Jump to ratings and reviews
Rate this book

Untuk Semua Dosaku

Rate this book
Kisah cinta antara Nur Lisa dan Syed Azri berputik di bumi Jerman. Nur Lisa gadis pintar yang hidupnya riang bertemu dengan Syed Azri kerana rancangan nakal si adik. Sharifah Azrina yang disangkanya teman sebilik sebenarnya ialah jejaka kacak bernama Syed Azri.

“Tak menyesal ya. Tak nak tarik balik kata-kata awak tadi?”

“I do the talking a lot. Which one you meant dear roommate?” Nur Lisa tergelak. Sengallah Azri ni. Pebende merepek entah.

“I’ll be the one. Betcha.”

Nur Lisa tergelak besar. Orang buat lawak dia buat serius la pula. Ego seorang lelaki. Tak boleh tersentuh. Nur Lisa ambil mudah. Tak menyangka jalan-jalan di hadapan yang akan bermula bersama Syed Azri. Permulaan yang tiada penghujungnya.
“Walk the talk Syed Azri.”

Sikap selamba Nur Lisa akhirnya memikat Syed Azri yang egonya sentiasa dijulang ke langit. Di saat cinta berkembang mekar, cahaya hidayah menerjah ke ruang hati Nur Lisa. Kisah lampau, kisah zaman peralihan. Betul orang cakap, nak buat baik, beribu halangan sudah menanti di hadapan kita. Cinta yang menggunung dan kasih sayang yang melimpah-ruah terhadap Syed Azri terpaksa dikorbankan demi cinta barunya kepada Yang Esa.

“Lisa.” Syed Azri cuba memeluk Nur Lisa. Mahu menenteramkan Nur Lisa. Dia kalah melihat titisan air mata di pipi Nur Lisa.

“No.” Nur Lisa menolak tubuh Syed Azri dengan kasar.

“Boleh tak jangan keras sangat? We’ve been together for years and we’ve done lots more than this.

Please....”

“Tolong hormat saya. Perlu ke saya merayu agar awak menghormati saya or should I say even if we’ve been together thousands years, the fact is you are not my husband. Awak tak halal untuk saya. Dan saya pejam mata untuk kisah silam kita.”

“Lisa!”

“I better get going before things become worse.”

“It’s worse already and I hate when you pretending to be good when I know who you are inside out.”

“Then hate me.” Bergegar dada Nur Lisa mendengar perkataan ‘pretending’.

Mereka berpisah di bumi Jerman namun jodoh mengejar Nur Lisa dan dia terpaksa akur bahawa jodoh dambaan lelaki yang boleh dijadikan peneman jalan ke jannah hanya tinggal mimpi. Pertemuan semula dengan Syed Azri di Malaysia menjadi titik ketenangan Nur Lisa dirembat dan kehidupan penuh berliku di samping orang yang pernah menolak jalan yang dipilihnya. Melayani kerenah Syed Azri yang akhirnya bergelar suami atas paksaan keluarga tak semudah ABC apabila jalan hidup yang dipilih berbeza. Apabila tiba saat diri mahu berubah, orang yang paling dekat tidak memberi sokongan malah memandang sepi. Keluarga yang memandang hina dek masa lampau yang terbongkar dan suami yang masih meragui dirinya yang kini berubah.

“You know what naughty Dutches always said for their wives? There are only three ways to please their men. First please them on bed. Second, make them sandwiches and third don’t talk so much. Now do number three and get
yourself ready.” - Syed Azri.

Syed Azri bukanlah lelaki kasanova dan dalam hatinya hanya terpahat nama Nur Lisa. Hanya keegoan membuat dia tegar melepaskan Nur Lisa dulu dan di saat Nur Lisa kembali dalam hidupnya, siapa sebenarnya yang didambakan dalam hidupnya kini? Nur Lisa kekasih hati merangkap roommate di studio kecil di Jerman dulu atau Nur Lisa si isteri yang kini sudah jauh berbeza?

Setiap permulaan pasti berhalangan. Mampukah Nur Lisa kekal menjadi hamba-Nya yang taat dan menjadi isteri yang solehah kepada Syed Azri? Mampukah Syed Azri berjalan seiring dengan jalan yang telah dipilih oleh Nur
Lisa?

Nur Lisa binti Tajudin : ~ Cinta yang berputik dalam kancah dosa. Adakah akan terpalit selamanya? Syed Azri bin Syed Gilani : ~ Cinta yang tak perlu berubah. Adakah akan kekal selamanya? — with Shieda Razak.

632 pages, Paperback

First published December 1, 2012

19 people are currently reading
496 people want to read

About the author

Rin Ahmad

11 books178 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
347 (58%)
4 stars
172 (29%)
3 stars
58 (9%)
2 stars
11 (1%)
1 star
5 (<1%)
Displaying 1 - 30 of 90 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,019 reviews376 followers
March 11, 2016
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM10. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Thank you to those yang mencadangkan pada N untuk baca novel ni. It was really good, and now I understand why Rin Ahmad has huge followers sejak kemunculannya dalam bidang penulisan.

Pengajaran yang boleh diambil dari novel ini:

1. Hidayah boleh datang pada bila-bila masa saja, jadi janganlah ego untuk menidakkan kehadiran kesedaran itu.

2. Ilmu di dada hanya sia-sia jika tidak dipraktikkan; lebih sia-sia jika ia tidak dikongsikan. N rasa sebab tu N sangat suka dengan watak Syed Azri. Walaupun sikap dia begitu, dengan kelebihan yang dia ada, dia tetap memperbetulkan bacaan Nur Lisa.

3. Jangan kita sangsi atau mempersoalkan perubahan seseorang. Berilah sokongan, walaupun ia bukan sesuatu yang kita sama sokongkan. Mungkin kita belum bersedia untuk turut berubah, tapi janganlah kita menyekat usaha orang yang mahu berubah.

Despite my giving a high rating, novel ni ada kelemahannya; iaitu penggunaan Bahasa Inggeris yang mengelirukan. Kebanyakannya adalah direct translation yang memberi lain makna dalam bahasa Inggeris. Contohnya, 'Back then.' Apa yang penulis ingin katakan adalah 'Balik nanti.' Ya, 'Back then' adalah translation word-for-word untuk 'Balik nanti', tapi 'Back then' tidak bermaksud 'Balik nanti'.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
February 2, 2015
Kalaulah tidak melanggar Akta Hakcipta Terpelihara, aku akan pilih novel ini untuk disusun semula plotnya..... (actually zaman study dulu selalu juga kena assignment sebegini... tapi itu for academic purpose so confirm x kena saman!).


"There are countless ways and reasons people may change but the point is they change. For better of course. Demi Rasulullah yang kita sayangi dan demi Yang Maha Pencipta.". m/s 601.

(for me) 3 ayat di atas merangkumi kisah yang cuba dilakarkan dalam Untuk Semua Dosaku. Cuma kehidupan sebelum berubah yang dipaparkan agak mencabar tata susila adat dan agama. Tambahan pula pelaku2nya adalah anak bangsa yang geniusnya diharap akan menjadi tonggak negara. Bagi aku ini bukan imaginasi penulis semata-mata. Kenyataan hidup pelajar yang sememangnya pahit, tapi realitinya ada di mana-mana. Even di IPT dalam negara sekalipun. Pergaulan bebas, 'night-life' yang bebas sebebasnya, penyalahgunaan dadah dan segala-galanya.

