Jump to ratings and reviews
Rate this book

Hikayat Cinta Si Pematah Hati

Rate this book
WAFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”

“Hah?”


Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?


“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”

“Apa makna…”

“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

1050 pages, Paperback

First published October 1, 2012

101 people are currently reading
1235 people want to read

About the author

E-Man Sufi

9 books286 followers
Nama penuh beliau Hafizah binti Haji Mohamed. Berasal dari Temerloh, Pahang. Melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di Universiti Putra Malaysia. Anak keenam dari lapan orang adik beradik ini kini bekerja sebagai seorang guru.Karya beliau :

Suami Yang Kubenci (2011).

Hikayat Cinta Si Pematah Hati(2012)

Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang kini diadaptasi ke drama (2013)

Pabila Romeo vs Juliet (terbaru Dis 2013)

Kesemua novel beliau adalah terbitan Karya Seni Snd. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
433 (52%)
4 stars
243 (29%)
3 stars
101 (12%)
2 stars
30 (3%)
1 star
20 (2%)
Displaying 1 - 30 of 46 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,050 reviews200 followers
December 28, 2012
 photo 20130118_105729_zps13b2edc8.jpg

Akhirnya buku setebal 1050 mukasurat berjaya jua sha habiskan. Terkebil² mata bila bangun pagi sampai termimpi² adegan yang menghayati hati dalam buku ini. Dalam keadaan masih mamai, otak sha berfungsi mengingati setiap butiran cerita.
Photobucket

I loved this book so much!!!!! I am extremely happy to say that I loved every minute of this book. Wafeen was a very strong and independent woman and she had the nerve to stand up her rights after being blamed by her relatives for leaving Rayyan.
Photobucket

Novel ini padat dengan konflik dendam, iri hati, khianat, kejujuran, kurang perhatian & kasih sayang dan tak lupa jua kisah cinta. Kisah mengenai Rayyan yang kehilangan ibunya dan disisihkan oleh ayahnya yang berkahwin dengan bekas orang gaji. Rayyan mempunyai adik lelaki, Daniel Elhan, hasil perkongsian ayah Rayyan dan ibu tirinya. Rayyan menganggap Daniel dan ibunya penyebab kematian ibu Rayyan dan penyebab Rayyan kehilangan kebahagiaan yang dimilikinya sewaktu ketika dahulu.

Sewaktu terpandang Wafeen, Rayyan jatuh cinta tanpa mengetahui Wafeen kekasih Daniel. Sikap Daniel yang suka menabur janji membuatkan Wafeen bosan. Daniel dipaksa ditunangkan dengan Tengku Zarynn oleh mamanya.

Pada masa yang sama, Daniel tidak dapat melupakan Wafeen dan merisik Wafeen bagi pihaknya. Rayyan mendapat tahu dan merancang dengan Tengku Zarynn yang merupakan sahabat baik Rayyan @ mutiara hati untuk memenangi hati Wafeen. Wafeen kecewa bila mendapat tahu tentang pertunangan Daniel.. pada masa yang sama Wafeen happy sebab dia sudah mula tertarik pada Rayyan.

Sifat Rayyan yang suka makan karipap pusing mengingatkan Wafeen pada zaman kanak²nya pada seorang budak lelaki yang pernah menyelamatkannya, membelikan aiskrim dan suka makan karipap pusing. Dengan bantuan Nek Jah, Wafeen berjaya disunting oleh Rayyan. Menjelang hari perkahwinan mereka, rahsia terbongkar dan Wafeen merajuk. Merajuk sayang saje sebab Nek Jah dan Uwais berjaya pujuk Wafeen yang degil dan keras kepala.

Bila mereka mula bahagia, Rayyan kemalangan dan memerlukan buah pinggang untuk mengantikan buah pinggang yang sudah rosak. Hanya Daniel yang boleh menyelamatkan Rayyan. Tetapi Daniel berniat tidak baik dan memaksa Wafeen meninggalkan Rayyan jika mahu Rayyan selamat.
Photobucket

Wafeen pasrah demi cinta pada Rayyan, keselamatan Uwais sekeluarga, Wafeen membawa diri pulang ke pangkuan keluarga di Cape Town.
Photobucket

Buku ini banyak memainkan emosi.. sha menangis bila Valqis dan ayahnya meninggal dunia semasa kemalangan dengan trailer. Menangis sewaktu Zarynn meninggal selepas ditolak oleh abangnya Tengku Muiz.
Photobucket

Banyak surprised dalam cerita ini. Sha tak sangka keguguran Hannah dalam cerita Suami Yang Kubenci adalah buatan khianat. Pendek kata, buku ini lengkap untuk setiap persoalan yang kita tertanya².
Photobucket

