Perpecahan umat Islam berlaku sejak lebih 700 tahun yang lampau. Ahli Sunnah Waljamaah, Syiah, Khawarij dan sebagainya muncul pada zaman itu. Semuanya didakwa berpunca daripada kelemahan pemerintahan Khalifah Uthman berbanding Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar yang menyebabkan beliau dibunuh. Perlantikan Saidina Ali sebagai khalifah bertambah kritikal apabila berlaku konflik antara pengikut Saidina Ali dengan pengikut Muawwiyah dan diikuti perang antara kedua belah pihak dan perang dengan Saidatina Aishah. Pertelingkahan antara sahabat turut mengheret umat Islam dalam pertelingkahan pandangan pada zaman ini.
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin is a national Malaysian descent Malays. His first term of Perlis Mufti had been from 2006 until 11 November 2008. His second term as Mufti of Perlis began on 2 February 2015. He got his doctorate from University of Wales, Lampeter, United Kingdom. In the meantime he is also a columnist for 'Minda Dr. Maza or "Pena Mufti" in the newspaper Mingguan Malaysia since March 11, 2007. All his writings are recorded in a book called "Mengemudi Bahtera Perubahan Minda - Edisi Baharu" published by Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, a subsidiary of The Star Group which was inaugurated by former Prime Minister Tun Dr. Mahathir Mohamad on 21 April 2010.
Buku ini mengupas semula dan memberi aku jawapan apakah yang di jawab oleh Saidina Uthman semasa fitnah berlaku di zaman pemerintahannya. Aku juga pernah membaca sejarah perang siffin dan perang jamal yang ditulis oleh Reza Aslan, "There is no God but God" tetapi Reza tidak menulis peristiwa itu secara terperinci. Mungkin sebab Reza Aslan berfahaman syiah, beliau mengkritik keras seolah-olah pimpinan Saidina Uthman ini sangat lemah kerana sifat peribadi Saidina Uthman yang lemah lembut,penyantun dan sangat pemaaf. Beliau juga tidak menyatakan siapakah dalang disebalik fitnah tersebut, namun Dr Asri ada menyatakan di dalam buku ini yang merungkai segala peristiwa dan punca yang menyebabkan berlakunya fitnah terbesar atau peperangan sesama muslim. Dari sini aku pelajari untuk mempelajari ilmu sejarah itu terdapat disiplinnya. Allah telah berfirman dalam Surah Al-Hujurat ayat 6. " Wahai orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa suatu berita, lalu periksalah dengan teliti, supaya kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya, menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu".
Segala puji bagi Allah, tuhan yang menguasai langit dan bumi,ampunilah dosa hambamu yang hina ini.
Rasulullah SAW telah meriwayatkan satu hadis dimana Saidina Uthman akan dijanjikan syurga disebabkan ujian yang bakal ditimpanya. Menitis air mata lepas baca bagaimana golongan munafik sedaya upaya memfitnah Saidina Uthman bin Affan agar beliau meletakkan jawatan sebagai khalifah. Di situlah bermulanya fitnah yang menyebabkan perpecahan umat Islam. Pada masa yang sama ramai sahabat-sahabat sekeliling Rasulullah SAW difitnah bersengkongkol dengan pembunuhan Saidina Uthman. "Tidak ada hati mukmin yang tidak berduka lara atas peristiwa yang berlaku(pembunuhan SAidina Uthman). Ini adalah detik yang disepakati oleh para pengkaji sebagai detik bermulanya pertembungan antara para sahabat sesama sendiri"(alKubaysi,Sahabah AlRasul fi AlKitab wa AsSunnah)
Banyak fakta telah diputar belit seperti Peristiwa Saqifah, fakta sejarah yang menzalimi pemerintahan Saidina Uthman, Peristiwa Majlis Tahkim, rekod Kejahatan Muawiyah, Perang Jamal, Perang Siffin dan macam-macam lagi.
