Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.
*Novel Setia Hujung Nyawa ini telah diadaptasi ke drama televisyen dengan tajuk yang sama.
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Februari 1980. Anak pertama daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang kewartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah, Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi.
Suka Ersalina dengan Zain! Dorang sangat cute and sweet.
Time masa marriage dorang tengah happy, dorang sangat romantic, especially Zain yang tahu isteri dia masih belum bersedia menjadi isteri. Yerlah, baru habis SPM and anak manja. Masuk ke dapur pun jarang. Tapi Lina tekad nak menjadi isteri yang baik. So demi husband, dia rajinkan diri masak untuk Zain. Zain pun sangat understanding. Masakan yang tak sedap pun, dia akan kata sedap.
Tapi time masa dah saling mencintai, Zain dapat tahu yang Lina keguguran anak. Dia rasa tertipu kerana Zain tak pernah pun sentuh Lina. Daripada sayang dan kasih, perasaan Zain bertukar menjadi marah dan benci. Hari-hari dia maki Lina. Tapi Lina diamkan saja sebab dia tahu dia salah.
Zain pun sebenarnya dalam rasa marah, masih sayangkan Lina. Nak terima semula, maruah dia sebagai lelaki bagai dipijak-pijak. Nak lepaskan Lina, tak sanggup sebab masih lagi sayang.
Bila dah berbaik semula, parents Zain pulak dapat tahu yang menantu dia tak suci semasa berkahwin dengan anak tunggal mereka. Naiklah berang mak Zain yang sangat sayangkan Lina.
Lina sangat penyabar. Mula2 kena caci dengan suami sendiri. Sekarang suami dah maafkan, mak mertua pulak yang marah. Zain dipaksa untuk ceraikan Lina tapi Zain refuse. Cuba pujuk2 mak dia, still tak jalan jugak. Tapi Zain determine, Lina tak akan ditinggalkan.Tambahan lagi Lina tengah pregnant dengan zuriat mereka berdua.
Buku ni berjaya buat N nangis. I felt so emotionally connected to the story. Bila Lina dicaci, N tersentuh. I was touched by her loyalty and her determination to win back Zain's love and affection.
Walaupun permulaan cerita kurang menarik, sebaik saja Lina dan Zain sah menjadi suami isteri, terus N terpikat dengan jalan cerita and the characters!
Aku baca kerana penangan drama adaptasi di TV3. Bila menyelak setiap helaian, aku simpulkan dramanya memang terlebih gula. Agak berbeza dengan plot sebenar yang dikarang oleh penulis.
Bertuahnya menjadi Ersalina Imani [Ersalina]. Anak gadis yang disayangi ramai dan punya keluarga yang benar-benar menyokong jatuh bangunnya. Memaafkan dan tidak membiarkan dia hanyut terus dengan kesilapan yang dilakukan. Bila dia bakal dijodohkan dengan Zain Hakimi [Zain], Ersalina memang tak ubah seperti anak yang solehah. Mudah saja menerima saranan ibunya walaupun dalam keadaan terpaksa. Dan saat menjadi isteri Zain, kelembutan dan kesabarannya melayani suaminya itu menyebabkan kita mudah saja jatuh kasihan padanya.
Zain pula termasuk dalam hero yang aku tak suka kih5 Wataknya goyah. Ya, dia lelaki romantik tetapi aku tercari-cari di mana saatnya dia kembali berserah kepada pencipta-Nya. Misalnya ketika tahu isterinya keguguran. Memang bukan mudah untuknya sedangkan ketika itu hati sudah sarat menjunjung rasa cinta buat sang isteri. Zain hanya ‘sedar’ di hujung-hujung konfliknya. Aduhai! Sedikit kesal kerana bila dah susah baru mahu mencari sejadah. Mungkin kalau penamatnya dipanjangkan lagi atau ada ruang untuk Zain membaiki dirinya, aku pun akan berbesar hati untuk ‘menyukainya’ [amboi! ;P].