Wafeen and Rayyan were a great couple and I loved all the characters.
Photobucket

Being reunion with Uwais, Hannah & Makcik Sari were a bliss to me. I’m looking forward to see them again when I read this book. Hikayat Cinta Si Pematah Hati is another great story written by the amazing author E-man Sufi. Eventhough this is not my favourite story, it's absolutely worth reading, very entertaining. All in all, I really enjoyed this book and I didn't want it to end.
Photobucket
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
May 15, 2013
Wafeen & Rayyan

Wafeen.. Sejak kecil dia mengharapkan satu hari nanti dia akan berjumpa dengan budak lelaki yang pernah menyelamatkannya suatu ketika dulu. Dia tahu lelaki itu Rayyan. Dia sedar dia juga menyimpan perasaan terhadap Rayyan. Tapi demi janjinya kepada Daniel Elhan untuk setia dengan cinta mereka, dia mengabaikan perasaannya kepada Rayyan.

Rayyan.. Hatinya pernah patah berkali-kali.. kerana papanya, kerana Datin Ann (ibu tiri yang asalnya hanyalah pembantu rumah mereka!)


Sukaaa dengan nasihat Uwais kepada anaknya, Daqiq. Renung-renungkanlah.. Moga menjadi pedoman buat kita juga..

"Papa rotan ni bukan nak bagi rasa sakit. Anak papa buat salah, mesti kena hukum. Sedangkan kita buat dosa pun, Allah ciptakan neraka sebagai balasan. Setiap kesalahan pasti ada hukuman. Papa rotan sebab papa sayang. Papa tak nak Daqiq buat salah lagi."


Teramat sukaaa dengan nasihat Uwais buat isterinya, Hannah..

"Kan abang cakap tadi, abang rotan dia tak tinggalkan kesan pun. Apa sangatlah sebatang lidi tu, macam kena gigit semut aje. Sekali pula tu. Tapi abang kenalah main psikologi juga. Nanti dia fikir, kalau buat salah, papa dia cuma bagi tazkirah aje. Abang tak nak lah jadi kes macam anakku Sazali pula. Bila nasi dah jadi bubur, kita mak ayah juga yang dipersalahkan. Sebab itu, ada pepatah Melayu, "sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan". Tapi orang sekarang, pepatah Melayu pula dah tak jadi rasional.


Aduhh Uwais.. Sabarnya makhluk ciptaan Allah ni..
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,034 reviews377 followers
October 3, 2013
Cerita ni buat N lapar. Mana lar nak carik karipap pusing yer...

Antara banyak-banyak novel melayu yang N dah baca setakat ni, rasanya cerita ni lar yang ada paling ramai watak meninggal dunia...
Image Sharing
Cerita yang menarik, walaupun agak senak jugak lar nak habiskan sebab tebal giler. Nasib baik lar ceritanya tak heavy, jadi senang lar sikit nak menghadamnya. Walaupun ada babak-babak yang menyakitkan hati (Rayyan, you stupid, you!), overall Hikayat Cinta Si Pematah Hati sesuai dijadikan bahan bacaan yang menghiburkan.
Free Image Hosting
Cuma N kalau boleh nak watak Wafeen ni lebih tegas. Baik sangatlar Wafeen ni. Senang jer dia maafkan Rayyan yang lebih percayakan adik tiri sendiri daripada dia. Kesian sangat kat Wafeen bila diperlakukan begitu. Time tu N rasa geram betol dengan Rayyan, sampai tahap emo!
Free Image Hosting
Profile Image for Yuni.
257 reviews81 followers
March 16, 2015
I like it

3 out of 4, novel ini paling menarik perhatian. Tinggal kisah jebat dan mastura je. itu nanti dululah.

tebal? biasalah. berbaloilah harga > rm30. tapi tak rasa dah hampir ke penghujung. dan rasa sayu pula bila nak habis tu. ok...hiperbola ke?

warfeen - suka karakter dia. manja dia dengan arwah neneknya. mula2 nampak lembut ayu je tapi lepas daniel tipu dan kejadian demi kejadian menimpa keluarganya, dia bangun jadi better lah. tapi satu tak puas hati or tak berapa nak faham, iye Daniel beri syarat untuk dermakan buah pinggang tu. tapi kan warfeen ni keluarga dia jauh lebih kaya dari keluarga rayyan. why not used their money or power untuk elak dari ugutan tu? daniel tu bukan ada power pun. setakat harta arwah ayah dia je. itu pun untuk rayyan. boleh di warfeen pergi balik ke cape town. untuk suami tercinta, minta lah tolong dengan family. tak rasa mereka akan menolak.

