Sepatutnya, sejak awal lagi aku sedar diri. Ziyad memang tak akan jatuh cinta pada perempuan 'sederhana' seperti aku ni. Hanya aku yang terlebih perasan, berangan-angan sampai tak ingat dunia. Sepatutnya aku bilang dulu jerawat yang aku ada. Kemudian bahagikan dengan jumlah parut yang dah rupa macam apam bintik polka (polka dot) ni. Lepas tu darabkan pula dengan kulit aku yang tak ubah macam kulit manggis terlebih masak. Dah dapat jawapannya itu, barulah aku buat perbandingan dengan kriteria yang Ziyad nak. Sesuai ke tidak?
Sepatutnya, aku semak dulu terma dan erti sebenar perkataan 'kawan' dan 'kekasih' itu dalam Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Barulah aku tak tersalah tafsir maksudnya. Degil. Degil. Degil.
Baik, Shifa. Marilah kita berfikir secara positif. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Kalau tak ada Ziyad, mungkin ada orang lain yang lebih sesuai yang Allah janjikan untuk kau. Dengar baik-baik Shifa. Dengar. Lupakan Ziyad. lupakan Ziyad. Lupakan.
Mulai sekarang, dalam hidup seorang Nurul Shifa tidak akan ada lagi lelaki bernama Mohd Ziyad Hafni yang bertahkta. Titik.
Tetapi, mampukah perkataan pada kertas itu diterjemahkan dalam hati secara mudah, Shifa? Manalah tahu, kalau-kalau Ziyad tidak bermaksud begitu, Shifa?
AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak.
AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam.
Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.
Aku sukakan naskah ini. Walaupun zaman study dan berabad ditinggalkan, tapi naskah ini berjaya menarik kembali kenangan manis 'Pada Zaman Dahulu'.... :)
TAHNIAH - Adiwarna
i) Not a single foreign words in this book ii) Tiada langsung adegan 18SG iii) Bayang-bayang 18SX pun tak kelihatan
TAHNIAH - Penulis
i) Plot yg kemas ii) Olahan yg menarik iii) Perkembangan watak yg sekata (walaupun agak 'sesak' dengan geng 4S, Fairuz, Aiman, keluarga Shifa-Ziyad dan segala antoganisnya) iv) Penulisan yg bersih dan matang biarpun tanpa ayat berbunga-bunga v) Gaya bahasa 'yg-sedang2-saja' - sederhana tapi terkesan kepada pembaca vi) Prolog n Epilognya - padan muka untuk pembaca (aku la tu!) yg suka membelek m/s depan dan belakang setiap kali mula membaca... vii) Watak Shifa - berani tapi masih tergaris sopannya
TAHNIAH - Aku
Lepas ni, kalu anak buah bertanya "Acu... ada buku baru tak?", aku dah x susah2 'menapis' buku untuk mereka2 itu (yg JPJ x iktiraf untuk pegang lesen memandu) .... :)
comel. sangat-sangat comel. itu jer yang terfikir tatkala menghabiskan buku ni.
nurul shifa, pelajar tahun akhir jurusan ekonomi di UMT. shifa gadis yang sederhana, agak pendiam dan pemalu (komunikasinya dgn pelajar lelaki adalah di tahap paling minimum). walaupun agak kurang cantik ( berkulit gelap, tak berapa nak tinggi dan muka dipenuhi jerawat), shifa selalu tersenyum manis dan boleh menjadikan orang di sampingnya berasa tenang. shifa juga sangat sukakan alang ( alang rebus tak empuk, watak utama dari novel surat ungu untuk nuha) dan warna ungu ( sebab alang suka warna ungu).
dalam diam-diam shifa juga sangat sukakan ziyad, rakan sekelasnya, sejak dia di tahun satu lagi. ziyad lelaki kacak, menjadi tumpuan ramai pelajar perempuan. ziyad juga adalah sahabat baik teman sebilik shifa, sarah. daripada sarah yang kepoh tu la shifa tahu banyak cerita tentang ziyad.
shifa sedar, dia tak akan menjadi pilihan ziyad. taste dia hanya la untuk perempuan cantik sahaja. satu peristiwa pada hari raya telah menyebabkan ziyad mengetahui perasaan shifa padanya. seperti yang diduga, ziyad menolaknya. tetapi untuk tidak melukakan hati shifa, ziyad mencadangkan mereka menjadi teman baik. teman tapi mesra.