Aku faham peluang harus diberi kepada yang mahu berubah. Membimbing dan menyokongnya ke jalan yang benar. Begitu juga dengan adab menjaga aib orang lain. Jangan diungkit-ungkit. But minus all these, aku amat mengharapkan ada ruang untuk Iqram kembali menyatakan kekesalan dan kesilapannya [seperti yang dalam drama]. Sekaligus mengingatkan aku akan keberanian Zakuan mengakui kesilapan di hadapan keluarga Lara. Eh! Aku puji Zakuan pula kih5
Wah! Aku tak cerita langsung tentang isi ceritanya. Bukan apa, rasanya semua orang sudah tahu pun ;P Tetapi ya mungkin tak perasan yang watak Iqram dan Hadi dalam novel tidak dibesar-besarkan dalam novel. Keseluruhan cerita ini hanya menjurus kepada Ersalina dan Zain. Jadi, jangan susah hati ya [khas buat makcik-makcikku *wink*].
Dan ketika sedang sibuk mengulit novel ini, baru aku tahu yang Fatin Nabila dan Nur Hazma itu penulis yang sama. Aduh! Lambat sedar sungguh aku rupanya sedangkan aku sudah lama mencari novelnya yang bertajuk Bukan Terlarang. Ha, ada sesiapa nak jual novel ini padaku? *wink*
Nisa beli novel ni sbb nak sgt tahu tahap ke'best'an novel ni, bila ada yang crita smpai si suami snggup mnyuruh isterinya mncari novel ni..tp, hampa krn khabisan stok dan syarikat Alaf 21 sudah restock lg novel ni. Baca petikan Al-Quran pada tinta penulis, Nisa dah bleh agak crita di penghujung novel. Apa yang penulis nak sampaikan dalam karyanya... menerima segala ketentuan dari Allah krn Allah lebih tahu apa yg trbaik utk hambaNya dan jgn mencemuh org lain takut dikemudian hari trpalit pada kluarga sndiri. Kisah SHN tntg Ersalina trsalah langkah dan tidak mnyedari dirinya hamil. Hanya ibu, Haliza dan Doktor kluarganya, Dr Suria yg tahu..itu pun stelah Ersalina pengsan. Apabila Datin Adibah mlamar Ersalina utk mnjadi galang ganti kpd bakal mnantunya Sofea yg mghilangkan diri sminggu sbelum hari penikahan. Bagai org mngntuk disorongkan bantal, Haliza mnerima dan mmaksa Ersalina mnerima lamaran itu. Ersalina dan Zain menerimanya krn perasaan sayang kpd ibu msing2. Mereka memulakan hubungan suami isteri..sbg sahabat utk mngenali hati budi masing2. Apabila rasa kasih kian brcambah dan stelah mmbuat kputusan untuk mnerima diri masing2... Ersalina jatuh dan keguguran. Zain rasa trtipu dan marah. Namun, merahsiakan hal itu dr pngetahuan ibunya krn Datin Adibah trlalu mnyanyangi Ersalina. Ersalina pula mnelan smua caci maki Zain krn dia tahu akan ksalahannya. Sikap sabar dan klembutan Ersalina akhirnya mlunturkan amarah Zain dan Zain redha merima Ersalina seadanya. Namun, rahsia trsebut trlerai juga. Datin Adibah nekad utk pisahkan Ersalina dan Zain, walaupun ktika itu Ersalina hamil......Berjaya ke Datin Adibah?... :) * Pada awalnya, Nisa snggakan ketika konflik... Sofea akan kmbali dan Iqram akan brtggungjawab dan mnjadi watak antagonis...tp, meleset.
Jika ditanya rakyat Malaysia bahan bacaan apakah yang mereka akan tertarik untuk dilawati di rak-rak buku , tanpa disedari pasti novel romantik menjadi pilihan.
Zain Hakimi buntu apabila Sofea, wanita pilihan hatinya menghilangkan diri apabila tarikh perkahwinan hanya tinggal seminggu menyebabkan dia menyerahkan segala-galanya kepada Datin Adibah untuk mencari pengganti.
Umpama orang mengantuk disorongkan bantal, Haliza menerima pelawaan Datin Adibah untuk cuba menutup cerita hitam yang dicipta oleh Ersalina dari pengetahuan orang lain termasuk suaminya sendiri.
Disebabkan slot Maghrib TV3 menyiarkan drama yang diambil berdasarkan novel ini, saya tertarik untuk membaca plot sebenar yang dikarang oleh Fatin Nabila berbanding apa yang disiarkan oleh kaca televisi.
Semasa membelek setiap helaian novel ini, saya seolah-olah berharap Iqram akan kembali dan menyatakan kekesalannya. Rupa-rupanya tidak, penulis langsung tidak membangkitkan apa-apa berkaitan Iqram , mahupun Sofea. Novel ini sememangnya berkisarkan bahtera hidup Zain Hakimi dan Ersalina Badri.
