Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kalau Memang Harus Begitu

Rate this book
Zidan Adiputra seorang lelaki yang berkedudukan tinggi, tampan, bergaya dan mempunyai senarai panjang nama-nama gadis yang mengejarnya. Atas setiap kelebihan yang dimiliki, dia benar-benar merasakan dirinya layak dilayan umpama seorang ‘Tuan Putera’. Justeru semua orang harus memanggilnya dengan gelaran Tuan Putra. Sehebat mana pun dirinya, dia tetap punya kelemahan. Dan kelemahannya, dia bencikan perempuan selekeh. Allergic!

Dengan baju kurung lusuh, kasut terkoyak hujung kaki, perempuan ni dari planet mana? Sakit mata betul tengok dia ke hulu ke hilir depan muka. Walaupun setakat kerja bancuh air, imej dan penampilan kena jaga jugak. Lainlah kalau dia tu pendatang tanpa izin!


Adara pula datang dari dunia yang berbeza. Dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas kematian ibu dan bapanya, perjalanan hidupnya agak sukar. Tekad mahu mengubah nasib keluarga dan adik-adiknya yang ramai, kakinya melangkah keluar dari kawasan Felda ke kota besar. Namun hidupnya kian getir apabila bekerja dengan majikan kuku besi seperti Tuan Putra. Tolonglah Tuan Putra ni! Nak suruh aku bergaya bagai nak rak apa kes? Dia ingat aku ni secretary? Eksekutif? Hei, orang tea lady ajelah! Sepatutnya kerja bancuh air, tapi dikerahnya macam kita ni kerja cleaner pulak. Harap muka aje handsome, tapi otak udang!

Umpama air dan minyak, manakan mungkin bersatu dua hati yang saling membenci dan berbeza segala segi. Namun kemunculan Riyad yang berjaya melakukan ‘make over’ kepada Adara membuatkan hati Putra terpesong cita rasa, mata hati yang buta kini terbuka luas. Pelbagai cara dilakukan olehnya untuk memenangi hati Adara sehingga dia rela mengenepikan ego dan kedudukannya. Dia juga sanggup berebut menghantar pinangan ke rumah Adara demi mengikat hati gadis itu.

Cinta yang dihulur bersambut dan disimpul erat dengan ikatan perkahwinan. Dalam meniti kebahagiaan berumah tangga, ada dugaan datang mengetuk pintu istana cinta mereka. Antara cinta dan keluarga, yang mana lebih utama? Dan jika hanya berhak memilih satu di antara dua, siapa yang perlu menyerah dan mengalah? Dan apa ertinya pengorbanan jika hati kian retak, kasih kian rapuh?


Putra: Percaya cakap abang, kehadiran sayang adalah perkara terbaik dalam hidup abang....

“Tak mungkin musim cinta ini berlalu...seandainya hatimu seperti hatiku….

1031 pages, Paperback

First published October 19, 2012

35 people are currently reading
620 people want to read

About the author

Acik Lana

26 books380 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
309 (48%)
4 stars
176 (27%)
3 stars
110 (17%)
2 stars
25 (3%)
1 star
11 (1%)
Displaying 1 - 30 of 33 reviews
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
November 8, 2014
IMO buku ni bukan hasil nukilan terbaik dari penulis ni atau harapan aku terlalu tinggi melangit sehingga sukar untuk digapai?

tak kiralah orang nak cakap apa. pantang betul bila lelaki tu dah sah2 laki org then ada perempuan gatal nak gedik2 plak. utk lelaki bujang plak, apa tak cukup ke perempuan kat luar saba sampai nak kat bini lelaki lain???

kenapa penulis panggil zidan adiputra tu as tuan putra? kalau dalam percakapan oklah terima sebab respect. ni dalam perenggan pun dok panggil tuan putra. terasa janggal sangat bila isterinya pun panggil tuan putra. why not putra dari awal?

tak tahulah sebab belum kahwin lagi tapi perempuan keguguran bukan kena 'berehat' dulu before pregnant?