rayyan - first time kenal watak ni masa baca pabila romeo vs juliet ek? bagusnya baca buku keempat dulu. tapi kira oklah. tahu juga last2 rayyan dengan siapa. so tahulah perangai dia masa sekolah lagi. dia lagi rapat dengan uwais berbanding ayyad. masa prolog pun dan sedih. sampai hati ayahnya tak datang masa kebumi mama mereka. manusia...bila diberi kemewahan sedikit, terus jadi lupa diri. itu semua cuma sementara dan cubaan dari Allah....ok. part dia panggil warfeen balik semula tu dah kira handsome lah. tapi part dia lagi percaya datin ann dan daniel, memang ada yang kena hentak kepala kat dinding. kalau iye pun nak percaya, jangan memberi sepenuh kepercayaanmu pada mereka, rayyan oit. sedih bila hubungan uwais dan rayyan dingin macam tu. nasib baik sekejap je. pheuw....

zarynn - I like her. tapi tak puas hati wataknya dimatikan di akhir cerita. sepanjang hidupnya, dia banyak berkorban untuk orang kelilingnya. kenapa penulis matikan dia? jatuh tangga pula tu. buat cedera patah tulang belakang je pun kira ok dah. itu pun dah nampak kejam. saat2 akhir baru daniel beritahu dia cintakan zaryyn. hopefully masa tu zaryyn sempat mendengar.

daniel - dia ni memang wajib kena tembak je. at least si muiz tu kena penjara juga. habis dia ni???? padan muka. hish geramnya

rasanya ada typo berkenaan ayah warfeen. mula2 kata dato sri. lepas tu tan sri pula. which one yek?
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
September 1, 2013
Tak sangka novel ni sangat sadis bg saya.. boleh buat meleleh2 air mata.. langsung x sama dengan SUAMI YANG KUBENCI yg agk ceria..hehe..

Rasanya ramai org da khatam novel ni..sy je yg lambat disebabkan gerun dgn ketebalannya..haha...akhirnya berjaya juga habiskan.. rupanya mcm2 yg berlaku dlm novel ni..mmg patut pun dgn ketebalannya..

Rasanya pertama kali baca bila watak heronya yang berusaha menjadi seorang perampas yang comel..hehe.. Suka tengok gelagat Rayyan yang teruja mkn Karipap Pusing smpai Wafeen gelarkan dia Hantu Karipap.

Permulaan cerita yang agak ceria bila Rayyan yang cuba mengurat Wafeen walaupun tahu Wafeen ni kekasih adik tirinya yang dia x suka.. Apa dia peduli..baginya..Danial perlu Rasa macam mana mama Rayyan rasa bila mama si Danial rampas papa dia..Rayyan seorang yang panas baran ye...

Siapa boleh tahan kan bila Rayyan yang mengurat..romantikk dengan usikan2 comel..buat kita tergelak..walaupun si Wafeen berusaha untuk setia dengan Danial. Tapi akhirnya Wafeen tetap jodoh Rayyan..

Kisah sedih bermula bila Nek Jah nenek Wafeen yang sangat baik dengan Rayyan dan Valqis meninggal selepas selesai majlis kawin Rayyan dan Wafeen. Sedih sangat..Lepas tu satu2 musibah datang....

Yang paling best siapa yang rindukan watak dalam SYK. mereka2 ada dlm HCSPH yang menjadi penguat dlm novel ni... suka sangat... Uwais rupanya sepupu Wafeen..