Ada beberapa persoalan yang muncul di benak saya selepas mengakhir pembacaan ini, semudah itukah Zain Hakimi melupakan detik hitam dalam hidupnya tewas dalam gelora nafsu ? Dan sepanjang novel (dan drama Setia Hujung Nyawa sendiri), hanya Ersalina yang menyerahkan jiwanya pada Allah. Dah nak habis barulah Zain terasa nak solat.
Haish manusia, bila dah mula kehilangan sesuatu. Baru nak menadah tangan pada Tuhan.
Saya tak tahu pun buku ni ada kalau tak pekena drama TV3. Seriously, novel is better plot than the drama and simple to understand. Lebih straight to the point.
Kisah TV3 tu ada boyfriend lama@Cik Bedah dan kegemaran KPOP Ersalina tapi yang dlm novel tiada dinyatakan pun. Dari segi tu saya agak pelik dan kecewalah jugak. Kalau novel ada selitkan kisah tu mungkin ada cerita menarik yang boleh dikembangkan pemahamannya. Tak berapa puas hati dengan drama tu sebenarnya.
Saya lebih suka jalan cerita drama tapi waktu konflik tu saya setuju dalam novel. Kawan Zain tu baik ar sebenarnya. Nape drama buat dia jadi antagonis pulak? Tak puas hati.
Jalan cerita pembukaan yang agak bosan namun makin mengujakan di bahagian tengah... Penamat nya anda sudah tau bukan? Drama adaptasi Sangat menarik Rasa keikhlasan cinta mereka...tu
Saya kurang suka dengan konsep kahwin terlanjur jadi saya lebih suka drama nya lah..
Oh my.. Semenjak di adaptasi ke Drama All Malaysians rase kemaruk sangat kan..
So far my review for this Novel is... Hahahaha... poyo je kan..
So Far untuk novel ni "is too short and too sweet for me". Sesuai la pada readers yg suka genre yg santai romantik. penceritaan & bahasa yang santai & ringkas Alhamdulillah. Minda saya menerima semua jenis buku.. Ada terselit pengajaran di situ. Yang mana boleh membuat kite semua sedar diri. terutama pada anak gadis/bujang remaja ni. Bermain emosi jugak bila baca SHN ni. Tatau la emosi aku macam mana kalau btol2 di tempat Lina ni kan. :)
So, One Thumbs Up & All The Best to Writer "Fatin Nabila"
For Drama, bagi Sofea hampir sama jugak dgn novel. Cuma di drama lebih details sikit cerita nya. And the actor//actress So sweet. Tahniah Nelydia & Amar berjaya menghidupkan watak Ersalina & Zain Hakimi.
eiiii tak gunanya jantan ni. kau beria-ia marah wife kau sebab dia dah pernah terlanjur before kahwin, kau herdik herdik dia, dera perasaan dia, kutuk dia cakap barang terpakai, tapi rupanya kau pun dah pernah terlanjur jugak in your past? kau pun dah rosakkan anak orang lain? eiii dasar jantan tak sedar diri!!!
This entire review has been hidden because of spoilers.
Dah lama beli. Beli masa pesta buku di PWTC sewaktu drama tengah panas lagi. Tapi baru baca sebab sebelum ni, dah tertengok episod ulangan drama tu walaupun sekadar tengok beberapa episod sahaja.
Asal nak baca je, teringat pada drama dan pelakonnya. Itu yang susah nak buka plastik novelnya.
Mengisahkan perkahwinan Zain dengan Sofea yang tergendala kerana wanita idaman hati telah melarikan diri di saat semua perancangan perkahwinan telah disiapkan. Kehilangan Sofea benar-benar membuatkan Zian hilang arah. Manakala kaburnya Sofea membuatkan Datin Adibah sangat tidak keruan. Semua nya telah disiapkan dan majlis perkahwinan anaknya akan berlangsung tidak lama lagi. Namun kehilangan Sofea benar-benar menyentak maruah Datin Adibah.
Kerana terlalu mengikutkan kehendak anak lelakinya itu dia terpaksa bersetuju dengan permintaan anaknya itu untuk berkahwin dengan Sofea meskipun hati tuanya tidak begitu suka dengan pilihan anak terunanya. Demi kasih dan sayang semua permintaan anak tunggalnya diturutkan. Namun hal sebaliknya yang terjadi.