Bacalah bagi mereka yang tercari-cari sejarah bermulanya Syiah. Namun buku ini hanyalah permulaan. Perlukan pembacaan yang lebih mendalam lagi. wallahualam.
“Jangan kamu mencerca para sahabatku. Sesungguhnya sekiranya ada dalam kalangan kamu yang membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, itu tidak mencapai nilai walau secupak makanan atau separuh daripadanya yang mereka belanjakan” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buku ini menjernihkan segala salah faham dan fitnah melibatkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah dan Khawarij yang sesat.
Kita semua mungkin pernah dengar cerita-cerita salah melibatkan para Sahabat di dalam peristiwa Perang Jamal, Perang Siffin dan Tahkim.
Semuanya berpunca dari campur tangan dan perancangan jahat golongan munafiq yang dikepalai pengasas Syiah, Abdullah bin Saba’
Golongan terlaknat inilah yang memarakkan api fitnah sehingga membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman al-Affan secara jahat dan zalim, seterusnya membuka pintu fitnah yang akhirnya mengheret sejumlah sahabat ke medan perperangan sesama sendiri.
Buku ini mendedahkan keutamaan dan kelebihan para Sahabat melalui sumber Al-Quran dan Hadis, serta cara menapis sumber sejarah supaya kita tahu apakah yang sebenarnya terjadi pada era fitnah bermula selepas kewafatan Rasulullah S.A.W
Saya menggesa rakan-rakan Muslim untuk membaca buku ini, dan membersihkan semula apa-apa salah faham yang ada— sama ada yang dibelajar sewaktu di sekolah atau yang didengar dari ceramah.
Semua yang salah, puncanya dari kejahatan Syiah; yang pasti pegangan mereka sangat terpesong dari Aqidah sebenar.
Buku ini saya sarankan kepada setiap pembaca tegar di luar sana. Buku ini menceritakan dengan lengkap mengenai terjadinya peristiwa pembunuhan saidina uthman yang dibunuh dengan kejam. Pelbagai fitnah lagi yang disampaikan oleh puak-puak pelampau. Saya agak tertarik dengan kata-kata dr.asri iaitu "pemberontak mempunyai dua golongan, iaitu golongan penipu dan golongan yang ditipu". Perbalahan sesama sendiri berlaku kerana termakan fitnah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Selain dari itu buku ini juga menyatakan bagaimana pembelaan kematian saidina uthman dilakukan oleh sahabat-sahabat yang lain.
If I were going to improve/rewrite this book, few aspects I'd pay great concerns to:
1. Reduce redundancy. There are redundancies of terms, especially on how the author is addressing the Tarikh Tabari.
2. Rewrite the sentence structure for few sentences, make it easier to read. Sometimes I feel that the author is heavily imbued old (Arabic) literature, as in the sentence structure kinda a bit confusing for modern readers.
Buku beginner untuk mengenal sejarah terutamanya mengenai syiah. Dimulakan penulisan dengan asas untuk menilai sejarah supaya mudah bagi orang awam untuk memahami sesuatu permasalahan dengan basic yang kukuh.
A great book that summarizes the tumultuous "period of slander" that had occured during the reign of Uthman ibn Affan and Ali ibn Ali Talib as the third and fourth caliphates, respectively after the death of Prophet Muhammad. The points made in this book rely solely on the accounts that the Sunni scholars follow, which in turn is based on the Quran and sunnah (recorded narrations). It negates the accounts by Shia scholars, especially that of At-Tabari which has influenced the writings of orientalists such as that of Lesley Hazelton in her book "After the Prophet" which I have read before. While Lesley's book gives readers the impression that Aishah and Muawiyah ibn Abu Sufyan had ulterior motives to go and contest Ali's rule, this book mentioned that while the two were in the wrong (they had admitted this afterwards), they never intended malice against Ali. Their ijitihads (reasonings) to go against Ali were based on good intentions i.e. to punish the revolters whom had assassinated and mutilated Uthman, as they were heavily influenced by the slanders made by the dubious Abdullah ibn Saba. This was period of time that led to the split of Muslims into two main sects but unlike the Shias whom would base their rituals after these events, most Sunnis are not really well-versed on them as they are not widely regarded as important... which is why I would strongly encourage Sunnis to read it up!