dan susah jugak nak cari novel tebal yang SUPERB!! ;D
Profile Image for Adilah.
78 reviews14 followers
September 29, 2014
Dalam banyak-banyak watak yang meninggal, waktu Zarynn meninggal amat terasa sedih. Mungkin kehilangan Zarynn membuatkan Daniel insaf dan mengerti kasih sayang itu penting dan cinta perlu dilafazkan, bukan hanya dipendam di dalam hati. Semua watak mempunyai karakter tersendiri. Kemunculan Makcik Sari, Uwais dan Hannah banyak membantu perkembangan cerita dan menambah rencahnya. Cinta Rayyan dan Wafeen tetap utuh walau diuji. Sedih saat Wafeen terpaksa meninggalkan Rayyan dan membiarkan semua tertanya-tanya akan kehilangannya.
Pengajaran yang dapat diambil daripada kisah ini, sifat tamak, dendam, iri hati tidak membawa manusia ke mana. Kasih sayang memberi kekuatan kepada manusia. Kemaafan jua dendam yang terindah.
'Watak utama' yang sebenarnya mungkin karipap pusing, kerana dari helaian awal hingga ke penghujung cerita itulah makanan yang paling banyak disebut. Mungkin penulis boleh share resipi karipap pusing Nek Jah@Wafeen yang menjadi favourite sepanjang zaman tu. :)
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
April 30, 2017
Kisah dendam yang makan diri sendiri dan ketenangan akan hanya dikecapi bila kita sedia memaafkan serta reda dengan ujian Tuhan.
Rayyan Raiqarl tidak pernah bahagia setelah kematian mamanya. Dia berdendam dengan papa, ibu tiri serta adik tirinya, Elhan Daniel. Suatu ketika dia jatuh cinta dengan Wafeen Wardah tanpa mengetahui dia kekasih Daniel. Dengan pertolongan Tengku Zarynn, Wafeen akhirnya jadi miliknya. Daniel mula berdendam. Kebahagiaan Rayyan hanya untuk seketika sahaja. Dia ditimpa kemalangan. Adiknya, Valqis serta papanya meninggal dunia. Dirinya pula, tidak berupaya untuk bergerak kerana tulang belakang yang retak serta kedua buah pinggang yang rosak. Daniel mengambil kesempatan untuk memisahkan Wafeen dari Rayyan dengan pertolongan Tengku Muiz. Dia mula mengaup harta milik Rayyan sambil meracuni fikiran Rayyan tentang Wafeen. Wafeen merahsiakan kandungannya kerana takut dipengapakan oleh Daniel dan Tengku Muiz. Setelah lama diperantauan, Wafeen pulang. Anaknya, Rayyan Firdaus telah besar dan amat merindui papanya. Mereka ketemu kembali dan mula hidup bersama. Tetapi Zarynn, Daniel dan mama tiri Rayyan membantah akan kehadiran Wafeen. Fitnah ditabur dan Rayyan terpengaruh. Wafeen, keluarga dan temannya dimusuhi. Tapi akhirnya kebenaran terbongkar dan Zarynn dan mama tiri Rayyan jadi mangsa. Hanya bila Rayyan reda akan cubaan yang telah dihadapinya serta dia sedia memaafkan Daniel, barulah Rayyan dapat merasa ketenangan dan kebahagiaan.
Profile Image for Juna.
14 reviews1 follower
March 21, 2022
Aku beli novel ni dah lama… belum sempat aku baca tetiba diadaptasi ke drama.
Memang aku marah… sbb ape? novel ni aku ase menarik jalan citernye… aku xnk spoil.
Sib baik hero/heroin aku layan… drama tu aku xlayan sgt sbb aku nk feel lyn novel ni.
Biasalah kan bila dah lyn skit2 drama terbayang ah… sib baik alif satar mmg aku suka.
walaupun pelakon lain kureng…
overall jalan cerita yang menarik… walaupun kadang2 adelah aku skip yg bosan tu…. biasalah tebal kot novel tu… mesti ade yg bosan… setakat penambah perisa…
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 13, 2013
Hikayat Cinta Si Pematah Hati merupakan kesinambungan novel "Suami yang Kubenci". Novel kedua hasil tulisan E-Man Sufi jelas menampakkan kematangan penulis. I think novel kedua ini lebih professional berbanding novel yang sebelumnya. Penulisan lebih kemas and less santai tetapi not too complicated.

Semasa membaca novel English, mostly penulis suka mencipta dunia fantasi mereka sendiri where the characters from their books are related. Series macam ni memang I like. For one thing, ending bagi pasangan bahagia di novel pertama stays happy even if there are some conflicts menganggu kebahagian itu. At least, not too dramatic macam kesinambungan cerita Ombak Rindu.

Anyways. I like the title. Very catchy. Kinda classic...

Novel ini mengisahkan percintaan antara Rayyan dan Wafeen. Wafeen merupakan sepupu kepada Uwais, watak utama "Suami yang Kubenci"... Rayyan pulak adalah salah seorang daripada kawan baik Uwais.

I don't really like lelaki yang steal "milik" orang lain, tapi kalau orang tu macam si Daniel, I really don't mind. Plus, backstory antara budak lelaki yang selamatkan budak perempuan tu makes everything better. Kiranya si Wafeen jatuh cinta pada si Pematah Hati terlebih dahulu la, so technically, he's not stealing her. :) Also, I do like the fact that he likes her before he knew who she was with masa tu.

I also like watak Wafeen. Gadis yang berasal dari keluarga yang kaya tetapi very low profile.

I also like persahabatan di antara Rayyan dengan Zarynn; I especially like the backstory between these two. I can see how they became very close and stay platonic. Very sad though about the end part...

Jalan cerita yang not too berat, not too dramatic and very funny. I really like the fact that si Uwais ada dalam novel ne and merupakan kawan baik si Pematah Hati.

Seriously recommended. Tak menyesal beli. :)

Sinopsis:

WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…

RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!

“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”

“Sorry… saya dah ada kekasih.”

“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”

“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.

Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”

“Apa makna…”

“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Wafeen Wardah (Wafeen) dan Rayyan Raiqarl (Rayyan) bertemu pertama kalinya sewaktu zaman remaja mereka. Pertemuan yang tak disengajakan bila Wafeen memerlukan pertolongan daripada ganguan remaja nakal. Namun, hubungan mereka terputus bila Rayyan terpaksa berpindah mengikut ayahnya selepas pemergian ibunya.

Selepas beberapa tahun, mereka dipertemukan semula bila Rayyan ada masalah dengan Valqis (adik Rayyan). Ditakdirkan Wafeen dan neneknya (Nek Jah) menjadi penyelamat Valqis yang dihalau keluar dari rumah pada masa tu. Wafeen memang bengang sungguh dengan Rayyan bila dengar cerita Valqis. Ironinya, perbalahan mereka dapat ditamatkan oleh kuih karipap pusing kegemaran Rayyan. Hmm, Rayyan ni agak panas baran juga sebenarnya. Tapi perkenalannya dengan Wafeen sedikit sebanyak dapat buatkan dia mengubah sikap panas barannya tu. Yelah, orang nak mengayat kan? Haruslah kena tunjuk perangai terpuji, tak gitu? Hehe.

Sejak awal lagi Rayyan memang dah tau yang Wafeen ni dah ada teman lelaki. Cuma bila Rayyan tahu yang teman lelaki Wafeen adalah adik tirinya, Daniel Elhan (Daniel), dia tekad untuk memikat Wafeen sebab nak balas dendam perbuatan mak tirinya yang pernah musnahkan kebahagiaan ayah dan ibunya suatu ketika dulu. Ditambah pula dengan bantuan watak tambahan Zarynn (adik susuan Rayyan) yang berterus terang kepada Wafeen tentang status Daniel memudahkan lagi rancangan untuk memikat Wafeen. Bila Wafeen dapat tahu hakikat sebenarnya memang berperang sungguhlah. Kesian juga Rayyan masa ni. Memanglah nampak macam kejam, tapi sebenarnya niat Rayyan tu baik. Daripada Wafeen bermadu dengan Zarynn, baiklah Wafeen jadi isteri dia aje kan? Lagipun Wafeen memang dah ada perasaan pun pada Rayyan. Cuma dia je yang tak sedar.

Oh, jangan bimbang. Itu bukan konflik sebenar. Konflik sebenar bermula selepas perkahwinan mereka. Kemalangan yang meragut nyawa ayah dan adik Rayyan telah membuatkan Rayyan cedera parah. Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua buah pinggangnya rosak teruk. Daniel yang sangat kecewa bila dapat tahu Rayyan berkahwin dengan Wafeen mengambil peluang waktu ini untuk mengugut Wafeen supaya meninggalkan Rayyan kalau mahukan Daniel menderma sebelah buah pinggangnya buat Rayyan.

Dilema sungguh kan? Apa agaknya keputusan Wafeen? Berjaya tak agaknya Daniel pisahkan Rayyan daripada Wafeen? Kalau nak tau kenalah baca eh? ;)

Komen saya: Agak lama juga nak habiskan pembacaan buku tebal ni. Phew. Mujurlah part yang buat kita tension muncul waktu agak penghujung cerita. Hehe. Walaupun agak drama, kisah ini tak terlalu berat untuk dihadamkan. Suka dengan watak Wafeen yang tak mudah mengalah. Yelah, memang silap dia tinggalkan Rayyan untuk selamatkan nyawa Rayyan tapi dia taklah berdiam diri aje. Cuma hasil siasatan dia menemui jalan buntu bila Daniel dah merancang dengan baik tempat untuk menyembunyikan Rayyan. Apa pun, tahniah untuk penulis untuk karya terbarunya ini. Lepas ni agaknya turn hero yang mana pula eh? Adakah Jebat atau pun Ayyad si abang manja? ;)
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
June 1, 2014
Lengkap sudah..ketiga-tiga kisah sahabat karib ni...Uwais (Suami yang kubenci), Ayyad (Pabila romeo vs juliet) dan novel ni..Rayyan. Antara ketiga-tiga ni, Hikayat cinta si pematah hati...paling tebal dan berat sikit jalan ceritanya...banyak betul, watak yang meninggal dunia.

Pengajaran dari novel ni...sabar dan memaafkan. Walau seberat mana ujian, bersabar dan banyak-banyak berdoa..bila dikhianati, memaafkan itu lebih baik dari berdendam.. Saya suka antara kata-kata dalam novel ni...
"Tapi...inikah balasan yang saya dapat?"
"Ujian, bukan balasan.Balasan di akhirat nanti..sabar dengan ujian, insyaAllah balasannya syurga"
Iye, apa sahaja yang Allah timpa pada kita tu ujian...susah ujian, senang pun ujian...

