Menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011, iaitu; sembilan buah cerpen, sembilan buah puisi, dan sebuah rencana sastera dan kajian sastera.
Karya-karya dalam antologi ini mengangkat subjek idealisme yang berteraskan aspirasi jati diri, sejarah dan peradaban bangsa, kenegaraan, ekonomi, budaya serta prinsip kebenaran sejagat. Wacana dari sudut kita dan orang lain, selaras dengan perkembangan semasa diolah melalui perspektif subaltern. Disamping itu, keadilan sejagat masih dipertahankan sebagai satu subjek yang penting.
Karya-karya dalam antologi ini dipersembahkan secara berseni, mencuit naluri dan merangsang penaakulan para pembaca.
Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak.
Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994.
Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013).
Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012.
Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.
Kumpulan cerpen Hadiah Sastera Utusan 2011 ini seperti buku-buku kumpulan cerpen tahun-tahun lainnya, pada pendapat saya tidak semuanya yang menarik. Untuk buku ini, hanya kisah ISTIMEWA yang ditulis oleh Hafizah Iszahanid yang menjadi kesukaan saya.