'Trademark' bebas penulis menyusun plot selang-seli antara Malaysia dan Jerman adalah langkah 'menongkah arus' yang wajar dipuji. So, bagi pengamal speed reading.... sesatlah jawabnya. Ditambah lagi dengan susunan plot 'tungang-terbalik' dalam monolog dalaman.... memang menyesatkan. Ada kalanya imbasan kembali kejadian di Pasing yang diselitkan dalam kolum Malaysia, mengelirukan. Scene yang perlu diulang baca berkali-kali untuk difahami apa yang ingin disampaikan. Sesukar penulis menyusun plot Untuk Semua Dosaku, sesukar itu juga pembaca perlu menyusun plot dalam pemahamannya. Itu trademark penulis ini, pembaca perlu hormati TAPI .... bila terlalu banyak scene imbasan kembali yang ditunggang-terbalikkan? Limitation perlu ada sebenarnya. Coz, everytime less is more... right?

Aku suka cara penulis ini mengembangkan watak-wataknya. Bagaimana berubahnya seorang Lisa, egonya seorang Syed Azri, naifnya Nur Lili, setianya Tengku Akhbar dan dendamnya Damia Humaira. Tempelan pelaku-pelaku lain menguatkan plot yang ingin dilakarkan.

Sesungguhnya.... (for me) kekuatan utama UNTUK SEMUA DOSAKU adalah dialog2 yang digunakan. Pendek, ringkas, padat, sinis dan tajam sekali. Tiada dialog meleret yang tidak perlu.....


TAPI.... titik kesedaran Syed Azri tidak begitu kuat menyentuh. Penekanan yang lebih sepatutnya ditumpukan di situ.

DAN.... cara penulis menterjemah semula bahasa asing yang digunakan agak irritating sebenarnya. Mungkin sesuatu boleh dibetulkan di situ.
Profile Image for Najwa in her debut era.
164 reviews17 followers
January 24, 2024
Maturing is realising if you want peace in marriage, choose Tengku Akhbar, not Syed Azri.

Teringat tweet Aiman Azlan, it sounds like this; Find a spouse who loves Allah so much that the love spills over to you.

Then what makes you so sure, kalau pilih someone yang mendekatkan diri dengan Allah you takkan rasa bahagia? The loves will come for sure.

Bittersweet sungguh lah this book, and kenapa gue tak ingat langsung the ending? Ermm, excuse me? I macam kena tampaq tau baca the ending tu.

NAK BEBEL PANJANG SEBAB I READ THIS BOOK WHEN I WAS 14 YEARS OLD AND I BACA BALIK MASA DAH DEWASA. Rasa dia lain wehh.

Dulu cam berangan-berangan lah kan, how good to be Lisa like she's pretty + ada otak. Budak engine pulak tu. Suprise-suprise, fast forward Najwa, you pun budak engine lah.

Pastu bila baca sekarang, faham banyak gila all the jargon, the pop culture reference, dulu-dulu mana dengar lagu The Beatles, Bitter Sweet Symphony by The Vurve, yang dilayan cumalah K-Pop plus One Direction. Sekarang bila baca, wow Najwa kenapa ekk awak baca buku ni masa awak 14 tahun? Awak faham ke tidak mesej buku ni?

Okay lah enough lah with the throwback, kita jump to the writing, plot driven and seangkatan dengannya.

Boleh rasa this book memang baby to Rin Ahmad. Tengok gaya penulisan yang lagi banyak tell from show ni memang buat jiwa raga nak membaca ni lemah dan lambat. Banyak sangat explanations sampai certain ayat saya skip je sebab tak rasa penting. Nak komen lebih pun tak boleh sebab her current writing pun memang nampak banyak sangat improvement nya. Kalau Untuk Semua Dosaku info dumpnya panjang berjela, buku latest pulak dah takde info dump yang berlebih-lebihan. Cukup letak sini sikit, situ sikit dah buat saya sebagai pembaca faham jalan ceritanya.

And one thing, saya ni setiap kali baca buku Rin Ahmad mesti auto rasa di Johor. Of course lah suka gila bila banyak reference tempat-tempat Johor di sebut, it's my hometown and memang rasa sense of belonging di situ 😆

And, do not forget trademark Rin Ahmad yang suka buat flashback ke situ ke sini, saya ni nasib baik memang suka gaya begini sebab sejenis baca and hadam. Cuma lelahnya, bila nak habis flashback ni sis?

Okay, next move on to the characters.

Characters yaaaaa, how I wish akan ada lebih character depths untuk Lisa and Azri. I need more dialogues between this too, body language each of them tak banyak sangatlah nak tunjuk tahap ketegangan, kemarahan, rasa sayang dan cinta tak berbelah bahagi. I need moreeeee untuk saya selami Lisa and Azri. Remember I said penulis guna banyak sangat tell? Penulis bagitahu saya how is Lisa and how is Azri, bukan dengan cara persembahkan kepada saya.

Oh not to forget, the number of grammatical errors in here. Banyak gila, and the English writing pun nampak tak natural dengan ayat yang sedikit tunggang terbalik.

And that's why I put Miss Amerikano as my fave book from her: the writing style, character-driven dalam her latest book memang top-notch. TETAA win over lah, but of course lah Azri ada karismanya tersendiri.

And I can list many songs untuk Lisa and Azri, Mirror by Justin Timberlake untuk Azri, All Too Well by Taylor Swift sumpahlah memang untuk Lisa, About You untuk mereka berdua.

Also, I was mad gila with karakter-karakter menyakitkan hati dalam cerita ni. Especially Lili, sis, what is wrong with you? What.is.wrong.with.you?!

One thing that I loved in Rin Ahmad books, orang jahat dalam cerita-cerita dia sebenarnya keluarga watak sendiri.

Anak sulung yang nampak banyak benda, I feel you Rin Ahmad.

And to write about mental illness on that time (read:2012) memang berani, and kalau diterbitkan tahun-tahun kini mesti penulis kena buat research lebih mendalam (sebab tahun 2024 ni pembaca tak suka used mental illness untuk buat kita jatuh kasihan pada watak, nak sentuh mental illness kena write properly)

My feelings lepas baca buku ni? Mix feelings lah, lebih ke bittersweet sebab saya rasa memang mengimbau kenangan. This book were written on 2012 weh! Honestly, kalau saya baca buku ni buat pertama kali, I would give 3 rate of stars tapi disebabkan buku ni memang dah masuk dalam senarai buku nostalgia seorang Najwa saya bagi 4⭐

And remember, hidup tak seindah novel. If you ada pilihan untuk bersuamikan lelaki yang soleh dan baik, go for it! Marriage ni bukan sekejap, and tiada istilah you boleh ubah dia okay?

One thing is for sure, this book is not for minors.

Ignore me, saya cuma tengah melayan perasaan bittersweet saya.