Garapan ayat..kemas, walaupun tebal tak terasa lelah untuk habiskan...

Rayyan seorang yang panas baran dan pendendam selepas ibu bapanya berpisah kerana perempuan lain dan kemudian ibunya meninggal dunia akibat cancer..pada ketika itu, ayahnya sedang bercuti keluar negara dengan keluarga baru. Rayyan sering memberontak untuk menarik perhatian. Bertemu dengan Warfeen, Rayyan jatuh hati..tambahan pula Warfeen pandai membuat karipap pusing kegemarannya..Rayyan, pada Warfeen pula, mengingatkannya pada seseorang yang pernah menyelamatkanya..itulah cinta pertamanya..Rayyan berusaha memikat Warfeen, walaupun mengetahui Warfeen sudah punya kekasih hati..Pabila mengetahui, Warfeen kekasih Daniel, adik tirinya.. dia tekad untuk membalas dendam pada Daniel..dan bila, Warfeen tahu Rayyan adalah lelaki yang ditunggu-tunggunya selama ini, hatinya berbolak balik..tetapi memilih untuk setia pada Daniel..dengan rancangan Tengku Zarynn, adik angkat Rayyan..Warfeen dan Daniel berjaya dipisahkan..Rayyan mendapatkan Warfeen dengan cara menipu...

Selalunya watak antagonis.. perempuan, tetapi dalam cerita ni lelaki..Mula-mula, saya rasa kesian, lepas tu menyampah pada Daniel...tamak, tak tetap pendirian, bermuka-muka dan jahat...Rayyan pula, panas baran sangat..tetapi tetap pendirian..terus membela Warfeen, walau apapun yang terjadi..cuma geram bila percaya cakap Daniel dan mama Ann..Warfeen dan Tengku Zarynn pula sangat baik..

**Warfeen dan diriku punya persamaan..suka pink dan bunga matahari. Tapi, ku tak suka warna kuning, camne tu...hehe
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
988 reviews119 followers
October 13, 2013
Joy bagi 4 bintang sebab banyak lah kematian dalam cerita ni. Sedih je tapi walau bagaimanapun, it's still a great story although not as funny as Suami Yang Kubenci. Hikayat Cinta Rayyan dan Wafeen lebih emo.
Profile Image for Rohaida Rahman.
7 reviews2 followers
April 17, 2013
best! ada mood sedih suka duka ketawa.. percintaan penuh dugaan tp berakhir dgn kegembiraan... tahniah eman...
154 reviews2 followers
June 22, 2018
Novel hebat, terbaik dalam sirinya, sangat epik, watak2 utama yang hampir sempurna di'flesh'kan, hampir2 jugaklaa aku nak kasi 4 bintang buat kali pertama dalam hidup selama membaca novel2 genre cenggini, tapi dengan berat hatinya terpaksa mengaku aku tak dapat cari sebab nak rate cerita ni lebih tinggi...

- hero, si pematah hati, penuh dendam, kalau mengamuk macam budak2 kecik - lempang adik perempuan, laser buah hati, sindir orang pedas2, tumbuk BFF, campak barang & cencang bunga, tapi penyayang, sensitif, kuat melindung, setia, rajin memujuk, independent, semuanya diceritakan E-Man Sufi tapi tu laa wataknya statik, marah-mintak maaf-pujuk-mengamuk lagi-mintak maaf-pujuk-janji nak berubah-ulang balik - rinse and repeat, so meh...

- heroin lemah gemalai, manis. manja, killer smile, pandai masak, pandai amik hati kawan/kekasih/suami/famili tapi jadi bunga matahari kat tengah2 medan perang adik-beradik (lain mak) dan sampai ke sudah camtu je, rugi woo, IMHO kalau penulis kasi transform minah ni cerita akan jadi lagi best, teringin nak tengok counter-attack Wafeen lepas kena knockdown ngan ex-bf merangkap adik ipar tu...

- 'hero kedua' - tatau nak guna istilah mende - asal budak baik, suka menyenangkan hati mak-bapak, taat, rajin kerja, sopan santun, ala-ala perfect gentleman tapi takde backbone, macam pengecut, tak reti nak ambik hati orang, pandai bermuka-muka - tipu awek, tipu mak, tipu tunang kemudian lepas abang dan ex-aweks kawin mamat ni berubah jadi watak kejam (dengan bini, dengan abang & kakak ipar), jadi pendendam yang pandai (slyly) memanipulasi keadaan dan orang lain, ala-ala perfect villain jugaklaa - of course akhirnya terlondeh gak kain - so dia dapat peluang kedua laa kut. Mungkin watak favorite aku dalam novel ni...
Profile Image for Ken Noii.
51 reviews2 followers
August 18, 2017
Saya beli novel ni disebabkan suka jalan ceritanya through dramanya dekat Astro lakonan Alif Satar dan Nabila Razali. But sepanjang tengok dramanya, saya tak boleh rasa the feel from the heroin of the drama. Maybe because she's new to industry lakonan as she's a singer and this is her very first drama to act. Okay let's talk about my thoughts about the storyline of this novel.

