Jump to ratings and reviews
Rate this book

Sayang Ustazah Sayang

Rate this book
Selepas lima dekad, Sayang Ustazah Sayang diterbitkan semula supaya pembaca dapat menyelami suasana ketika Salmi Manja menulis novel yang berlatarkan kisah di sebuah madrasah.

Semua ustazah dan juga ustaz yang mengajar di madrasah tersebut kesemuanya mempunyai kisah yang tersendiri. Bermula daripada masalah politik di madrasah, isu anak-anak murid, polemik jiwa dan percintaan, termasuklah pergolakan rumah tangga, semuanya digambarkan satu persatu oleh penulis sehingga menjadikan novel ini menarik untuk dihayati.

Sayang Ustazah Sayang, kisahnya tetap berulang sehingga kini walaupun sudah lama dirakamkan...

183 pages, Paperback

First published January 1, 2012

Loading...
Loading...

About the author

Salmi Manja

7 books1 follower
A Malaysian novelist, poet, and journalist.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (17%)
4 stars
14 (35%)
3 stars
15 (37%)
2 stars
4 (10%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Fadillah.
830 reviews53 followers
September 19, 2022
"Soal kami susah-susah datang, jangan digaduhkan. Yang perlu digaduhkan ialah soal ustazah sendiri yang menyusah-nyusahkan diri kerana hal yang kecil ni," kata Ustaz Jamil. Hal yang kecil? Fikir Ustazah Zamilah menggeleng- geleng kepala. Kalaulah hal yang kecil, mustahillah Ustazah Zahirah sampai terdampar di rumah sakit ini. Kadang-kadang, orang lelaki tidak dapat menentukan mana soal yang kecil dan mana pula yang besar. Kalau soal yang membebankan sehingga seorang wanita terpaksa masuk ke hospital entah berapa lama dianggap kecil, soal bagaimana pula agaknya yang diterimanya sebagai besar, fikir Ustazah Zamilah lagi.
- Sayang Ustazah Sayang by Salmi Manja
.
.
This book was published in the 60s and only recently it has been reprinted. Judging from the title, the first impression that it will be a book that heavily referenced islamic messages. Glad that i was proven wrong as this is more of stories of how teachers or called ‘Ustaz’ and ‘Ustazah’ in Madrasah navigating their daily life, either personally or professionally. We were introduced with many characters but Ustazah Zamilah is the main character. She was empathetic, kind person and very observant. We can see how vivid her descriptions of the headmaster’s room when she first stepped into it. She can see that the school is lacking in facilities and some students came from a very poor background. One of those students is Sarah. However, when she tried to inform her superior about it, she was being dismissed for being too emotionally invested and she was reminders that the school cant take care of every students. Along the way, we were getting into the story of other characters - Ustazah Nazimah being a victim of domestic abuse, Ustazah Naemah with her estranged daughter, Ustaz Lazim’s overzealous wife and the typical male species, Ustaz Jamil. While Salmi Manja did not outrightly stated that this is feminist book but it totally is. It has the tone of highlighting many injustice faced by women, how society failed to protect women and the accountability was heavily on women’s side. Sarah’s mother being abandoned and she was left to fend for herself and feed her 5 children. Ustazah Nazimah did not have a mechanism to escape from the abuse as this is her second marriage and she felt ashamed to get a divorce for a second time. She does not want to carry the status of divorcee. Ustazah Zamilah, on the other, carry the tag of a single woman in the ‘madrasah’ thus she was the threat as she might try to seduce other ustaz, married or not so she can get herself a husband. Such was perception from Radhiah , Ustaz Lazim’s wife and her fellow friends, Radhiah and Gayah. Rather than building the sisterhood, we are tearing down other women based on rumours. Overall, an enjoyable reading. I finished it in one sitting. Ending was rushed and some characters were not development fully thus they disappeared without any regards on their storyline like Mustaffa that confessed her love to Ustazah Zamilah. It was sad to know that Salmi Manja is no longer active in writing.
Profile Image for Norziati.
Author 10 books84 followers
March 30, 2015
Sebuah kisah lama, kisah di madrasah berlatarkan tahun 60-an. Pelbagai ragam ustaz dan ustazah yang berhadapan bukan sekadar pembelajaran di madrasah tetapi juga di luar madrasah. Semua mempunyai masalah keluarga masing-masing hinggakan ada yang menjejaskan prestasi mengajar. Tetapi jangan sekali-kali kita bayangkan situasi 'madrasah' seperti sekolah agama sekarang kerana kita akan merasa pelik dengan keadaan masyarakat ketika itu
Profile Image for Maisarah Mohd.
Author 1 book42 followers
February 17, 2017
Dah lama tertarik dengan novel ini tapi entah kenapa tak teringat nak beli semasa jualan akhir tahun ITBM. Mujur jumpa di perpustakaan universiti. Ulasan yang baik dari pembaca lain sedikit sebanyak membantu saya untuk membayangkan suasana, latar masa & masyarakat dalam novel ini.