Kisah Azri and Lisa, indeed memang bagi makna dalam hidup saya :')

How bad was your life without me Lisa? Or shall I say how bad was your life with me?
Profile Image for Mslvoe.
2,014 reviews193 followers
Read
February 17, 2021
"Let be frank. If you expect for a first sight kinda love relationship, then this is not. I just dumped a girl and this kinda stupid to start new so quick. I am attracted to you more of opposite attraction but do give us some time. I know you don't expect this happening so soon neither do I but I promise you, I can really take care of you. Like it or lump it, just stay here. With me"


Dear Readers,
I am a minority here and please, you guys should give it a try. It's possible that you will end up loving it. I'm truly SORRY this book won't work for me. It's a fact that not every book will work for everyone and it shouldn't be a problem.


Don't let my review fool you guys. This book was written by an amazing storyteller. It's just not for me.

Great book great words.. I admit everyone loved this book but IT'S NOT FOR ME.
Photobucket


I hate repeating. Please don't use it more often. Bukan nak condemn tapi saya memang letih baca buku ini. I rarely do this on book I read but in this case, I skim alot. I feel sorry for myself coz I forced myself to finish it. The flashback scenes.. aarrrggghhh
 photo tumblr_merxpuTkpA1rf4nrho1_500.gif


I agreed, buku ini ada kekuatannya tersendiri. But this book was too SERIOUS and too BORING for me. I am SORRY for having difficulty liking or getting into it. By the way, congrats on your debut novel.
Photobucket

** I don't want to hurt anyone's feelings so I won't rate USD "Untuk Semua Dosaku" **
Photobucket
Profile Image for matchastroberi.
169 reviews26 followers
April 8, 2024
genre — romance, bildungsroman/coming of age
trope(s) —stranger to roommate to lover, he fell first and both fell harder, second chance, penghijrahan

personal rating; 5/5🌟

📝Ini kisah Nur Lisa si Kuntom Renjong yang menyambung pelajaran di Jerman dan angkara si adik, dia terpaksa tinggal sebilik dengan seorang lelaki! The sexy-smart-beard Syed Azri. Kisah cinta mereka liar dan terlalu bebas. Dan apabila akhirnya Lisa ingin meninggalkan kehidupan itu, Syed Azri sukar untuk terima yang dia sudah kehilangan the old Lisa yang didambakannya.

"𝐓𝐡𝐞𝐧 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐦𝐞."

"𝐈 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐲𝐨𝐮 𝐝𝐢𝐝 𝐭𝐡𝐢𝐬 𝐛𝐮𝐭 𝐡𝐨𝐰 𝐜𝐚𝐧 𝐈 𝐡𝐚𝐭𝐞 𝐬𝐨𝐦𝐞𝐨𝐧𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐭 𝐈 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐦𝐨𝐫𝐞 𝐭𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐲 𝐨𝐰𝐧 𝐛𝐫𝐞𝐚𝐭𝐡?"

---

this is my first time reading RA book and suprisingly i boleh adapt with the writing style where flashback events and current timeline yang berselang seli. i just need to focus and tak boleh tinggal lama kalau berhenti nanti i lupa apa jadi sebelum tu😂 penulisan Kak rin tak kosong, penuh dengan perkongsian dan ilmu🫶🏻

plot — ini bukan kisah romance semata mata. its about embrance change to a better life in Islam. this book needs you to dwell, go deeper and further to graps it. memahami pengorbanan Lisa yang ingin berubah dari masa lampau yang gelap mencari redha Ilahi dan ego seorang Syed Azri yang tinggi ilmu di dada tapi seperti sebuah pohon rendang tidak berbuah. Ilmu tanpa amal bagai perantara tanpa tujuan.

mental illness issue yang ditulis pada tahun 2012 made me impressed. Era yang masih skeptikal di mana tak banyak penulisan mengetengahkan isu ini ketika itu. the realitism, the culture living as Malaysian student in Germany potrayed so well buat i macam duduk jerman jugak! hence i love the vibeee and how kak rin potray so real the mindset dan kegiatan "budak liar". THIS.

watak — Nur Lisa or Jumeirah Jane made in Malaysia, i mean i understand you bro this woman is so sassy and elegant in her own way. memang patut Syed Azri tu fell head over heels tak bangun bangun dah HAHA i suka her character development. Dari yang bebas menjadi seorang yang menjaga adab dalam setiap perlakuan sehingga ke pertuturan. dia sangat composed and knows the exact thing what should do I STAN HER

Syed Azri with his international tagline "Like it or lump it" the love he has for Lisa is something that i adore. This man is so realistic hes neither red nor green. Syed Azri masih buat i angau cuz he got his own charisma, i mean hes loyal, smart, genius, hot and respectful kott😮‍💨 his love language is smoothh kita boleh nampak betapa dia sayang Lisa, "My Love Lisa"🥹 however, character depth Azri towards the end terlalu cepat habis. I want to see more his rohani development and how they living as married couple after Syed Azri akhirnya berubah ke arah yang lebih baik. cuz i rasa terlalu cepat but I guess thats how it works macam Syed Azri cakap takkan nak tunggu kematian atau musibat baru nak ingat tuhan. Hidayah tu perlu dicari bukan sekadar dinanti🌷

Bagi mereka yang mencari isi lebih daripada sekadar membuai perasaan dalam sebuah bacaan, this book is for you. Baca dengan mata hati, insyaallah bila bertemu dengan kata penamat, akan ada damai yang menyentuh diri✨🦢 overall loving this book with all of my heart🤍
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
May 31, 2017
3.7*

Rin Ahmad memang my favorite author. Dulu, kini dan selamanya. Teringin nak kenal insan di sebalik nama Rin Ahmad.

Kagum.

Setiap novel ada 'isi' tersendiri. Unik. Ideanya sangat luar biasa. Knowledge tu memang perghh entah la nak cakap apa. Setiap novel RA kita tahu benda baru. Walau kita boleh agak tema/style novel RA macam mana, tetap perasaan teruja tu ada.

Namun jujurnya, dari segi jalan cerita, untuk kali ini, saya sedikit lelah dengan USD. Agak terganggu dan berapa kali hilang fokus bila baca bahagian imbas kembali. Pening. Berulang-ulang. Tidak mencacatkan cuma sedikit berserabut.

Watak. Hmm boleh tak nak cakap saya tak suka Lisa yang lama? Dan Azri pun! Geng-geng Azri tidak terkecuali. MasyaAllah macam nak gugur jantung. Over sangat. Batasan entah ke mana. Macam dirasuk bapak segala syaitan pun ya.

Walaupun rasa terkilan dengan Azri yang di saat-saat akhir baru jumpa tikar sejadah.

Tinggi benar egomu wahai Azri.



Profile Image for Puteri Novella.
56 reviews7 followers
March 20, 2014
Novel nie sangat best...

Walaupun flashback sangat mencabar kalau pembaca tu tak alert...

Tapi tetap best...mudah je untuk faham...

Bahasa Jerman tu...tergeliat lidah nak menyebutnya...
Profile Image for Jaz Meen.
9 reviews3 followers
January 5, 2014
I have been following this novel since Bab 1 from the writer’s blog or shud I say since Rin Ahmad posted USD promo at the blog (karyalepak.blogspot.com).
The promo along with its cover was very impressive. Hehehe I like the USD original cover! Designed by Crash Tillez

But watever it is ... the most important is the content of USD yeah!
When Bab1 was posted to the blog & read it - I was kinda thinking oh wat is USD all about coz readers were immediately served & enlightened tat the main characters Nur Lisa & Syed Azri are married due to pressure from Lisa’s father and on the other hand, Lisa was kinda ‘hesitant’ wit this marriage as it was smthing ‘fishy-ploy n schematic’ from her younger sister Lili. A stratagem Lili had successfully played. Lisa had her own dream to be married with someone tat could guide her as an Imam to her newly preference choice of life! But sincerely Lisa accepted Azri as her ‘jodoh’ and who is she try to avoid tat ALLAH had arranged for her!

