Jump to ratings and reviews
Rate this book

Gergasi

Rate this book
Gergasi
Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang…

500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali.

Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa dia ada kaitan dengan kemunculan
GERGASI itu...


- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
An armored giant appears in 1511 to assist Melaka that is being invaded by the Portuguese. The giant disappears but then surfaces 500 years later in modern-day Kuala Lumpur. A mild-mannered computer programmer Rizal is told by a mysterious warrior, Hu Xien, that Rizal has something to do with the giant's reappearance...


______________________
Novelis : Khairul Nizam Khairani
Lahir kat Parit Jawa, Bapak Bugis, Mak Jawa,
Suka mi rebus Jawa, Tulis bukan suka-suka,
Tulis harap boleh kaya, Kalau miskin pun tak apa,
Asal mati masuk syurga, Amin!



Cetakan Pertama : Oktober 2012
-

320 pages, Paperback

First published October 26, 2012

12 people are currently reading
229 people want to read

About the author

Khairul Nizam Khairani

46 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
65 (28%)
4 stars
75 (33%)
3 stars
64 (28%)
2 stars
19 (8%)
1 star
2 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 40 reviews
Profile Image for Qhist Ma.
96 reviews64 followers
December 22, 2012
Lepas baca beberapa novel keluaran Fixi sebelum ni, aku sebenarnya agak berat hati untuk melabur lagi... diakui memang sungguh tak adil menghakimi sedemikian rupa dan tak meletakkan sesuatu pada tempatnya..bukan salah Fixi sepenuhnya pun sesetengah novel keluarannya agak tawar dan hambar; dan betapa prejudisnya aku terhadap KNK, belum baca dah buat inferens awal.. tapi, lepas tengok cover yang baik punya tambah sinopsis yang lain macam, aku tegarkan hati beli buku ni lepas seminggu masuk dalam wish-list. Lebih sebulan baca (ambil masa yang lama bukan sebab takbest, tapi takde masa), aku angkat tangan nak vote siap2 kalau Fixi ada buat perancangan novelist mana yang patut dikekalkan dan novelist mana bukunya patut ada sambungan lagi. Walaupun bahasanya agak kurang mencengkam jiwa, idea yang selalu digunapakai..tapi the way the author present his story a bit different - yeah! gembira menyelusuri idea dan imaginasi kamu encik penulis!

Adik ajim yang terjumpa logam berkilat tu, cepat besar yer...nanti besar2 boleh jadi mini transformer...akak tunggu...~
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 15, 2013
Ini kali pertama rasanya aku baca karya berbentuk sci-fi begini. Jadi, rasa suka itu sudah menari-nari dalam hati semenjak aku menyelak halaman pertama. Dan aku makin jatuh cinta bila saja otak dan hati berjalan seiring menghadam naskhah tuan penulis *wink*

Gergasi ni bagaikan Optimus Prime yang tersesat di Tanah Melayu. Aci tak kata begitu? hahaha5 Begini, pada sekitar tahun 1511, kota Melaka diserang oleh askar Portugis. Ketika kerusuhan itu muncul Batara Waja; gergasi misteri yang membantu para hulubalang Melaka. Namun, dalam bertempur itu, tiba-tiba saja Batara Waja hilang. Tiada yang tahu siapa, di mana dan ke mana gergasi itu datang dan pergi tetapi nama Batara Waja meniti bibir para rakyat tempatan.

Melangkaui abad ke 21, bandaraya KL digemparkan dengan kemunculan gergasi yang seolah-olah membantu pihak polis menangkap penjenayah. Ketika ini lagenda Batara Waja diperkatakan kembali. Rizal; seorang pemuda biasa-biasa mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan dengan gergasi tersebut. Dia sememangnya bukan lelaki yang boleh dianggap hero. Yalah, dalam cerita ni asyik pitam saja dan selalu dipermainkan oleh rakan sekerjanya. Namun suatu hari, muncul Hu Xien yang menyatakan Rizal bahawa dia adalah pewaris Gergasi tersebut...jeng jeng jeng...

