Jump to ratings and reviews
Rate this book

Ego

Rate this book
' Gurauan itu suatu penghinaan yang telah aku gubah menjadi dendam yang menyakitkan '

Ego
Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah angggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. Lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina Mangsa terakhirnya...



Ilustrasi Kulit : Fazrul Arhan

Cetakan Pertama : 2004
~

467 pages, Paperback

First published January 1, 2004

38 people want to read

About the author

Abdul Rahim Awang

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
18 (60%)
4 stars
7 (23%)
3 stars
4 (13%)
2 stars
1 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for ~:The N:~.
851 reviews55 followers
July 19, 2021
Sebenarnya saya rasa kelakar bila baca blurb 'peria-peria' tu sebab terbayangkan sayur bukan kegemaran tu. Bila diperiksa dalam Kamus Dewan Perdana, ternyata memang ejaannya peria = lelaki. Maaflah DBP, ada sesetengah ejaan saya lebih suka ejaan Indonesia seperti sosok (susuk dalam BM), jadi saya lebih suka pria daripada peria.

Novel ini dikatakan berdasarkan sebuah kisah benar tapi saya skeptikal sikit sebab selalunya dakwaan begini digunakan untuk tujuan melariskan jualan. Secara psikologi, manusia cepat penasaran bila dikhabarkan sesebuah cerita baik buku mahupun filem itu diadaptasi atau berdasarkan daripada kisah atau kejadian yang berlaku di alam realiti.

Ada tujuh sahabat baik-- Bakhtiar, Fuad, Amirul, Taufik, Fendi, Salina, dan Azimah semenjak zaman universiti. Kisah bermula apabila Bakhtiar, tunang Salina dipukul sampai mati. Terdahulu, Fendi dan Taufik yang turut mencintai Salina juga telah menemui ajal. Maka bermulalah penyiasatan untuk mencari pembunuh Bakhtiar dan adakah ini berkaitan dengan kematian dua kawannya? Apa benar Salina perempuan membawa malang?

Fokus novel ini ialah penyiasatan yang dilakukan oleh ASP Helmi (dan juga ASP Norhayati). Saya suka teknik penulis mewujudkan kesangsian pada semua watak yang terlibat. Ada juga watak sampingan yang perlakuan mereka mendatangkan kecurigaan. We suspect no one, and we suspect everyone. Peribadi watak-watak juga jelas digambarkan, contohnya ASP Norhayati yang judgmental akan cara berpakaian Azimah, Azimah yang boleh dikatakan kawan baik Salina tapi memburukkan-burukkannya di belakang, ASP Helmi yang luarannya baik tapi dia juga seperti lelaki normal yang lain hampir goyah apabila digoda wanita. Saya juga suka dengan bab novel ini yang pendek-pendek dan pacingnya yang laju.

Naskhah ini bagaimanapun tidaklah disunting dengan baik kerana saya masih menemukan sejumlah kesalahan tatabahasa dan ejaan. Saya turut hairan bila nama Bukit Fraser dieja sebagai Bukit Frazer bagaikan Fraser itu bukan kata nama khas yang boleh diubah ejaannya menurut American English atau British English sesuka hati.

Saya akui novel ini memang unputdownable pada mulanya namun menjelang pengakhiran, saya rasa macam ada sesuatu yang hilang. Saya tidak dapat memahami tindakan pelaku apabila tiba-tiba sahaja melakukan sesuatu yang berbeza seolah-olah dia memang mahu dirinya ditangkap selepas sekian lama terlepas. Dan untuk kes sampingan pula, saya tertanya-tanya mengapa pelaku begitu mudah belot padahal dia orang penting dan ketua kumpulan itu.

Secara keseluruhan, sebuah karya yang baik tetapi tidaklah mantap bagi saya.

TW: Rogol 
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
May 16, 2013
Ini adalah berdasarkan kisah benar.

Salina, Azimah, Fendi, Taufik, Baktiar, Fuad dan Amirul rapat sejak universiti lagi. Untung bagi Salina kerana dia dicintai oleh kelima-lima jejaka tersebut. Tapi segala keputusan atau pilihan terserah kepada Salina sendiri tanpa menjejaskan persahabatan mereka.

Malang pula bila setiap lelaki yang hampir berkahwin dengan Salina ditimpa kecelakaan hingga akhirnya dianggap pembunuhan.