So here the story goes on …. How Lisa met Syed Azri and their lovey-dovey tale started. Readers are 'transported' to ‘flashback’ events n occurrence of their past – or specifically as the writer always said the journey life of Lisa & Azri! I am not going to elaborate more on the story itself bcos for sure all readers do understand tat the main focal is the Hijrah tat Nur Lisa had chosen!
By ALLAH Grace Nur Lisa who was in the midst of ‘immoral’ deeds in Germany was given the ‘HIDAYAH’ – this is very interesting coz it happened after a vr shameful event of Octoberfest in Munich. Personally, when I read this part, I HATE Azri coz he just let go Lisa drank a big glass of beer after he could not met Kebar’s challenge! Azri a fallen hero! But due to this stupid
challenge, Lisa was badly affected and sick – thus Lydia found her.

Nur Lisa a very happy-go-lucky n intelligent type of person, from Kuala Lumpur going abroad to Germany to further her study at degree level - at TUM, Munich. I really love how the description in Germany or specifically Pasing, Munich was fairly illustrated. Info on these places were portrayed not too detailed yet enough for readers to keep up or imagine how the place appeared.
Infos are cleverly described n expressed ‘so n so’ throughout the story.
Students who choose to further study to Germany could find the information very useful n beneficial.
Readers too are served with handful knowledge on Hitler, the transport system in Munich, a few types of German food & culture and info on Dubai.

The German language - i thought it was consistently n fairly used throughout the story - it is vr acceptable to encounter German language coz part of the story itself took place in Germany! It is kinda smthing unique coz not many malay novels around hv used Deutsch. Even if there are novels tat hav plots took place in foreign countries most writers did not or only quote a few of tat foreign language! Hence in USD I found tat readers feel ‘macam real’ je yg kita join sama di Germany! But for sure there are readers yg get ‘irritated’ bila kena go through these Deutsch --- hehehe … don be so ok coz at least we are exposed to this language and sket-sket bole le kita belajar simple words kan! Personally, I don have any difficulty to understand these German language coz the writer brilliantly translated them within the story itself - NOT directly translated - coz we are reading a novel not "Mari belajar bahasa Jerman'! so i don think a special translation is required at end of each chapter rite?

The English language – I like the simple or wat we called ‘santai type of English – English tat we use in daily conversation – easy to understand! Again we are not going to use USD as a textbook for Learning English. So why worry n try to bustling ourselves looking for perfection English!
And USD is a contemporary novel - best for ‘santai reading’, therefore it is righto for it to use variation of languages especially in dialogues.
Lain le
if we want a novel yg di jadikan matapelajaran sastera!
LOL!!! USD is not for those yg nk menilai bahasa sastera!

How heavy is USD plot? Personally, I think it is a story easy to grasp & understand but contains loads of information n guidance. It is ‘an intelligent story telling’ for those who wants to CHANGE – change to a better preference of life – bright Ad- Din preference path!
Therefore, we do happen to ‘bump’ a few Hadith and Ayat- ayat Al-Qur’an or simple guidance Islamic story. In USD these Hadis & ayat al-Qur'an were prettily blended within the story - short & precise = simple - easy for readers to digest! But sangat berkesan di hati! There is no need to put loadsss of Hadis - coz we are not reading ‘Himpunan Hadis or terjemahan Al-Qur’an’!!! = Less is more kan!
I would like to make a note here:
I remember an Ustaz penah cakap: Zaman dulu Nabi SAW menyampaikan sabda baginda di masjid hanya di hadiri oleh beberapa pengikut in a few minutes only but esoknye beratus org mengikut dan berubah dan dpt mengambil iktibar tapi zaman sekarang Ustaz beri ceramah smpai penuh dewan dgn beribu jemaah, talk or berceramah for almost an hour - yg sedih - esok nye entah berapa kerat je yg dpt menghayatnye! So this is wat we called less is more! But more is boring!

Oh ye ... tat 'anxiety-disorder' thingy is worth to take note - i can see the writer tried to highlight tat this 'sickness' can be treated by focusing oneself to read various 'surah' from the Al-Qur'an - not to 100% depend on conventional medication!

I liked the 'flashback' technique used by the writer. This flashback skill is rarely used by writers - coz it's not an easy modus - if not properly planned - the story could b in chaos. But here we can see the writer is vr clever n smart in applying this technique! Through this flashback’ all past stories of Lisa & azri is vividly & flamboyantly described. However, some readers do find this 'flashback' as a kinda a mess! it was pathetic if it is so - hope they will & can adapt to this so called a new approach in writings! Tak kan nk bace novel yg 'cliche' je penceritaannyer - i mean like reading A-Z then fullstop if ade flashback pon just a spontaneous one! so as a reader we need variation tu baru name nyer membace with critical thinking!
*reading 1000's of novel with cliche style/genre is nothing compared to those who only reads 10's but of variety orderliness n genus! so u choose!!! jgn jadi pembace (konon ulat-buku) yg/tapi minda tak terbuka*

Despite all these, don worry USD does make me smile reading it. Why?
Coz there are loadsss of ‘funny part or jokes’ around – there are humorous fraction in USD. The jokes on Paracetamol, condom, Dutchman jokes, the Goodyear thingy – all these are entertaining. The idioms or phrases found in USD is properly and nicely infused n easily pick-up by readers such as ‘like it or lump it’ ‘walk the talk’, SSB=sexy smart beard and Audrey Hepburn quotes, Adriana concept of 3T and peranan seorang perempuan n don forget tat weird name kuntum renjong!

Azri character tat cares so much for Lisa has gained so many admirers among readers – I still can vividly remember some comments conveyed by readers at writer’s blog! Hehehe *senyum je!

Sidekick characters such as Adriana, Kebar, Lydia and Darling, Haniff and the boys, Damia n the girls and Lily have their own attractions and hatred for readers to judge. But it was Lydia tat played an important role to help Lisa to embrace n keep up with the Hidayah she graced and don forget the parents of both Nur Lisa & Syed azri.
Damia & Lily played their evil role and gained loads of haters – enjoy this so much especially when I am still following USD at Karya Lepak blog.
Kebar another character tat gained sympathy from readers at blog … yeah tat’s our 'Payung Emas made in Malaysia' – handsomely termed!