bermula la perhubungan rahsia mereka. berbalas-balas mesej dan panggilan telefon. sejak itu, ziyad mula menyedari kehadiran shifa. mulai suka memerhatikan shifa sampai benda-benda kecil pun dia perasan. mula mengambil berat tentang shifa. tapi pada masa yang sama ziyad juga mula berhubungan dengan zara. zara juliana richardson. gadis tahun satu yang cantik, yang lebih memenuhi tastenya.
lama-kelamaan ziyad semakin keliru dengan perasaannya sendiri. shifa cuma dianggap sebagai kawan baik tetapi merasa sangat gelisah bila shifa terasa hati. malah dia semakin ingin mendekati shifa. peristiwa demi peristiwa akhirnya membuatkan shifa sedar, dia akan semakin sakit andai perhubungan 'teman tapi mesra'nya dengan ziyad diteruskan. shifa mengambil keputusan untuk berundur dan meneruskan kehidupannya tanpa ada lagi ziyad.
ziyad semakin keliru. antara rasa hati dan tanggungjawab. tak tahu macam mana untuk dirungkaikan. dengan pertolongan rakan-rakannya, akhirnya semua kekeliruan dapat diselesaikan.
happy ending. shifa akhirnya berjaya mencapai hasrat hatinya dengan kesabarannya dan ziyad bagaikan terkena balasan ( seperti kata fairuz) apabila mula menyukai shifa, gadis yang langsung tak dipandangnya selama ini.lelaki handsome mula menyukai gadis sederhana. bukan kerana kecantikan luarannya tetapi kerana kecantikan dalamannya mengatasi semua itu.
terberangan la kejap. boleh ke kisah ni terjadi pada diri ini? hahaha...
sangat sukakan gaya penceritaannya. walaupun berunsur humor tapi masih tersusun ayat dan bahasanya. memang asyik senyum dan kadang-kadang tergelak. tapi ada juga tempat yang membuatkan kita turut sama merasai kepedihan hati shifa (hmm...?). dan watak sampingannya...geng 4s ( sarah, syakila, suraya dan shifa) dan aiman serta fairuz ( teman baik merangkap teman serumah ziyad)...perfect. saya sangat sukakan fairuz...hehe.
Membaca buku ni buat saya teringatkan kisah Nisa dan Adif dalam Tas Merah Jambu (Kompilasi Kebun Mimpi). Cuma Shifa ni agak berani sikit kot berbanding Nisa yang agak reserve tu. :)
Kisah yang agak simple, bermula dengan Shifa yang menyimpan perasaan pada Ziyad semenjak tahun pertama pengajian mereka. Shifa tak berani nak meluahkan perasaannya sebab dia sedar dirinya yang 'biasa-biasa' tu tak layak nak berganding dengan Ziyad yang kacak bergaya tu.
Akibat terlupa memadam sistem pesanan ringkas (SMS) yang tak sepatutnya dihantar pada Ziyad, adik bongsu Shifa telah TERhantar SMS tersebut pada Ziyad ketika bermain-main dengan telefon bimbit Shifa. Gelabah juga Shifa dibuatnya. Namun, dari situlah bermulanya hubungan baik antara mereka. Ziyad memang anggap Shifa tu cuma kawan baik. Tapi layanan dia pada Shifa rasanya macam lebih daripada layanan kepada seorang kawan baik. Manakan tidaknya, bila Shifa demam dia yang kelam kabut ambilkan ubat di klinik. Jari Shifa terluka sikit pun Ziyad boleh perasan. Pendek kata, Ziyad akan perasan perubahan pada Shifa walau sekecil semut sekalipun. Haish.
Dalam masa yang sama Ziyad juga menjalinkan hubungan dengan Zara Juliana (Zara) junior sepengajian mereka. Yang tak tahannya Zara ni siap warning Shifa supaya sedar diri, jangan cuba-cuba nak rapat dengan Ziyad sebab Ziyad tu kononnya teman lelaki dia. Siap kutuk-kutuk lagi fizikal Shifa. Alahai, kesian Shifa. Hilang dah semua kebaikan dan kesopanan plastik yang ditunjukkan oleh Zara selama ni. Tapi Shifa tak peduli. Selagi Ziyad tak pernah buka mulut tentang hubungannya dengan Zara, selagi itulah Shifa akan tetap jadi 'kawan baik' Ziyad.
