Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Lindungan Kaabah

Rate this book
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...


“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex


“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir

“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan

Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Paperback

First published October 1, 2012

42 people are currently reading
678 people want to read

About the author

Hana Ilhami

10 books79 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
316 (45%)
4 stars
224 (32%)
3 stars
108 (15%)
2 stars
34 (4%)
1 star
10 (1%)
Displaying 1 - 30 of 48 reviews
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
March 14, 2013
Okey la sedikit review dari saya..Well, sebagai novel melayu pada pendapat saya cerita nie agak cliche. Sebab? Hanan seorang gadis yg banyak terhutang budi dengan orang yang menjaga dia dari kecik terpaksa menerima anak lelaki penjaga dia sebab nak balas budi. Well, biasala kawen paksa, mula2 tak suka, menghina pasangan bagai tapi at the end jatuh cinta dan kekasih jealous sebab kena tinggal mula la buat plan jahat nak runtuhkan rumah tangga pasangan nie..bagi sy cliche la sbb kebanyakkan novel melayu mmg macam nie..kann..

BUT...

Even ceritanya cliche..ada sy kisah? Apa yang penting bg sy message yang nak disampaikan oleh penulis tue pada kita..and saya rasa buku nie penuh dengan pesanan dan ilmu2an. Even with arrangement marriage where they married without love at the beginning, but at the end the sweetness of the story come after they fall in love during their marriage. Paling terkesan di hati saya waktu Hanan terpaksa membuat pilihan antara Alex dan Fareez. Tersepit diantara rasa kasih yang dia rasa tak pasti pada Alex dan terhutang budi kepada ibu Fareez. Mana satu pilihan dia.

Melalui novel nie, saya belajar banyak perkara..
Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik.

Istikhlas..apa tue istikhlas? maksudnya pura-pura ikhlas :) dengan niat mengharap redha Allah. Ikhlas nie kita sendiri tak tau kita ikhlas ke tak. Even malaikat pun tak tau. Yang tau hanya Allah SWT. So kalau kita rasa kita kurang ikhlas dalam berbuat sesuatu, maka belajar la istikhlas..sekurang2nya kita hipokrit untuk mengharap keredhaan Allah..
Solat tahajud. Lepas baca buku nie, saya rasa teringin sangat nak buat solat tahajud. Memang mula2 kita rasa susah. Dah sedap2 tido, suddenly nak bangun..mesti sygkan katil lagi kan..tp cara penulis sampaikan seronoknya solat tahajud..saya rasa teringin sgt nak bangun buat solat tahajud..nk dapatkan ketenangan yang mcm dia bagitau.

Dan macam2 lagi la yg sy belajar. Well sapa cakap novel yang cliche macam nie tak best. For me, this novel definitely tersangat best. Alhamdulillah banyak pahala penulis tue dapat :)

good job Hana Ilhami! May Allah bless you.
Profile Image for Intan.
85 reviews2 followers
January 1, 2014
Mula-mula masa buku ni keluar tak berminat pun nak beli. Baca blurb macam klise. lepas dah baca Ya maulana, buku kedua penulis terus cari buku ini. Walaupun jalan cerita klise tapi pengisian cerita yang menarik dan penambahan unsur dakwah yang membuatkan saya berjaya menghabiskan buku ini sekali baca..tak bosan walaupun tebal dan tak sedar pun dah nak habis dibaca..

teruskan menulis hana ilhami.menunggu buku ke 3 anda.Moga lebih tebal dari kamus oxford ;)
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
September 22, 2013
Ceritanya biasa2 sahaja. Kahwin paksa rela antara Ustazah Hannan dan Fareez yang playboy lagi fasik. Walau bagaimanapun, pendekatan penulis untuk berdakwah melalui novel patut dipuji. Terasa mudah saja untuk mendekatkan diri dengan Allah. Semoga Cik Pah juga mula mempraktiknya dan istiqamah mengamalkannya. InsyaAllah
Profile Image for Aisyah.
250 reviews43 followers
April 19, 2017
Ya Allah stresnya baca buku ni........ Kalau bukan sebab kebencian A terhadap Fareez, dah lama A bagi buku ni 5 stars. Masalahnya A rasa kalau penulis fokuskan plot buku ni pada hubungan antara Hanan, Alex dan Amir, A rasa mesti cerita dia lagi best.

A rasa karakter Alex sangat menarik dan A suka relationship dia dengan Hanan, A rasa dia akan menjadi suami yg baik dan soleh if dia kawin dengan Hanan. Tetapi nak dijadikan cerita (novel Melayu la katakan) Hanan kena paksa kawin dengan si Fareez yang lingkup pulak. A xsuka cara Fareez abuse dan manipulate Hanan, memang mimpi ngeri seorang wanita dapat suami yang hampas macam si Fareez ni.

