Ammar Mukhriz. Seorang ahli korporat yang punya segala kemewahan, kecuali rasa cinta dalam hati. Baginya, ungkapan kata Aku Cinta Kepadamu dan I Love You, begitu sukar diluahkan meskipun dia sudah memiliki kekasih hati secantik Lydia.
Keegoannya tercabar semenjak kemunculan seorang gadis yang ala-ala kampung itu. Ainur Mardiyah. Bermula dari gelaran seorang setiausaha, kemudian ditakdirkan menjadi isterinya, gara-gara kejadian pada malam itu.
“Aku nak kau tahu yang aku memang tak ingin beristerikan kau. Perempuan macam kau tak sesuai jadi isteri aku. Jangan pernah kau harap aku akan terima kau sebab aku dah ada kekasih hati yang jauh lebih cantik daripada kau.”
AINUR MARDIYAH. Gadis itu hampir putus asa apabila kesetiannya dirobek oleh tunang tersayang. Selepas keretakan hubungan itu, dia nekad, tiada cinta lagi untuk mana-mana lelaki. Tapi takdir telah menjodohkannya dengan Ammar Mukhriz yang berjanji akan menyeksa hidupnya disebabkan perkahwinan tak dirancang itu!
“Encik jangan risau, saya takkan ambil masa lama untuk jadi isteri encik. Saya minta agar encik bagi saya tempoh tiga bulan untuk bekerja di hotel encik dan selepas itu saya berjanji akan keluar daripada hidup encik.”
Tapi ikrar Ammar akhirnya memakan diri sendiri. Ketika hatinya mula mengenal erti cinta, Mardiyah tekad dengan keputusannya. Kehadiran Nizam dan Raqeem menambahkan rasa cemburu dalam hati Ammar. Lydia pula masih enggan melepaskan Ammar ke tangan perempuan lain.
Akhirnya Ammar bulat dengan keputusannya untuk bertindak menawan hati Mardiyah. Adakah perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa ini akan menemui jalan bahagia?
“Hanya pada Diya abang boleh ucapkan kalimah itu.”
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM7. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
Momentum cerita ni ada pasang surutnyer. Walaupun permulaannya agak mendatar, N suka sebab kisahnya simple. Cuma pada N, towards the end, jalan ceritanya dah menjadi kurang menyengat. Kiranyer macam konflik tak menjadilah.
Diya dan Ammar terpaksa berkahwin apabila mereka ditangkap basah. Ammar menafikan status Diya sebagai isterinya, walaupun Diya diterima baik oleh keluarga Ammar. Sampai bila-bila pun, dia tak akan terima Diya.
Akibat kejadian malam itu, ayah Diya meninggal dunia kerana terkejut. Tak cukup dengan itu, Diya dibuang keluarga. Bukan kerana tak sayang, tapi mak Diya tak mahu anaknya sedih mendengar cacian orang kampung.
Diya berserah. Diya juga tak mengharapkan dirinya diterima Ammar. Lagipun dia bukannya cintakan Ammar. Dia cuma mahu diberi tiga bulan untuk mengatur semula hidupnya. Selepas tamat tempoh, Ammar boleh menceraikannya dan tak perlu melihat dia lagi.
Tetapi semakin hampir tempoh penceraian itu, Ammar semakin sayang. Hatinya yang sebelum ini tak pernah diusik mana-mana gadis mengenal erti rindu. Kalau tak tengok muka Diya sekali dalam sehari, memang tak sah! Ada jer yang dia nak carik pasal.
Apabila Diya menuntut janji, Ammar tak mahu menepati. Diya tak akan dilepaskan untuk mana-mana lelaki sekali pun! Tapi bukankah apabila kita sayangkan seseorang, kita harus melepaskannya asalkan dia bahagia walaupun bersama insan yang lain?
Hati Ammar akhirnya dicuri. Malangnya si pencuri hati asyik nak melarikann diri!