Ziyad ni sebenarnya keliru, dia selesa berada di samping Shifa tapi dalam masa yang sama masih nak jaga ego dan gengsi sendiri. Yelah, bak kata Aiman (kawan serumah Ziyad), Ziyad cuma pandang perempuan yang cantik-cantik aje. Perempuan macam Shifa tu memang takkan masuk senarai Ziyadlah. Jadi, kena bacalah kalau nak tau siapa yang Ziyad pilih ya? :P
Oh, sebelum terlupa. Cerita ni memang tiada kaitan dengan Surat Ungu Untuk Nuha (SUUN) nukilan Noor Suraya tu, cuma Shifa ni sebenarnya peminat tegar Alang, watak utama dalam SUUN. Sampai dah boleh hafal agaknya bahagian demi bahagian dalam buku tu. Yang paling comel, Ziyad pun baca Baju Melayu Hijau Serindit juga tau? ;)
Komen saya: Kad jemputan di bahagian Prolog tu memang mengundang rasa suspend betul. Nasiblah bukan kad jemputan betul-betul. Hehe. Kisah mereka ni memang manis (tanpa gula tambahan okay?) lebih-lebih lagi dengan penampilan watak-watak tambahan yang menceriakan lagi kisah ini. Suka dengan Aiman dan Sarah yang kecoh dan penuh drama tu (lebih-lebih lagi Aimanlah. Hehe). Friendship bonding mereka ni pun memang sangat kuat. Buat saya teringat zaman belajar dulu. Tahniah dan terima kasih buat penulis sebab berjaya menghiburkan saya dengan karya yang manis ini. Moga bakal ada lagi karya yang seterusnya selepas ini ya? :)
Zaman yang pernah ditempuhi yang tak dapat diulangi kembali. Zaman remaja. Zaman belajar, bersahabat, bergelumang dengan buku-buku ilmiah, zaman menghafal segala formula, zaman buat mind map & nota kecik. Arghh rindunya... Banyak lagi kenangan indah, masam manis dulu-dulu pasti terimbas kembali sewaktu melayari Alang rebus tak empuk. Zaman di 'U' ni lah orang cakap mudah nak cari jodoh selain tujuan utamanya untuk belajar dan menggenggam segulung sijil. Ramai yang bercinta dizaman belajar, tapi bilangan pasangan yang berjaya sehingga ke jinjang pelamin boleh dibilang dengan jari sahaja.
Walaupun cerita ini tidak berakhir dengan perkahwinan, tapi bayang-bayang tu dah nampak bila perhubungan itu ada matlamat. 4 gadis, 3 jejaka bersahabat. Dalam bersahabat, pasti ada yang tersangkut. Usik-mengusik tu selalu, rajuk merajuk tu biasa. Tinggal hati yang dapat menjawab keikhlasan menerima sidia tanpa mengukur kecantikan luaran.
Dakwah penulis untuk pembaca yang dapat dikutip dari novel ini adalah saranan untuk kita mengamalkan solat istikharah dari awal supaya diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat apa-apa keputusan atau pilihan yang betul baik dalam pemilihan pasangan atau hal-hal lain.
Baik untuk bahan bacaan anak remaja dan mak budak pun boleh baca :)
Novel nie is very simple and yet tak memboringkan. Sebenarnya untuk saya yg dh nearly 30 tahun ini, bila baca novel mcm ini buat saya rasa muda 10 tahun ke belakang.. :) because sepanjang saya baca novel nie, saya rasa macam sy pnh experience with all this cinta monyet, friendship, assignment belambak2, FYP proposal kena reject.. semua la..
cerita nie sgt la sweet. nak2 pulak penulis x gambarkan heroin dia muka ala-ala siti saleha ke, wawa zainal ke, or pelakon2 comel2 yg ramai kt pasaran skrg. Yang menariknya dia gambarkan gadis tue gelap, banyak jerawat (cantik sikit pada jalan tar) dan pendek tp mukanya sweet ala2 cheryl samad,pendiam pemalu dan baik hati yang minat sgt dekat jejaka yang hensem charming, tinggi mcm model and jejaka tue pulak mmg tak pandang la awek2 yg tak cantik nie..dan minat sorg gadis yg cantik ala2 juliana evans kt kolej 2..
tapi at the same time, since si Shifa dah teradmit perasaan dia dekat Ziyad, Ziyad serba salah dan untuk tak nak menghampakan Shifa, dia bagi nama pada hubungan mereka TEMAN TAPI MESRA..so cliche la..tak suka dgn term tue..tettt! *emo*
masa berlalu, somehow, si Ziyad nie rasa hati dia dh di terbalikkan dan dia rasa mcm ada satu perasaan pelik dekat shifa dan di cuba untuk deny perasaan tue..tapi hati orang boleh di tipu hati sendiri, sendiri saja la yang tau..
so, between gadis cantik yg sombong dengan gadis biasa2 sj tapi baik hati, Ziyad harusla pikir yang terbaik.