Hmm... agak mengejutkan aku sendiri bila aku pilih Gergasi melebihi Pecah, Kelabu & Murtad. Mungkin kerana ia mengingatkan aku pada gaya RAM. Oh! Baik, aku tak boleh membandingkan dua penulis ini kerana mereka berdua sememangnya ada stail yang tersendiri :D

Tetapi aku suka bila penulis berjaya buat aku percaya pada jalan ceritanya. Percaya pada asal usul penciptaan sut perisai luar biasa – DEMON, sepertimana rasa percaya pada sang Batara Waja itu wujud. Begitu juga dengan nilai persahabatan yang diangkat dalam cerita ini. Persahabatan antara Anwar-Rizal dan Rizal-Nathan, serta Zohaimi-Hamka-Samsudin. Sahabat tak kenal hitam atau putih. Heh! Tiba-tiba aku kagum dengan Zohaimi *wink*

Apa pun sang hero; Kapten Aman yang ada di awal dan akhir cerita buat aku lebih teruja. Ala... saja la kan kau rina *gedik* kih5 ;P
Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
November 24, 2012
Khairul Nizam Khairani (KNK) bukanlah satu nama asing dalam dunia penulisan tempatan. Cuma mungkin genre penulisan yang beliau ceburi itu membuat namanya agak terpencil daripada gergasi-gergasi penulis lain di Malaysia yang lebih cenderung akur kepada bentuk penulisan yang tertakluk pada ruanglingkup budaya popular yang ternyata diakui jauh lebih menguntungkan. Namun, harus aku akui bahawa KNK merupakan seorang penulis yang berbakat besar, dan teramat rugilah kalau bakatnya itu dipandang sepi oleh masyarakat, khususnya penggemar novel tempatan.


Gergasi merupakan percaturan KNK yang terbaru di bawah penerbitan FIXI selepas tiga novel beliau yang terdahulu iaitu Kudeta Intro, Kudeta Klimaks dan Anarkis. Tiga novel beliau yang terdahulu diterbitkan di bawah penerbit lain, dan setelah bertahun-tahun manuskrip untuk Gergasi ini tersadai, akhirnya FIXI berani untuk mengambil dan menerbitkan novel bergenre fiksyen sains ini.

Sejujurnya harus aku perjelaskan bahawa nama KNK jatuh ke telingaku dan kedengaran agak janggal. Mungkin seperti apa yang aku jelaskan tadi, KNK menulis dalam genre fiksyen sains yang tidaklah sebegitu gah dan popular bagi demografik pembaca Malaysia jika hendak dibandingkan dengan genre cinta dan kemanusiaan. Apa-apapun, aku harus angkat topi kepada kedua-dua FIXI dan KNK kerana tegar dan berani untuk menampilkan sesuatu yang segar dan berbeza untuk generasi Y masa kini yang mahukan bahan bacaan yang berbeza.

Baiklah. Cukup-cukuplah dengan mukadimah yang meleret-leret. Gergasi memperkenalkan pembaca kepada Rizal, protagonis tidak cukup kacak yang pada mulanya dilihat agak out of place dari plot asas cerita ini kerana dia digambarkan sebagai seorang programmer yang agak ambiguous dan tidak banyak sejarah tentang Rizal yang didedahkan kepada pembaca melainkan yang dia seringkali dihinggap sakit kepala, pitam dan tidak sedarkan diri pada ketika-ketika yang tidak disangkakan. Tambah aneh apabila kemunculan sebuah (atau seorang?) gergasi yang disebut-sebut sebagai Batara Waja tiba-tiba muncul di tengah-tengah kota dan seolah-olah mengambil-alih tugas polis dalam membanteras penjenayah kerana ada beberapa cubaan pihak berkuasa untuk memberkas sekumpulan penjenayah ini ternyata sia-sia dek kemunculan gergasi bernama Batara Waja ini.

Plot cerita dalam Gergasi agak bercampur-aduk dan kadang-kadang mengelirukan pembaca sebenarnya kerana terlalu banyak yang berlaku dalam satu-satu bab. Ini menyebabkan aku agak (maaf) terganggu untuk membaca sebab aku ini seorang pembaca yang perlahan dan aku acapkali berhenti baca di hujung sub-bab, letak naskah ini dan buat kerja-kerja lain (memasak, contohnya) sebelum sambung baca ke sub-bab seterusnya dan momentum dan terkadang aku terlupa apa yang berlaku sebelumnya. Ini menyebabkan aku harus belek kembali beberapa halaman terdahulu untuk mengetahui yang "Oh, aku dah baca perenggan ni sebenarnya!". Setiap bab dalam Gergasi mempunyai pecahan-pecahan sub-bab berlainan lokasi, watak dan terkadang latar masa dan ini sedikit-sebanyak membikin Gergasi bukanlah suatu bacaan yang mudah (sekurang-kurangnya tidak bagiku). Namun, aku sedar mungkin penulis ada alasan yang tersendiri kerana dia mahu tampilkan sisi sebanyak sudut yang mungkin untuk membolehkan pembaca 'tenggelam' dan menikmati dunia Gergasi yang diciptanya. Oleh itu, sebenarnya adalah elok kalau pembaca yang ingin beli naskah Gergasi ini sediakan sedikit masa senggang untuk habiskan baca novel setebal 320 halaman ini dalam sekali duduk sahaja, jangan jadi macam aku yang banyak kali berhenti baca untuk buat kerja lain dan akhirnya tak faham apa yang aku baca.

