Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bau Semangat Anak Muda

Rate this book
Novel ini mengisahkan seorang anak muda, yang bernama Nizam, semasa hidup kecilnya bertemu dengan seorang brader grunge yang menggelarkan dirinya sebagai Dave, sempena nama pemain dram Nirvana, Dave Grohl (walhal nama sebenar Daud).

Nizam mengenali Nirvana dari awal hidupnya, dan dari situ beliau mengenali band-band grunge yang lain, tetapi persekitaran yang konservatif membataskan minat beliau untuk muzik ini. Pada akhirnya, beliau berjumpa dengan Hafiz, kawan satu sekolah yang kemudiannya menjadi sahabat baik, dan pada hari Kurt Cobain mengacukan senapang patah, harapan Nizam untuk menjadi rock star dipendam dalam-dalam.

Lima tahun kemudian, Nizam bertemu dengan Hafiz, yang mempunyai rock band, lalu berkenalan dengan gitaris yang hidupnya misteri, Azlam. Azlam, selain mengajar muzik, dia juga mengajar erti kehidupan kepada Nizam. Satu peristiwa yang berlaku yang mengubah segalanya. Sekali lagi hasrat Nizam terpadam.

Sepuluh tahun selepas itu, sekali lagi mereka bertemu semula, kali ini mendapat jemputan bidan terjun untuk perform gig, apakah impian Nizam untuk jadi rock star akan setakat itu sahaja? Atau ini hanya permulaan semata-mata?

164 pages, Paperback

First published November 10, 2010

8 people are currently reading
84 people want to read

About the author

Nami Cob Nobbler

28 books133 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (22%)
4 stars
53 (29%)
3 stars
60 (33%)
2 stars
19 (10%)
1 star
6 (3%)
Displaying 1 - 28 of 28 reviews
Profile Image for Khairul Umar Hamzah (Kuhaf).
63 reviews29 followers
April 11, 2013
Entahlah ni buku Nami yang ke berapa (aku cenderung untuk panggil tulisan-tulisan sebagai buku dan bukannya novel), tapi seperti biasa – Bau Semangat Anak Muda – satu lagi buku tulisan Nami, seperti tulisan-tulisan dia yang sebelum ni, tak pernah gagal untuk buat aku seakan berada dalam dunia yang tersendiri. Walaupun buku kali ni tak seberat buku-buku sebelumnya (terutamanya Awek Chuck Taylor dan Lelaki Eksistensial), tapi somehow tetap juga ada kesan yang aku kira mendalam terhadap pembaca.

Persoalan orang tua ni memang suka buli / pukul budak kecil, persoalan pakcik baju biru yang suka tangkap anak muda, persoalan orang yang tiada keyakinan. Dan yang paling penting, persoalan persahabatan yang pada mulanya entah apa-apa dan dari siapa-siapa sampailah boleh masuk (sekepala) dan kepercayaan yang diberi juga diulas dalam buku ni.

Teknik naratif yang baik, plot cerita yang tersusun dengan peletakan watak yang tak terlalu serabut, dan seperti biasa – Nami muncul dengan perkongsian pengetahuan percuma tentang hidup seorang pemberontak dunia sekarang ini (pemberontak ideologi dan pemikiran). Aku rasa ada juga mereka yang tersenyum selepas membaca buku ni dan terkenang kisah lalu.

‘’Our little group is always been and always will until the end ‘’ – Kurt Donald Cobain
Profile Image for Hasnul Adin.
46 reviews28 followers
September 5, 2015
Sebenarnya buku ni tak kena dengan jiwa aku.
Aku cuba mencari hala tuju buku ni. Aku mahu memahami apa yang cuba disampaikan disebalik perjalanan hidup Nizam. Disebalik segala kepayahan dan cabaran hidupnya, apa yang penulis cuba tonjolkan?