Okey di sebalik cerita yang santai ini, apa yg dpt disimpulkan ialah..
Jgn pandang sekadar rupa semata2..pandang la peribadi. Sebab rupa menyenangkan hati kita sementara tapi akhlak dan peribadi menyenangkan kita selamanya..
Alang Rebus Tak Empuk sangat manis! Comel. Tak terlalu sarat dengan emosi, konflik. Saya boleh ketawa keseorangan dengan telatah Aiman yang menceriakan suasana dan menitis air mata bila, Shifa mengambil keputusan untuk melupakan ikatan persahabatan dengan Ziyad, gara-gara Zara.
ZIYAD SAYA SUKA AWAK.
Ia bermula dengan ayat ini. Kalau bukan kerana Mikail-adik Shifa tersalah hantar msg yang ditaip suka-suka oleh Shifa kepada Ziyad, mana mungkin hubungan mereka akan lebih jauh? Sewaktu Ziyad tanya; 'Shifa, awak suka saya?' lantas Shifa menjawab 'Saya memang suka awak', itu satu tindakan yang sangat-sangat berani.Tambah-tambah bila dia tetiba cakap saya nak jadi kekasih awak. Mahunya si Ziyad tak terkejut! Walhal sebelum ini tak pernah berhubung! Nombor Shifa juga Ziyad tak simpan. Dah la Shifa bukannya sentiasa buka mulut dengan dia. Asyik tundukkan kepala saja. Terus, Ziyad tampil dengan idea bernas semata-mata untuk tidak memalukan Shifa iaitu menjadi kawan atau Teman Tapi Mesra saja.
Bagi Ziyad, mana mungkin dia bersama dengan gadis 'sederhana', yang ada jerawat bernanah di muka, yang kulitnya gelap-gelap manis bak Cheryl Samad, yang kecil molek orangnya. Pilihan dia, perempuan cantik-cantik dan putih sahaja.
Lama-lama, mereka berhubungan sentiasa. Melalui telefon bimbit. Namun, manakan bisa Ziyad dapat menyimpan rahsia itu dengan Fairuz. Naluri hati Fairuz berkata, ada sesuatu di antara mereka. Ditangkap 'basah' ketika bermain mata.
Bagi Ziyad, Shifa itu hanyalah seorang kawan. Berbeza pula dengan Shifa. Ziyad itu, orangnya istimewa. Ye lah, dah tiga tahun pendam perasaan. Ziyad itu, secret admire. Bila Ziyad hantar msg lebih-lebih sikit, selalu je salah anggap. Ah, itulah lelaki. Bermulut manis. Hinggakan perempuan mudah terjatuh hati.
Awalnya, semuanya baik-baik belaka. Hinggalah munculnya Zara, kekasih baru Ziyad, yang mana boleh dianggap sebagai manusia bertalam dua muka. Cantik di luar tapi di hati kelam. Berpura-pura baik di depan tapi di belakang dialah 'raja'. Ada lelaki sebaik Ziyad masih lagi berfoya-foya dengan lelaki lain. Yang paling penting, rupa-rupanya tunangan orang! Ah, manusia seperti itu, tak akan bisa dapat lari dari balasan Tuhan. Di akhir cerita, ditinggalkan kekasih, diputuskan tali pertulangan. Itulah. Bila cantik sikit, bongkak. Hipokrit. Bangga tak bertempat. Sesuka hati saja menyerang Shifa. Alasannya kerana mengacau teman lelaki dia. Bukan setakat itu, dikutuknya Shifa. Katanya, Shifa itu bukannya lawa sangat.
Hidup Shifa penuh terisi dengan kehadiran teman sekepala. Sarah, Suraya, Syakila. 4s. Walaupun Suraya berubah perangai seketika kerana lelaki namun, badai itu tidak menghalang persahabatan mereka untuk terus utuh, sampaikan, teman-teman baik Shifa sanggup menjadi orang tengah. Supaya cinta Shifa kesampaian.
Di pihak Ziyad, bertemankan Aiman dan Fairuz, mereka sentiasa bersama. Paling tidak disangka-sangka, Aiman yang gila-gila, manja itu rupa-rupanya serius jugak bila melibatkan soal pasangan. Tiga tahun sudah beristikharah dalam diam.
