Jump to ratings and reviews
Rate this book

MENTAL

Rate this book
Mental
Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!

Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Maya is a maid who is convinced that the members of the family she works for are crazy. But there's a secret she slowly finds out – about a mysterious woman named Raudhah.


______________
Novelis : Shaz Johar
Shaz Johar gemar menulis novel-novel yang 80% intipati ceritanya berlaku di depan mata manakala selebihnya diolah untuk melengkapkan jalan cerita itu sendiri. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, dia kini berhenti seketika dari mengelilingi dunia untuk memberikan tumpuan kepada kehidupan yang lebih stabil di tanahair. MENTAL merupakan novelnya yang ketiga selepas KOUGAR dan TABU. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui perkembangan lanjut tentang penulis separa muda ini, dia boleh ditemui di akaun twitter @malayrhapsody, Facebook SHAZ JOHAR, dan celotehnya sekali-sekala dijumpai di laman blog JEJAKA ANGGUN.



Rekabentuk/letak kulit : teckhee.blogspot.com
Perunding : Hani Amira Suraya & Iqbal Abu Bakar

Cetakan Pertama : November 2012
Cetakan Kedua : Disember 2012
Cetakan Ketiga : Mac 2013
-

300 pages, Paperback

First published November 15, 2012

50 people are currently reading
937 people want to read

About the author

Shaz Johar

26 books102 followers
Shaz Johar was born and raised in Kuala Lumpur. He works in a bank. His first novel KOUGAR (2011) won the Selangor Young Talent Award for Best Malay Novel. He followed this up with TABU (2011) and MENTAL (2012).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
274 (31%)
4 stars
310 (35%)
3 stars
219 (25%)
2 stars
45 (5%)
1 star
17 (1%)
Displaying 1 - 30 of 133 reviews
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
November 14, 2012
Kudos Shaz Johar :)

01. Puas hati buku tiba sebelum waktu kemuncak sibuk. Maka punya waktu untuk membaca dengan santai. Durasi pembacaan adalah tiga jam dengan diselang seli upacara masak dan ritual lain.

02. 'MENTAL' adalah tentang watak Maya yang di dalam rumah yang didiami ada 4 watak lain - Jin, Sierra, Rania dan Rashid. Ada juga tambahan beberapa watak lain - Benjamin, Dr Salman, Pak Bado, Mak Itam, Marlis dan beberapa lain.

03. Ada cameo watak Kisha (Kougar) dan Bibi (Tabu) - Aku suka cara Shaz sebegini. | lebih-lebih lagi kepada pembaca yang membeli pakej '3some' dari FIXI - jadi mereka akan lebih dekat dengan cara penulisan Shaz.

04. Ada terselit beberapa perkara yang dekat dengan dunia realiti. Kalau kau peka dengan hal semasa, jadi kau akan tahu juga.

05. Cerita MENTAL agak tricky - Disarankan agar jangan berhenti-berhenti baca. Sebab nanti akan kurang faham dan kena ulang baca sehelai dua kebelakang.

06. Tulisan Shaz Johar kali ini - punya latar orang gaji mengingatkan aku kepada cerpennya dalam KOPI -"Kopi 3 Rasa"

07. Aku sarankan kalian baca sendiri - dapatkan naskah ini dan selami cerita yang sebelum pengakhirannya kalian akan temui jawapan.

Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 16, 2013
Ini buku pertama aku tahun 2013. Dan ya, aku rasa sedikit gila dalam menyudahkan pembacaannya *wink*

“Kita jangan suka sangat melengah-lengahkan solat, nanti seksa bila Tuhan cabut nyawa tu. Tahu?” [page 32]


Speechless. Di awal-awal lagi sudah terkena. Tapi aku suka ingatan itu. Terima kasih wahai encik penulis.

Mental sebuah cerita yang punya plot agak berat dan mungkin akan memeningkan kepala para pembaca. Sedikit berbeza dengan buku-buku keluaran Fixi yang lain. Jadi seharusnya kalau mahu baca buku ni memang kamu perlu cari satu masa khas. Baca sekaligus dan jangan tinggal-tinggal. Kalau tak, memang terkena ‘mental’nya kih5 ;P

Ini kisah kecelaruan minda yang menjadi. Menjadi padaku bila saja akhirnya aku sendiri sedikit keliru untuk membezakan siapa yang wujud sebenarnya. Antara realiti dan imaginasi. Antara Raudhah dan Maya. Kalau tanya aku, pastinya aku lebih suka watak Maya. Gila. Sebab aku memang tak dapat teka siapa Maya. Mungkin kerana permulaannya yang cukup memikat. Dengan Maya yang mahu berkongsi cerita bersama Kisha; Kougar dan kemudiannya dihuraikan satu persatu jalan ceritanya. Memang sungguh aku diperdaya hahaha5

Dan aku juga suka dengan watak Rashid dan Rania yang ditonjolkan. Rashid yang suka mencederakan diri sendiri dan Rania yang suka menyanyi di gereja. Entah. Aku rasa ia sinis.

Aku harus katakan ini naskhah terbaik penulis. Jujur aku memang tidak menggemari dua bukunya sebelum ini kecuali sebuah cerpen dalam kompilasi Kopi. Jadi, tahniah Shaz Johar kerana tak pernah serik untuk menulis.