A xnak cakap panjang sebab rasa stres bila fikir pasal ni, A rekemen buku ni kat sapa2 yg suka baca drama yg sangat angsty dan menyakitkan hati. Jika para pembaca tak suka genre ni, please avoid buku ni... Jadikan A sebagai pengajaran, rasa seksa bila baca sebab A benci but at the same time I need to know how it ends!!! Urrghhhhhh
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
August 11, 2013
love it...smooth reading. Cuma rasanya penggunaan kaabah tu tidak sesuai digunakan dalam novel ini. Usah gambarkan sesuatu yang terlalu sempurna kerana Hanan sendiri tidak sempurna.
Profile Image for fifichii.
9 reviews7 followers
March 17, 2024
2.5 Entahla Stars

Berbanding beberapa novel yang I dah baca beberapa minggu ni, novel ni boleh dikira sebagai novel terbaik so far, tapi still not good enough nak dibagi banyak2 stars due to a few reasons.

Firstly, the plot, ni my first time baca novel dimana perkahwinan hero and heroin adalah atas dasar dakwah. Kahwin paksa selalu la I jumpa so this is a fresh genre for old me. Rasa sangat excited nak baca proses dakwah si heroin dalam novel ni, tapi hampa sebab katanya nak berdakwah kepada suami, tapi bila dibaca boleh dikira dengan jari berapa kali je dia bagi nasihat dengan si suaminya tu. Scene bergaduh je berlambak. Macam tak jauh bexa sangat dengan novel2 kawen paksa yang slalu I baca.

Okay, sedikit ringkasan cerita ni:

Si heroin, Hanan dah terjatuh hati dengan seorang (bakal) mualaf bernama Alex, tapi bila si ibu angkat request dia kawen dengan anak kepada ibu angkatnya iaitu si Fareez, hati dia terbelah dua. Dua-dua dia nak try dakwahkan ke jalan yang betul, Si Alex sebab dia mualaf, and si Fareez sebab dia dah tersesat dah tak macam Islam. Entah apa ntah reasoning si Hanan tu last2 dia pilih untuk kawen dengan si Fareez. Mungkin perkahwinan atas dasar cinta terlalu cliche kot untuk si Hanan so dia pilih level hard punya, kawen dengan lelaki pemabuk yang dah ada pakej girlfriend sendiri.


*review ni ada spoilers tau*

What I liked:

The Islamic theme, yang bukan sekadar ditempel begitu sahaja.
The writing pun nice, just jalan cerita je yang kinda meh.

What I disliked:

The plot:

Plot cerita ni dipenuhi dengan:

1) 50% scene gaduh laki bini - An overused cliche. Si suami perangai ntah apa2 je lepastu si isteri yang balik2 mintak maaf. (Dah kenapa terlajak polos? Yes, a good wife takdanya nak melawan suami tapi kalau dah suami tu buat salah xyah la nak merelakan je diri dipijak-pijak, masochist much? Lepastu pulak, bila part si Alex, si Hanan tu suka betul nak membelakangkan suami, macam tak masuk akal pulak, out of character betul, sebab part lain lurus bendul dengar je cakap suami, part si Alex, lelaki yang si suami jelas-jelas larang and x suka, dia tak kisah pulak pasal dosa dengan suami.)
2) 15% scene laki yang ada side gf sudden ada feelings kat bini sendiri (boleh nampak si hero start muak dengan si gf lepas ada bini tapi still gak pasang dua walaupun dah berbulan2 kawen, tamak betul)
3) 10% scene si isteri terlalu polos sabar je kena hina n kena curang dengan laki (katanya nak berdakwah kepada suami tp bila dapat tau si suami keluar sampai lewat malam / pagi mabuk2 dengan gf dia, si Hanan senyap je. Dihina pun tahan je. Dakwah secara senyap mungkin tp kalau dengan si Alex beria2 pulak dia nak bagi nasihat itu ini, tu yang aneh. Baik dia kawen dengan si Alex je.)
4) 10% si suami menghabiskan masa dengan gf walaupun dia dah muak dengan gf tu sebab dia pengecut (berkali2 kata nak putus dengan si gf tu tp still gak keluar mabuk2 dengan gf tu, tak faham daku, sembang je lebih!)
5) 10% drama - drama gf, drama pregnant, drama syarikat etc. (sedikit cliche, sedikit over the top)

All in all, the plot is not my cup of tea, sebab sedikit mengecewakan sebab I expect a different kind of novel tp hmm macam sama je dengan novel2 lain kat luar sana just ada extra islamik sikit. The ending pulak macam heh, tiba2 je. Bukan cliffhanger, tapi sedikit 'lawak' sebab macam rushing sangat sampaikan terasa tak ngam betul dengan the entire novel, macam kena tepek gitu je haha