Di akhir cerita terlalu indah. Indah kerana penantian tiga tahun Shifa berbaloi. Alangkah bahagianya bila orang yang kita suka akhirnya turut sama mengakui sukakan kita.
Saya sukakan kisah ini kerana kisahnya seolah-olah 'dekat' dengan orang di sekeliling saya. Shifa suka Ziyad. Tiga tahun memendam rasa. Ziyad ada Zara. Lama-lama perasaan Ziyad terhadap kawannya, Shifa, berubah. Akhirnya Ziyad bersama Shifa.
Shifa itu gadis biasa biasa sahaja , sudahla rendah sahaja ,kulitnya hitam manis menggerutu dgn jerawat pula tu , tapi terjatuh hati pulak dengan jejaka idaman malaya Ziyad sejak kali pertama bersua dengan jejaka itu di hari pendaftaran kampusnya , tapi Ziyad kata ciri ciri gadis idamannya tentu saja bukan yg sejenis dgn Shifa .Lalu apa yg terjadi bila Ziyad mula makan sambal belacan , mula membeli keropok rings dan mula membca novel baju melayu hijau serindit ? hehehe ,
Kisah cerita ni adalah kisah mengenai Nurul Shifa seorang yang sopan santun, pendiam, lemah lembut dan sume yang baik la ada kat diri dia ni...tapii...tapii..TAPI.... kelemahan dia adalah dia TAK CANTIK!!.. dia hitam bak kulit manggis..muka dia banyak jerawat bak jalan tar (bukan aku cakap ye..tp Shifa).. so dia cam rendah diri la atas kelemahan dia ni.. tp dia x sedar diri dia tu comel..hehe
Si Shifa ni sebenarnya ada hati kat Ziyad. Ziyad ni satu kelas dengan dia. Tapi..dia x pernah pun bercakap dengan Ziyad ni..sebab dia ni pemalu sikit..padahal si Ziyad ni kwn baik Sarah (roomate Shifa a.k.a BFF Shifa kat U tu).. Dia boleh je ambil peluang berbaik2 kalau betul dia suka kat Ziyad tp sebab dia ni pemalu..pendiam dan macam2 lg la..so bila Ziyad ckp dengan Sarah dia tunduk je..dan diam..
Nak dijadikan cerita...Shifa dengan tidak sengaja menghantar SMS kat Ziyad. Masa tu dia just taip2 je "SAYA SUKA AWAK ZIYAD" tp x hantar pun..ntah macam mana adik Shifa ni gatal2 tgn dia p tolong hantarkan..huahaha..So apa lg..malu seh....Si Ziyad ni pulak x tau gerangan siapa yg meluahkan perasaan..so dia call la nombor tersebut.. Shifa x angkat.. Sampai la satu masa Ziyad call lagi byk2 kali..n then adik Shifa tengah main telefon tu..dia pun angkat dan beritahu telefon tu milik Nurul Shifa.
So terpaksa la Shifa cakap dengan Si Ziyad dan dengan beraninya Shifa ckp dia suka Ziyad dan nak jadi kekasih Ziyad.
Tetapi....Ziyad x terima..sedihhhh..luahan hati Shifa ditolak oleh Ziyad. So Shifa kecewa la.. Tapi yg bestnyer Ziyad ajak Shifa jadi kawan baik dia mcm teman tapi mesra.. So.. Shifa pun setuju..dan dia melonjak2 gembira..sebab dalam pikiran dia mana tau satu hari nanti da lama kwn2 Ziyad akan jatuh hati kat dia..
Mula2 memang sangat menyampah la kat Ziyad ni..sebab Ziyad ni memilih sikit perempuan..kalau nak perempuan dia nak yang dahi licin je..kononnya secocok dengan dia yang hensem..hampeh...
Yang buat aku tertarik kat cerita ni..pasal Ziyad yang dah suka kat Shifa tapi x nak mengaku..Mula2 bukan main lg ckp Shifa bukan taste dia la..tp kalau dan asik2 ingat kat Shifa..siap angau lagi..bukan namanya suka ke?? Tapi still x nak mengaku..menyampah.. Shifa pulak sebenarnya x buat apa2 pun.. tp Ziyad yg terpikat sikit demi sedikit..