how come tak perasan langsung suami tu baru lepas operation? even sakit apendiks pun ada bekas. apatah lagi operate buah pinggang. kalau pun putra tu dah ok baru jumpa isteri, bekas tetap ada wey. so still rasa tak logik adara x perasan. ke disebabkan banyak sangat skip, aku terlepas pandang?

adara masuk hospital swasta terkenal sebab lemas. doktor kat situ tak buat kerja ke? takkan x boleh check adara tu kemungkinan pregnant? apa, bukan ke perkara wajib masa masuk tu tengok bp, check darah semua. haish...

ok. adara baru 21 so tak matang lagi. got it so yuni, jangan nak komen byk sgt. pendek kan review nya. XD

description

p/s: First time nak try letak gambar dalam post. Ntah jadi ke tak. Ok. Lagi excited testing gambar dari buat review
Profile Image for zairaidah.
407 reviews40 followers
October 9, 2018
Seingat aku dulu aku baca masa masih belajar lagi. Masa tu memang sweet sangat lah baca kisah macam ni. Sekarang baca rasa lain feeling.

Memang tebal dan baca pon terfikir bila nak habis. Bab-bab awal sampai sebelum kahwin memang best. Masa ni konflik tak berat sangat. Lebih kepada macamana Putra nak jadikan Adara milik dia seorang. Memang nampak Putra pakai taktik kotor. Aku pon kurang berkenan. Adara pulak naif dan lurus. Dah bagi hint pon masih blur. Malah dengan perubahan sikap Putra yang semakin baik Adara masih tak sedar.

Mulanya aku menyampah dengan Putra. Bongkak dan sombong. Bila dah jatuh suka dengan Adara lama-lama Putra dah lembut sikit hatinya. Dah tak ada nak marah-marah dekat staf. Selepas tunang then kahwin Putra mulut macam dah terlebih gula.

Masalah timbul bila Atuk jatuh sakit dan perlukan buah pinggang dari penderma. Adara masih muda dan sangat tertekan nak selamatkan orang yang dia sayang sampaikan sanggup nak gugurkan kandungan. Masa ni rasa Putra macam bodoh sebab tinggalkan Adara macam tu dan dalam diam-diam jadi penderma buah pinggang kepada atuk. Then bila dah berbaik, lagi sekali masalah timbul bila sebenarnya Adara keguguran. Dalam tempoh ni aku dah boring sikit lagi-lagi bila Putra menjalin hubungan mesra dengan Melissa. Semudah itu kau berpaling tadah. Ciss...

Bila orang yang dia sayang hampir lemas baru nak sedar kan Putra. Manusia selalu macam tu lah. Terlalu nak ikutkan kata hati. Kan lebih baik duduk berbincang daripada nak bersangka buruk dan tau nak marah je. Kawan-kawan nasihat pun still nak menangkan ego sendiri.

p/s dalam banyak-banyak novel Acik Lana ini je yang tinggal... Huhuhu
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,023 reviews377 followers
December 24, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM20. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Memang puas hati, from start to finish! Unlike her other books, KMHB is a light-hearted read. The drama only came towards the end of the story.

Can I just say I love, love, love Putra and Dara together? Sweet giler! Seronok betul bila si singa jantan dah bertukar jadi kucing manja!

Another thing I love is takda orang ketiga yang taburkan fitnah and all that. Cliche sangat! Masalah dorang hanyalah misundertanding yang terbawak-bawak sampai timbul nak bercerai.
Profile Image for Julie.
Author 18 books17 followers
November 9, 2012
kesal dgn watak perempuan yg digambarkan sangat lemah. masih mahu terima cinta walau dulu dimaki hamun dengan pelbagai kata kesat. hamba cinta sgt