Oh ya forget to include tat … I like how the writer chose not to include loads of ’sweetie part or melting words’ in USD. I am just happy with it so far. Words chosen are civil and I am contented with it.
'Daring part?' - There is a 'mini segment' but tat 'bit' is necessary to show how these two people   'lost' under the influence of Syaitan! (after Lisa was given the 'white powder' by azri) And the writer did emphasize n make a justification with these:
... tanpa menyedari malaikat di kiri dan kanan mereka yang tak pernah
berhenti mencatatkan setiap amalan mereka. Dua hamba Allah yang gagal mengerti Allah menyaksikan segala – galanya walau di mana pun mereka berada, di hujung dunia? Di bulan? Di studio kecil di pelusuk Pasing? Dua hamba Allah yang masih belum menyedari Padang Masyar ialah bukan cerita dongeng purbakala. (USD page107)
So..? ... read & think rationally!
And and ... and .. the trademark of USD is ofkos .... the rainbow ... rainbow colors of teddy bears, rainbow roses, the colors of rainbow using the projector
... wowooo ..& it's all about rainbow!
Overall,the finale in printed version is a satisfaction for me. When azri refused to accept Lisa’s preference – it was a catastrophe! But the moment azri finally
found his Hidayah is a blessing! Though part on this is so brief but I can accept it. Remember LESS is more! Because if the story is prolonged n ended with azri n lisa have kids, twins or bla … blaa … then it is typical or cliché ending ye.

Congratulations and thanks to Rin Ahmad @ Karya Lepak for completing USD and successfully gain the faith from publisher to publish it to printed version. USD is another brilliant story from the writer and is looking forward for more. I strongly recommend tat USD is worth buying and a great collection to novel readers/lovers.

“Bist du mit Liebe verliebt oder liebst du der, der die Liebe erschaffen hat?
“Are you in love with the idea of love, or do you love the creator of love?
“Adakah kau mencintai ‘cinta’ atau mencintai Pencipta ‘cinta’?”
“Fuer alle meine Suenden.”
Kata – kata yang saban hari diingatinya akan diajar suami mengingatinya jua. Semoga dengan menginsafi diri, masing – masing akan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan
iman.- USD,page:617

Fuer alle meine Suenden.” = Untuk Semua Dosaku

*********** i am proud to own USD ********
This is my personal review n has no intention to influence anyone to like it.
Profile Image for Ririn Aziz.
788 reviews106 followers
March 18, 2019
4.5 bintang

Sangat suka dengan kematangan watak-watak utama terutamanya Nur Lisa handle situasi. Awesome!

Dan benarlah, untuk menjadi lebih baik di negara barat lebih senang dari negara sendiri yang terlalu banyak gray area berbanding hitam putih.

ps - di ms 560 - terdapat khilaf tentang perbandingan kisah nabi tu. Bukan Nabi Musa yang berdakwah hampir seribu tahun tetapi isteri dan anaknya tetap tidak mahu mengikut seruannya. Kalau tak silap itu kisah Nabi Nuh.
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Kalau anda mengharapkan kisah kahwin paksa dengan pengakhiran tipikal, ini bukanlah buku yang patut anda baca okay? Tapi kalau anda mencari sesuatu intipati berlainan dengan kisah tipikal yang berlambak di pasaran, bolehla cuba untuk membaca kisah ini.

Nur Lisa dan Syed Azri bertemu di Jerman sewaktu Nur Lisa melarikan diri daripada Tengku Akhbar yang juga digelar 'payung emas made in Malaysia' oleh Nur Lisa. Bayangkan, ada ke lelaki yang menabur budi tanpa mengharap balasan? Tengku Akhbar ni memang baik, tak pernah ambil kesempatan pada Nur Lisa walaupun Nur Lisa banyak mempergunakan dia. Cuma bila Tengku Akhbar dah mula tunjukkan ciri-ciri nak menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup Nur Lisa, haruslah Nur Lisa cepat-cepat angkat kaki.

Pelawaan si adik, Nur Lili untuk mencarikan rumah disambut baik tanpa menyedari niat si adik di sebalik kebaikan yang ditabur. Huh. Rupanya, lepas keluar dari lindungan payung emas, Nur Lisa terperangkap dalam mulut naga pulak. Sharifah Azrina rakan sebiliknya dah bertukar menjadi Syed Azri. Haru! Haish. Apa punya adik ntah. Sebab nak mengorat Tengku Akhbar tu, sanggup menganiaya kakak sendiri. Bila menyedari diri dah jadi mangsa adik sendiri, memang terhentilah maklumat berkaitan Tengku Akhbar yang disalurkan kepada Nur Lili yang berada di Malaysia.

Bila dah tertipu dengan 'kebaikan' yang ditabur dek Nur Lili, nak tak nak terpaksalah Nur Lisa terima hakikat yang kawan sebiliknya adalah seorang lelaki. Memang berani dan selamba sungguh Nur Lisa ni. Berani juga mencabar keegoan seorang Syed Azri sehingga terpatrinya hubungan antara keduanya. Memang nampak sangat tak wajar dengan pergaulan bebas antara keduanya. Mujur juga Syed Azri dah ambil langkah pencegahan awal untuk berpindah keluar selepas terpatrinya hubungan mereka. Kehidupan mereka berdua yang bergelar pelajar di Jerman memang penuh warna-warni sehinggalah Nur Lisa bertemu jalan 'kembali' ke paksi sebenarnya.

Siapa sangka Octoberfest yang dihadiri bersama Syed Azri dan Sharifah Azra (adik Syed Azri) menemukan kembali Nur Lisa dengan penciptanya? Waktu ini segala dosa-dosa semalam bagai menghambat dirinya. Biar pun Syed Azri tak merestui pilihannya, Nur Lisa tekad untuk berubah.

Pertemuan kembali antara keduanya di Malaysia ditambah pula dengan fitnah yang ditabur oleh si adik akhirnya membawa kepada ikatan perkahwinan mereka. Memang cabaran buat Nur Lisa untuk menyesuaikan diri dengan Syed Azri setelah sekian lama terpisah. Ditambah lagi dengan cara hidup Syed Azri yang tak 'selari' dengan Nur Lisa. Bagaimana cara Nur Lisa menghadapi dugaan hidupnya ini?

Komen saya: Buku ni memang bakalan buat kita banyak berfikir. Memang betul bak kata Nur Lisa, kalaulah hidayah semudah membeli barang di ebay, tentu kita takkan hargainya. Nak berubah, memang susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlu mengubah perkara-perkara yang dah jadi kebiasaan. Tapi pada saya, paling susah adalah nak mengekalkan perubahan tu. Sejauh mana kita mampu menahan diri daripada godaan hawa nafsu untuk buat perkara-perkara yang patut ditinggalkan bila kita nak berubah. Phew. Mungkin terdapat kesukaran untuk sesetengah pembaca menghadamkan kisah ini disebabkan susun atur jalan cerita dengan flashback scene serta penggunaan bahasa Jerman yang banyak. Yang juga mungkin bakal mengganggu tumpuan pembacaan. Cuma bagi saya, tumpuan pembacaan saya agak terganggu bila saya nampak banyak kesilapan atau mungkin kealpaan semasa proses pengeditan. Sayang sungguh. Apa pun, tahniah buat penulis atas kelahiran buku pertama ini. Moga lebih banyak lagi ilham untuk karya seterusnya. :)
Profile Image for W. N. Izzaty.
1,310 reviews67 followers
July 22, 2017
#68#2017

Done reading Untuk Semua Dosaku by Rin Ahmad.

Hahaha.. Buku ni, kalau dikira umur terbitan, dah nak masuk darjah satu dah. Dan saya baru je baca sekarang. Maaf... Asyik terbantut je nak baca. .
And it has been a while, since I last read KN book... Dan sekarang, sebagai tanda turut dukacita atas keputusan KN untuk 'berhibernasi', I chose to read this novel.