Oleh kerana susunan plotnya yang pada hemat aku agak terpotong-potong dan tidak linear seperti kebanyakan novel konvensional lain, kekurangan kedua yang aku nampak dalam Gergasi adalah dari segi perkembangan watak yang diperkenalkan di dalam novel ini. Satu: terlalu banyak watak yang diperkenalkan sehinggakan aku sendiri sukar untuk berasa 'tenggelam' dan dekat dengan jalan cerita untuk memahami mereka dengan lebih baik. Ambil contoh perkaitan Anwar-Nuraini-Rizal yang terbina pada penghujung suku pertama novel. Ya, mungkin Anwar dan Nuraini bukanlah leading characters seperti Rizal, namun aku kira perincian yang diberikan kepada mereka teramatlah kurang sehingga aku rasakan hubungkait antara mereka bertiga agak mendatar dan tiada dinamik yang kukuh. Dua: disebabkan terlalu banyak watak yang diperkenalkan, pada hemat aku, penulis seperti tidak dapat untuk memperincikan perwatakan setiap watak yang diperkenalkan sehingga ada beberapa watak yang aku anggap agak papery thin dan mendatar dan two-dimensional.

Namun kelemahan plot yang aku anggap agak menyusahkan pembaca dan sengaja berterabur itu ditutup dengan cerita yang kemas, teliti dan asli, dan menampakkan bahawa penulis banyak membuat penyelidikan demi untuk memastikan accuracy dan elemen-elemen sains fiksyen yang diperkenalkan serealistik dan selogik mungkin. Mungkin ramai yang sudah membaca Gergasi akan terbayangkan robot-robot seperti Transformers atau Iron Man divisualisasikan sebagai Batara Waja tetapi entah kenapa aku asyik kerap terbayangkan Kamen Rider versi lokal. Entahlah. Mungkin aku dibesarkan menonton siri Kamen Rider, barangkali.

Gergasi aku beri dua setengah daripada lima (di Goodreads aku beri tiga kerana tidak boleh meletakkan setengah bintang pada rating-nya) atas sebab-sebab yang aku jelaskan di atas. Mungkin rating yang agak rendah ini aku berikan disebabkan aku membaca sebuah karya yang bukan genre kegemaranku. Ya, mungkin sekali faktor itu yang mempengaruhi aku agar untuk menjadi agak biased dalam menulis ulasan ini. Apa-apapun, bagi penggemar fiksyen sains dan pengumpul novel-novel FIXI, rasanya tak perlulah aku canang lebih-lebih kerana novel ini memang harus dijadikan koleksi peribadi.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
January 2, 2015
02-01-2015

Buku pertama yang disudahkan untuk tahun 2015. Kononla, padahal baru habis baca semalam setelah beberapa hari pembacaan tertangguh. Hihi. Permulaan yang tidak menghampakan untuk tahun baru. :)

Apa yang boleh saya katakan:

1. Saya sukakan idea kisah ini. Penulis berjaya buat saya percaya tentang kewujudan Batara Waja yang kononnya pernah membantu kerajaan Melaka sewaktu diserang Portugis.

2. Ada unsur merentasi dimensi masa; buat saya teringat kepada hero pujaan ramai - Laksamana Sunan. Hihi. Whoops, ini bukan nak membandingkan ya. Kedua-dua penulis punya stail menulis tersendiri.

3. Perjalanan kisahnya amat perlahan kerana banyak / ramai watak yang ditampilkan. Tapi bahagian klimaks memang mengujakan. :)

4. Setuju dengan salah satu resensi yang mengatakan rupa bentuk Gergasi / Batara Waja ni tak dapat diimaginasikan. Saya cuma dok terbayang robot Transformer / Voltron. Cuma mungkin dalam versi yang lebih canggih kot? :)

5. Suka semangat setiakawan antara Rizal-Nathan, Rizal-Anwar dan juga antara Zohaimi dan rakan subahatnya yang ditonjolkan dalam kisah ini.

