Jump to ratings and reviews
Rate this book

Protect The Boss

Rate this book
Tengku Hafifi Hafiz - Nurafifah Alia Aqilla? Gadis yang brutal. Hobi utama, ‘melipat’ orang. Jika diberi pilihan, dia lebih rela digelar teruna tidak laku daripada bergelar suami kepada perempuan yang sering membuatnya meluat dan benci!


Nurafifah Alia Aqilla - Tengku Hafifi Hafiz? Meskipun semua lelaki sudah pupus, hatinya tidak akan sesekali menerima pencinta wanita tegar seperti Tengku Hafifi Hafiz! Muktamad!

Tengku Adam Haizrill. Seorang lelaki yang setia akan cintanya terhadap Alia, adik angkatnya sendiri. Fif seolah-olah pantulan wajah Alia. Fif menjadikannya seorang lelaki yang tidak pernah kenal erti cukup dalam hidupnya.


Tetapi dapatkah mereka menolak takdir? Kehidupan rumah tangga yang bermula dari pelbagai kenangan pahit bertukar menjadi manis dari hari ke hari…


“Jet’ aime!”

“Hah, Jeti Amer?” Aku dah ketawa sakan. Apa masalah Hafiz pagi-pagi ni? Dia nak mengajak aku memancing di jeti ke?

Ketika sedang asyik dilamun cinta yang membara… Mereka diuji dengan dugaan yang hampir-hampir memusnahkan masjid yang sudah kukuh dibina.

“I love you. Tu maksudnya, kan? Fif langsung tak menyangka lelaki yang sombong, berlagak bagus, gedik, buaya antarabangsa dan tak berapa nak kacak ni jadi suami Fif.” -Nurafifah Alia Aqilla

“Abang lagi tak jangka yang abang akan jatuh cinta dengan perempuan yang bersikap macam tomboy, kaki rempit, minah karate, pemilik mulut yang dah mati insuransnya dan tak berapa nak cantik!” - Tengku Hafifi Hafiz


Dapatkah mereka bersama sehingga ke akhirnya? Adakah takdir bakal menyebelahi mereka? Ikutilah kisah suka, duka, romantis dan lucu dalam... Protect The Boss.

437 pages, Paperback

First published September 1, 2012

12 people are currently reading
101 people want to read

About the author

Ellyne Alyana

3 books13 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
37 (29%)
4 stars
28 (22%)
3 stars
38 (30%)
2 stars
14 (11%)
1 star
9 (7%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,047 reviews200 followers
January 26, 2013
Bunyi macam drama Korea "Protect the Boss".. bunyinya sama cuma ceritanya agak berlainan sedikit.

Nurafifah Alia Aqilla bekerja sebagai setiausaha merangkap bodyguard untuk Tengku Iskandar, ayah kepada Tengku Hafifi Hafiz & Tengku Adam Haizrill.

Tengku Adam Haizrill meminati Fif kerana rupa paras Fif menyerupai adik angkatnya, Alia. Fif jua menyukai Haizrill.. terpegun dengan sikap Hazrill yang tenang dan baik hati. Tetapi tidak pula Tengku Hafifi Hafiz yang sentiasa membulinya.
 photo p6_zps8df1f653.jpg

Disebabkan ingin menolong Hafiz yang mabuk pada ketika itu, mereka ditangkap basah didalam kereta. Masing2 tidak rela bila dipaksa kahwin.
 photo p7_zps62dc4010.jpg

Bermulalah episode membuli dari Hafiz terhadap Fif. Buli, menyakat last2 Hafiz sudah jatuh cinta dengan kecomelan Fif. Fif pun hati sudah berdebar2 bila menghadap Hafiz. Bila hati sudah suka, maka terpaut lah hati masing2.
 photo p4_zps052c6d64.jpg

Tak kala Fif mengandung, Syaz adik angkat Hafiz dan Melinda membuat rancangan jahat memfitnah Fif dengan menunjukkan gambar2 lucah Fif bersama Hazrill. Hazrill tidak menafikan sebab dia merasakan Fif layak bersama dengannya.
 photo p2_zpseb1fa0c9.jpg

Apabila Fif dapat tahu, Syaz dan Melinda punya angkara, Fif bersemuka dengan Syaz dan berlaku pergelutan. Syaz menjerit mengadu Fif menyerangnya..
 photo f3_zpsb12b2607.gif

Hafiz naik angin lalu memukul Fif yang sarat mengandung dengan tali pinggang. Hafiz bagai dirasuk syaitan dan menghalau Fif keluar dari rumah itu.

Masa ini, sha terkejut. Apalah teruk sangat dosa Fif sampai kena pukul dengan tali pinggang. Oh sungguh kejam!
 photo 431_zps6cbeadf8.gif

Fif tidak menyalahkan Hafiz, dia meninggalkan Hafiz dan pergi ke rumah sahabat baiknya, Mia & Gheeta. Pemergiaan Fif dari rumah membuatkan Hafiz kehilangan arah. Syaz dan Melinda makin taksub menabur fitnah.

Sewaktu Fif bertarung nyawa hendak melahirkan anak, dengan kuasa Allah rahsia terbongkar dan Hafiz mengamuk pada Syaz & Melinda. hafoz mencari Fif dirumah Mia, tapi tiada orang. Nasib baik Mia menelefon hafiz memintanya ke hospital. Hafiz menyesal tidak berlaku adil pada Fif
 photo p_zpsd23e78a0.jpg

Selepas kejadiaan itu, mereka bahagia semula.
 photo p5_zps1340b9e1.jpg

Hazrill yang menghidap Leukimia merahsiakan dari pengetahuan keluarga. Hanya mak ngah yang tahu dan memujuk Fif agar bawa Hafiz berjumpa dengan Hazrill.

Persengketaan lama diantara Hafiz & Hazrill semakin baik. Hiduplah mereka aman damai sebagai adik beradik. Pada masa yang sama, sewaktu mereka menemui Syaz didalam penjara, Syaz memohon maaf dan Hazrill melamar Syaz. Happy ending!
 photo p3_zps51551c55.jpg

Ada beberapa bab seolah2 sangat terburu2. Menganggu sedikit pembacaan sha, salah ejaan mungkin terlepas pandang.. tapi sha tak ambil port tentang itu sebab dah biasa jumpa.

Sha suka sebab teringat drama Korea dan buku ini kita tidak perlu berfikir. Bacaan santai yang sangat sesuai waktu kita sedang berehat.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
July 7, 2013
Tak kena dengan jiwa saya :)

Hmm..jalan cerita agak bercelaru..penggunaan ganti diri aku dan nama bercampur aduk..buat saya konfius..jalan cerita menarik tapi olahannya macam nak cepat habis..saya yang baca pun rasa macam penat..pendapat saya mungkin kalau olahan yang lebih baik..jalan cerita akan jadi lebih menarik..

good luck untuk penulis!
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
July 10, 2014
Saye tak habis sebenarnye baca buku ni sebab gaya penulisan macam tak teratur. It comes to a point where saye tak tahu siape yang berbual (untuk dialog) dan apekah dialog itu thought karakter.

Jalan cerita okay. Bolehlah.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.