USD ni kisah antara Syed Azri dan Nur Lisa. Kisah cinta mereka bermula di bumi Jerman, terlerai jua di Jerman, tapi kembali bertaut di Johor. Permulaan mereka bermula sebagai roommate, then jadi sweet couple. Kehidupan mereka jauh tersasar dari landasan Islam. Clubbing, alcohol, smoking dan pergaulan bebas tu tersangatla normal.

Tapi, apabila hidayah menjentik hati Lisa, dia tegar mengorbankan cintanya terhadap Azri demi menggapai cinta Ilahi. Mereka terpisah dan bukan senang untuk terus istiqamah.

Tapi kalau dah namanya jodoh, akhirnya dorang kahwin jugak. Walaupun cinta masih di hati, namun Azri bukanlah suami idaman Lisa untuk membimbingnya. Azri sendiri pun masih hanyut. Dan kesabaran Lisa jualah yang akhirnya membuka hati Azri untuk menerima hidayah.

USD ni sebuah kisah pengorbanan dalam mendapatkan hidayah Allah. 'Untuk berubah, kita kena kuat. Ya, sokongan orang sekeliling kita harapkan, tetapi ingatlah, kalau ditanya amalan kita di akhirat nanti pon, kita akan keseorangan. Maka untuk mencari jalan ke syurga, apa salahnya seorang diri? Kalau benar tiada seorang pun menyokong kita, Allah kan ada? Tak cukup ke kasih sayang Allah untuk kita? '

Highly recommended untuk orang yang ingin berubah. Kerana kita semua pendosa. .
Dan diingatkan, untuk orang yang baru nak start baca novel RA, RA pandai grab our attention dengan 'flash back' scenes. So, jangan nak main skip or flip the pages. Plus, dalam USD ni, lebih kepada naratif. Dialog kurang.

P/s: to KN, karya karya anda masih 'berhantu'. No matter what kind of decision that you have made (will make), we still love you. All the best
Profile Image for Sha889.
141 reviews22 followers
January 1, 2019
Dah pegang elsa kemudian letak balik sebab kurasa yang ni menarik bila tengok review. Dan ianya memang berbaloi!

Sejujurnya ini novel kedua RA yang dibaca selepas Love Lilla. Selepas membaca LL hari tu tidaklah terasa nak mencari novel RA yang lain.Mungkin belum terbiasa dengan teknik penulisan imbas kembali Rin Ahmad.so bila baca USD dah dapat rentak dan boleh adapt dengan cara penulisannya dan hasilnya 5* ku bagi!

Kisahnya memang menarik dan saya suka penghijrahan Nur Lisa yang tidaklah digambarkan mendadak.slowly but istiqamah. Suka sangat dengan karakter Nur Lisa. Nur Lisa yang perlu menghadapi orang sekeliling yang tidak menghormati penghijrahannya dan masih mengungkit dirinya yang dahulu tapi tetap dicekalkan hatinya dan teguh dengan jalan yang dipilih walau terpaksa mengorbankan cintanya. Apa yang dilakukan selepas berkahwin memang mengagumkan.walau hati tidak sepenuhnya reda tapi tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap dijalankan dengan sebaiknya.

Syed Azri pula memangla perangainya menyakitkan hati.dah dapat wife yang berhijrah ke arah yang baik masih lagi mau menarik kembali wife kepada kehidupan lama.Ilmu penuh didada tapi tidak diamalkan.masalah jugak jadinya tu. Cuma cintanya hanya pada Nur Lisa membuatkan dia boleh bertoleransi dengan perubahan Nur Lisa.
Dan pengakhiran yang sweet..
Profile Image for EE FF.
6 reviews3 followers
December 13, 2012
Novel yg mmg di nantikan! setelah hampir 6 bulan di hentikan di blog penulis!

 Sangat teruja akhirnye terbit jugak pd disember 2012.

Best! sebuah novel yg mengisahkan perjalanan hidup Nur Lisa dan Syed Azri.

Syed azri yg suke dgn tagline "like it or lumpt it"

Syed azri SSB . Sexy smart beard!

Jalan cerita yang sgt menarik . Kisah bercinta ketika begelar student di germany. Sebagai pembace seronok di hidangkan keadaan di Pasing, Munich, Germany dan tempat belajar mereka TUM.

Pada masa yg sama boleh le belajar bahasa Jerman sikit2.






Pelangi,rainbow, teddy bears, rainbow roses, payung Emas.
Jokes on paracetamol,”goodyear” buat kita senyum :).

Semua ini menjadikan USD lebih ummphh!!!

Cerita selanjutnye, kena bace sendiri, Sudah bace berulang-kali tapi maseh tak jemu.

Nak dan nak lagi bace.

USD menjadikan koleksi terakhir saya bagi tahun 2012! Collection of the year

Tahniah pd penulis, walaupon novel pertama tapi sgt best .

sangat berharap enovel yg lain yg ada di blog penulis akan jugak keluar ke versi cetak.





 





Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
January 10, 2018
2.95* buat Untuk Semua Dosaku!

Aku cari naskah ni sebab nampak review para rakan pembaca yang sangat memberangsangkan dan aku mengharapkan lebih untuk USD ni! Tapi nampaknya aku tergolong dalam golongan minoriti - tidak terlalu menyukai USD sampai rasa nak baca lagi semula!

Buku ini bagus. Untuk pembangunan iman dan kesedaran diri bahawa kita harus hidup berlandaskan syariat Islam walau kita berada di mana.

Tapi pada permulaan buku, tak sangka juga yang kisahnya sebegitu dan bukankah isu seperti ini sangat dibenci dan akan dikecam oleh para hakak dan mak cik-mak cik yang ada di luar sana? Syukurlah buku ini tidak dibakar beramai-ramai sebelum habis dibaca sehingga ke penghujungnya oleh segelintir pembaca yang sangat sensitif.

Aku setuju dengan beberapa pembaca, andai susunan plot cerita ini disusun dengan baik dan ikut kronologinya, ia akan lebih menyeronokkan. Macam Anis Suhaila pernah cakap, kalau nak tulis cerita, tak payahlah nak berbelit dan lompat sana-sini latar masanya, tapi buat ia simple dan ikut pengaturan cerita yang betul. Mana yang dulu, utamakan terlebih dahulu dan yang belakang letak ke belakang. Jadi pembaca tak akan serabut. Yesss! Sekarang aku faham macam mana kalau jadi pembaca yang seperti itu. Ia nampak serabut. *Senyum sambil tutup mulut*

Watak-watak di dalam ni, semua kaya-kaya belaka, lawa dan kacak-kacak sekalian alam. Tiada yang buruk (yang buruk, hanya perangai- macam setan) dan yang lainnya semua perfect! Aku lagi suka buku Jejaka Edisi Terhad sebab watak-wataknya di sana lebih seimbang mengikut aturan alam dunia (aku baru baca dua buku ni dari penulis. Jadi tak boleh nak bandingkan dengan yang lain) *gelak*

Syed Azri bukanlah watak lelaki yang baik bagi aku. Tapi dia cukup romantik dan penyayang, jadi itu sudah memadai untuk Lisa. Manusiakan boleh berubah. Dan itukan jodoh mereka... Hurmm!