Mungkin mereka yang melalui scene hidup seperti beliau akan faham. Hehe.
Profile Image for Amier Arfan.
11 reviews
January 15, 2013
Antara buku yang paling cepat aku pernah habiskan. Sebab nipis dan best. Latar masa yang sezaman dengan zaman aku yang membuatkan aku teringat kenangan-kenangan lepas. Aku bagi 3 bintang sebab terlalu nipis pada aku. Kalau nak buat nipis-nipis biar kena dengan harga.
Profile Image for Bayuu Haikalson.
159 reviews2 followers
December 16, 2021
Jalan cerita ada tapi aku tak nampak yang Nizam ini “lost”. Aku suka setiap teguran yang ada di dalam novel ini. Memang terbaik. Aku suka yang mengenai daulah tu.

Apa yang aku rasa best dan sempurna bila Nizam jumpa balik “idola-idola” dia sewaktu zaman kecil nya. Perasaan aku macam berbunga juga. Salah satu kenangan yang indah bila aku membaca scene tersebut. Aku pun rasa bahagia.

Hahaha.
Profile Image for Azery Ahmad.
8 reviews
December 30, 2018
Buku ni aku baca setahun atau dua tahun lepas, tak ingat dah bila. Tapi aku baca tak habis. Terlalu berimaginasi, pengetahuan muzik terlalu lemah. Lihatlah tajuknya, tajuk lagu yang dimelayukan. Aku tak suka.

Mungkin buku ini bagus, tapi bukan selera aku. Atau mungkin aku bodoh.
Profile Image for Shafina Sofea.
38 reviews1 follower
January 22, 2023
Mula-mula Nizam 'lost' lepas band Paku Tekan pindah entah mana. Kemudian kematian Lam, entah kenapa kematian dia terus bagi effect sepanjang aku membaca. Mungkin ulang perkataan banyak kali fasal arwah Lam.
Tapi ending menggembirakan lepas Nizam dapat juga jumpa band Paku Tekan masa gig👏
Profile Image for Farhana Aziz.
39 reviews1 follower
October 19, 2013
Heh, buku Nami kali ni agak comel.

Comel sebab watak Nizam yang sangat determined nak ada band atas pengaruh band Paku Tekan.

Comel sebab dia tak lupa minat dia sampai dia realisasikan minat dia yang satu tu.

Comel sebab dia fokus sangat nak ada band sendiri sampai umur 27 baru sedar yang dia tu loner, takde makwe lagi padahal dah boleh tahan tua.

Comel sebab dia jaga kawan-kawan dia. Bila Lam gaduh dengan Hafiz dia cuba sejukkan hati Lam.

Buku ni tak berat sangat berbanding dengan Lelaki Eksistansial ataupun Bayang. (ACT bagi aku tak berat sangat) Tapi seperti buku-buku Nami yang lain aku masih lagi dapat sikit pengetahuan. Tak pernah tahu pun cara nak kira oktaf tu berdasarkan berapa kali seseorang tu boleh do-re-mi-fa-so-la-ti-do.

Anyway, kematian Lam serious sedih.
Profile Image for Nitnot.
13 reviews5 followers
December 26, 2012
Start baca jer gua dah gelak sakan. Taktau pebenda yang lawak sangat tah, mybe part masa zaman kecik kecik jalan kaki balik rumah macam balik johor tuh kot. Lulz.

Sedih jugak lah masa Lam meninggal. Kalau aku hati kapas nangis dah kot. -.-

Penat imagine Kamelia kot bercinta dengan Nizam ke mende lepas pas number phone. Hampaa betei

