Jump to ratings and reviews
Rate this book

Encik Abangku Romantik

Rate this book
Kahwin? Minta maaflah! Widelia mahu jadi lawyer dan mak andam glamor terlebih dahulu. Berapa ramai pun lelaki yang mama mahu kenalkan, dia tetap tidak akan terima. Alasannya not my taste! Tapi… lelaki bernama Haikal tu lain daripada yang lain. Walau Wedia jawab tak suka, dia terus kejar dan paksa gadis itu jatuh cinta padanya. Agresif betul mamat tu! Muka temboklah katakan…

Iqbal juga sukakan Widea. Tapi cuma simpan dalam hati saja. Tak berani konon! Helo, encik abang... Zaman sekarang kalau sudah tangkap cinta kenalah terus kata suka. Nanti melepas… gigit jari, padan muka! Masalahnya sekarang… Widea tetap kata, jangan buang masa. Buatlah apa pun, dia belum nak tukar status! Tapi Haikal, terus push, push, push! Iqbal pula… dalam hati ada taman bengong sorang-sorang.

Widea… apa sebenarnya yang kau mahu?

576 pages, Paperback

First published August 20, 2012

6 people are currently reading
81 people want to read

About the author

Elee Mardiana

14 books15 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
31 (32%)
4 stars
26 (27%)
3 stars
31 (32%)
2 stars
7 (7%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 8, 2014
Widelia. Tak pasti nak suka karakter ini atau tidak. Tapi ya, ini antara karakter heroin yang akan aku ingati. Dia gila. Dia selamba. Dia memang buat perkara ikut sukanya. Tapi, dalam urusan hal kahwinnya dia terperangkap. Mama memang sangat pandai mengambil kesempatan dalam kesulitan. Sudahnya, dalam nak-tak-nak, dia ditunangkan dengan Haikal; mamat sombong yang dimarahnya dulu.

Tapi dalam tak suka tu, Haikal bukan main mengejar. Dia sukakan gadis yang banyak idea tu. Dan mungkin nasib menyebelahinya, episod ‘kecederaan’ di samping Widelia membuatkan mereka berdua dijodohkan. Wah! Apakah kecederaan itu? Ha, sila-sila baca sendiri.

Watak-watak di sekeliling pelaku utama; Widelia memang menyokong cerita ni. Terutamanya watak si Insyirah tu. Ya, ampun! Ingat ya penyakit hati ni bahaya. Lagi satu, sentiasa bersyukur dengan apa yang dipinjamkan kepada kita. Kenapa aku katakan pinjam? Sebab semua yang kita anggap hak kita, semuanya milik Dia Yang Satu. See? Jangan nak berlangak sangat! Eh! Aku pula yang over hahaha :P

Cerita ni sebenarnya boleh tahan banyak juga konfliknya. Satu per satu yang Widelia kena tempuhi, tapi mungkin kerana karakternya yang main hadap je, jadi nampak cerita ni ringan.

Dan, aku suka gaya santai penulis. Menampakkan cerita ni mudah dihadam walaupun di tengah-tengahnya nanti ada sisi hitam yang dikongsikan. Ini novel ketiga yang dibaca ada dimasukkan hal-hal syirik sebegini. Kredit buat penulis kerana entah bagaimana aku boleh suka dengan sisi hitam tu. Haihh... meremang juga bulu roma *wink*

Cuma pada pendapatku, adegan hujungnya bagaikan tergesa-gesa untuk ditamatkan. Adegan paksu-Insyirah, bergaduh dan tembak-menembak. Terasa macam ribut sikit. Tapi ending yang tetiba nak namakan anak dengan nama bibik tu memang takleh bla... hahaha.