6. Saya harap Kapten Aman bakal muncul dalam mana-mana buku karya penulis yang akan datang. Haha.

7. Ini antara terbitan Fixi yang 'suci murni' setakat ini. ;)

8. Tahniah buat penulis. Mungkin boleh cuba cari buku-buku tulisannya yang pernah terbit sebelum ini. :)

P/s: Dah jadi makin malas nak menaip nampaknya. :P



Profile Image for Hilmi Isa.
378 reviews29 followers
March 2, 2013
Khairul Nizam Khairani kembali lagi dengan karyanya yang terbaharu,Gergasi! Berikut adalah sinopsis ringkas novel tersebut:

Batara Waja,merupakan sebuah gergasi yang membantu para pejuang Melaka menangkis serangan arus pertama pihak Portugis ke atas Kota Melaka pada tahun 1511. Malangnya,sewaktu menentang serangan kedua tentera Portugis,Batara Waja tiba-tiba ghaib!
Pada abad ke-21,Batara Waja kembali! Batara Waja beberapa kali bertindak menghalang perbuatan jenayah. Tetapi,siapakah yang mengendalikannya? Tambah menambahkan kehangatan suasana,terdapat beberapa pihak yang memburu Batara Waja. Dapatkan jawapannya dengan membaca novel yang hebat ini!

Saya meminati hasil tulisan atau karya Khairul Nizam Khairani selepas saya membaca novel yang bertajuk Anarkis. Dan,karyanya yang terbaharu ini,di bawah terbitan FIXI,ternyata tidak mengecewakan(sekurang-kurangnya pada pendapat saya). Jika di dalam Anarkis lebih bertemakan 'thriller-aksi-ketenteraan',Gergasi merupakan sebuah novel yang masih bertemakan aksi,yang ditambah 'perencah' sains-fiksyen.
Saya agak terkejut juga dengan kemampuan penulis memcipta plot cerita yang baik dan kompleks. Jika ada yang menganggap bahawa Gergasi hanya merupakan sebuah novel aksi biasa yang melibatkan pertempuran antara robot-robot semata-mata,ternyata ianya silap sama sekali! Lebih daripada itu sebenarnya.
Saya juga amat menyukai pembentukan watak utama novel ini,iaitu Rizal yang realistik dengan realiti. Saya mungkin berasa empati kepada watak tersebut juga kerana terdapat sedikit persamaan personaliti antara saya dan Rizal. Saya juga sukakan akhiran cinta yang terdapat di dalam novel ini kerana tidak klise.
Konsep atau tema yang ditonjolkan di dalam novel ini adalah sesuatu yang unik sekali. Saya fikir,masih belum ada penulis yang lain menampilkan idea yang sedemikian rupa. Gergasi juga unik kerana novel ini,berdasarkan apa yang saya ketahui,merupakan satu-satunya novel keluaran FIXI yang tidak mengandungi unsur-unsur lucah atau deskripsi aksi-aksi seks yang keterlaluan. Jadi,jika anda seorang yang anti kepada buku-buku FIXI yang mengandungi unsur lucah,anda tidak perlu berasa ragu-ragu untuk membeli novel ini.
Terdapat juga beberapa kekurangan di dalam novel ini. Antaranya adalah seperti:

1) Deskripsi watak yang agak kurang jelas - Saya sebenarnya agak terkeliru dengan saiz sebenar Batara Waja. Adakah ia mempunyai saiz sebesar 'Transformers' atau mempunyai saiz fizikal seperti 'Incredible Hulk'? Mungkin adalah lebih baik sekiranya penulis dapat menyediakan sebuah ruangan khusus di dalam novel,yang menerangkan mengenai ciri-ciri yang terdapat pada Batara Waja.

2) Perkembangan cerita - Cerita Gergasi ini boleh dikembangkan lagi. Namun,mungkin kerana dasar FIXI yang tidak mahu menerbitkan novel yang terlalu tebal atau banyak muka suratnya,perkara ini berlaku.

3) Misteri - Terdapat beberapa perkara yang tidak dijelaskan dengan terperinci. Sebagai contoh,kenapakah King Kong,seorang pengedar dadah,mati? Siapakah yang membunuhnya? Siapakah yang mencuri wangnya?

