Kehadirannya umpama sinar di sebalik kabut. Mendayung hidup bertemankan sepi, mempamerkan ria. Karangan-karangan air mata cuba dikutipnya menjadi mutiara. Sayangnya bunga-bunga fitnah menepis bahagia, menoktahkan ceria.
Kisah pilu, sangat menyedihkan hati saya. Satu-satunya elemen yang menyenangkan perasaan saya sebagai perempuan ialah rasa bangga, Mek Nah menggunakan akalnya, bukan emosi untuk memastikan kelangsungan hidup dia, anak-anak dan neneknya. Mek Nah juga wanita yang matang, walau nasib malang menghalangnya dari menggapai SPM, dia tidak pernah berputus asa bergelumang mencari rezeki halal. Dipinggirkan kejian orang, dikeraskan hati untuk nekad berniaga. Dia wanita hebat, pemudi berfikiran jauh, peniaga hebat. Otaknya bergeliga. Skill berniaganya sepatutnya melayakkan dia menerima darjah kebesaran. Strategi pemasarannya kelas antarabangsa. Sayang dia seorang wanita yang pentingkan hubungan keluarga.
Saya benci membaca betapa fitnah terhadapnya berleluasa dan diterima oleh orang kampung yang terlupa dia seorang anak yatim piatu yang sepatutnya dibantu. Saya benci mengenangkan sikap orang kampung yang prejudice kerana Mek Nah anak penari Mak Yong dari Siam. Saya marah membaca butiran fitnah yang dipanjangkan dari Mek Yah kepada anaknya Ramlah dan diteruskan pula kepada Dila. Ini keadaan biasa dalam scenario orang kita kan? Mek Nah bernasib malang dikelilingi lelaki-lelaki lemah, penindas perasaan.
Novel Mama ini memberi pembaca banyak sebab untuk berfikir supaya hidup dapat diteruskan dengan cemerlang tanpa tunduk kepada cabaran kecil besar. Saya bangga adanya wanita cekal, akal cemerlang seperti Mek Nah tetapi semua yang saya banggakan tidak dapat menandingi kecewa terhadap yang lain-lain tu. Sebagai manusia biasa saya harap yang jahat tu menderita namun saya sedar, hanya Allah layak membalas.
Walaupun Novel ini bukanlah dalam kategori Thriller...tapi gaya penulisan penulis berjaya membuatkan aku menghabiskan novel ini dengan 1 kepuasan...Kali ini tema kekeluargaan & percintaan di angkat sebagai rencah untuk menarik pembaca...aku akui graf pembacaan aku sedikit sebanyak naik sedikit demi sedikit...ini menunujukkan aku sebenarnya boleh membaca genre2 lain juga, cuma kena pastikan gaya penulisan tidak membosankan @ meleret2...
Kisah yang di paparkan adalah berkenaan Mek Nah, seorang ibu yanng bergelar MAMA (nama panggilan di kampungnya..ada cerita kenapa ia di gelar sedemikian) mengharungi liku2 kehidupan bersama tok wan setelah kehilangan kedua orang tuanya, tambah menyedihkan suami Mek Nah yang mencari kerja di KL tidak pulang ke kampung...terkontang kanting kehidupan Mek Nah sekeluarga dengan kehadiran anak perempuannya, Salmah...
Walaupun di selang selikan dengan flashback, tatkala membaca novel ini, aku seperti dapat menjangka hubungan antara Dila & Salim sepertimana Mama...tiada loghat Terengganu yg di paparkan walaupun tempatnya di sana..cuma penulis mendedahkan penggunaan perkataan "Encik" kpd pembaca...barulah ku faham sebenarnya...
Novel karya penulis yang memang tak asing lagi, kisah kehidupan dan pengorbanan seorang perempuan yang begitu tabah mengharungi liku liku kehidupan yang serba payah akibat hasad dengki dan khianat. Walau pun ramai yang tak mahu mengerti namun hidup tetap diteruskan sehingga akhirnya bahagia menjelma jua
Karya karya beliau sememangnya tidak pernah menghampakan pembaca, namun sekarang memang susah nak dapatkan karya karya yang ditulis beliau.