Fendi meninggal akibat keretanya terbabas masuk gaung. Taufik hilang dilautan. Dan Baktiar dipukul sehingga mati. Yang tinggal Fuad dan Amirul.

Banyak watak dalam cerita ni dan berkembang dengan menarik. Dari awal-awal bab lagi ceritanya menimbulkan tanda tanya dan buat rasa tak sabar nak membaca bab-bab seterusnya. Secara jujur dari awal bab lagi saya dah bagi 5*.

Siapakah sebenar pembunuhnya? Apakah punca segalanya. Siapa Dato' Mukhlis, Azhar, Maria? Terlalu ramai boleh dijadikan suspek sehingga tak sabar nak tahu kesudahannya. Tapi sebenarnya boleh agak kot sebab awal2 lagi saya dah syak seseorang dan tepat apa yang saya fikirkan.

#Novel ni agak tebal tapi ia mampu buat saya teringat2 dan mengganggu kerja2 saya dan akhirnya saya habiskan dalam masa 1 hari...huhu
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
February 2, 2020
Buku ini, tak madan dengan tajuknya yang kelihatan gah satu perkataan, betul-betul secara halus memukau. Corner baring selekoh bersimpang siur, memang thrill lalu jalan ni. Teori pembunuhan dan jenayah berstrategi, Cinta banyak segi, persahabatan, pegawai penyiasat muda berkaliber ASP Helmi dan ASP Norhayati memainkan petanan utama. Watak matangnya Superintendent Salleh dan pesara polis Dato Mukhlis. Susah nak agak Siapa yang membunuh, siapa yang betul, siapa yang sebenarnya pandai berlakon, memang kepakaran Abdul Rahim Awang.

Saya pun sama macam Helmi, bengang juga dengan arahan macam tak logik dan macam ada hubungan tak betul antara Sup. Salleh dengan Dato Mukhlis. Satu lagi saya rasa tak jelas apa motif Maria menggoda Helmi malam tu di rumah ya, sekadar memuaskan nafsu muda tarikan caj negatif-positif atau ada misi lain? Amirul, jangan memain dendam lelaki lembut ya? Kiranya Fuad dan Salina memang betul blur ya? Fuad dan Salina mangsa malang atau mangsa bertuah, kerana??? Konsep black widow menarik, namun bagi saya watak Salina yang lembut tidak sesuai jadi black widow. Maria atau Aziemah lebih sesuai.

Kena baca, dah baca buku ni susah nak letak.
Best.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 16, 2018
Perghhhhhh!!!!

Penah dengar peribahasa 'Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa'

Mendapat!!

Mula mula baca aku dah pelik. Haishh. Senang sangat nak tau siapa yang buat. Awal sangat bagi hint. Baru bape page neh. Makin baca aku makin pening. Eh kejap macam neh. Kejap macam tu pulak. Kuajaqqqq!!

Sirius buku ni sangat susah nak letak. Baca dan terus baca. Kepala aku berdenyut denyut sebab sentiasa berfikir kalau dia yang buat. Alibi dia kuat. Dia neh kutttt. Pappp!!!! Part Amirul dengan Dato Mukhlis bagi statement tu yg paling jahat!!!!!! Buat ko rasa. Hah? Hah?? Kuajaaqqqq kali kedua.

Aku PUAS HATI weyh!!!!!! Empat- satu. Dua pertiga. Enam puluh tujuh peratus. Demmmm!!!
Profile Image for Lailee Dee.
197 reviews16 followers
October 12, 2022
Sudah mula mengikuti karya penulis ini setelah membaca naskhah 'Pulang' sebelum ini.
Ternyata karya daripada penulis ini mempunyai signaturenya yang tersendiri.
Masih berkisar tentang penyiasatan ASP Helmi dalam menyelesaikan puzzle pembunuhan demi pembunuhan.
Salina , gadis cantik yang menjadi rebutan para lelaki termasuk 5 sahabat sejak zaman universiti lagi .
Siapa sangka seakan menjadi malang sekiranya anda menyukai dan bersama dengan Salina kerana anda pasti berakhir dengan pembunuhan .
Gaya penceritaan yang disusun rapi oleh penulis dengan element misteri & suspens telah membuatkan naskhah ini menarik dan kita akan tertanya - tanya siapakah sebenarnya pembunuh.
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
February 12, 2024
Memang takkan sangka
Jangan main-main dengan perasaan ego
Dan jangan perlekehkan watak seseorang
Boleh menjadi dendam ...
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.