Aku suka kat Shifa..walaupun dia suka Ziyad..tp dia x tunjukkan sangat dia suka..dia wat selamba je..cuma dalam hati dia je berperang..makan hati.. Ziyad plak bukan main lagi layan Shifa sampai Shifa pun pikir Ziyad suka kat dia..sampai la munculnya si Zara Juliana yang kapel dengan Ziyad nanti.. Tapi Ziyad x mengaku si Zara ni awek dia depan Shifa..adoii..parah betul si Ziyad ni.. Shifa pun apa lagi selagi si Ziyad x mengaku dia masih ada peluang kat Ziyad..padahal da byk bukti yang menunjukkan Zara dan Ziyad kapel..
Selepas ituuu...ada sesuatu berlaku yang menyebabkan Shifa buang perasaan dia terhadap Ziyad.. dan Ziyad pulak macam kucing kehilangan anak..hahaha..lawak2..kalau nak tau p baca sendiri k..
Kisah ni sangat..sangat..sangat...MENARIK OKAY!! kisah ni makin menarik bila diwarnai dengan persahabatan antara kawan2 dia yang lain..antaranya Geng 4S (Shifa, Sarah, Suraya & Syakilla).. Kawan si Ziyad pulak Si Fairuz dengan Aiman. Aku sangat suka kat Fairuz sebaaabbbbb...hehe.. Si Aiman lak sangat kelakar dengan lawak selamber dia...Yang pasti setiap watak ada kekuatan sendiri membuatkan kite sentiasa tersenyum..
opsss..lupa lak..nak tau apa kaitan tajuk ALANG REBUS TAK EMPUK?? Ada kaitan dengan apa yang Shifa duk minat....yang paling comel di setiap helaian permulaan bab ada wajah lelaki berambut afro dan bercermin mata..:DDD
Sekali baca tajuk novel ni ingatkan akan ada kisah sengal heronya seperti watak Alang dalam SUUN. Tapi ternyata jalan cerita dan plotnya langsung tiada perkaitan,ya!
Comel aje kisahnya walaupun hanya kisah kecil anak remaja di menara gading (sebenarnya perkataan menara gading tu macam poyo je,kan). Tapi kisah ni manis sebab garapan dari penulisnya yang pandai olah plot, flashback dan ayat-ayat yang manis bergula walaupun hanya untuk gambaran sesuatu yang ringkas.
Shifa yang merasa rendah diri sebab tahu kekurangan diri dan sudah terang lagi nyata dia tidak memiliki segala ciri yang memang sudah jelas jadi kriteria pilihan Mohd Ziyad Hafni iaitu yang gebu seperti telur dikupas kulit, cantik menawan dan lemah lembut. Tapi satu sifat Nurul Shifa yang KakChik suka sebab dia berani menyatakan isi hati dia. Selain tu, Shifa cukup menjaga aib orang lain walaupun dia yang tidak bersalah pun dihina sebab sikap cemburu Zara yang perasan cantik tu.
Pada KakChik kisah ini dimaniskan lagi dengan jalinan persahabatan antara Geng 4S dan juga kelatah Aiman yang blur serta Fairuz yang matang.
Dan buat tersenyum manis sebab happy ending walaupun kalau realitinya tidak semua orang yang kita minat tu boleh kita miliki.
Ohhh so sweet! memang i suka sangat novel ni. walaupun santai saja ceritanya,memang asyik membacanya. Kisah Shifa yang memang sejak awal semester lagi syok pada Ziyad-lelaki boleh tahan wajahnya bagi Shifa.Shifa pula sudahla banyak jerawat,berkulit gelap,dan memang bukan selera Ziyad yang memang berselera tinggi. Sehinggalah eksiden semasa cuti hari raya, adik Shifa terhantar sms kepada Ziyad-msg luah perasaan. Sejak itu mereka berkawan rapat. Shifa makan hati dengan ziyad yang sedang bercinta dengan zara,gadis hipokrit paling cantik di kolej. manakala ziyad pula sering menafikan perasaannya kepada Shifa,maklumlah Shifa tu stok 'hangus', tak lawa,.bukan seleranya... Sejujurnya sangat suka dengan semua watak yang ada. Aiman, dengan sikap gila2nya, Fairuz,gaya ustaz muda, sarah,si tembam yang digilai Aiman yang sengal, syakila yang gila bergambar,dan Suraya. Okay,terhibur. KALAU ALLAH SUDAH MELETAKKAN JODOH KITA, LARI LAH KE BENUA AFRIKA PUN PASTI AKAN BERSAMA JUGA....
Cerita bertemakan persahabatan dan 'cinta seorang teman' ini buat saya muda semula beberapa tahun (dan perlu mandi bunga? Eh!). Suka sangat teknik penceritaan (penceritaan atau sambungan cerita dari sudut watak lain) dan flashback. Selain watak utama, kehadiran Aiman menceriakan suasana. Dan sungguh tak sangka yang dia mula buat istikharah sejak awal. Macam sweet.