Oleh itu Datin Adibah harus mencari pengantin perempuan untuk menggantikan Sofea. Zain hanya mengikut sahaja kata-kata emaknya kerana dia sudah tahu yang dia telah melukakan hati emaknya. Saat bertemu dengan Haliza dan Ersalina, Datin Adibah sudah jatu terpaut dengan ciri-ciri yang ada pada Ersalina. Pertemuan rahsia dengan Haliza telah diaturkan. Dia meminta Ersalina menjadi menantunya.
Mulanya Haliza sememangnya kaget dengan permintaan Datin Adibah. Ersalina masih muda dan tidak tahu apa-apa lagi. Lagipun Ersalina menyimpan satu rahsia yang sangat mengaibkan. Hanya dan dan doctor peribadinya sahaja yang tahu. Tidak Hersalina.
Akhirnya demi kebaikan Ersalina, Haliza menerima pinangan Datin Adibah. Ersalina juga seakan menerima apa yang dicadangkan oleh ibunya. Cuma di saat akhir Haliza mendapat bantahan dari suaminya dan anak lelaki sulungnya. Namun akhirnya mengalah dan bersetuju dengan rancangan Haliza.
Perkahwinan tanpa percintaan telah membuahkan perasaan kasih di hati masing-masing saat menatap sesama sendiri. Zain merasakan Ersalina adalah wanita yang terbaik buat dirinya dan begitulah sebaliknya. Namun saat Ersalina jatuh dan dikejarkan ke hospital rahsia yang langsung tidak diketahui oleh Ersalina pecah. Zain terkedu sama sekali. Dia tidak pernah menyentuh Ersalina, macam mana Ersalina boleh keguguran? Ada rahsia yang disimpan oleh Ersalina tanpa pengetahuannya!
Ini adalah pertama kali saya mencuba tulisan penulis ini. Saya ada sedikit terkilan dengan garapan penulis ini kerana ceritanya sudah cukup menarik. Cumanya, kisah pada permulaannya cukup ringkas, bagai dipotong-potong supaya menjadi pendek dan sedikit-sebanyak mencacatkan pembacaan saya untuk menghayatinya.
Ceritanya juga agak sama dengan cerita dari novel-novel lain. Kahwin tanpa percintaan-dilanda badai-akhirnya bahagia. Cuma yang berbeza dan menarik bagi saya ialah, penulis bijak menyelitkan asbab perkahwinan itu diterima. Haliza mahu menutup malu dengan harapan tiada siapa akan tahu. Zain pula hanya tahu perkahwinannya atas sebab menyelamatkan maruah keluarga. Tapi dia tak tahu perkahwinan itu sebenarnya hendak menutup kesilapan lalu Ersalina.
Saya senang menyelusuri cerita dan setiap watak dan perwatakan yang dicipta. Hidup dan memberikan kesan kepada saya. Kisah seperti ini sebenarnya sangat dekat dengan masyarakat. Saya suka penulis mengambil masalah social sebagai tunjang cerita. Ia secara tidak langsung menjadikan penulisan sebagai medium atau alat untuk menjalankan tanggungjawab sosial.
Melalui penulisan cara yang halus lagi lembut untuk memberikan nasihat. Kesimpulannya dari naskah ini, memberikan maksud betapa gejala sosial itu telah menular dengan cepatnya dalam masyarakt muda. Jika tidak dibendung dengan cermat ia boleh menggugat keamanan rumahtangga. Seharusnya segala kesilapan berbalik kepada asal, setiap kejahatan pasti akan ada balasan. Taubat adalah kunci dalam permasalahan ini.
Bagi saya naskah penulis kali ini membawa kesedaran kepada semua. Tak selamanya kejahatan atau keterlanjuran yang disimpan akan kekal sebagai rahsia. Segala kesilapan yang telah dibuat mesti ada bayaran yang setimpal. Semoga kesilapan takkan kekal selamanya dan setia biarlah ke hujung nayawa. Tahniah sekali lagi buat kak Fatin Nabila atas naskah kesedaran yang baik ini!