Sedikit sebanyak penulis sudah buat aku rasa mahu tonton kembali A Beautiful Mind. Mujur sekarang ni sudah ada Youtube. Bila senang-senang boleh klik saja ;D
Profile Image for Ririn Aziz.
790 reviews106 followers
December 13, 2015
3.5 stars

Mental jugak kejap baca buku ni...hahaha. Nasib baik ada penerangan di akhir cerita, jadi 'kementalan' tu dah waras kembali.

Sebuah karya yang agak bagus. Kritikan dan sindiran yang membuatkan kita berfikir. Tapi, bimbang juga bila dibaca oleh mereka yang 'dinding'nya lemah, takut fikiran dan pemahaman tu menjurus ke arah lain.

It's just...reading a material with quite an explicit content did not sit very well with me, even if it was with a good reason. Hmmm....
Profile Image for ωαη  ïzzαz.
56 reviews12 followers
November 16, 2018
Bila aku baca review,kebanyakan pembaca mengatakan yg mereka mental dan pening setelah membaca buku ni..Tapi jujurnya aku tak rasa buku ni mental sangat pon..

Buku ni mmg buat kita tertanya tanya tapi tak adalah mengejutkan sangat pun tentang kebenaran sebenar tu.Buku ni bila baca tak bosan pon,malah akan membuatkan kita tak boleh letak lagi adalah.Masa mula2 pembacaan tu,memang ada rasa macam berbelit2 sedikit,tpi lepas tu ak dah boleh agak dh yg Maya ni sebenarnya gila.

Aku suka dengan watak sampingan Rashid@shit tu,serius setiap kali ad watak dia aku mmg akan gelak.Rashid ni mmg penghibur la😂.Apapun,tahniah lah buat penulis.👍

4.5 Bintang.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
January 2, 2015
(3.3 bintang)
Hamba suka buku ini. Tidak sampai gemar dan sama sekali tidak berselisih cinta tetapi ya, hamba menyukainya. Berjurang suka yang banyak jugalah jika hendak dibandingkan dengan KOUGAR. :)

Apa ni? - Okey *sambil julingkan mata*. – Amboi. - Apa hal pulak? - Eh, eh, boleh pulak macam tu?

Hah, banyak lagi sebenarnya monolog hamba sepanjang satu pertiga buku ini. Maklumlah hamba tidak mahu ambil serius mulanya dengan buku ini jadi hamba sengaja ingin bersenda gurau dengannya. Hehe. Namun semakin jauh dibaca, ceritanya (lebih tepat watak Maya) menjadi semakin magnetik ibarat kutub selatan yang menarik perhatian hamba, si kutub utara.

Kisah Maya yang diceritakannya sendiri itu menjadi semakin misteri dan menarik untuk ditelusuri. Satu demi satu dia berkisah kepada teman asing yang ditemuinya di perhentian bas (Kisha Kougar) tentang orang-orang gila di rumah kerjanya. Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid dan Rania serta jiran tetangga Si Benjamin juga. Tidak terlupa sosok misterius bernama Raudhah yang tidak dia kenali tetapi terus-terus dikaitkan dengannya.

Banyak subjek-subjek menarik yang dihurufkan dalam buku ini. Dari isu keagamaan, masalah mental (tentulah, tajuknya saja sudah begitu), gelagat para artis malah kecenderungan seksualiti juga. Tidak perlu menyetujui semua atau menjunjungnya melebihi paras kepala. Cuma tinggal siapkan saja minda dan ajar diri untuk tidak sentap. Haha.

‘Mental’ menarik. Tidak mengenyangkan tetapi untuk juadah petang sebelum makan malam, boleh saja. ;)



p.s. Antara nama negara atau daerah yang hamba suka jika dijadikan nama orang; Crimea, Andorra & Harare.
Profile Image for Sizarifalina.
268 reviews
November 25, 2012
First of all I would like to apologize for writing a review of this awesome book in English. :) I find it quite a wholesome book. It touches upon many aspects of life . The truth. We believe what we want to believe. If something does not suit our lifestyle , we tend to either ignore it or we would detest it altogether . This book made me think about religion, friendship, relationships and family values. No doubt it has a lot of sub plots in it. So yes I agree with Zara that one should read it in one sitting to understand fully about the book and what the author is trying to say. Yes Shaz I read till I went MENTAL!! It was something since I have bipolar disorder hahahahahaha. No doubt this book is special. Way better that the last two you wrote. But Kougar and Tabu have its own speciality since it is totally in a different genre. I find it awesome that you can write chick lit and also something serious like MENTAL. I am not bias here. Seriously because I have read quite a number of books in both English and BM. Not many writers have a twisted mind like you and Ridhwan Saidi, Twisted mind in a positive way. Ridhwan Saidi has his own way to express what life is all about. And you , Shaz you have your unique way to interpret life. But both of you have the same goal. I take MENTAL as a literature . I really hope that your next book is going to be an awesome one. You are gifted my friend. Don't let anyone say that you are not!
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
December 22, 2012
3.5 bintang.