Kesimpulannya, saya suka!
p/s: Cik Aimi Shabana, lepas ni tulislah lagi ya ;) Lalala~ ♥
Kisah ringan yg semua org yg pernah jd secret admirer boleh relatekan dgn diri sendiri. hehe.
Antara novel yg cepat juga aku habiskan berbanding yg lain. keh3.
Sungguh, aku boleh hayati cerita ni. sebab;
1. Aku pun bekas pelajar UMT, jd segala tempat yg dicerita dalam cerita ni, aku boleh bygkan. heehehe. 2. Aku pun pernah ada perasaan cinta tak berbalas ni. jadi aku faham prasaan Shifa. tp Shifa beruntunglah sbb akhirnya cinta dia berbalas. ehhh! spoiler!
Yup, Shifa beruntung. sebab walaupun dia selalu syok sendiri dan perasan mcm2, kurang2 semua yg dia prasan tu betul sbb Ziyad mmg btol sukakan dia, cuma Ziyad je yg keliru dgn prasaan sendiri.
Walaupun Shifa tak lawa mana, tapi Ziyad tetap jatuh cinta dengan senyumannya yang manis.
AH sungguh aku cemburu dengan Shifa, sbb kisah cinta tak berbalas aku, memang kekal tak berbalas sedangkan Shifa... ^_^ ok dgn watak novel pun nk cemburu ke? kah3
Ini kisah cinta sebelah tgn yg indah, sebab pengakhirannya, ada yg sudi menepuk kembali tgn kita. echewah!
klo tak, takkan semalaman je mampu aku habiskan.. hahaha
seperti biasa, olahan buku2 dari adiwarna/JS ni memang memikat, bersahaja tapi lembut je..
cuma, ada beberapa bahagian seperti olahan dalam baju melayu hijau serindit (banyak kali jugak novel ni keluar dalam buku ni, rasanya penulis peminat Syud..hahah). seperti dalam BMHS, penulis menggunakan teknik monolog dari sudut watak2 itu sendiri. nasib baik tak keterlaluan, so masih kire ok.
apapun, cite ni still menarik. mungkin sebab latar masa dekat kolej kot.. asyk terkenang2 je zaman masa belajar..hehhe
Buku ini biasa-biasa sahaja. Banyak adegan berangan-angan yang boleh membuai hormon-hormon wanita belum berkahwin. Ada perasaan yang pasang surut sepanjang membaca buku ini. Buku ini cukup sekadar memuaskan. Semoga penulis dapat menimba ilmu penulisan lebih lagi. Semoga tidak terikut-ikut gaya penulisan orang yang saya dapat lihat di akhir-akhir muka surat. Barangkali waktu itu penulis sedang hangat mencari ilham melalui penulisan penulis lain tersebut. Secara keseluruhannya, it was okay. Sekadar menambah lagi lambakan novel cinta yang sekian banyak di pasaran. Sekian.
One word to describe this novel... Awesome..! Thanks to Cik Aimi Shabana for cerita yang sangat sweet. ;) Terasa diri dekat dgn watak2 dalam novel ni, suka dengan watak Nurul Shifa & Mohd Ziyad Hafni.. P/S : tak sabar nak tunggu buah tangan terbaru dari Cik Aimi Shabana… ;)
Saya xpernah menjejakkan kaki ke universiti, tp dgn membaca buku ni saya seolah2 berada di kampus UMT..... Terima kasih aimi shabana utk sebuah cerita yg manis
Comel citer ni. Bila baca tersenyum senyum. Bawak kita balik semula ke zaman belajar dulu. Tahun bila tu eh..? Lama nya dah....
Ziyad pelajar tahun akhir telah menetapkan kriteria perempuan idaman nya mesti cantik, putih, bebas jerawat dan langsing. Dan dia telah menemui gadis idamannya. Zara Juliana Richardson.
Nurul Shifa pelajar tahun akhir, gadis sederhana, kulit agak gelap, montel, berjerawat namun punya senyuman manis bak madu kelulut.
Dalam diam Shifa menaruh rasa pada rakan sekuliah nya Ziyad. Menyedari kriteria wanita pilihan Ziyad, makanya Shifa memendam rasa nya itu sendiri. Tetapi di satu kejadian, Ziyad telah ketahuan perasaan Shifa. Demi menjaga hati dan persahabatan, dalam senyap Ziyad dan Shifa telah menjadi sahabat baik.