Inilah takdir yang telah menemukan jodoh antara Ersalina Imani dan Zain Hakimi. Ersalina sangat cantik, matang, berbudi bahasa, kira cukup pakej walaupun baru umur 18 tahun. Zain pulak mesti lar hensem, caring. Sofea iaitu tunangan Zain telah melarikan diri ke luar Negara saat2 majlis perkahwinan mereka. Datin Adibah iaitu mummy Zain sedaya upaya mencari pengganti kepada menantu tidak jadinya. Zain hanya menurut untuk menjaga maruah keluarga. Cari punyer cari..tup2 dia terjumpe dengan Ersalina di rumah Haliza. Kira cinta pandang pertama untuk dibuat menantu. Haliza iaitu mama Ersalina dan Datin Adibah merupakan rakan berpersatuan. Dia terus tertarik untuk jodohkan Ersalina dengan Zain.
Haliza pula merasakan bagai disorongkan bantal. Satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Haliza yang melibatkan maruah keluarga. Ersalina telah pengsan di rumah dan disahkan hamil. Hancur hati seorang ibu apabila maruah diri seorang anak yang dikasihinya tergadai hanya kerana nafsu remaja. Dr. Sofea iaitu Dr peribadi keluarga Haliza telah diminta merahsiakan perkara ini dari Ersalina dan semua orang. Malu beb! Haliza telah menerima lamaran Datin Adibah. Ersalina yg tak tau pape ni terpaksa terima untuk menjaga hati mamanya sekaligus menebus dosa hitamnya. Sebelum majlis kahwin, Ersalina dengan tak sengaja telah terlanggar Zain di shopping complex dan dua2 terpana melihat keindahan Tuhan. Jeng…jeng…jeng..sudah jatuh cinta ke?
Zain yg sah sebagai suami Ersalina amat terkejut melihat gadis yg berjaya mencuit hatinya di shopping complex adalah isterinya. Kedua ibubapa mereka mengharapkan kebahagiaan. Zain dan Ersalina mula dengan sebagai kawan dan Ersalina follow jer rentak Zain walaupun hati berbunga cinta. Salah Zain luahkan rasa cinta terhadap Ersalina, perkara aib yg disembunyikan oleh Haliza terbongkar bila Ersalina jatuh dan keguguran. Terduduk Zain sekejap! Haha. Ersalina masih blum disentuh tetapi keguguran. Anak sape tu?Haliza amat takut dengan masa depan Ersalina puteri tunggalnya. Ersalina juga terkejut kerana mamanya merahsiakannya. Kini barulah dia tahu tujuan mamanya kahwinkannya. Zain, Ersalina, Haliza dan Dr. Sofea cuba sembunyikan rahsia besar ni. Zain berlakon baik dengan Ersalina di depan ibubapa mereka. Di belakang, Ersalina di maki, diherdik dan dianggap barang terpakai. Sadis2! Ersalina bertahan dan sabar kerana cintakan hubungan mereka. Kuasa Tuhan siapa yang tahu. Selepas cuti bulan madu di Bali yg tak berapa nak madu ni, Zain dapat terima Ersalina sebagai isterinya.
Zain ni romantic!!Tapi badai datang bila Zain kemalangan dan koma selama sebulan. Ersalina bagaikan orang gila tapi mulai berubah bila dia disahkan hamil anak Zain. Hady iaitu kawan baik Zain merasakan sekali lagi Zain ditipu oleh Ersalina. Perbualan Hady dan Ersalina tentang Ersalina yg bukan dara sebelum kahwin telah didengar oleh mummy Zain. Hady ni mmg mulut tempayan. Haha. Datin Adibah minta Zain ceraikan Ersalina kerana rasakan keluarga Haliza menipu anak mereka. Zain cuba dijodohkan dengan Erniza. Ersalina dan Zain amat tertekan dan sering berjumpa secara sembunyi. Sesuatu telah insafkan Datin Adibah bila sejarah hitam Zain dan Ekin diketahuinya. Zain pernah meniduri Ekin waktu mudanya. Ish2 dunia2. Datin Adibah minta maaf pada smua pihak kerana cuba pisahkan Ersalina dan Zain. Ermmm very sweet couple!Janji sehidup semati
Such a nice ending didalam kemelut rumah tangga between Zain & Lina..