Mental ini sebuah karya ala-ala A Beautiful Mind dan Fight Club. Kisah kecelaruan minda. Kisah gangguan pemikiran. Kisah seseorang membezakan antara realiti dan imaginasi. Bolehlah dikatakan sebagai sebuah karya yang agak baharu dalam arena penulisan di Malaysia sebab tak banyak genre yang macam ini telah tertulis. Kebiasaannya buku macam ini cumalah di dalam Bahasa Inggeris, mungkin kerana di sana mereka tahu dan faham punca serta penyebab penyakit ini berlaku. Dibandingkan dengan Malaysia, rata-rata sekiranya ada pesakit yang mula menunjukkan sindrom begini, pastinya orang-orang sekeliling akan mula menjauh sampailah suatu hari nanti, pesakit mental itu tinggal sorang-sorang je menanti maut hadir.

Secara jujurnya, aku sukakan cerita Shaz Johar yang ini. Tak berapa memeningkan mungkin kerana sudah tahu intisari cerita bagaimana. Cuma sedikit keliru dengan endingnya. Kurang jelas dan masih belum mampu untuk faham. Sebenarnya Raudhah ini sudah okay ke tak? Kalau tak kenapa Rashid dan Rania masih ada dan dilayan seperti biasa? Atau Raudhah ini memang sudah kronik sakitnya dan tak boleh diubati? Yang penting aku memang kurang fahamlah tapi overall boleh dicerna dan dihadam dengan baik tanpa tersangkut-sangkut.

Keseluruhannya, aku melihat Shaz Johar sudah semakin bijak menulis. Nampaklah evolusi gaya penulisannya daripada buku pertama Kougar yang aku baca dulu. Tabu aku tak baca sebab terpengaruh dengan perasaan kurang suka terhadap Kougar. Mental aku beli sebab aku suka dengan genre sebegini hehe.

Akhir kata, aku tak berapa pandai nak mengulas tapi aku mengharapkan akan ada ramai penulis yang berani menulis jalan cerita sebegini!

Sekian terima kasih.
Profile Image for  Kak Zie.
370 reviews60 followers
January 8, 2017
Pening aku baca kisah ni.

Mula-mula baca tu, okay lagi la. Boleh la hadam dengan baik. Dekat nak akhir tu, dah mula pening dah.

Rupanya si Maya tu Raudhah ehh? Dia sebenarnya yang sakit mental, kan? Ke, aku yang tak faham jalan cerita. Hahaha.

p/s: Konon nak ubah baca genre lain. Alih-alih sendiri yang tingtong. :D
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 11, 2018
Buku ni berat. Pembaca boleh mental kalau baca Mental. Perlu dibaca dengan tekun. Ada beberapa scene yang aku ulang baca sebab kadang-kadang penulis jump scene macam tu je. Ada juga yang memang scene berbelit susah nak faham.

Buku ni kalau buat filem, bagus ni.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 1, 2014
Ini buku terakhir aku baca untuk tahun 2013! Selamat tahun baru, yeah!

Tiga bintang? Kenapa? Rasanya cukup itu jelah bintang yang aku bagi. Ya, mungkin buku ni bukan menjadi pilihan minda aku. Lain orang, lain rasakan, so, aku nak kata buku ni boleh-bolehlah. Sebenarnya aku memang teruja sangat nak baca buku ni bila baca review-review pembaca di goodreads. Tapi bila aku dah dapat, rasa teruja yang membuak-buak di dalam jiwa tidak mampu dipuaskan oleh buku ni! Cukup! heee...

Cerita di dalam naskah ni memang sesuai dengan tajuknya! dan ini karya pertama dari penulis yang aku baca. Tahniah encik penulis. Mungkin aku perlu baca karya sebelumnya dari penulis???

Tapi kekadang aku tak dapat nak bezakan dialog watak mana yang sedang berbicara. Ini kelemahan aku.

Oh ya, aku terganggu sikit pada pertengahan buku. Kata Maya dia period, tapi dia pergi solat pulak... hmmm,,.. Ya dah namanya kan mental... mungkin kut... Ada lagi yang aku rasa kurang senang, tapi abaikan, biar aku sorang je yang tahu apa rasa ini hakakakaka...(Takpa, abaikan yang ini... hee)

Tapi siapa yang belum baca, bacalah, mungkin korang akan suka! Peace!



Profile Image for Kamaliah.
199 reviews29 followers
October 8, 2016
M.E.M.A.N.G M.E.N.T.A.L

* The twist n turn really twisted n turned my mind...
* The abrupt ending disturbs me
* The significance of the characters are eye openers
* The story telling is simple and straightfowrd but pushed me towards the edges. Need to know what is gonna happen!!!
* Message received! Noted with thanks

A narration of today's sad but true lifestyle that has been kept sealed under layers of "colourful" papers...
Profile Image for Sha Mohamed.
2,521 reviews1 follower
March 31, 2019
Sesuai betul cerita dengan tajuk.. Sha yang baca pun rasa mental.. Dah lama tak baca buku macam ini.. Memang mind blowing.. Hahaha..
Profile Image for Nizam Jalil.
3 reviews1 follower
December 28, 2013
Dipetik dari blog saya. (unitesahaje.blogspot.com)

KENAPA BELI?

