SIRI BERCAKAP DENGAN JIN (JILID 4) 61. Tulang Jari Di Daun Keladi 62. Puja Kubur 63. Nisan Berdarah 64. Orang Berjubah Hitam 65. Darah Dalam Mulut Gadis 66. Pendekar Terbang 67. Pelihara Ulat Tokak 68. Puja Lidah Anak Dara 69. Ilmu Kaum Kubu 70. Bantal Peluk Berjalan Malam 71. Diburu Manusia Iblis 72. Ditelan Pasir
Tamar Jalis atau Ahmad @ Mohd Radzi Mahmud dilahirkan pada 13 September 1940, di Kampung Batu 36, Jalan Sitiawan, Beruas, Perak. Bersekolah di Sekolah Teknik, Ipoh dalam bidang tukang kayu dan binaan. Beliau berkahwin dengan Maznah Mohd Isa.
Karya mistik, Siri Bercakap Dengan Jin (SBDJ) telah mencetuskan fenomena pada tahun 1980-an. Sebanyak 284 siri itu disiarkan majalah Variasari terbitan Kumpulan Variapop selama lebih 23 tahun bermula dari bulan April 1981 hingga Januari 2005. Ia adalah siri terpanjang dan paling lama disiarkan dalam majalah di Malaysia. Disebabkan SBDJ, Variasari pernah dicetak sehingga 120,000 naskhah sebulan.
Namun penulisnya, Tamar Jalis kekal misteri selama 30 tahun sehinggalah beliau mendedahkan identiti sebenarnya Jun 2011. Nama Tamar Jalis diambil daripada nama jin dalam Hikayat Inderaputera iaitu sebuah kesusasteraan Melayu lama.
“Pada mulanya SBDJ cuma cubaan untuk menaikkan jualan (majalah bulanan) Variasari yang agak lembap pada masa itu tetapi tidak sangka pula ia mendapat sambutan hangat pembaca sehingga majalah itu diulang cetak sebanyak beberapa kali,” jelas Ahmad yang pernah bekerja sebagai buruh dan peniaga malah wartawan sebuah akhbar.
Selain itu, beliau merasakan pengalaman mengikuti datuknya Kulup Muhamad Diah perlu diceritakan dan dikongsikan, datuknya atau lebih dikenali dengan panggilan Long Mat Piah ialah seorang pengamal perubatan tradisional banyak mengubat orang yang mengalami gangguan jin sekitar daerah-daerah di Perak.
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamar_Jalis Kosmo, 25 Dis 2011. Tamar Jalis Pinjam Nama Jin - Ahmad Luthfi BHarian 28 Jun 2011. Tamar Jalis Tamatkan ‘Persembunyian’ - Nurhayati
Garapan penceritaan yang menarik... Banyak kisah yang boleh dikaitkan dengan budaya dan kehidupan bangsa Melayu.. Tidak pernah menghampakan. .. Harapnya cepatlah Jilid ke-5 keluar..