beban misteri kepada Suriati...Dibunuh oleh perompak @ ada pembunuhan terancang??? Menjadi lebih menarik apabila Mazlin & Dr. Amran mendedahkan suatu perkara yg melibatkan Azzudin...Siapa yg harus Suriati percaya? Di sini penulis membuatkan pembaca tertanya2...

Elemen2 suspen di teruskan ke bahagian kedua bilamana satu watak dalam novel ini mati di bunuh...pembaca di bawa menerokai proses penyiasatan yang di lakukan oleh pegawai polis Adnan & Borhan dalam merungkai & menyelesaikan perkaitan dengan kejadian 3 tahun lalu...Di sinilah pembaca akan berteka teki dalang siapa pembunuh yang sebenarnya?

Twist yang berjaya dalam menipu pembaca...ada pengaruh RAM dalam novel ini...hahah
Novel ini membuatkan aku teringin menonton dramanya yang telah pun ke udara 2,3 tahun yang lalu...Malangnya, aku terlewat mengenali beliau....

Kehilangan 2 bintang itu di sebabkan proses pembacaan aku terganggu dengan "suatu penemuan" yang tak disengajakan...Ia masih lagi berlegar2 dalam kepala otak aku...
Profile Image for Ezzan Haqis.
64 reviews4 followers
August 22, 2021
Karya orang lama memang lain macam. Antara buku yang boleh dikatakan ralit bila baca. Memang susah nak lepas. Rasa ingin tahu apa yang berlaku seterusnya, siapa pemangsa, kenapa jadi begitu, bagaimana caranya. Semua persoalan bergelora dalam jiwa. Kategori fast pace jugaklah.

Suka dialog-dialog lontaran. Macam kita berbual hari-hari. Nampak natural. Paling suka masa dah masuk part menyiasat tu. Memang terasa macam jadi polis sekejaplah.

Dan paling tak sangka plot twist tu. Ingatkan tekaan saya dah betul siapa suspek. Rupanya salah. Hadoiiii. Memang tak sangkalah suspek tu.

Sangat tak rugi baca & harus simpan dalam peti besi lepas baca. Tahniah Datuk ARA. Terus hasilkan karya yang best-best macam ni ya.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
July 1, 2018
Wow... hebat pembacaan novel ARA kali ini. Saya sudah baca Jaguh, Jejak-jejak songsang, pulang, mama, meterai... yang ini sama ada terbaik atau 2nd terbaik selepas Jejak-jejak Songsang. Rasanya saya prefer Obsesi kerana dalam Obsesi, watak utamanya pegawai-pegawai polis berwibawa. Macam biasa, penceritaan ARA membuat saya nak baca laju, tak skip pun, cuma memang seronok dibaca laju kerana bahasanya mudah dan banyak dialog yang membuat perhatian saya tertumpu di situ 100%. Twists dalam kisah jenaya ini juga bagi saya berkualiti, hingga saya juga terpedaya menjurus menuduh Tengku Din yang bersalah. Mungkin tak adil juga sebab maklumat lanjut tentang bukti pemandu kereta yang diparking di depan rumah Puan Tijah tu hanya diketahui pada akhir babak. In fact saya pun tak jangka bukti itu paling penting membawa Adnan dan Borhan lebih semarak mendapatkan keterangan saksi dan bukti yang akhirnya dapat menjerat pesalah. Watak Suriati juga saya suka, dia seorang gadis muda yang feisty dan ceria, walaupun bila dapat lebih banyak maklumat yang nampaknya boleh menjerut suaminya, dia juga terkulai dengan semangat berputus asa.

Rumah Tengku Mariyam di Tanah Rata Cameron Highlands, kebetulan di negeri yang sama dengan cerita Tangisan Bulan Madu 4 yang saya baru habiskan semalam iaitu di Kuantan. Saya nak sangat berhijrah pindah duduk di dua kawasan tersebut. Kalau berpeluang, baca buku Obsesi ya kawan-kawan.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.