Cemana aku boleh tertarik dengan MENTAL? Aku ada sahabat rapat sebelum ni gagal dalam mengawal emosi dan akhirnya 'hampir' menghadapi masalah itu. Aku rase mungkin dengan membaca buku ni, aku dapat memahami, merasai sedikit sebanyak apa yang dialaminya. MENTAL menjadi buku Fixi pertama aku selesai baca. Dan bila dah tau ending dia, fasal apa cerita dia, bla bla bla then elok juga aku buat review untuk kongsikan apa pendapat aku tentang buku yang ditulis oleh Shaz Johar ni.

REVIEW NOVEL MENTAL (Ada sedikit spoils)
Sinopsis di kulit belakang buku berjaya menarik pembaca untuk mengetahui cerita ni pasal apa. Sinopsis dan cerita itu ditulis hanya gambaran Maya.
Buku ni dalam kategori first-person narrative (lebih menceritakan tentang watak utama) Konsep penulisan lebih kepada diari, catatan diri Maya selaku watak utama. Aku suka konsep ni. Kemudian, cerita dipecahkan satu persatu.
'Semua orang gila'. Di awal pembacaan, kita mudah membuat anggapan Tuan Jin, Puan Sierra, Rashid dan Nia gila. Mereka semua ada cerita sendiri. Tuan Jin curang dengan isterinya, Puan Sierra yang kuat sembahyang tetapi sering menuduh si Maya. Rashid yang nekad memotong tangan kanannya yang didakwanya bukan tangannya dan Nia yang gemar mempelajari agama kristian sehingga hampir ke arah itu. Tuan Jin dan Puan Sierra dilihat seperti tidak mengambil tahu masalah kedua anak mereka. Bermakna semua gila, kenalah dengan judul buku. Maya je seorang tidak gila?
Aku ternanti-nanti bila Rashid nak potong tangannya dan Nia murtad mungkin. Elemen ni tampak seperti nak memanjangkan plot.
Pertengahan cerita, watak Raudhah muncul dan memang penting untuk keseluruhan cerita. Cara watak Raudhah diceritakan sangat baik dan teratur.
Cara menceritakan masalah dihadapi Maya, watak Bibi dari novel TABU menjadi pendengar setia di bus stop.
Di penghujung cerita, kita dapat tahu semua perkara yang berlaku ada sebabnya yang tersendiri. MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar. Yang pasti anda tetap akan 'ditipu' oleh jangan ceritanya. Jangan risau.
Endingnya ditunjukkan secara rileks dan bersahaje serta dapat diterima.
Tahniah penulis, Shaz Johar yang memberi keyakinan untuk aku terus mengikuti buku2 terbitan FIXI.


3.97 out of 5 stars
Profile Image for Richard Wong.
1 review2 followers
November 26, 2012
Syabas kepada Shaz Johar kerana berjaya menghasilkan satu lagi karya yang mengagumkan selepas Kaugar dan Tabu. Mental membuka ceritanya dengan gaya ala Interview With A Vampire, dimana cerita itu bermula dengan gaya interbiu, dan seterusnya berkembang dalam bentuk flashback. Cerita ini mengisahkan tentang keluarga yang kelihatan serba lengkap dan agak berada tetapi sebenarnya sangat disfunctional. Mungkin permulaan cerita agak lambat, tetapi ceritanya mula berkembang dengan membentuk secondary plots dan twists, seperti mengupas sebiji bawang, dimana ceritanya berlapis (ini termasuk cameo karektor dari buku Kaugar dan Tabu) dan juga isu realiti dari segi keagamaan dan seksualiti diadun dalam cerita dengan lancar. Satu ciri yang saya perhatikan konsisten dalam ketiga tiga buku Syaz ialah karektor karektornya semua agak pedas dan lancang mulut, aka bitchy. Tetapi, ciri ini agak sesuai dalam Mental. Mungkin sebab karektor utamanya perlu sentiasa bersemuka dengan realiti "kegilaan" hariannya. Dalam kesimpulan, jalan cerita yang agak pantas dan twist yang menarik.
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews31 followers
April 29, 2013
Tajuk buku nya aku akui menepati dengan isi di dalamnya...memaparkan kisah Maya/Raudhah sebagai orang gaji/isteri kedua selepas berlakunya kemalangan...kehidupan Maya/Raudhah sangat kucar kacir dengan kehadiran Rania & Rashid yang di sangkakan anak kepada Tuan Jin & Puan Serra...malahan kehidupan Tuan Jin & Puan Serra pun sedikit kucar kacir dengan permasalahan diri...

Tatkala membaca buku ini, pelbagai persoalan bermain2 di minda...cuma, kehidupan orang gaji yg di paparkan dalam novel ini seperti aku pernah baca sebelum ini...bila selidik2...rupa2nya terdapat kesamaan dalam Naskah Kopi...perihal orang gaji...& menjadi persoalan kepada aku...apa yang terjadi pada watak Yatie...orang gaji Benjamin sebelum ini & kenapa Tuan Jin melarikan diri bilamana Maya/Raudhah syak ada orang (Benjamin) mengekori mereka di Taiping, Perak...@ itu hanyalah sekadar ilusi Maya/Raudhah shj...fuhhhh Mentallll betul.....