Tapi buku ini masih seronok dibaca. Lagipun, dah susah nak dapatkan buku ni. Jadi siapa yang ada tu, simpanlah kat dalam rak kalian.

Peace!
Profile Image for Pink.
238 reviews23 followers
November 16, 2023
Dia macam-- ada part yang memang best. Ada part yang sangat membosankan.
Profile Image for Aisha.
15 reviews
December 27, 2012


At  a price of only RM22, USD is the best deal for my money, with so much knowledge in it.




  



Bravo to the writer that comes up with great and fresh idea. Reading USD makes me think ... BERFIKIR ada aku 'sekuat' Nur Lisa!!!.




Tahniah Rin Ahmad, Terbaik USD.
Profile Image for Afin Arif.
17 reviews6 followers
March 7, 2013
USD bermula dengan permulaan hidup Nur Lisa sebagai isteri kepada Syed Azri. Cabaran serta dugaan yang dihadapi pada minggu pertama menjadi isteri Syed Azri membawa kepada flashback kisah pergaulan bebas mereka di studio kecil di Pasing, Jerman. Gaya hidup yang diamalkan sering menghantui dan mengekori Nur Lisa dalam usaha-usahanya untuk berubah kepada lebih baik (mencari keredhaan Allah).

Flashback kisah silam Nur Lisa dan Syed Azri ketika di Pasing diselang selikan dengan peristiwa semasa di Malaysia. Di mana, Lisa masih lagi berusaha untuk menarik Syed Azri untuk melaksanakan perintah Allah. Jalan yang dipilih Nur Lisa setelah bertemu dengan Lydia ketika dia mabuk teruk sebaik pulang dari pesta octoberfest. Pertemuan yang tidak dirancang... pertemuan yang membawa titik perubahan... juga pertemuan yang membawa cahaya hidayah menjengah ke ruang hati seorang Nur Lisa sehingga Syed Azri sanggup meninggalkannya keseorangan di Jerman tanpa sepatah kata.

Semasa baca USD... rasa mcm nk ckp... Jom reramai kita blaja bahasa Jerman... sebab... dalam ni terdapat banyak penggunaan perkataan2 Jerman. Tak kurang juga info2 mengenai Jerman... makanannya... pakaiannya... budaya hidupnya... automotifnya... dan juga Adolf Hitler...hehe. Terdetik dihati... RA mesti mempunyai pengalaman yang luas mengenai Jerman dan bahasanya. Apa-apa pun... banyak ilmu yang dapat diperolehi dalam USD... setiap perkataan membentuk ayat2 yang bernas, memberi pengajaran dan terkesan dihati.

Kesimpulannya, USD ni best... sangat tak rugi baca... menginsafkan...

Tiada jalan senang untuk berubah. Rintangan membuat kita pasrah, air mata sering kali tumpah dan adakalanya kita akan sendirian tapi Dia sentiasa bersama kita.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
~aku suka watak Nurlisa dengan Syed Azri ni.
~While reading: teringatkan teman batch lama, both with nick Lisa and Azri. _they're both genius, both study far, but for sure not imagining them into the characters. Sebab, ~they were not couples. (However now, I wish they were couples. Ha ha ha)

Warning! Lots and lots of flasback~Sampai rasanya pembaca kena bina&cantum plot-plot sendiri semasa membaca. I think its fun, first time reading this sort of writing style~Rasanya neuron-neuron otak ni bekerja kuat semasa membaca karya Rin ini.(baguslah tu kan?) Nasib baik BM~kalau english, macam hareeem~:)
Warning 2: Too many Deutch ~conversation with/ w/out translation directly. Kadangkala bahasa german dialihbahasa dalam penceritaan, kadangkala dalam ayat dialog,~

Lisa~ broken family, super genius - ditipu adiknya yang mahu gunakan dia. Kemudian dia terpaksa tinggal dengan Syed Azri sebilik (roomate)~Sebab Lisa ni pun bukan baik sangat~dan kurang common sense as a woman~ dia tinggal dengan Syed Azri~ they become couples eventually. Tapi...tapi...tapi...mereka tak pernah lebih dari couple yang tinggal satu bumbung kerana Syed Azri sangat menghargai kesucian Lisa~ (yang nampak macam dongeng kat situ) . Tapi itu menerangkan betapa Azri mempunyai prinsip yang teguh&kental gitu. Mereka bina angan2 hidup bersama di masa depan~ sampai satu masa Lisa terima hidayah Allah untuk berubah.Their relationship_broken up, beb~that part~urgh! Geram tahap melampau kat Azri. Read, U should know how I feel. Tak patut. Tak patut.

The rest~ bacalah baru feel kan?

Rin Ahmad tulis macam real perasaan antara Lisa-Azri. Aku dapat rasa kehilangan bila mereka berpisah. Terasa lega akhirnya Lisa pilih jalan yang betul untuk berubah~walau perit tanpa Azri di sisi menyokongnya seperti selalu. She made a hard choice but worth it.

~Azri (tak silap ambil master engine) tapi akhirnya kat hotel. Seperti Lisa, aku juga rasa Azri suatu pembaziran kepada tenaga kerja tempatan. Apa nak buat, biar jadi cerita kan?
Entah... novel ni nampak macam tiada cacat celanya pada mata aku, sebab ke-awesome-an cerita dan watak yang mantap. Semua, dari hero-heroin sampai ke watak orang tepi jalan pun ada karakter sendiri.--erk bombastik sangat tak cara aku review ni?--he he he

Syabas Rin!

Done, but sure to read this second time later.
Profile Image for Jaja  A.
148 reviews27 followers
September 3, 2016
Wow ku overr suka!!!!karya 1st RA yg kuhadap...mmg xleh letak..memang terbaek...bestt sgtt...kehidupan sosial nur lisa dan syed azri di negara org menjalani syurga dunia sementara..Namun kemunculan seseorg membawa perubahan kepada perhubungan Nur Lisa...Naskah ini padat dengan ilmu dan info..Tahniah buat penulis Rin Ahmad kerana berjaya menghasilkan naskah yg tidak "O" ini..bahasa yang cun..flow citer sgt mantops... dan ku percaya kehidupan bebas laku pasti ada di luar sana...Semoga naskah ini mampu memberikan kita "sesuatu" untuk muhasabah diri.....4.4* untuk RA...tahniah
Profile Image for Nickynisa.
32 reviews9 followers
September 17, 2014
i haven't finished reading this book, just read 2/3 of it.. gave this book 5 stars without a second thought.. I LOVE THIS BOOK ALOT.. not a cliche story.. Nur Lisa and Syed Azri.. they are meant for each other.. come hell or high water..

/edit/
done! discovered Rin Ahmad's blog few weeks ago.. read USD there.. glad that i decided to buy the book.. and it's really worth it..

Profile Image for Mgreen.
1 review
January 5, 2013
No better word to describe USD - Best novel, 5/5 stars


 


A novel that has so much moral values, new knowledge and worth reading!



Congratulations! to the writer, you are really someone that has brilliant imagination to write the story of Lisa and Azri!


There is so much lesson can be learnt from USD. 








