“Yangggg... apa yang dimenungkan tu?” Lamunanku di tingkap itu terhenti. Aku menoleh... “Sorrylah, terlambat bangun...” katanya sambil bergerak turun dari katil dan menuju ke arahku. Waktu itu sekali lagi aku terperasan betapa besarnya isteri aku. Bila dia melangkah nampak saling tak tumpah macam almari berjalan. Tidak mengapalah, biar sebesar lori pun dia tetap isteriku. “Ayang dah siapkan breakfast?” Dia meletakkan tangannya yang macam pelapik rumah itu ke pinggangku. Tidak mengapalah, biar sebesar mana pun lengan dan tangannya, dia tetap perempuan yang banyak berjasa padaku. Dialah satu-satunya manusia yang benar-benar memahamiku dan yang sentiasa bersedia melindungiku. Tanpa dia, aku mungkin bukan setakat kehilangan Tini dan Maya, tetapi juga segala-galanya termasuk harga diri sebagai seorang usahawan. “Dah, nasi lemak, mihun, roti bakar, karipap, semuanya dah ready...” jawabku. “Thanks, sayang...” Dia memeluk pinggangku.