Penamat cerita penulis membiarkan pembaca yang menilai sendiri...siapa yang sebenar2nya...& novel ini ada juga unsur2 sx sebagai rencah menarik minat pembaca barangkali...
Profile Image for Muhammad Fatrim.
Author 43 books174 followers
January 19, 2013
Pertama sekali, Alhamdulillah. Selesai juga baca novel MENTAL ni. Tahniah Shaz Johar kerana mementalkan aku. Sudah lama aku menanti-nanti buku semental ini. Okey, mula-mula aku baca Bab 1 & Bab 2 dekat laman web Fixi dulu aku agak terkesima gak baca dengan scene2 tutup mata tu. Tapi, ada sesuatu memanggil aku untuk baca novel ni. DAN kudos, aku beli direct dengan Shaz Johar okey, first time tu beli novel Fixi direct ngan penulis dia. Okey, abaikan yang tu. Ni pasal novel ni, aku tak tahu kenapa mungkin flow cerita tu seolah-olah sukar untuk diteka. Ya, ada part yang awalnya aku dapat teka. Tapi aku paling x sangka pasal Rashid & Rania tu. DAN, akhirnya aku tak sangka segalanya begitu. Tahniah Shaz Johar! Sesuailah tajuknya tu, MENTAL AKU!!!

Boleh baca review penuh aku kat blog; http://www.pearlpett.blogspot.com/201...




Profile Image for CrystalGrey.
142 reviews15 followers
May 14, 2013
makin baca makin aku pening..makin tak paham...dipengakhiran..baru aku mengerti.... memang boleh mental
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 23, 2013
Sinopsis pada blurb.

Bagi Maya, menjadi orang gaji di dalam rumah teres dua tingkat itu ibarat menyelia sebuah institusi mental. Tuan Jin menduakan isterinya, Puan Sierra mengharungi tekanan perasaan, Rashid bencikan anggota badannya sendiri, dan Rania seolah-olah cuba menjadi murtad!

Mereka semua gila. Mereka semua punya cerita.

Tetapi kehidupan Maya berubah apabila dia dikejutkan dengan nama Raudhah. Dia jadi bingung dan terganggu. Siapakah wanita itu? Apakah kaitan wanita itu dengan dirinya? Dan mengapa nama itu seakan-akan mempunyai satu cerita yang sukar untuk dia ungkaikan?

MENTAL mengisahkan tentang pencarian. Mencari sesuatu yang jelas di depan mata, mencari sesuatu yang bakal diberitahu, dan mencari sesuatu yang cuba dihindar.


Resensi saya tentang ia:

Sejak terbaca cerpen Shaz Johar dalam BOLA, saya beranikan diri membeli MENTAL.

Seperti yang ramai katakan, membaca MENTAL, mampu buatkan kita turut mental bersama. Saya kira penulis bijak memancing pembaca untuk terus menyelak mukasurat yang seterusnya.

Ada beberapa isu yang ditulis secara sinis, yang disampaikan melalui watak Rashid dan Rania. Kita tahu masalah-masalah ini memang wujud. Tapi, bila baca sendiri, buatkan otak terfikir, begini serius masalah akidah yang kita hadapi. Saya kira, penulis cuba untuk membuka mata masyarakat melalui penulisannya. Cuma sedikit ralat kerana penulis tidak memberikan buah fikirannya untuk cara penyelesaian. Setelah penulis bangkitkan persoalan, molek juga jika ada cara untuk mengatasinya. Mungkin dari sisi pendapat penulis sendiri.

Ikutkan novel ni patut mendapat 5 bintang. Cara penulis memutarkan keadaan, saya kira berjaya. Sedikitpun pembaca tak keliru. Tetapi disebabkan ada terselit beberapa adegan yang agak kurang senang, bintangnya hilang di situ.

Tapi saya kagum dengan penulis. Penceritaan dia berjaya buatkan pembaca sentiasa berfikir. Berfikir bersama Maya.

Dengan menggunakan POV-aku, membuatkan kita juga turut ada bersama Maya. Memerhati keadaan yang berlaku. Membongkar misteri tentang siapa Rhaudah.

Cuma di akhir cerita, saya sedikit keliru. Adakah yang berada bersama Raudhah tu 2 ekor kucing/ 2 orang manusia?

Oh, saya takkan serik untuk membaca karya Shaz Johar yang akan datang :)

P/s : Untuk adik-adik remaja. Membacalah dengan fikiran yang terbuka. Jangan setuju 100% dengan pendapat watak-watak tentang kehidupan. Sebaliknya, jadikan permasalah watak-watak tersebut sebagai ikhtibar. Jangan tenggelam di dalam watak-wataknya. Sebaiknya, fikirlah cara untuk mmembantu mereka daripada semakin hanyut menjauh.