Buku yang perlu dimiliki setiap orang Islam. Merungkai apa yang terjadi pada zaman fitnah para sahabat R.A yang dahsyat. Dan juga menunjukkan pendirian mereka yang jelas serta menjawab tohmahan segelintir orang Islam yang sering dimomokkan dengan cerita yang tidak berasas berkenaan kredibiliti para sahabat Nabi.
Saya sarankan sebelum baca buku ini dengar dulu edisi youtube oleh penulis Dr Maza kerana ada beberapa perincian yang penting. Buku yang sangat baik untuk dibaca agar kita tahu bahawa sejarah yang berlaku pada zaman sahabat dan betapa bahaya golongan munafiqun berbanding musuh yang nyata. Semoga Allah memberkati sekalian sahabat nabi dan kita orang2 islam aminn
"Saidina Uthman dapat tentangan kerana dia ambil harta umat Islam dan berikan kepada kaum kerabatnya" kata kawan aku itu.
"Muawiyah itu gemuk,dia terlalu gemuk sampaikan dia berkhutbah sambil duduk" katanya dalam keraguaan,dia sendiri tidak pasti apakah benar atau tidak apa yang dikatakan itu.Kalau betul pun apa yang dikatakan tolong tunjukkan sumbernya.
Aku menjadi terkejut dan hairan bila mendengar kata-katanya,bila ditanya "siapa yang beritahu kau benda ni?" jawabnya "si fulan",aku kenal benar siapa si fulan yang dimaksudkan itu.
Seingat aku inilah perbualan antara kami berdua suatu ketika dahulu.Aku cuba membandingkan saidina Uthman dan Muawiyah dengan si fulan yang dikatakan tadi.Sungguh tidak patut bahasa seperti ini dikatakan oleh si fulan kepada sebaik-baik generasi yang didik oleh sebaik-baik makhluk dalam sejarah manusia.
Apa yang lebih membimbangkan aku adalah perkataan ini dikatakan oleh orang agama yang sedang menuntut di salah sebuah universiti tersohor di timur tengah.Kalau beginilah keadaan penuntut ilmu agama,apakah nasib masyarakat biasa yang tidak tahu langsung akan perihal agama mereka.Sungguh taklid itu membinasa.
Aku sedar bukan niatnya untuk merendahkan para sahabat kerana dia hanya menyampaikan apa yang dikatakan orang lain kepadanya.Ini merupakan masalah besar kebanyakan dari kita sebagai penuntut ilmu yang dengan mudahnya menerima bulat-bulat kata orang tanpa diselidik terlebih dahulu.Walaupun orang itu adalah guru kepada kita bukan bermakna dia tidak pernah tersilap dalam menyampaikan ilmu,jangan kerana adab kita tidak boleh mengkritik.Adab dan kritikan adalah dua benda yang berbeza,beradablah dan kritiklah untuk mencari kebenaran.
Alhamdulillah aku dapat juga kesempatan untuk membaca buku karya Dr Asri ini,rasanya ini buku pertama beliau yang aku baca dan aku sangat puas dengan segala maklumat yang diberikan.Pendekatan yang mudah difahami,setiap apa yang dinaqalkan disertakan rujukannya sekali,menjawab segala tuduhan-tuduhan golongan syiah yang dilemparkan kepada Saidina Utman dan sahabat-sahabat yang lain,penjelasan terhadap kekeliruan dalam beberapa peristiwa contoh seperti peperangan Siffin,Tahkim,peperangan jamal,pembunuhan Uthman,perbalahan antara para sahabat dan lain-lain.
Buku ini adalah batu loncatan bagi aku untuk lebih terus mendalami sirah dan sejarah dengan mengikut disiplin ilmu yang seharusnya.Semua orang yang meminati atau baru berjinak-jinak dengan sejarah mesti membaca buku ini.