Walaupun demikian,kekurangan di atas tidaklah menjejaskan mutu persembahan novel ini secara keseluruhannya. Malah,berani untuk saya katakan bahawa Gergasi merupakan salah satu novel FIXI yang terbaik. Saya tidak rasa rugi membeli dan membacanya. Saya akan terus menyokong penulis ini. Tidak malu untuk saya mengakui bahawa saya merupakan peminat beliau. Semoga FIXI mengikat kontrak penulisan dengannya. Jika tidak,ternyata FIXI telah melakukan satu KESILAPAN YANG PALING BESAR DAN BODOH! Tidak dinafikan,Khairul Nizam Khairani ini merupakan seorang penulis yang mungkin masih mentah (dalam beberapa segi). Namun,jika diberikan peluang yang sebaiknya,insya-Allah,beliau mampu mengegarkan industri perbukuan negara kita dengan karya-karyanya yang bermutu tinggi pada suatu hari kelak.
6 reviews1 follower
July 13, 2014
dah lama dah saya baca buku ni jd ingatan agak samar2.. saya suka dengan storyline yang memang lain daripada yang lain. penceritaan kemas jugalah sebab ada awal dan akhir yang boleh saya kata jelas. so far ni antara buku yang saya puas hati juga sebab dapat buktikan yang kita xperlu la unsur seks dan lucah bagai untuk dimasukkan dalam penceritaan. saya memang suka dengan cerita ni cuma saya tak faham nape kawan kawan saya xsuka.. hmm
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
November 11, 2012
Smart sial sampul buku.

--At last, I'm quite satisfied with this book. Please, do write more, Khairul Nizam Khairani.
Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
rasa nak baca buku ni pun sebab tertarik dengan cover dan tajuk. dan judging by these two, dah boleh agak cerita pasal apa.

bila cerita part robot/gergasi, teringat dekat iron man. sut robot yang dikemudi oleh manusia. yes. totally iron man. and since it can only be handled by someone who has the same DNA, situated dekat tekuk lagi, slightly differ from iron man, which has that at his chest.

mula mula agak konfius sebab cerita time 1511, dekat melaka yang sangat ringkas, secara tiba tiba dah berbalik ke masa kini. then lama lama baru boleh tangkap jalan cerita ni.

unexpected? entah la. dah boleh agak siapa Rizal tu. tapi tak sangka yang dia ada kaitan dengan Aman pulak. long lost uncle?

and explanation yang benda tu datang dari future, lagi buat cerita ni make more sense, since aku tak dapat imagine lagi zaman sekarang dah ada teknologi semua ni. though it would be so cool if we have one.

and syarikat senjata Datuk Nazri, bagi aku awesome habis sebab diorang dah buat mesin canggih, dah boleh buat robot, cyborg. very genius intrepeneur for me. sangat sama macam iron man, yang usaha sendiri, with his own mind and intelligence to create something so cool and awesome. tapi sayang, semua yang dia buat, hancur macam tu je.

love story between Nuraini, Rizal dan Anwar macam menambah perisa? perasa? i don’t know, tapi macam menambah something la dalam story ni, make it more interesting. instead of just talking about gergasi je kan.

aku tak tahu la kalau dah ada author dari Malaysia yang tulis cerita macam ni. ni second time aku baca buku sci-fi? selepas invasi (which dari fixi jugak). interesting bagi aku sebab boleh create cerita macam ni. and ada kait kan jugak dengan sejarah melaka-portugis.

keep it up!
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
February 26, 2013
Cover novel ini memang menarik, kita sudah boleh agak genre ceritanya ala2 si fiksyen…cuma plot ceritanya agak perlahan pada 10 bab terawal…aku tak dapat gambaran rupa sebenar Gergasi yg di bayangkan penulis…adakah macam Hulk ke…@ Gundam ke…@ Ironman ke…kewujudan Gergasi pada Zaman Kejatuhan Melaka pun menimbulkan sedikit tanda tanya pada aku….tp bila sudah masuk babak pertemuan antara Hu Xien dgn Rizal graf pembacaan aku sedikit menaik..apatah lagi penulis cuba menimbulkan kekeliruan kepada watak Rizal, kenyataan siapakah yang benar antara Hu Xien dgn Sun Cheng…segala pertanyaan boleh di katakan terjawab tatkala membaca Bab 11…malahan terdapat serangan 3 penjuru drpd cyborg/terminator(itu yang aku sangkakan pada mulanya)…terselit juga elemen percintaan antara watak utama Rizal…& Epilognya mcm terlalu panjang bagi aku…tp akan menjawab kejadian yang berlaku pada Aman sebenarnya…

Aku sedikit janggal bila membaca dialog antara watak Rizal & Nathan…terasa seperti di buat2…mungkin sebab aku membaca karya KNK sebelum ini drpd PTS…walaubagaimana pun novel ini masih boleh di layan…bahasanya mudah dan boleh di fahami…tiada unsur2 sx wlaupun terbitan FIXI…
Profile Image for Puteh Jerneh.
112 reviews14 followers
November 21, 2012
dont think that malay author can write things like this..
aku suka buku ni... mula-mula baca rasa mcm merapu...dah baca banyak sikit rasa mcm xbleh nak letak buku...mmg best... kalo sape2 yang suke genre si-fi action... baca buku ni..buku ni mmg best...
syabas Khairul Nizam Khairani...