Ps: Ehem.. romantik tu diukur dari segi apa? hikhikhik. Tetiba teringat pada si enche *wink*
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
January 27, 2013
Best! Jalan cerita yang padat dan seronok! Loved Widelia yang mempunyai strong personality. Wid buat saya rasa bangga kerana dia seorang wanita yang kuat, berdikari serta matang menangangi masalah.
Widelia Harun (Wid) selalu mengelak bila mamanya cuba untuk mencarikan jodoh untuknya. Berbagai aksi lucu terjadi. Suatu hari, dia menyerang pengarah Kurnia Petroleum untuk menagih janji. Di situ bermulalah kisah dia dengan Haikal Khalil. Mereka sering bertelagah dan ia makin buat Haikal makin terpikat dengan Widelia. Sikap Widelia yang tegas, berdikari serta suka menolong orang susah mencuit hati. Namun hati Wid belum terbuka untuk sesiapa. Suatu hari, Haikal telah dicederakan oleh Wid. Suatu perjanjian dibuat. Mama Wid ambil peluang untuk mengikat Wid dengan Haikal tanpa mengetahui sebab sebenarnya. Wid akur dengan perancangan mamanya. Bila mereka telah selamat bernikah, ujian datang menimpa. Wid telah dianiaya oleh Tasha, bekas kekasih Haikal, serta dibantu oleh Insyirah. Hampir maut Wid dikerjakan tapi sebaliknya Tasha yang tewas. Perasaaan Haikal semakin kuat untuk Wid. Lalu dia bercadang untuk ke Switzerland untuk menjalani rawatan dan berkerja. Mereka pun berpindah ke Paris selama dua tahun. Disana Wid belajar untuk mencintai Haikal dan hidup sebagai suami-isteri. Wid bijak menangangi cubaan serta masalah yang timbul dan mengukuhkan lagi mahligai mereka. Dan akhirnya, mereka berjaya mendapat seorang cahaya mata. Bila pulang ke Malaysia, Insyirah sekali lagi menimbulkan masaalah. Wid dapat tolong untuk menyelesaikan masalah Iqbal dan Insyirah. Akhirnya, semua hidup bahagia melainkan Insyirah yang masih rasa terbelengu dengan rasa kesal pada sikapnya kepada abangnya, Iqbal.
Profile Image for ESentral.
11 reviews3 followers
May 30, 2017
Suka dengan watak heroin dalam novel ini. Widelia Harun (Wid) yang mempunyai strong personality. Sikap Widelia yang tegas, berdikari serta suka menolong orang susah mencuit hati Haikal Khalil. Haikal Khalil seorang lelaki yang tak pernah penat untuk menagih cinta Widelia.

Akhirnya, episod 'kecederaan' yang dilakukan Widelia terhadap Haikal membawa mereka ke satu perjanjian pernikahan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mereka lalui. Ada saja insan yang cuba merosakkan rumahtangga mereka. Nasib baiklah Widelia bukan seorang yang mudah melatah dengan dugaan yang di hadapi. Konklusinya, admin suka idea penulis yang santai dan jalan cerita yang senang dihadam.

So, itu adalah ulasan buku yang dapat admin kongsikan kepada readers pada hari ini. Kalau readers nak dapatkan ebook ini, boleh klik pada link di bawah.

eBook penuh boleh didapati di E-Sentral.com
https://www.e-sentral.com/book/info/9...

Profile Image for Ameera Pinky.
4 reviews
June 11, 2022
Watak utama perempuan cerita ni memang suka tempuh jer apa halangan atau cabaran😂.

Masa baca buku ini selalu gelak dgn perwatakan bibik,ibu Widelia, Widelia dan Haikal.

Buku ini ada juga rasa geli bila baca tp sepanjang cerita aku enjoy (sbb aku tk biasa baca buku genre macam ni)
Watak Insyirah masa ending memang sedih.


Penulis dah buat yg terbaik untuk buku ini👏
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Siti Nurhakmi.
1 review14 followers
Want to read
March 3, 2016
Kawan ada mencadangkan untuk membeli buku ni.

"Sama sebijik macam kau! Cuma dia pursue guaman dan kau pulak bahagian penerbangan. Prinsip wid pun macam kau! Cuba baca dan kenali diri sendiri!" katanya.
....

insyaAllah.

Akan mencuba selak setiap helaian bila tidak terlalu sibuk dengan kerja.

Terima kasih untuk konsepnya!

Thirst for some inspirations.
^^
Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
February 11, 2015
tak sesuai dengan tajuk..tak romantik pun..biasa2 saja..
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
September 17, 2015
asyik gelak kerana gelagat wid dan haikal. sangat tak suka jika dikongkong oleh ibu. cerita yang bagi saya okey...
Profile Image for Norliza Yusop.
333 reviews9 followers
September 22, 2015
best! suka citer ni...kelakar dgn telatah wid dan haikal...mmg buat gelak aje! citer yg baik dan blh diterima dgn baik juga..
Displaying 1 - 11 of 11 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.