read the first quarter, can't stand the story, skipped to the last few chapters. disappointing
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews74 followers
October 18, 2015
Adara adalah seorang anak yatim piatu yang telah di besarkan oleh datuk dan neneknya di kampung. Dia pergi ke KL untuk mencari kerja untuk membantu menyara adik-beradiknya. Dia dapat kerja sebagai seorang tea lady di sebuah syarikat temannya. Zidan Adiputra (Tuan Putra) adalah seorang boss yang sangat tampan dan punya ramai temanita. Tetapi sikap dia di pejabat mengalahkan singa. Dia suka melontar serta menjeritkan pekerjanya, terutama Adara. Ini kerana dia tidak suka pada penampilan Adara yang selekeh. Encik Riyad pula seorang boss yang berlembut suara dan tingkah-laku. Adara senang dengan dirinya. Encik Riyad telah merubah penampilan Adara dan terserlah kecantikkan Adara. Mulai saat itu, Adara jadi rebutan antara Encik Riyad dan Tuan Putra. Tetapi akhirnya, Tuan Putra berjaya memikat Adara. Mereka mendirikan rumahtangga. Dan Tuan Putra mulai berubah. Mereka bahagia untuk sementara. Suatu hari, datuk Adara sakit tenat. Dia memerlukan buah pinggang yang baru. Adara terasa perlu berkorban untuk datuknya. Dia bercadang untuk menggugurkan kandungannya supaya dia dapat mendermakan buah pinggangnya. Tuan Putra tidak membenarkan dan rasa kecewa dengan rancangan Adara lalu meninggalkan Adara. Sementara itu, dia sendiri telah mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk datuk Adara. Adara tidak diberitahu akan rancangannya. Dalam rasa tertekan kerana ditinggalkan suami, serta risau akan kesihatan datuknya, Adara telah keguguran. Bila Tuan Putra dapat tahu akan keguguran Adara, dia terus menyalahkan Adara tanpa usul periksa. Dia mendera hati Adara dengan bermesra dengan Melissa. Bila Tuan Putra hampir kehilangan Adara, barulah dia sedar akan betapa sayangnya dia kepada Adara. Dia insaf akan kesilapan diri sendiri yang tidak berbincang dengan Adara dan tidak membimbing Adara serta telah mendera hati Adara. Dia rasa amat bersalah. Mereka akhirnya kembali bersama dan Adara telah disahkan mengandung sekali lagi.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
October 20, 2012
~ Never regret something that made you smile, because at the time, it was exactly everthing you wanted ~ For You ADARA

~ Dont talk, Just Act. Dont Say,Just Show, Dont Promise, Just Prove ~ For You Zidan Adiputra