Kisah nya ani well kebanyakkan pulang in terms of jadi pengantin terjun but what made me read this book laju sal ada twist in the story line... Ok.. Zain sepatutnya kawin with this lady whom ran away few days before nikah.. Zain ani mummy's boy so mummy nya ani carikan penganti to avoid malu sal wedding cancel.. Mummy nya ani Tejumpa with puan haliza yg ada anak perempuan Lina lepasan SPM.. Dalam diam lina ani banarnya pregnant from a one time thing with her bestfrens brother whom gone by the wind when the bestfren family migrate to yamen. So basically, datin wants to save malu from people and propose lina and puan haliza wants to tutup malu also so accept the proposal on behalf of lina. And oh! Lina ani naive banar nda tau ia pregnant but the mother does coz she fainted.. The mother rahsia kan ani between kedia and private dr nya. When Zain kawin with lina, slowly love for each other develop and tau tau! Lina ke guguran when... Si Zain ani langsung alum sentuh kedia! So didalam amarah nya melayan lina with bitterness and coldness made lina depress and bcoz of the strong love between them both let Zain turun ego n benci and eventually menjalankan tugas sebagai suami.. Lina got pregnant and unfortunately Zain accident! Mummy Zain overheard the conversation of lina ever being pregnant anak luar nikah.. Halau lina and avoid her to jumpa Zain. Then mummy nya ada agenda sendiri that in the end ia menyasal!
Nicely written by the author. I love the relationship conversation between lina and Zain masa awal-awal.. Sweet saja. Menangis jua and sedih rasa hati membaca how Zain treated lina masa kedapatan atu.. But nice lah! Apa yg nda logic and yg I'm not satisfied is sanang jua indung si lina atu melapaskan 'lelaki' that made her pregnant.. And lina ani nada awareness kah with what happens can make her pregnant? She's 18 years old and very well aware jua kan.. Anyhow, malas kan pikir deep2 but i love the ending.. I like the story line and writting.. :)
Beli buku ni pun sebab tengah hot diadaptasi ke drama. Pernah tengok hanya satu episode di kaca televisyen disebabkan kekangan masa.
Mungkin sebab dah di pengaruhi dengan wajah-wajah pelakon didalam drama, makanya sepanjang membaca asyik membayangkan muka-muka pelakonnya. Kehilangan feel disitu. Adeh.
Am I the only one who hates all the characters in the book? A normal full-of-non-stop-drama coming from a Malaysian novelist. I'm not surprised. But hey, I'm ok with the book. But this was probably the last Malay novel I'm reading this year.
Not bad. Ada romantik nya antara suami isteri tapi tidak la keterlaluan. Best cite ni. Tak penah pun tengok drama tv3 pasal novel ni. Dah habis baca baru perasan dkt muka buku ada tulis "Adaptasi Drama" 😂
Setiap insan mempunyai kisahnya tersendiri. Menerima tanpa menghukum. Sukar untuk dilakukan tetapi manisnya jodoh yang ditakdirkan oleh Allah itu pastu dirasai. Sejarah hitam pada masa lalu tidak bermakna kita harus kekal hitam selamanya. Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat.
Semoga dosa2 yang kita pernah lakukan diampunkan oleh Allah. Love this novel so much.
cerita ni cliche sebenarnya tapi sebab cerita ni dari zaman zaman dulu so boleh diterima dia punya cliche. aku geram sebenarnya dengan perangai zain, buat perangai takleh terima si ersalina ni sedangkan dia pun sama naik rosakkan perempuan lain. penulisannya pun menarik dan mudah difahami.
I actually started reading this book based on my boyfriend's mom's recommendation, because she was obsessed with the tv series version of it. HAHA so yes, I was intrigued, especially by the story line. I mean, a girl who was pregnant but didn't even know that she was? That made me more curious, especially to how the guy would react. I admit that I already loved the girl's character, Ersalina, the first time the story started. She's just so nice, and kind hearted. She even put up with all of Zain's anger. Sigh. This story was so sad that it seemed so real. After every moment of happiness, something worse would happen that would disrupt that. Sigh. Anyway, for any die-hard romance fans (Malays ah hahahah), I recommend you to read this book. It will make you laugh, cry and sigh, like it did with me :)
Agak berbeza dr versi drama, drama byk exeggerate jln citer yet best.... Beli pun sbb ditayang dramanya di tv? Xpenah baca hasil tulisan penulis ni sebelum ni dan dr pandangan ok ok aja....
For me..buku nie bosan skit laa.. citer dia mendatar n ada setengah watak terus hilang camtu je.. don't buy this book...rugi..pinjam kat libary je klau nak bace.. hehehe..
Dont judge the book by its drama! Seriously, baca buku ni lps habis drama kat tv & drama kat tv jauh lebih best dari novel. Menyesal pula beli buku ni.