Permulaan yang cukup menyedihkan sampai menitis airmata sha. Rasa marah, geram, sedih mengenangkan nasib Diya. Sikap Ammar yang menyakitkan hati buat sha lagi menyampah nak teruskan bacaan. Sikap cemburu yang agak keterlaluan dan bertindak mengikut rasa hati.
Diya terlalu kecewa dengan sikap Ammar bertindak menghilangkan diri disaat Ammar mula jatuh cinta pada Diya. Sikap Diya yang seolah² member harapan pada Nizam pun, meluat baca.
Jalan cerita takdelah best sangat tapi boleh dijadikan pengajaran agar jangan terlalu mengikut kata hati.
RDS merupakan novel cinta yang membawa tema perkahwinan atas dasar benci dan terpaksa disebabkan tangkap basah. Jalan cerita yang klise... biasa2 je. Perhubungan yang terjadi antara majikan dan pekerja. Cara tangkap basah pun hampir sama dengan novel2 sedia ada dipasaran.
Tempat kejadian tangkap basah mesti dekat bilik hotel... girl yang masuk dalam bilik boy... pastu yang boy ni mesti tengah mandi atau baru lepas mandi... and suddenly... pegawai pencegah maksiat pun datang... Nak tak nak kene kahwin jugak.
Yang rase tertipu dan terpaksa mestilah yang boy tu... sebab boy tu kaya dan rasa girl tu just nak kikis harta dia atau nak hidup senang semata-mata. Maka, wujudlah adegan2 penyeksaan boy tu terhadap girl tadi... tak kiralah dari segi mental ataupun fizikal. Lama-kelamaan wujudlah rasa cinta antara kedua-duanya.
Apa yang membezakan RDS dengan kisah2 kahwin paksa sebab tangkap basah yang lain hanyalah hero sukar untuk meluahkan rasa cinta dalam hati atau lebih tepat lagi mengungkapkan aku cinta padamu atau I love you kepada perempuan. Walaupun dia memiliki teman wanita yang cantik lagi seksi.
Keseluruhan RDS biasa2 je. Bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada SK kerana berjaya menghasilkan RDS memandangkan RDS merupakan novel sulung beliau. Semoga SK dapat meningkatkan lagi kualiti karya pada masa akan datang dengan jalan cerita yang lebih menarik dan lain daripada yang lain... ape-ape aje... :)
Sampah. Tipikal novel melayu. Storyline boleh agak. Kelakar bila perselihan faham yg boleh setel dengan bertanya antara 2 pihak, nak jadikan drama lari rumah apa bagai...apo, pasangan nie umur 15 tahun ke?
Dah lah, orang kaya, ada chain hotel...sekali pakai minyak wangi dashing je....dashing tu wujud lg ke??
Lepastu...transition dr benci gila kawkaw terus jatuh hati...hek eleh..tepuk dahi aku baca.
Aku kuatkan hati utk continue skip skip baca sampai page last, siap boleh agak..mesti mengandung dan 2 orng manusia ni bodoh gila buat benak taktau kata pregnant. Since ngidam, muntah muntah...duuh.
Naaak je aku baca profile penulis masa dah tengah jln cerita...tapi aku sabarkan diri...kang tau pasal penulis kang, dan aku mcm boleh agak bagaimana orangnya...mau aku, tuntut balik duit.
Ok done review jujur ikhlas. Penulis...cuba lagi. Lari sikit dari storyline cliche ni. Dan research, research...research sangat penting.
I read it only because the author was born the same year as I was...and the story is only meh...did'nt invoke much feel but it was okay....All I want to rant about is,the characters really can't make up their mind about their feelings and thus all those useless fight happen,and makes the novel quite boring at times...it's like watching a slow and frustrating kdrama...LOL~
cerita yang cliche(hero kaya, heroin biasa-biasa). jalan cerita yang biasa. watak pun okay-okay lah. masing-masing tak nak mengaku suka jadi timbul lah sikit konflik. konflik pun agak 'drama' sikit. bolehla buat baca masa bosan.
ada part yang dia salah eja ke apa tak silap. TETAPI!! i love love love everything about this novel dari perasaan menangis baca novel ni jatuh kepada jatuh cinta dengan hero novel ni