FOR Me ~ KALAU MEMANG HARUS BERGITU.....APABILA KEEGOAAN DITUNDUKKAN OLEH CINTA.DENGAN IZIN-NYA SEMUANYA TETAP BERGITU SEHARUSNYAA.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
January 26, 2018
Rating ikut guideline goodreads 2star maksudnya 'it's okay'. Ini bukan novel Acik Lana pertama bagi saya, dah lebih 3juga rasanya novel AL lain yang saya dah baca sebelum ni. Perception saya terhadap karya AL agak positif, cerita dia tak berapa banyak menggedik dan watak wanita biasanya baik-baik. Malangnya untuk saya (malang sebab novel ni tebal dan tak sikit masa nak diperuntukkan untuk baca walau saya speed reading), sungguh saya tak boleh nak suka. Watak Adara kira okay sebab dia gadis yang baik, bukan mata duitan, niat nak cari rezeki di kota untuk bantu ringankan beban atuk & nenek, berpegang selalu kepada prinsip lelaki-bukan-muhrim-tak-boleh-dengan-sesuka-hati-pegangx2-tangan dia'. Adara juga naive kot, sebab tu senang masuk perangkap cinta yang dipasang dek Putra. Mamat ni main kotor untuk buat Dara bengang dengan Riyad, pindah masuk ke kondo dia bla bla bla dan yang paling saya meluat, dia jatuh cinta dengan Dara yang sudah di-transform supaya nampak mengancam... setara gadis-gadis kota oleh Riyad. Masa Dara pergi kerja tanpa makeup, pakai kurung dan kasut buruk dia tak pandang pun, diherdik dan keji lagi ada. Itukah cinta sejati namanya? Putra juga ego tinggi, kuat mendesak dan tak boleh terima kalau orang bangkang cakap dia, maklumlah orang ada-ada, mungkin keadaan kehilangan kasih ibu sejak kecil dan dihantar belajar oversea sejak umur muda jadi justifikasi untuk kesombongannya. Tapi iyalah bila dah jatuh cinta macam-macam pengorbanan pulak dihulur buat Dara dan keluarganya... still ... saya tak suka Putra huhu. Satu lagi, biasanya 'English sentences' dalam novel Acik Lana elok jer, apasal dalam novel ni berterabur sikit?
28 reviews4 followers
March 10, 2018
Tak suka heroin, Adara yang sanggup gugurkan anak untuk derma buah pinggang kat atuknya sendiri. Nak selamatkan orang yang kita sayang tak bermakna kita boleh bunuh anak sendiri. Macam2 usaha pulak tu untuk gugurkan anak, dia sengaja makan nanas banyak2, berlari sana sini, hentak kaki kuat, buat kerja2 berat supaya kandungan dia gugur.
.
First time rasa mcm ‘padan muka kau’ kat si isteri bila si suami curang.
.
Sinopsis
Adara kerja sebagai tea lady kat syarikat ayah Putra. Putra tak suka tengok orang selekeh mcm Adara, so mcm2 yg dia buat untuk susahkan Adara.
.
Riyad sepupu Putra sukakan Adara & ubah penampilan Adara. Putra baru sedar yg Adara ni cantik.
.
Macam2 alasan Putra buat untuk jauhkan Adara dr Riyad. Banyak scene cemburu2.
.
Then Putra berlumba dgn Midi untuk meminang Adara. Then dorang ni kahwin, bahagia sekejap.
.
Atuk Adara perlukan buah pinggang dan Adara berkeputusan untuk gugurkan kandungannya untuk dermakan buah pinggang. Putra mengamuk dan tinggalkan Adara.
.
Dalam diam Putra merancang untuk dermakan buah pinggang dia tanpa pengetahuan Adara.
.
Adara terjatuh dan keguguran. Tapi Putra salah anggap yang Adara sengaja gugurkan kandungan. So dia plan nak ceraikan Adara dan bermesra dengan Melissa.
.
Lepas gaduh kat pantai, Adara hampir lemas. Baru putra sedar yang dia tidak boleh kehilangan Adara.
.
Happy ending.
.
.
Comel part Putra ngorat Adara. Tp hilang mood lepas Adara buat mcm2 untuk gugurkan kandungan.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
February 4, 2018
Wah.. Adara ni mcm Cinderella story. Putra pulak kepala angin.. Dah kena ahh.. Ok I enjoyed but I find it a bit draggy at the start. Riyads moment was quite brief but Husna is really a friend you need in a sticky spot. Tapi pengorbanan yg mereka buat untuk atuk was amazing.
Profile Image for Izz.
420 reviews8 followers
December 24, 2018
Best! Baca novel ni rasa happy, rasa nk senyum sorang2, rasa nak marah pon ada and lastly rasa nak ngis dan geram pon ada...tapi lepas tu happy balik... best!
Profile Image for Intan Safinaz.
17 reviews1 follower
June 10, 2019
Setelah sekian lama simpan barula la dapat baca..
Baca buku ni ade macam2 rasa..menyampah dkt tuan putra..siap nk kapelkan pulak dgn en riyad..tp tula benci2 tu la jd suka...
Profile Image for Ayda Razak.
388 reviews24 followers
December 31, 2021
Pertama kali baca hasil nukilan Acik Lana. Banyak yang tak kena dengan jalan cerita ni, tapi tak sangka walaupun ambil masa lama untuk dihabiskan, namun habis jua sebelum tahun baru.
5 reviews
October 22, 2016
Personally, pertama kali saya nampak buku ini, saya turned off - because it was too long, 1000+ pages! But they say, never judge a book by its cover and so I tried reading it. I did not have any expectations, baca je. Dan saya mula jatuh cinta dengan cerita ini, at least the first half. Saya suka perubahan ketara dalam watak Tuan Putra yang disebabkan oleh kehadiran Adara. Saya suka keegoan yang diserlahkan dalam diri Tuan Putra. Basically, I fell in love with the writer's imagination of Tuan Putra.