The most character that I admire is Rayyan Raiqarl. He's quite lovely yet garang brother to Val(which is adik kandung dia), he's romantic and caring with Wafeen Wardah and blah blah so on. Bila saya baca novel and tengok dramanya, memang saya dah expect lelaki and perempuan yang time dulu mereka sekolah rendah is both Wafeen and Rayyan(not Daniel). And after years, takdir dorang untuk berjumpa sekali lagi and obviously they married. Itu pun bila Wafeen break off their relationship with Daniel(which is adik tire Rayyan and Val) as Daniel pun dah kahwin dengan pilihan mummy dia which is Tengku Zarin. At first, both Rayyan and Wafeen sangat bahagia as they do love each other. But after months of their marriage, they faced lots of challenges. Rayyan accident dengan both ayah and adik kandung(but unfortunately both died but Rayyan selamat). So Rayyan ada serious injuiry and need someone to donate a kidney to him. The only person that can help is Daniel. So something was being planned by ............... and Wafeen was given berapa syarat to leave Rayyan in order ........... (taknak spoil mood orang nak baca novel ni nanti) . But obviously the ending will be the happily ever after.

To me, i love both Rayyan and Wafeen sebab kedua-dua telah buat pengorbanan satu sama lain demi cinta dorang yang sangat kuat which is i truly admire.

Profile Image for Qamarina.
41 reviews5 followers
March 27, 2018
Alhamdulilah.. finally im done read the book.. Tebal tapi berbaloi untuk dibaca... Rayyan Raiqarl pemuda yang pada mulanya I tak suka sgt sebb perasaan dendamnya membuatkan dia cuba merampas waafen tapi at last dia mmg sgt2 mencintai waafen sepenuh hati sehinggakan dia sanggup memaafkan waafen eventho waafen dah tinggalkan dia semasa dia sakit.. banyak sgt halangan untuk mereka bahagia.. Tapi ketentuan Allah tu yg terbaik.. Akhirnya Rayyan & Waafen bahagia mengecapi kehidupan berumahtangga.. Walaupun Rayyan pendendam, tetapi dia sanggup memaafkan segalanya demi kebahagiannya.. Love the story, love the characters, and love the ending.
Profile Image for Isma Zahara.
21 reviews6 followers
November 18, 2016
Hmmm..macamana nak mula ya?...pada yang nak baca tu memang disarankan sangat..walau ada typo setelah dhujung2 cerita, IS abaikan sebab susunan ayat masih kita faham...
Memang rindu gan Rayyan n Wafeen semenjak baca dalam blog penulis..gigih cari sebab nak tahu sambungannya..terbayang2 Rayyan yang hencem n Wafeen yang comel...arrrrghhh...
Boleh diulang baca~
Cuma kesudahannya macam sikit sangat..HAHA...
Selama ni ingatkan penulis ni lelaki..kesian!!
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,547 reviews41 followers
May 12, 2017
Best saya suka. Wafeen dan Rayyan nemang serasi dan such sweet couple. Obsession Rayyan dengan karipap pusing memang melucukan. Buku tebal tapi langsung tak menyesal baca. Puas hati.
Profile Image for Dara Oh.
23 reviews2 followers
March 4, 2019
For me
Crita ni bosan
Klise sgt
I x ba abis pun sbb feel xdtg
Like reading buku novel budak2 aje
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
E-man sufi memang tak pernah lagi mengecewakan saya! Even tebal tapi saya habis baca. Means that novel ni best la tu ;)
1 review
April 2, 2014
Kelmarin beli buku ni and ambil masa seminggu jugalah baca. Al-malklumlah tebal kan. Hehehe. Meskipun tebal, cerita yang sangat menarik hati aku nak baca sampai habis. Bukan senang aku nak baca novel yang pada aku best sebab ada beberapa novel aku baca dua tiga muka surat je bila jalan cerita bosan, aku terus campak bawah katil. Upss maaf. Semua novel E-man Sufi sememangnya ada gaya dan cara tersendiri. Aku suka keunikan dan plot cerita yang tak klise dengan novel-novel lain. Aku mula tertaut dengan novel 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta'. Apa yang buat aku suka membaca novel beliau adalah kerana aku suka bila aku menjangkakan sesuatu cerita itu dengan sangkaan klise cerita melayu biasa kat tv tu dan akhirnya sangkaan aku meleset. Itu yang aku buat aku mula jatuh hati nak baca lagi novel beliau dan akhirnya aku cari novel Hikayat Si Pematah Hati. Novel ini berkisarkan cerita cinta antara Rayyan Raiqarl, Wafeen Wardah dan Daniel Elhan. Nampak macam cerita tiga segi kan?Siapa yang dah baca, pasti tahu lah tentang cerita ni dengan Hantu Karipapnya. Semua tentang cerita ni aku suka cuma satu hal je kurang aku gemari. Maaf ye, aku tak berkenan dengan nama-nama watak je. Aiseh, bukan tak cukup sedap nama tu tapi memang terlebih sedap nama-nama tu. Nama seperti Wafeen Wardah, Rayyan Raiqarl sememangnya agak menganggu sedikit emosi aku nak membaca. Haish, nama tak logik di waktu zaman yang sewaktu dengannya. Hahaha tapi nama pun cerita yang direka kan, so penulis kebiasaannya suka letak nama-nama yang indah. Tapi tak mengapa, itu tak dijadikan isu besar. Apa yang paling penting, aku suka cerita ini dan lain-lain. Aku dah mula mencari novel yang lain-lain seperti novel 'Suami yang ku benci' tapi kat semua kedai aku cari semua tak de la pulak. Mungkin stok habis. Kecewa harapan aku. Haha, tak apa. Nanti aku cari lagi. Ok, maaf aku tak review banyak pasal cerita ni tapi melalut di pagi hari ni. Mood pagi yang tak berapa nak elok. Daa..
Profile Image for Az3an.
171 reviews4 followers
February 19, 2014
Novel ke2 Eman Sufi aku baca. Tersangat la tebal, kena stop & sambung byk kali tapi berbaloi.Storyline best tapi ada sikit kesalahan :adik beradik satu bapa, berlainan ibu masih dikira adik beradik kandung, bukan tiri.