Antara qoute yang digemari :
"Para sahabat tidak maksum,namun mereka tidak mengkhianati agama.Ini kerana Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w membuat keputusan bagi mengurniakan darjat itu untuk mereka.Ini adalah rujukan tertinggi......Sekiranya mereka semua dianggap sebagai khianat dan rosak,bererti Islam secara keseluruhannya adalah hasil pengkhianatan dan perbuatan golongan yang rosak".
Sebenarnya aku selalu tertanya-tanya, kenapa orang Islam ada yang berfahaman Sunni dan ada yang berfahaman Syiah ... Kenapa Khalifah Uthman dibunuh? Kenapa Sayidina Ali dan Sayidatina Aisyah berperang antara satu sama lain? Kenapa kepimpinan Khalifah Uthman dikatakan lemah? Hati ini tidak mahu mempercayainya kerana logik akal mengatakan mana mungkin sahabat Rasulullah SAW yang dijanjikan syurga dikata sebegini... Nah, seperti judulnya, isi kandungan buku ini sememangnya merungkai kontroversi dan menyingkap realiti ... betapa dahsyatnya fitnah yang dilemparkan sehingga umat Islam sekarang yang kebanyakannya lemah minda (seperti aku) tidak mengetahui atau malas nak mengkaji sejarah yang sebenarnya. Buku yang tidaklah terlalu tebal mudah dibaca dan dihadam dan dijadikan pencetus semangat untuk membaca kupasan lain yang dengan lebih mendalam in shaa Allah...
aku nampak perkaitan fitnah dahulu dengan fitnah sekarang. sayang kalau umat Islam sendiri tak mahu ambil iktibar.kesannya kesatuan ummah agama kita juga yang terjejas. buku ni juga dapat mendiskripsikan bahaya dari kesan fitnah orang-orang munafik ni. buku ni juga menjelaskan dengan terperinci sumber-sumber dari mana penulis mendapatkan maklumat. selain tu, ada panduan untuk menyemak sanad untuk memastikan hasil penulisan adalah dari sumber yang benar.
em...kalau nak tau sejarah sikit2 ok la. sejujurnya aku tak abis baca pun, tu pun dah banyak skip. dr asri pun dah kata ni dia tulis zaman dia muda, tp rather than dia ubah sikit2 tu, tarik balik je la buku ni. buku ni menyebabkan dia membuka kelemahan diri dan kelemahan sistem universiti (maksud aku, camni ke standart thesis master/doctrade). xde maksud offended sapa2, bole baca, ambik mana patut la.
Pernah dahulu kita dihadapkan dengan sirah-sirah sahabat Rasulullah SAW seperti kejahatan Muawiyah bin Abu Sufyan r.a, tentang kelemahannya Uthman r.a sebagai khalifah, dan banyak lagi dalam ini dikupas tuduhan-tuduhan kepada mereka. Agak pelik bila mana para sahabat dituduh sebegini.
Satu buku yang baik untuk melihat dan mengkaji kembali sirah, supaya lebih dekat dengan sirah yang sebenar.
Jelas menceritakan jalan cerita ketika zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali serta fitnah ataupun musibah yang melanda ketika kedua-dua zaman tersebut.
Juga memberikan pandangan sebagai seorang ASWJ terhadap kisah kisah yang diceritakan oleh Syiah.
mantap.mula2 cerita pasal kedudukan istimewa sahabat di sisi quran & hadis.lps tu cerita pasal kaedah perekodan sirah.bab ni paling mengujakan.lps tu drmaza cerita sirah2 yg telah diseleweng beserta dngn penjelasan yg montok.
Kalau baru mahu berjinak-jinak membaca perihal sirah, ini adalah antara buku yang boleh dibaca. Penceritaan yang tidak berat dan boleh mendapatkan gambaran kisah-kisah para sahabat. Lepas itu, bacalah buku lain yang menceritakan hal-hal yang sama. Agar tidak mengambil dari sumber yang sedikit saja.