Next as for the characters:

1) Heroin - Hanan
- comel tapi agak lurus bendul
- terlalu mudah cair dengan suami walaupun selalu dihina
- macam takda pendirian sangat sebab macam senang betul nak kena influence dengan orang lain (disuruh kawen dengan Fareez, setuju je etc.), tapi bila part si Alex, dah macam pahlawan pulak tanpa gentar melawan cakap suami, aneh tapi benar
- pelupa : katanya nak berdakwah kepada si suami, tapi boleeh dikira dengan jari part dia menasihati si suami tu. Kejenya banyak kepada bergaduh dengan suami je. Last-last nak lari dari rumah sebab suami tak berubah huhu

2) Hero - Fareez
- antara watak paling annoying dalam novel ni
- kesalahan bini cepat je nak melenting, kesalahan diri dibutakan je mata
- kata taknak dengan bini, tapi menggatal gak dengan bini (cakap buaya mmg xleh percaya)
- tamak, dah ada bini, nak jugak simpan gf sampingan
- sembang je lebih, tapi pengecut, nak tinggalkan gf pun tak berani walaupun dah berjanji dengan bini (last2 berjaya gak putus dengan gf tu pun sebab si penulis paksa si gf tu sudden jd watak jahat. Kalau si gf tu watak baik je, sampai ke kiamat pun diorang xputus2 gak kot)
- to be honest, xda nampak pun improvement si Fareez ni dalam novel ni other than him falling in love with Hanan and suddenly banyak berubah dah nak habis novel tu (entahla macam tak kena je premise cerita ni pasal dakwah nak mengubah si Fareez ni tapi benda tu macam 5% of the story je huhu)

3) Mak Long - Mak si Fareez
-Datin yang annoying, memaksa orang kawen dengan anak dia yang bermasalah sebab dia tak leh nak didik dah anak tu (tu masalah anak dia, dah kenapa nak susahkan anak orang lain untuk baiki anak dia pulak? Enak aja! In real life benda ni sangat2 payah nak succeed sebab realitinya banyak perkahwinan begini akan menjerumus kepada abuse, be it physically or mentally. Hantar gi kaunseling agama la anak tu makcik oi!)

4) Rozi, Kawan si Hanan
- a nice friend tapi macam suka sangat melampaui batas
- dia tau kawannya seorang ustazah, sibuk nak tanya pasal pasal rumahtangga orang, malam pertama etc.
- takleh simpan rahsia, suka2 dia je nak bagitau rahsia si Hanan dengan si Fareez. Niat tak menghalalkan cara duh!

5) Watak-watak lain.
- kinda normal, even watak jahat pun normal gak.

All in all, cerita ni tak lah jelek tapi mengecewakan je. Mungkin harapan I terlalu tinggi huhu
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Penulis ni memberikan watak yang seperti malaikat kepada watak Hanan. Segala yang kita mahu pada watak Hanan ada padanya. Bagus juga mendidik jiwa perempuan-perempuan di luar sana (seperti aku) supaya tidak terlalu memilih dalam berumahtangga. Segala bermula di hati untuk mengharap redha Allah kita tak boleh selalu berkompromi.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
July 17, 2014
Hanan & Fareez

Hanan.. Gadis yang hadir dalam hidup keluarganya sejak 16 tahun yang lalu.. Fareez tahu yang selama ini hubungan mereka berdua tidak pernah mesra walaupun tinggal di bawah satu bumbung sekian lama. Dia akui semasa kecil, dia memang tidak begitu menyenangi akan kehadiran Hanan. Kerana gadis itu lebih mendapat perhatian mummy dan papanya walaupun dia hanya sekadar anak pembantu rumah.

Kerana terikut-ikut dengan budaya Barat dan berhubungan dengan setiausahanya; Sally; mummy Fareez, Datin Zaleha nekad mengahwinkan dia dan Hanan.. Hanya Hanan yang mampu membawa Fareez ke jalan yang diredhai Allah..

"Mummy, come on lah! Hanan tu ustazah. Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya. Sampai dalam rumah ini pun bertudung. Perempuan macam tu mana sesuai dengan Reez, mummy. Cuba mummy fikir, kalau Reez kena menghadiri mana-mana function yang dibuat oleh client atau mana-mana VIP, takkanlah Reez nak bawa Hanan, mummy. Lagipun, she's not my cup of coffee la mummy."


Setelah mereka dinikahkan..

Fareez: Don't worry, I won't touch you. Remember I told you already, you are not my type.