*macam dah bole hapal kisah yg kena pindah rumah nenek kena libas bagai tuh. sama macam dalam ACT. hihi
Profile Image for Ainal Ridzuan.
2 reviews3 followers
June 25, 2013
Sejujurnya gua rasa boring masa muka surat awal tapi the story gets better every time you turn to the next page. Serious tak tipu. Because you can't predict what's going to happen next. Dengar tajuk pun kita dah tau mesti pasal dakdak muda. Yang baru nak kenal music. Baru nak kenal Nirvana. Up sikit, try belajar main gitar. Hipster sikit, pergi gig. Last stage is buat band sendiri and perform dekat gig. Separa sedar, bila dah sampai muka surat akhir-akhir tu aku tersenyum :)
Profile Image for Zetty Khairunisa.
125 reviews2 followers
July 3, 2015
Matinya Azlam sama sedihnya macam matinya Kurt Cobain. Tahun 2001-pembunuhan beramai ramai terhadap muzik underground. Tapi pesan Cobain, our little group is always been and always will until the end. Memang penuh dengan bau semangat anak muda. Cobb nobbler itu loser rupanya tapi Nami Cobb Nobbler itu novel-trend-setter. Tabik!!
Profile Image for Riesna Zasly.
152 reviews1 follower
July 11, 2015
karya indie nukilan pertama nami yang dihayati.. tema dan rangkaian falsafah cerita yang agak mirip karya karya indie indonesia.. seperti karya leila s chudori, ratih kumala dan laksmi pimukcak.. meski mutu tatabahasanya yg sedikit mengecewakan.. karya ini mendatangkan aliran semangat terutama pada anak muda
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
September 20, 2013
Ape yg aku suke baca buku Nami ni ialah mmg kena la ngn jiwa n zaman aku..setiap kali baca buku die mmg terkenang zaman budak2 dan remaja dulu...buku ni mmg kena la ngn budak2 underground zaman 90an dulu...xrugi baca woo...mmg terbaek la dari Nami...
Profile Image for Al.
18 reviews3 followers
May 27, 2015
Aku selalu dengar lagu Smells like teen spirit, the man who sold the world.
Beli CD live unplugged Nirvana.
Aku tau Nirvana yang nyanyi lagu tu.

Tapi bila aku baca buku ni, aku rasa selama ni aku tak tau apa2 pasal Nirvana, dan Kurt Cobain.

Profile Image for Ezad Marzuki.
20 reviews1 follower
July 15, 2015
satu karya yg dikatakan amat mnarik. sbb dalan karya ini mnekan apa yg ada pada fikiran seorang anak muda yg ingin kn lain dr yg lain. kisah akan prjalan seorang yg meminati musik grunge dan ingin kn ssuatu dlam hdup. satu krya yg mmbri smngat pada anak muda.
Profile Image for Paypeepoo.
16 reviews4 followers
December 3, 2013
Read this book few years back. PDF.

The cute thing about this book, the grunge influence.

Wondering how Frances been lived so far.
Profile Image for Sahidzan Salleh.
Author 14 books76 followers
Read
September 9, 2016
Saya melalui zaman musik yang sama dengan Nizam sehinggakan saya belajar petik gitar pun dgn lagu-lagu Nirvana. Al-kisahnya.

Cumanya, kisah ini bergerak terlalu cepat bagi saya.
Profile Image for Firdaus Abu Bakar.
103 reviews5 followers
April 21, 2014
yang terkesan bagi aku dalam novel ini hanyalah selepas aku membaca suicide note daripada arwah Kurt D. Cobain.

selebihnya, takda bau-bau bacing langsung.

Profile Image for Hikaoru.
944 reviews25 followers
August 30, 2014
Better than expected.
Especially love the quotes at the beginning of every chapter.
Some things in the story struck a chord in me. Typical Malaysian situations/scenarios I guess.
Profile Image for Alya.
28 reviews50 followers
April 14, 2016
So, apa jadi Nizam dengan Kamelia? hm
Profile Image for Zulzafry Zulkifly.
333 reviews
September 24, 2016
1 Bintang untuk cerita, 1 Bintang untuk nirvana. terima kasih penulis untuk segala fakta nirvana dalam buku ni.
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
January 23, 2013
Buku ni aku baca tak bosan. Sebab apa? Sebab karya Nami memang tak pernah buat aku bosan.
Displaying 1 - 28 of 28 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.