p.s-
kalo ada sequel pun best jgk ni...
Profile Image for Azura Mustafa.
39 reviews
November 30, 2012
Buku ini terlalu lemah dari segi plot dan pembangunan setiap karektornya. Setiap kali bab baru muncul, watak baru juga muncul. Terlalu banyak watak dan jalan cerita yang agak memeningkan kepala. Saya terpaksa mengulang semula beberapa bab berkali-kali supaya saya tidak 'lost'. Apa pun, percubaaan yang baik. Dan rekabentuk kulit yang menarik.
Profile Image for Hafizul Osman.
66 reviews3 followers
May 6, 2014
Jika ada filem untuk novel ini, pasti aku akan pergi 'congok' depan wayang untuk tengok filem adaptasi novel ini. Walaupun ada beberapa perkara yang boleh diubah suai dan beberapa fakta sains yang setakat lapisan permukaan sahaja, setidak-tidaknya, novel ini menepati genre aksi dan lebih penting, sebuah novel sains fiksyen.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
March 13, 2018
Buku yang memaparkan aksi, penggunaan teknologi dan juga penyiasatan.. Ada gabungan masa lalu dan masa kini.. Sedikit dari masa hadapan.. Memang menarik cara penulis menyampaikan cerita, berjaya memukau untuk Sha meneruskan pembacaan.. Ending dia memang tak dijangka..
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
December 21, 2014
macam menonton filem keluaran KRU Studios.

mohon ditayangkan di pawagam pada Hari Raya Pertama nanti.
Profile Image for Ryan&Hakimie.
17 reviews1 follower
December 10, 2015
2.1 bintang untuk novel ini.


Antara komen saya untuk novel ini adalah:

1) Sepatutnya tajuk buku ini bukan GERGASI tetapi "TIBA-TIBA".
Penggunaan kata 'tiba-tiba' yang terlampau banyak dalam novel ini. Seringkali ketika membacanya, terpaksa memotong perkataan tiba-tiba itu bagi melancarkan pembacaan. Bagi saya, perkataan 'tiba-tiba' itu haruslah digunakan dengan tepat dan tidak perlu setiap perubahan perbuatan/perasaan yang dirasa itu harus diletakkan 'tiba-tiba'.

Saya ingatkan ini novel pertama penulis. Rupanya penulis ini pernah terbitkan novel sebelum ini. Jadi ianya adalah satu kejutan buat saya kerana dalam pendapat saya, menggunakan perkataan 'tiba-tiba' itu adalah satu reg flag dalam penulisan novel jika digunakan terlalu banyak.


2) Ayat perbualan yang kedengaran ganjil dan terlampau skema.

Cth:-
m/s 115 - "Ya! Namun ia tidak cukup untuk meragut nyawanya."
[Ayat perbualan seorang ayah dengan anaknya]

Ganjilnya di sini, (1) ada ke orang guna 'namun' dalam perbualan seharian sebab mostly orang guna 'tapi', dan (2) ayat ini tersangatlah skema.

3) Cinta tiga segi dan bersegi-segi.
WARNING! SPOILER AHEAD!!
Drama cinta bersegi ni rasa macam, "perlu ke cinta segi-segi yang nak termuntah ni?" Bagi saya ianya terlampau cliche! GF suka kawan baik sendiri? Big deal! Kadang-kadang cinta bersegi-segi rasa macam bodoh (maaflah sangat-sangat) sebab GF anda bukan satu-satunya perempuan dalam dunia ni. Duh!

4) Pengakiran novel ini berkisarkan tentang Aman sangat baik bagi saya kerana ia berkait dengan Epilog novel ini dan digarap dengan lebih elok berbanding beberapa bab lain di dalam novel ini. Perwatakan yang diberi kepada dia pun agak bagus.

5) Nilai persahabtan antara Rizal dan Nathan dan Rizal-Anwar itu sangat menarik. Walaupun ianya tidaklah sampai ke tahap bro-mance gitu tapi sekurangnya watak Nathan dan Anwar itu menjadi 'tiang kehidupan' Rizal. Kita boleh nampak betapa Rizal itu sangat sayang kepada mereka berdua. Membela kematian Nathan dan betapa sakit dan merananya dia apabila dia sangka yang Anwar mengkhianati dia.