Profile Image for Ainur.
408 reviews43 followers
April 8, 2015
aku suka cover buku ni. tapi, aku tak boleh tengok lama lama. dah la aku baca malam malam. memang aku seboleh boleh elak dari tertengok cover ni.

aku suka cerita ni. dari mula, sampai habis. cara penceritaan yang menarik, yang tak buat aku rasa nak tidur, yang tak buat aku rasa nak letak pun buku ni. tu yang sanggup berjaga, seboleh-boleh nak habiskan malam tu jugak. walaupun takut (sia-sia je takut, bukan ada pape pun) worth it la bagi aku.

cerita ni agak mental sikit. ye la, tajuk pun MENTAL. memang watak cerita ni mental la kan. mula-mula aku baca, aku tak rasa pun yang lain tu mental, except Rashid. dia tu memang psiko kot. gila apa nak suruh orang buang tangan sendiri? pergh. yang tu memang aku tak boleh terima kot. reason dia, sebab dia memang tak nak. sebab dia tak suka tengok tangan sendiri. weh, gila weh! kahkah.

bila habiskan baru aku faham. bukan pasal family tu sebenarnya. okay. message received.

cerita ni buat aku berdebar, tertanya-tanya. sangat unpredictable. kan kadang-kadang ada cerita tu, kita dah boleh agak kan, certain storyline dia tu, even ending. yang ni aku agak lampi sikit.

memang aku dah agak Maya tu sakit, hilang ingatan, tapi tak sangka sampai macam tu sekali. ceh, dia buat aku rasa geli dekat si Jin tu, padahal memang laki dia actually. hahaha.

overall, enjoyable, one good story from Shaz Johar, (never read his book actually). aku suka bila dia mention pasal agama kat sini. sebab memang betul pun sebenarnya. orang kita belajar agama sebab disuruh, bukan sebab memang nak kan? last-last tak yakin pun apa yang dia belajar tu, tak yakin akan Tuhan sendiri. memang aku sendiri terasa tersentap bila Benjamin cakap macam tu. ceh, tu baru dalam buku. in real life kalau orang cakap macam tu?

‘mana awak tahu Kristian tu salah? mana awak tahu islam tu je yang betul?’

aku bukan mengiyakan dari segi dia cakap kristian tu betul ke apa. aku setuju dari konsep dia cakap pasal agama tu. tentang agama yang diajar atas dasar terpaksa, bukan sebab nak. buat ibadah tu sebab memang rutin atau sebab memang percaya?

and cerita macam ni memang aku expect from Fixi, and aku tak kecewa.

thanks for making my time worth spending.
Profile Image for hans.
1,158 reviews152 followers
January 28, 2019
Satu hal yang aku suka dengan penulisan Shaz Johar-- bila plot sarat dengan dialog, dia tak pernah buat aku confuse dengan naratif atau bosan dengan perbualan. Selalu aku jumpa yang suka drag perbualan dengan topik tak ada kaitan atau merepek saja, tapi penulisan Shaz Johar tak macam tu, which aku sangat suka sebab dia tak kacau fokus dan konsentrasi bacaan aku. Dan cara penulisan Shaz Johar juga aku nak bagi markah penuh sebab pemilihan bahasa dia selalu bagus. Susunan ayatnya kemas, struktur dan isi plot yang tak berbasa-basi, ada saspens dan misteri yang cukup. Humor yang diselitkan pun berpada-pada dan bukan try hard sangat. MENTAL ini sangat santai walaupun point utamanya agak berat dan taboo juga. Kisah harian klise yang biasa kita jumpa dalam drama atau realiti. Cuma aku rasa menarik bila penulis bagi identiti dan kes peribadi kepada setiap karakter. Karakter 'Maya' sangat menarik kadang-kadang terhibur dengan fikiran entah apa-apa dia tu walaupun dari awal aku dah syak dengan kondisi kesihatan 'Maya'. Aku dibawa menghadap satu masalah keluarga yang pelbagai, konflik yang wujud di kepala, karakter-karakter yang cuba nak betulkan keadaan dan watak utama yang cuba lari dari realiti sendiri. Ada banyak hal dan topik tentang agama dan keluarga dalam plot yang banyak buat aku berfikir-fikir sendiri. Aku suka dengan ending MENTAL walaupun tak nampak macam ada pengakhiran kepada Raudhah tapi kisah dia dah cukup buat aku terkesan.
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
December 21, 2013
setelah membaca Kougar dan Tabu, aku tak bajet langsung Mental ni daripada Shaz Johar. Genre yang memang berbeza dan jalan cerita yang memang ke arah Fixi. tabik untuk Shaz Johar kerana dia memang seorang penulis yang versatile.

Profile Image for mer.
1,521 reviews65 followers
October 27, 2015
Pemberitahuan: Ulasan ini adalah ulasan yang jujur dan sangat subjektif.

Dari tajuk buku kita dapat tahu apa jenis buku ini, apa yang akan diceritakan walaupun pada permulaannya bukan seperti apa yang saya sangkakan. Akan tetapi, setelah membaca hampir separuh buku, apa yang saya suspek tentang watak utama adalah betul.

Saya suka jalan ceritanya cuma saya tidak suka babak-babak berulang tetapi apabila difikirkan balik, saya rasa saya faham kenapa babak-babak berulang itu ditulis begitu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keadaan watak utama sendiri.

Buku ditulis dalam sudut pandangan orang pertama dan saya rasa dengan memilih teknik penulisan dari sudut pandangan orang pertama adalah yang terbaik. Dengan itu, pembaca boleh mendalami watak utama. Adalah diwajarkan kepada sesiapa yang ingin membaca buku ini untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada penceritaan dan tidak, saya tidak main-main.