17 reviews198 followers
April 14, 2013
A marvelous attempt by the writer to bring out various elements of life. The story revolves around a boy and a girl who met in German when they were pursuing their studies. Due to some circumstances, they end up staying together, and eventually, fell in love. All the limits were broken. Religion forgotten. All these due to their newfound love, which blinded them altogether. One fine day, the girl realized her mistakes and decided to leave her unhealthy lifestyle. But it was never the same with the guy. Realization never made him accept the fact. Fights erupted when there was difference in opinion. Finally, separation was the ultimate decision. Somehow, fate brought them together once again. They met in Malaysia, and even got married, yet no changes in the guy's behavior. Lots of hurdles faced during their marriage life, and also due to lisa's prayers that made azri finally to realize his mistakes. It was never the case of ignorance towards religion, but it was the high ego in him that made him to forget and keep aside his religion. This nvl explores on the greatness of god and how realization hits us if we were to follow the proper ways of life. ♥-----------------------------------------------------------------------

The first published novel by Rin Ahmad is one of my most precious assets to date.Congrats Rin. A superb novel that includes all the incredible aspects around us…adolescence, friendship, family conflicts and many more. With an understandable story-telling of the flashbacks, excellent translation of the German language and beautiful romantic lines in the novel, I am definitely amazed on the talents of the writer. It is definitely one of the novels that I will cherish throughout my life. 

A word to describe Rin…Perfectionist…You are indeed one of the most talented novelist I have known, and I am looking forward to more of your novels in future. (GET..JET...ARLUNA)Keep writing and make us proud. ♥
Profile Image for Miss Ai..
12 reviews14 followers
April 21, 2013
Masa mula membaca, ada sedikit rasa skeptikal. Sebabnya? Prince charming mesti nak anak orang kaya. Watak hero selalu ada semua - rupa, attitide dan berharta. Stereotype much? Ini rasa yang mula-mula rasa masa mula-mula membaca. Ulangan. Masa mula membaca. Betul. Salah saya sebab judge buku sebelum tahu isi dalam. *Tolongjangantikamsayadulu*

Syed Azri memang ada ciri-ciri jejaka idaman Malaya. Siapa yang baca novel ni dan tak jatuh cinta dengan Syed Azri? Ada? *Terusbuatmukatakbolehnakfahamkenapa* Syed Azri bukan kacak sebab dia kacak. Syed Azri bukan kacak sebab dia kaya. Tapi Syed Azri kacak sebab dia punya cara dia sendiri untuk menyampai cinta pada Nur Lisa. Oh, Syed Azri juga kacak sebab sexy-smart-beard dia! Sungguh.

Nur Lisa. Secomel namanya. Karektornya sama comel dengan namanya. Dia bukan Plain Jane. Bukan juga girl-next-door. Tapi dia seperti kata penulis, dialah Jumeirah Jane. Perempuan pun mesti jatuh hati dengan watak Nur Lisa.

Tapi, two thumbs up untuk penulis sebab ceritanya tak stereotype. Lain daripada yang lain. Sehebat mana pun cinta sesama manusia, hebat lagi cinta PenciptaNya. Untuk Semua Dosaku bukan hanya cerita cinta antara slelaki dan perempuan. Ini cerita cinta dengan konsep yang lebih luas. Bacalah bagi yang belum membaca. Dan yang sudah membaca, pasti lebih tahu.

Paling suka - cara penulisan penulis. Bersahaja. Tapi masih lurus. Tidak terlalu basah. Juga tidak terlalu santai. Bersirat. Tapi manis dalam masa yang sama. Sungguh, ini cawan teh saya. Cukup gula, sedap rasa.

"First, I love him. Always and forever. Second, I want to be forgiven by Allah for the countless wrongs I did and I do every day, and yet I am unwilling to forgive others for any wrong done to me? F.Y.I. I've forgave my husband." - Page 479. Ini favorite page saya.

Konklusinya? 5 bintang (:
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
December 15, 2012
Saya suka novel ini.... TAPI...

3 (sebenarnya saya nak rate 2 1/2**) untuk pengisian yang cuba diketengahkan kepada pembaca.

Seorang gadis yang terpesong jauh dari landasan agama di bumi asing. Yang cuba mengubah diri menjadi lebih baik walaupun dipandang serong oleh mereka yang kenal sisi gelapnya. Tapi saya rasa ada benda yang pada saya tidak kena. Mungkin kerana ada bab 'daring' yang terlalu terbuka (pada sayalah!) menyebabkan saya rasa seperti tak wajar :(

Novel ini menguji fokus pembacaan saya. Andai hilang fokus saya boleh hilang arah! :) Saya tiada masalah dengan teknik penceritaan yang tidak mengikut kronologi, tapi adakalanya ia tidak bagus untuk pembacaan saya yang kadang kala terleka (hilang fokus) sebentar dan harus membaca semula yang membuatkan saya tidak gemar.

Tapi saya puji cara penulis membuat cara terjemahan. Bijak!
Profile Image for nieza mustafa.
2 reviews
January 5, 2015
the most awesome malay novel that i ever read... i would definately 100% recommend it! worth buying.. Well, read all the comments written by those that rated 4 stars and above... for those who are still confuse on how the story all about, then there must be something wrong with your BRAIN!!!!.. go and check wth ur doctor...cheers & peace!!!
Profile Image for nilam.
363 reviews70 followers
June 8, 2013
walaupun flashback yg tunggang terbalik...tp x buatkan sy boring menatap novel ni..best!!! :)
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
March 21, 2016
membacanya, mengingatkan serba sedikit dengan sejuta nafas cinta mu, kay delaila.
berpaksi kan keterlanjuran seorang gadis pada masa lalu yang cuba untuk berubah ke arah kebaikkan, tetapi dosa semalam masih menghantui nya. begitu banyak cabran terpaksa ditempuhi dalam mencari redha Ilahi. terdapat juga kepincangan keluarga dipaparkan dalam naskhah ini.

jujurnya, ini karya rin ahmad yang pertama saya baca, walaupun hampir semua novel beliau saya ada (pending.. tak sempat baca.. hehhehe). namun, penulisan beliau begitu memikat!

kesederhanaan laras bahasa yang digunakan membuai sepanjang pembacaan. walaupun simple tapi masih menusuk!
Profile Image for Diana.
27 reviews1 follower
December 17, 2013
I've read many books..I love Hlovate, Melur Jelita, Evelyn Rose, Hanina Abdullah, Farah Husain, Hani Fazuha and now this...

This book is like an adult version of Hlovate's Versus, Anthem & Rooftop Rant; and Eve's A380.

All sorts of emotions roll into one. I simply love this Rin. I have always look for something I can learn from each book that I read. This book has more than I expected.

True enough:
Allah creates amazing things. So, trust Him completely. Be with Him always. (Pg 427).

18/12/13
Done 2nd round reading...can't get it off my mind.
Profile Image for Maslina Omar.
154 reviews19 followers
July 15, 2015
Buku yg paling lama saya ambik masa untuk habiskan. Lama bukan sebab ceritanya tak bagus @ membosankan tetapi kerana kesibukan yg tak terucap.

Sebuah cerita yg sgt sarat dgn mesej, tentang betapa seorang Nur Lisa yg beroleh hidayah di bumi German berusaha memaknakan penghijrahannya dpd seorang yg sosialis & lepas laku, berubah menjadi muslimah yg taat kepada Yang Maha Pencipta. Namun dia sentiasa dibayangi dosa2 lampaunya.
Displaying 1 - 30 of 90 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.