Cerita sains fiksyen bagi saya agak menarik untuk dibaca. Tidak dinafikan bahawa genre sains fiksyen itu ada beberapa jenis cliche yang wujud tetapi jika cliche itu disampaikan dengan cara yang betul, sesuatu cerita itu akan jadi sangat menarik untuk dibaca. Idea yang mahu disampaikan dalam novel ini menarik sebenarnya. Namun begitu, sayang sekali novel ini tenggelam ke dalam cliche bukan saja cliche sains fiksyen (robot, nanites, kembali ke masa lampau, cyborg) tetapi juga cliche watak-watak dan juga perwatakan mereka yang tidak disampaikan dengan menarik dan terlalu generic.

Boleh saya simpulkan bahawa novel ini menjadi salah satu lagi mangsa genre sains fiksyen.

Saya harap novel penulis yang setersnya (LAWAN) lebih baik dari novel ini dari segi penceritaannya. Teruskan perjuangan menulis kisah-kisah sains fiksyen yang walaupun tidak sepopular genre-genre lain tetapi ia sekurang-kurangnya menjadi satu genre alternatif yang menarik untuk dibaca.
Profile Image for H..
28 reviews7 followers
May 10, 2013
Rasa macam tengah tengok filem Transformers campur Real Steel campur RoboCop campur Battleship waktu baca buku ni. Jadi waktu tengah baca terutamanya bahagian² y ada lawan² tu, aku dapat rasakan background aku ada bunyi² letupan seperti y aku dengar waktu Autobots berperang dengan Decepticon. Aku suka giler so aku bagi 6/5 bintang.

Ini kali pertama aku baca cerita y ditulis oleh Khairul Nizam Khairani dan daripada muka surat satu hingga tiga ratus dua puluh, aku tak pernah rasa bosan malah rasa ingin tahu aku makin membuak buak. Bahasa y digunakan mudah difahami dan jalan ceritanya menarik. Lagi satu, aku memang tabik la dengan penulis sebab mampu hasilkan cerita seperti Gergasi. Tahap imaginasi kau kena tinggi wei kalau nak tulis cerita² macam ni. Sekarang aku tak sabar nak baca cerita y KNK tulis dalam buku KLCC pula. Instinct aku kata best. Best macam buku Gergasi. Hehe

Akhir kata, aku harap cerita ini dijadikan filem dan ditayang di panggung wayang. Kalau dijadikan filem, aku rasa boleh jadi filem box office. Siapa y tak suka action movie kan? Dan aku harap akan ada buku FIXI y kedua daripada KNK.

P.S Gergasi, kalau bukan sebab kau, aku takkan kenal si Arjuna. *kenyit mata*
Profile Image for Azril Noor.
313 reviews5 followers
March 24, 2021
Menakjubkan. Kisah gergasi Batara Waja yang muncul semula selepas 500 tahun. Penuh aksi. Ada juga terselit kisah cinta dan perkhianatan. Walaupun babak awalan agak perlahan, tapi makin lama makin seronok dibaca.
Profile Image for rg Qirin.
30 reviews
September 28, 2025
Gergasi
oleh Khairul Nizam Khairani
dari Buku Fixi @bukufixi

It's been too long of a book to finish. Terlalu lama aku rasa untuk aku habiskan GERGASI. aku mula membaca as soon as I finish Gantung:3 mid July. Sebab aku rasa aku tak boleh lama tinggalkan pembacaan selepas minda aku digasak oleh the Musketeers. Tapi aku tak sangka yang aku hanya akan tamat membaca lebih 2 bulan kemudian.

Gergasi pada aku merupakan satu novel yang penuh aksi. Boleh kata bila masuk scene aksi, segala pergerakan, segala tindakbalas, segala apa yang berlaku, diceritakan dengan terperinci. Antara sebab yang aku rasa menyekat aku untuk menamatkan novel ni lebih awal. Menjadi satu perangai untuk aku membayangkan apa yang jadi dalam satu satu babak sampai aku ulang ulang kali baca untuk dapatkan detail yang betul dalam kepala otak.