Seperti biasa, saya adalah pembaca beta – apabila semua sukakan buku tersebut tetapi bukan saya. Dahulu saya meminta ampun kerana saya tidak berapa suka buku ini. Ada beberapa persoalan di dalam cerita yang masih belum terjawab yang membuatkan saya berasa tidak puas hati. Pengakhiran cerita juga tidak memberikan impak yang ditunggu-tunggukan dan agak flat (rata?). Akan tetapi, ada satu faktor dalam cerita yang amat tidak dijangkakan. Percayalah, saya betul-betul terkejut.

Penulisan tidak mengikut citarasa saya. Penyuntingan buku ini adalah diperlukan kerana saya menemui beberapa ejaan yang salah dan saya tidak suka bab dan perenggan yang tidak konsisten dari segi kepanjangan bab.

Ala, buku ini tetap memenangi walau sedikit di hati saya kerana ia menceritakan tentang mental. Asalkan ada yang berkaitan dengan kesihatan mental akan senantiasa mendapat perhatian saya kerana saya suka bagaimana pergerakan minda seseorang.

Membaca buku ini adalah atas risiko anda sendiri.

P/S - Bahasa Malaysia baku adalah bahasa ketiga saya dan agak hancur setelah sekian lama tidak menggunakannya dalam penulisan dan juga pertuturan. Harap maaf dan maklum.

-----------------------------------------------------------------------------

This review is an honest and highly subjective review. You have been warned.

:: BOOK IS WRITTEN IN BAHASA MALAYSIA ::


From the title itself you can guess what type of this book, what story it would tell although admittedly it wasn't what I guessed at first. However, by half of the book, I had my suspicion and granted, I was right about the main character.

The storyline was being crafted amazingly although I particularly disliked repetitive of some scenes. On second thought, I think it's understandable why those scenes are there, especially with the main character's condition.

This book is written in first-person narration which I think is brilliant. Hence, the readers can truly experience with the main character. It is advisable to all readers who decided to read this book to pay a very close attention. No, I'm not kidding.

As always, I'm the beta reader - when all love the book but me. I didn't enjoy it much for that I'm sorry. The story has a few unanswered questions left me unsatisfied. The ending didn't give much impact it almost felt flat except the one part reason I definitely didn't see it coming. I was surprised.

The writing style is not to my liking. Book needs a firm editing because I stumbled upon a few misspellings. Also, I did not like the inconsistency in the chapter length and the paragraph length as well.

Alas, the book still wins a wee bit of my heart because it talks about mental. Anything that has mental health in it will always draw my attention to it because human mind works wonder.

Read on your own peril.
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
June 2, 2013
Jujur aku kata, aku taklah terlalu mental baca buku ni. Jalan ceritanya agak sukar diteka, buat kita tertanya-tanya dan dipenghujung semua kesulitan dan pertanyaan kita akhirnya terjawab. Suspen, tapi tidaklah terlalu gila, keliru atau rumit bila membaca.

Aku suka dengan cara penulisan Shaz Johar. Ada terselit isu yang berlaku dalam masayarakat kita termasuklah isu agama dan kekeluargaan yg ditegur secara halus oleh penulis. Bermakna ini bukan cerita kosong. Contohnya macam perdebatan agama antara Maya dan Benjamin. Maya seolah terlalu paranoid dengan agama Kristian yg mungkin menyebabkannya jadi murtad. Aku teringat masa di matrik aku pernah hadiri ceramah oleh seorang muallaf yg dulunya penganut Kristian. Macam apa yg ditekankan dalam buku ni, tak salah kalau kita belajar agama orang lain hanya untuk kita tahu. Memandangkan Maya tak ada ilmu Kristian macam mana Benjmin ada ilmu Islam, kerana tu Maya kalah bila berdebat dengan Ben.

Jauhnya aku melalut. Kembali pada Mental, aku akui aku agak mental dengan si Rashid atau Shit yg psiko tu. Sampai hampir penghujung cerita dia tak putus asa mahu Maya memotong tangannya sampai aku menjerit sikit pada buku tu. Gilanyaaaaaa!! Tapi semua tu ada sebab haaa!!

Kalau nak baca buku ni, baik habiskan sekali harung. Aku tak tau la kalau korang boleh sambung2. Aku tak tahan nak tau apa yg jadi sebenarnya tambah2 bila keluar watak Raudhah. Bagi aku persoalan besar dalam cerita ni adalah Rashid yg psiko, siapa tu Raudhah dan rahsia Benjamin yg orangnya macam pelik. At last baru korang tau.

So bacalah. Tak rugi.



Profile Image for H0ney_ruby .
38 reviews2 followers
July 17, 2018
"The beauty of life does not depend on how happy you are, but how happy others can be because of you." - Mental