However, towards the second half, when the drama kicks in, the characters seem very annoying to me. Maybe the plot was too long, entahlah. Mungkin juga disebabkan oleh elemen-elemen yang agak cliche yang diselitkan dalam cerita ini - bukan keseluruhan yang cliche lah tapi ya. But one thing for sure yang saya tak boleh terima is bila Adara ingin menggugurkan anaknya sendiri. Sungguh tidak masuk akal! Saya faham dan terima tindakan Putra.

Anyways, respect kepada cik penulis sebab dapat menghasilkan naskhah 1000+ mukasurat. Plot pun sebenarnya menarik, dan cik penulis ada bakat dalam pembangunan watak (character development). Will definitely read more of your books :)
Profile Image for Haq Raihah.
300 reviews55 followers
December 31, 2014
wow! ni novel pertama aku yg bermuka surat 1000 lebih... memang letih giler nk habiskan...

malas nk komen byk2...so aku ringkaskan aje...

Zidan Adiputra - bg aku...betul dah tindakan Zidan... klu aku, aku pon akn marah...yelah... cuba kau bygkan... kau ni suami... one day, kau dpt tahu isteri kau mengandung... memang kau happy kan?...lebih2 lg isteri kau mengandung ank sulung...tp tiba2! isteri kau nk gugurkan kandungan tu dgn SENGAJA! how you feel?... mestilah kau akn marah! membantah! kecewa!

lepas tu kau berkorban utk isteri kau demi menyelamatkan ank kau digugurkan...kau tolong dermakan buah pinggan kau utk atuk isteri kau... tiba2 lepas operation, kau dpt tahu ank kau memang dah gugur... how you feel?

Adara - bg aku...cukup kejam seorg wanita yg bakal bergelar ibu sanggup utk menggugurkan kandungannya...memanglah niat Dara utk berkorban demi atuknya...tp...cara Dara tu salah...dan cukup kejam!
Profile Image for Khasidah Abdullah.
23 reviews
June 28, 2014
KMHB mmg best. Walaupun lambat sangat nk tamatkn...(sebab tebal n bz ngan hal ehwal), Sebenarnya lebih suka watak Encik Riyad dr Tuan Putra. Sebab rimas ngan lelaki yg kuat cemburu. Sebagai pembaca mesti kena jujurkn, yg kurang skit tu mcm pelik dr seorg tea lady ke secretary...hhmm. Last2 sengih jugak tapi mmg layanlah jln critanya.Thumbs up Acik Lana!
Mula : Lupa
Profile Image for Mommy Farah.
362 reviews14 followers
November 4, 2015
agak lama jgk nak habiskan buku tebal2 ni...bukan sebab tak best tapi sayang nye nak habiskan...tak puas menyelami kisah adara dan tuan putra...awal2 bacaan gelak sorang2...akhir bacaan nangis plak...emosi sungguh baca novel ni...tahniah acik lana...walaupun saya agak terlewat mengenal KMHB berbanding orang lain...
Profile Image for Wanori.
2 reviews5 followers
March 17, 2013
Storyline kinda ok although a little too far-fetched - from tealady to secretary to fiancee to wife but still readable. Just that at the end, the pengsan, pitam, lemas and the masuk hospital endless times are rather too much.
Profile Image for Anne.
55 reviews2 followers
October 4, 2014
Luv this book but benci dgn heronya zidan coz but Adira hampir lemas masa dkt pantai......
Sepatutnya bagi pengajaran sikit dkt zidan tuuuuu.....!!!
Anyway I'm not the writer..
But seriously luv this book compared to her others....;)))
Profile Image for Ed.
102 reviews12 followers
May 22, 2014
Saya baca novel ini tersengih-sengih....sweetness potong kaki punya cerita. I love Putra & Adara so much!!!!
Profile Image for Qayiem Razali.
886 reviews84 followers
October 23, 2014
Satu-satunya novel Acik Lana yang paling sweet tahap diabetes pasangannya. Suka sangat dengan watak Putra dan Adara. N, karya Acik Lana masih dengan tulisan luar biasanya!
Displaying 1 - 30 of 33 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.