Kejadian demi kejadian yang menimpa, membuat kan Ziyad berada dalam persimpangan. Zara, yang memenuhi selera mata nya. Atau Shifa yang manis yang mula menawan hatinya...??
Comel cerita ni. Tiada konflik berat tapi cukup rasa. Terimbau balik kenangan zaman beljar universiti dulu.
Shifa, Syakila, Sarah dan Suraya. Ziyad, Fairuz dan Aiman. Scene-scene diorang ni memang la menggamit memori betul. Geram la jugak dengan Ziyad tu. Kata kawan tapi bagi harapan. last sendiri terciduk.
Sesuai untuk bacaan santai.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca kisah Ziyad Hafni dan Nurul Shifa' ni buatkan saya terimbau kenangan waktu zaman degree dulu. Classmates saya ada 20 orang, 4 orang je lelaki dan selebihnya perempuan. Kisahnyaaa bila lelaki jenis mudah menerima apa-apa bantuan daripada perempuan membuatkan kaum perempuan ni mudah ambil hati. Padahal lelaki tu memang jenis suka membantu macam Ziyad ni laaa 😂 tapi worth laaa dekat kawan saya yang akhirnyaa berkahwin dengan classmates sendiri. Setelah beberapa kali istikharah yang gagal 🫢
Comel . Baca buku da lepas dekat 10 years study. Zaman syifa memang sama zaman kat u. Pakai blackberry semua tu. Papepun personality over beauty okey 😉
Kalaulah Shifa jatuh kasih pada Fairuz (sambil usap dagu.) Kerana akhirnya, Shifa juga seperti manusia lain yang sukakan luaran Ziyad Afni yang kacak terlebih. Mujur saya tak terjatuh dalam dongeng lelaki kacak di universiti. Biasanya lelaki kacak ni tak kelakar, dia orang control macho saja hehe.
Mujur jugalah gelagat Aiman dan Sarah banyak mencuit hati saya.
Teringin juga saya nak tahu statistik sebenar percintaan zaman belajar yang berakhir di jinjang pelamin. (tiba-tiba)
Nurul Shifa Binte Badrol Amin telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni Bin Shamsudin pada pertama kali mereka bertemu, iaitu pada hari dia daftar kursus di universiti. Setelah tiga tahun perasaannya masih sama. Tetapi Ziyad punya selera yang tinggi untuk pilihan teman wanitanya. Dia hanya suka pada yang cantik, berkulit putih bersih dan tinggi. Shifa pula gempal, pendek, berkulit hangus dan berjerawat. Namun mereka mula rapat bila Ziyad dapat SMS Shifa semasa cuti raya. Shifa dapat tahu bahawa Ziyad ada hubungan dengan Zara Juliana Richardson tetapi selagi Ziyad tidak berkata apa-apa, dia akan terus berkawan dengan Ziyad. Satu hari, Shifa ditinggalkan begitu sahaja di pasar Payang. Barulah dia mula sedar diri dan menjauh. Ziyad mula rindu. Ziyad mula muak dengan kerenah Zara tetapi dia tidak boleh tinggalkan Zara kerana rasa tanggungjawab kerana dia yang mulakan. Akhirnya, Ziyad dapat tahu tentang kecurangan Zara dari teman-temannya. Ziyad terus mengaku akan perasaannya pada Shifa.
sweet...^^ cerita ini mmg manis walaupun tanpa ayat yang berbunga-bunga atau manis bergula. sesuai dibaca oleh umum tanpa ada sedikit pon scene yg perlu 'ditapis'. kisah remaja/ pelajar- pelajar di UMT. kisah suka duka dan rutin serta realiti hidup sbg pelajar membuatkan saya rindu dgn zaman2 belajar yang baru je saya tinggalkan. tiada watak yang sempurna...heroin yg sangat biasa2 (bukan jenis cantik lnsung tp sweetnya ttp ada^^). heronya walaupun dlm kategori hensem tp ttp bkn perfect. suaranya sumbang, belajar pon berhutang ptptn. Namun itulah realiti. Walaupun ini kisah remaja nmun saya suka cerita seperti ini yang berpijak di bumi yg nyata. kebanyakkan cerita suka mengisahkan wataknya2 utamanya yg sangat sempurna (bijak,cantik, kaya, baik hati dll). Walaupun tidak berakhir dgn perkahwinan namun matlamat ke arah itu dh nmpk. Anyways...tahniah penulis diatas karya ini.