Mengisahkan seorang gadis bernama Maya yang bekerja sebagai pembantu rumah Tuan Jin. Isteri tuan Jin sakit akibat tekanan; anak lelaki mereka, Rashid mempunyai penyakit BIID, yang tidak habis-habis ingin 'self harm'; anak perempuan mereka, Rania ingin belajar agama lain. Kiranya satu keluarga perangai aneh. Mental juga la baca kisah keluarga ini.
Akan tetapi satu misteri yang Maya ingin rungkai. Siapa Raudhah dan apa yang berlaku kepadanya. Banyak kejadian aneh ketika Maya ingin membongkar segala 'puzzle'.
Dalam novel ini, akan ada satu karakter yang mengalami mental disorder iaitu Schizophrenia. Pengakhiran cerita ini agak plot twist.
Profile Image for Anna Lee.
Author 30 books549 followers
December 12, 2015
Jika anda teringin nak merasai mcm mana jadi pesakit mental, boleh baca. Ada sinikal utk anda fahami di dalamnya, kalau korg nak fahamlah. Agak mental juga otak aku nak agak apa yg berlaku sebenarnya. Kalau korg suka bermain dengan teka teki dan rasa nak kasi kepala tu bekerja sikit, sila lah baca ya. Sweet melting? Korg jgn carilah dlm novel2 fixi ya (setakat yg aku dah baca) sebuah Novel bukan soal sweet-melting je. Novel adalah soal kehidupan yg masam-pahit-manis. Cuba2lah lihat sisi kehidupan lain lak. Tak bosan ke balik2 sweetnessoverload je?
Profile Image for Hannan.
40 reviews
April 5, 2017
It's not really Mental actually. Quite disappointed.
Profile Image for Azrie Idzmeer.
Author 3 books4 followers
July 2, 2019
I like how casual the reading was. The pace was quite nice in the beginning. I love how readers get to rest a bit from wanting to know more what was happening when the main character was having a conversation with this stranger at the bus stop.

But I get tired towards the end. The lady at the bus stop was unkind, when she was the one who pushed the main character to talk. And the ending was kind of unsurprising. It got messier. I guess because the writer couldn't extend the number of words for the manuscript? Hence, why I can only give this story a three-star. Nonetheless, it's a good casual read.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
July 14, 2017
Tuan Jin ada hubungan sulit. Puan Sierra mengalami tekanan. Rashid bencikan anggota tubuhnya. Rania pula sudah menjurus ke arah murtad. Dan Maya ialah pemerhati kepada semua kejadian ni sejak dua tahun menetap di bawah bumbung yang sama dengan mereka.

Raudhah ialah isteri muda Tuan Jin. Raudhah pun ada hubungan sulit. Kekasihnya sendiri sudah berkahwin. Dalam perjalanan mereka berdua untuk melarikan diri dari pasangan masing-masing, berlaku kemalangan.

Apa kaitanya Maya dengan Raudhah? Kenapa semua orang mahu Maya berlakon menjadi Raudhah?

* * *

Awal cerita Maya berkenalan dengan seorang gadis di bus stop. Pada gadis inilah Maya menceritakan kisah hidupnya sepanjang dua tahun menghuni rumah Tuan Jin sebagai pembantu rumah. Gadis ni pun ada kisahnya sendiri. Dia setia menanti kekasihnya setiap minggu di bus stop yang sama selama lima tahun dan mungkin sampai mati dia akan terus menanti. Nampak macam kisah gadis ni lagi menarik dari kisah Maya. Lima tahun tunggu kot. Setiap minggu. Di bus stop sama. Dari siang sampai malam. Apa cer tu.

Mental ni akan lebih berkesan pada pendapat saya kalau kisah Maya dan Raudhah diceritakan secara parallel. Susah sikit la nak buat tapi usaha tangga kejayaan. Contohnya macam novel oleh Jane Rogers, Her Living Image. Satu lagi contoh ialah telemovie Di Balik Cermin Dewi lakonan adik-beradik Rozita Che Wan dan Ayu Rudhah. Dan bila sampai ending, BAMM, pembaca dihidangkan dengan plot twist Maya dan Raudhah ni.
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
Masa mula-mula nak baca buku ni, I keep wondering apalah yang dorang mental sangat kat buku ni sebab bila baca review orang-orang yang baca buku ni sebelum ni, kata yang awal-awal lagi dorang dah ikut mental sekali dengan Maya ni. Huish, agak bahaya jugak sebenarnya. Takut saya nak baca. Tapi, sebab dah belikan, so baca jelah. Dan ya! Saya pun masuk mental sekali dengan buku ni di awal-awal bab lagi. Bukan mental sebab gila, mental dengan sebab yang saya yakin korang tahu apa. Sekejap-kejap cerita tu. Errr, apa sebenarnya cerita ni kan? I don’t get it. So, teruskan pembacaan. (Pssst, bila muncul nama Bibi, saya dah tahu dengan siapa Maya borak sebenarnya). Saya baca buku ni ketika dalam perjalanan ke Cameron Highland. Kat highway. So tak kusyuk sangatlah. Tapi, sejujurnya, saya lagi suka karya Shaz Johar yang ni compare dengan Kougar dan Tabu. Saya rasa, ini yang terbaik dari Shaz Johar. Memanglah di awal-awal cerita, ada cerita yang macam tak perlu diceritakan, tapi bila masuk ke tengah story, kita dah mula rasa adventurenya. Dan part seterusnya saya dah mula rasa mental yang sebenar-benarnya. Dalam kisah ni, saya paling kesian dengan Benjamin. Dan saya paling benci dengan Kosygin tu! So, 4 bintang untuk Mental (Insert fireworks as usually. Ngeeeee). Dan buat pertama kalinya, saya terasa nak simpan karya Shaz Johar sebagai koleksi. 
Displaying 1 - 30 of 133 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.