Kisahnya mudah saja, dan saya kira mungkin kisah-kisah dalam novel ini berlaku dalam tempoh sebulan dua. Saya tak pasti sama ada genre buku ini realisme atau bukan, tapi saya yakin, buku ini terinspirasi daripada pengalaman penulis semasa zaman persekolahannya.

Menarik apabila difikirkan, ustaz ustazah zaman dahulu tak ada bezanya dengan orang lain dari segi pemakaian dan cara hidup. Kalau boleh dibayangkan, mungkin zaman novel ini ditulis ialah sezaman dengan filem hitam putih. Haha. Selain Usman Awang, saya juga suka cara penulis novel ini menyusun ayat, sederhana saja, tidak meleret-leret.

Profile Image for Iza B. Aziz.
242 reviews35 followers
July 22, 2025
Alhamdullilah, bertemu jua saya dengan karya kedua Salmi Manja - Sayang Ustazah Sayang - selepas membaca Hari Mana Bulan Mana pada tahun lalu. Senang saya katakan, karya SUS 'adik' kepada HMBM yang mempunyai persamaan mesej dan pandangan seputar hal-hal kewanitaan dan rumah tangga disebalik watak ustaz dan ustazah.

Salmi Manja masih mengekalkan kekuatan watak yang emosional empati dan berjaya menggunakan daya rasional untuk membantu orang lain. Ia terpancar dari watak Ustazah Zamilah walaupun masih muda dan kadang-kala tersepit dengan situasi sendiri. Dalam masa yang sama watak Raidah, isteri kepada Ustaz Lazim menjelaskan emosi tanpa rasional boleh mengundang kemudaratan.

Wanita - emosi kamu itu suatu kewibawaan. Jangan guna tanpa akal, tanpa sedar dan tanpa jiwa. Emosi itu anugerah, jika diadun dengan kebijaksanaan ia menjadi nikmat terbaik untuk seluruh alam.
_____________________
SUS memang amat tipis. Ramai yang kata ceritanya mudah-mudah sahaja. Namun, isi yang mudah itu langsung tidak berubah sejak lima dekad yang lalu. Mudahkah? Membaca cerita begini memang mudah bukan?

Saya jelas dengan pembangunan institusi yang sudah banyak terbina mendorong pemerkasaan wanita. Sungguhpun begitu, sikap misoginis masih hidup diam dalam kebanyakan lelaki dan wanita sendiri. Mentaliti sebegini tidak boleh dipadam dengan pembangunan materi semata-mata.

Mungkin dari bacaan novel tipis dan mudah seperti Sayang Ustazah Sayang boleh mengintai masa depan wanita lima dekad akan datang. Adakah kisah kita masih dianggap mudah dan sekadar bahan bacaan mingguan?
_____________________
Profile Image for Shuhada Ramli.
353 reviews18 followers
January 1, 2017
Sebuah kisah realiti dunia yang berlaku sekitar 60-an. Suci tanpa teknologi canggih tapi penuh dengan noda, dosa dan kekangan hidup.

Best. Rasa. Macam tengok drama 60-an. Ustazah zaman tu pakai kebaya ketat dan berselendang jarang hinggakan nampak rambut dan lehernya. Itu gambaran yang saya dapat ketika membaca buku ini. Selain dari itu, suasana zaman dahulu yang mempunyai warung di bawah pokok sena dan berkerusi rotan juga memberikan gambaran klasik.
Profile Image for AL Sihite.
194 reviews6 followers
January 31, 2018
Tentang kehidupan para ustazah di sebuah madrasah dan masalah masalah yang berlaku di sekeliling mereka.

ceritanya ringkas dan menarik. seperti menonton drama tahun 60an. cumanya saya bermasalah dengan nama watak ustazah ustazah yang hampir sama bunyinya. sedikit mengelirukan.
Profile Image for LilGurl.
13 reviews
March 24, 2020
Terasa seperti sedang menonton filem lama. Menarik!
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
October 30, 2014
Cerita sekitar warga sebuah madrasah. Kisah rumah tangga dan cinta ustaz-ustazah. Ceritanya pendek, tapi isunya banyak. Penyudahnya mudah. Boleh lah.
Displaying 1 - 8 of 8 reviews