Setiap kali baca novel ni mesti ikut mengidam karipap pusing!Hahaha!

Fav Quotes:

"Kenapalah orang tua ni berhati busuk! Sebab ibu tiri macam kaulah rosak semua nama ibu tiri yang baik-baik di dalam dunia!" :)


"Cubalah menyambung ikatan yang telah putus, cubalah memberi kepada yang orang yang tidak mahu memberi kepadamu & cubalah memberi maaf kepada orang yang telah menganiayaimu kerana dengan cara itulah kamu akan mengerti apa itu erti kemanusiaan"

Profile Image for Scha.
85 reviews2 followers
February 11, 2015
sape tak beli novel ni,.memang rugi..dok taip review pun blh daku tersengih2 bila ingatkan kesengalan rayyan..teringat bila dia kejutkan si wafeen "haaa,,makan budak".."sumpah makan karipap pusing",,,.mmg kesengalan terserlah..mula2,.tak terfikir nk beli selepas ada karya penulis suami yang ku benci..sebab tajuk hikayat2 ni,.mcm citer dongeng lama2..terbaca kat p2u..terus berkobar2 semngat nk ke kedai buku..terus beli novel ni ngan pabila romeo vs juliet..so,.skrg,.lengkap la novel cik penulis..last beli novel bukan kerana aku tak cinta..sbb cover dia menakutkan,.ada tatu bagai..heheheh..
Profile Image for Zuhaira.
47 reviews15 followers
November 29, 2013
Tebalnya. Bila nak habis ntah.
Cerita dia banyak drama lah pulak. Kena stop sekejap kasi rehat otak.
Berbeza sunggu buku ni dgn 1st novel author ni. Kali ni lebih berat plot crita seberat novel ni juga.
2nd book ni pun ada makanan juga.. Karipap pusing.. huhuhu
Profile Image for Siti Yasmoon.
15 reviews
July 26, 2014
4.7* Too much tragedy in the family. Hm... really liked the characters intertwined from EMS' novels. Makes you understand the strong bonding & relationship of the family & friendship of the main and supporting characters. A good read. Next?
Profile Image for Miss Ja.
39 reviews1 follower
August 30, 2016
First time baca buku yang tebal sebegini.

Story menarik.. but it have too many issues.

Banyak betul orang meninggal dlm citer nie.. sedih nengok.

*keep skip pages sbb tebal naww.. maybe sbb x biasa baca yang tebal2 gini lagi*
*will try to read whole pages again :)
Profile Image for Pips.
219 reviews30 followers
February 2, 2013
Kasihan Rayyan. Peristiwa lampau menjadikan dia seorang pendendam. Nasib baik ada Warfeen.

Sisi negatif : Rayyan seorang yang panas baran.
Displaying 1 - 30 of 46 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.