Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Rate this book
Buku ini merupakan himpunan hasil penulisan bersama para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran TITAS. Buku ini terbahagi kepada lima bab. Bab 1 membincangkan tentang Pengenalan Ilmu Ketamadunan dari segi konsep tamadun; hubungan tamadun dengan agama, budaya, dan bangsa; ciri-ciri asas tamadun; objektif kursus ketamadunan; teori kelahiran, perkembangan, dan keruntuhan tamadun; interaksi antara pelbagai tamadun serta persamaan dan perbezaan antara tamadun. Bab 2 pula menumpukan kepada Tamadun Islam, iaitu dari segi konsep tamadun dalam Islam; sumber; asas dan matlamat Tamadun Islam; pandangan semesta Islam; dan ciri-ciri Tamadun Islam. Selanjutnya, Bab 3 memfokuskan kepada Tamadun Asia yang merangkumi Tamadun Melayu, China, dan India di mana fokus perbincangan adalah berkaitan dengan kelahiran, perkembangan, dan pencapaian serta pengaruh Islam dalam tamadun tersebut. Isu-isu Semasa Ketamadunan yang meliputi hegemoni Barat, globalisasi, Islam dan hak asasi manusia, Islam dan alam sekitar, konsep jihad dalam Islam, dialog peradaban, Islam dan dialog peradaban serta pendekatan dialog dalam 1Malaysia dibincangkan dalam Bab 4. Bab 5 merupakan bab penutup yang membincangkan tentang ilmu Islam tersebar ke Barat dan harapan sinar peradaban Islam.

358 pages, Paperback

First published January 1, 2011

8 people are currently reading
70 people want to read

About the author

Zulkiflee Haron

4 books5 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (46%)
4 stars
1 (6%)
3 stars
6 (40%)
2 stars
0 (0%)
1 star
1 (6%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Tammy.
41 reviews2 followers
September 12, 2019
Buku ini hanya dibaca kerana saya perlu lengkapkan nota saya untik TITAS peperiksaan akhir pada Mei 2019. 🤣🤣🤣

Still counts rightttttt HAHA
Profile Image for Izzat.
17 reviews2 followers
October 16, 2020
Isi kandungan dan topik yang dibahaskan agak membosankan. Kemungkinan disebabkan buku ini dituju khas untuk pelajar universiti
Profile Image for Nur.
631 reviews17 followers
December 21, 2024
Buku ini adalah himpunan penulisan oleh para pensyarah Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran TITAS. Buku ini memberikan pandangan menyeluruh tentang tamadun dari pelbagai perspektif, menawarkan pemahaman yang mendalam tentang hubungan antara tamadun dan perkembangan masyarakat.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.