Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cendol Pulut Santan Lebih

Rate this book
Jangan malu untuk bertegur sapa dengan Datuk Abd Jalil Ali, sekiranya terserempak dengan dia dan isteri di pusat membeli belah, pasaraya, pasa tani, pawagam, tempat lelong durian tepi jalan, di gerai atau restoran nasi kandar, di tempat letak kereta, hatta di tandas awam.

Dulu dan sekaran dia memang suka berkawan dan tidak kedekut berkongsi idea. Katanya: "Kalau kita beri orang satu idea, mungkin dia akan beri kita dua atau tiga idea. Lagipun bagi idea kepada orang bukan keluar modal, cuma keluar air liur!"

Lebih tiga dekad melalui perjalanan kewartawanan yang panjang lagi berliku - daripada pemberita cabuk kini menjadi Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf - dia telah menyaksikan, dan mencatat seribu satu karenah manusia, dari peringkat tertinggi seperti pemimpin politik dan tokoh-tokoh korporat, hingga rakyat biasa termasuk pemandu teksi, tukang bekam, bomoh tangkap hantu pocong, penggali kubur dan tukang bakar mayat di jirat Cina.

Pengalaman hari-hari ditulis secara santai dan lucu, tetapi penuh sindiran sosial. Katanya: "Ini cerita orang biasa, kena tulis dengan cakap mudah. Bahasa tinggi-tinggi pun tidak guna kalau dia orang tidak faham."

368 pages

First published January 1, 2012

3 people are currently reading
27 people want to read

About the author

Ariff Affandy atau nama sebenarnya Abdul Jalil Ali tidak menganggap dirinya sebagai seorang novelis. Walaupun telah menghasilkan banyak karya kreatif - novel, cerpen, drama radio, skrip TV dan filem - menggunakan berbagai nama samaran (antaranya Boonlert Pratchai, Jasnilara, Abdjal S.E., Ila Lilaj, Mimi Hamidah), beliau tetap menganggap dirinya sebagai seorang wartawan biasa.

Minat menulis sejak di bangku sekolah, beliau meninggalkan Kampung Sungai Jaya, Bukit Gambir, Muar, setelah tamat SPM awal 70-an, dan mula menceburi dunia persuratkhabaran sebagai pemberita pelatih di Jalan Chan Sow Lin. Berhenti dari Utusan Melayu, beliau meneruskan tugas kewartawanan di beberapa syarikat penerbitan akhbar dan majalah di Kuala Lumpur.

Dari pemberita pelatih, kerjayanya meningkat menjadi wartawan kanan, penolong editor, editor kanan, dan ketua editor. Walaupun mengambil jurusan Sains Politik ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM), kewartawanan terus menjadi pilihan. Beliau mula menyertai Kumpulan Karangkraf pada 1991, dan kini menjadi Ketua Editor Kumpulan. Beliau juga menjadi Timbalan Pengerusi Institut Akhbar Malaysia.

Pengalaman kewartawanan yang dilalui lebih tiga dekad, banyak mengajarnya menjadi manusia, dan mengetahui seribu satu macam rencah-rencah kehidupan, termasuk tentang cinta. Sebahagian kenangan manis dalam dunia kewartawanan itu dijadikan latar penceritaan novel ini.

Senarai buku yang ditulis oleh beliau boleh dilihat di sini:
http://www.alaf21.com.my/penulis/?idW...

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (20%)
4 stars
10 (41%)
3 stars
6 (25%)
2 stars
2 (8%)
1 star
1 (4%)
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
November 11, 2013
Rencam kehidupan yang berlaku dalam aktiviti seharian kita yang disampaikan dalam bahasa yang mudah dan menarik. Boleh dijadikan iktibar bagi kita untuk meneruskan kehidupan seharian yang semakin hari semakin mencabar.
Profile Image for Khuraisah Mohd Nasir.
34 reviews
April 16, 2013
Saya suka tulisan Dato' Jalil ini. Santai dan bersahaja. Seperti kebanyakan penulis lelaki lain. Hadiahkan buku ini untuk suami. Tapi saya yang baca dulu. :)
Profile Image for ilafahmy.
114 reviews19 followers
October 10, 2013
isu family dlm bentuk penyampaian yg mencuit hati...gelak sorang2 pulak baca buku ni...
Displaying 1 - 6 of 6 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.