Tapi sebab utamanya adalah kekangan masa. Sesungguhnya dua bulan ni penuh dengan aktiviti sampaikan aktiviti bacaan aku terbatas.
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
permulaan cerita agak kurang menarik bagi saya. sebab terlalu banyak misteri yang ditinggalkan penulis dan membuatkan saya pening kepala. dan agak banyak juga pincangnya yang saya temui seperti ketika Hamka dan Samsudin ditembak. Zohaimi tak tahu gergasi apakah itu. tapi bila jumpa bos dia, tahu pulak dia nama gergasi tu Betara Waja. lepas tu, bila masuk bab Betara Waja bertukar, saya terbayang Iron Man. adakah seperti Iron Man? (and i really hope, janganlah tiru Iron Man tu). But, bila masuk watak Hu Xien, cerita menjadi menarik dan ternyata Betara Waja is Betara Waja. Bermula dari Rizal menjalani latihan untuk mempersiapkan dirinya, cerita mula menarik. Secara perlahan-lahan penulis menarik kita masuk ke dalam alam pertarungan cyber tech yang bagi saya satu idea yang sangat bijak. Compare dengan Pecah, saya lagi suka ending Gergasi sebab happily ever after (well, saya lagi suka suka ending mcm ni walaupun hakikatnya, dalam hidup sometimes kita tak dapat ending mcm tu). tapi, dari segi penceritaan plot dan idea, saya lagi suka Pecah. so, 3.8 bintang dari saya (♪♪♪ - from okestra RTM...ngeeee)
Profile Image for Luqman Maat.
24 reviews
February 10, 2013
selepas invasi..ni jugak aku minat..jalan cerita jugak sangat menarik...cuma part balas dendam oleh manusia separa robot itu mcm terlalu pendek.. percubaan yang menarik..walaupun masa lawan 3 penjuru tu terlalu pendek..ending yang tidak boleh diagak oleh aku..a happy ending tetapi sedih jugak..
kalau x paham cerita ni..lepas baca epilog muka surat terakhir..boleh ulang baca dari muka surat 1 lepas tu...

http://www.luqmanmaat.com/2013/02/rev...
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
January 6, 2013
Sebuah lagi karya Khairul Nizam Khairani yang menarik selepas aku baca Anarkis..Untuk Gergasi ni, mmg best dan mantap dari segi aksi, sains fiksyen dan peperangannya...setiap aksi-aksi dalam buku ni amat mengujakan aku..tp ada kurang skit dari segi perkembangan cerita dan watak utama nya...maybe aksi Gergasi ni lambat panas..walau apa pun...buku ni tetap best...KNK terbaek...FIXI terbaekk
Profile Image for aidanharima.
21 reviews7 followers
June 24, 2013
selain zombijaya, gergasi adalah satu karya fixi yang buat aku nak baca tanpa berhenti. penulis berjaya membuatkan aku tertanya-tanya siapakah gergasi itu, dari mana dia muncul, kenapa jadi macam tu? sepanjang membaca aku cuma membayangkan gergasi ataupun tentera berperisai itu seperti masked rider. ahha.
Profile Image for Azam Baizen.
64 reviews2 followers
March 8, 2013
Mula2 ak amik buku nih ak ingtkan penulis Pecah author dier. Upa2nya lps baca n tgk balik cover depan org lain upanya. Haha.

Hmm not bad laa plot cerita nih. Macam gabungan Transformers+The Avengers+Captain America+cite2 Marvel/Dc Superheroes yg laen2. Ak ingtkan novel ni more on historical fiction skali lps dah baca suku buku ni laaa sci-fi ke. But anyway good job KNK!
Profile Image for Cik Nadiah.
74 reviews1 follower
March 20, 2014
Masa mula-mula baca novel ni, rasa mcm boring gile sebab berlatarbelakangkan zaman Melaka 1511. Tapi guwa tabahkan hati untuk meneruskan pembacaan. Part boring tu sekejap je. Lepas tu, awesome gile! Teringat cerita Iron Man. Mcm kelakar sikit kuasa pengaktifan sut perisai tu kat tengkuk. Ape pun, tahniah kepada penulis! :)
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
December 25, 2012
Terciptanya robot gergasi untuk menewaskan musuh ye dak. Mungkin cerita-cerita sebegini sudah buat aku jangka, maka buku ini aku dapat simpulkan ok, menarik, cuma kurang menyengat. Dan syabas KNK, bukan calang-calang penulis boleh buat novel genre sci-fic pasal robot2 ni :)
Profile Image for Fdhl.
5 reviews
March 12, 2013
buku yang gila.
dan aku kagum dengan usaha penulis yang cuba mewujudkan situasi ala ala cerita kartun gundam dalam novel ini.

harapnya 200 tahun akan datang malaysia benar benar menjadi kuasa dunia.
Profile Image for Nasrul Hadzir.
3 reviews
December 11, 2012
selaku peminat genre science fiction aku rsa buku ni diantara yang terbaik berbanding dengan INVASI.
Displaying 1 - 30 of 40 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.