Namun, dek kerana satu insiden, kedinginan Hanan sedikit sebanyak menyesakkan jiwanya. Mana taknya, dua bulan dia dilayan persis raja. Kepulangannya disambut dengan senyuman. Pakaian, tuala semua tersedia bila diperlukan. Air Nescafé panas sentiasa menanti tatkala dia bersengkang mata pada lewat malam bagi menyudahkan kerja. Dan yang paling mengasyikkan, apabila badannya lenguh, pasti jari-jemari lembut Hanan mengurutnya.
Padan muka kau, Fareez! Dulu kau dilayan dengan baik, kau buat tak endah. Sekarang rasakan sendiri macam mana terseksanya bila ditolak!

Pelbagai dugaan pahit ditempuh Hanan dengan sabar, memujuk dengan lembut supaya suaminya cintakan Allah dan Rasul, dan akhirnya...

"Memang abang pernah bercinta dengan Sally. Betul, abang pernah beritahu Hanan yang abang akan mengahwini Sally. Tapi itu dulu. Sekarang... dalam hati abang cuma ada Hanan. Abang sayang dan cintakan Hanan."
Profile Image for Yuni.
257 reviews82 followers
March 31, 2015
Suka cover dia. Mengingatkan Yuni pada cover buku2 agama masa sekolah agama dulu. Ok, jangan tanya connectionnya apa.

Suka bila penulis 'ukirkan' karakter Hanan seperti itu. Seorang ustazah yang memang mengikut suruhan agama tetapi ada masanya terkeluar juga. Contohnya bila dia mencadangkan perkahwinan mereka ala2 kahwin kontrak. Sedangkan ada ke kahwin kontrak dalam islam? Dan juga pabila dia keluar dari rumah dan duduk di rumah Rozi. Dengan izin or tanpa izin suami? Ada ke keluar dari rumah dengan alasan marah pada suami? Itu semua menunjukkan even orang alim pun tidak lari dari membuat kesalahan. Bukan Yuni nak kutuk orang alim. Tidak! Just nak tunjukkan realiti hidup, tiada manusia yang sempurna.

Kufikirkan Sally tu maybe nanti dengan Alex. kekeke...termati pula. hish hish hish...
Profile Image for Peah.
15 reviews
August 10, 2016
Jalan cerita ni selalu je muncul dalam kebanyakan novel melayu sekarang, which means the ending will be pretty much predictable. Tapi disebabkan penulis mengambil cara pendekatan yang berbeza mengenai kahwin paksa/arrange marriage, Peah rasa sangat teruja bila baca buku ni.
Overall, it's a good book for us muslimah yang tercari-cari bacaan novel romantis dengan karakter wanita bertudung.
Profile Image for Qayiem Razali.
891 reviews85 followers
May 9, 2014
Setelah hampir lima bulan menangguhkan pembacaan karya ini, akhirnya selesai sudah! Ya, walaupun kisah kali ini sudah terlalu klise, namun... jalan cerita yang dilakarkan penulis membuatkan kisah ini sedikit unik. Paling penting, banyak ilmu agama yang boleh kita dapatkan. Tahniah buat penulis!
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 5, 2014
Best! Banyak pengisian!
Kedua ibu-bapa Hanan telah meninggal dunia semasa dia masih kecil lagi. Ibunya pernah berkerja sebagai orang gaji Datin Zaleha dari itu Datin mengambil Hanan sebagai anak angkatnya. Hanan membesar bersama Fareez (anak Datin) dan Amir (anak saudara Datin). Hanan lebih rapat dengan Amir tetapi dia agak gerun untuk mendekati Fareez. Bila sudah dewasa, Datin Zaleha menyuruh Hanan berkahwin dengan Fareez. Dia mahu Hanan membimbing Fareez yang telah lama jauh dari landasan agama. Hanan akhirnya bersetuju untuk berkahwin atas alasan mahu berdakwa. Fareez pada mulanya keberatan kerana dia sudah mempunyai kekasih hati bernama Sally. Lama-kelamaan, Fareez jatuh cinta dengan Hanan dan dia mula menjauhi Sally. Sally sakit hati lalu berkomplot dengan Zahari untuk memporak-perandakan rumahtangga Fareez serta mensabotaj perkerjaannya. Fareez dan Hanan difitnah. Namun berkat doa kepada ya Rab serta kesabaran dan pertolongan orang sekeliling, akhirnya mereka dapat melalui masa kelam mereka. Kerana keikhlasan dan kesabaran Hanan, dia dapat merubah Fareez, membimbing Alex serta menuntun Sally ke jalan yang benar.
Profile Image for araws.
20 reviews1 follower
May 28, 2014
tajuk novel ni sebenarnya betul-betul buat saya tak nak baca sebab asyik terkenangkan kary Hamka 'di bawah lindungan Kaabah'. rasa macam tiru pun ada. huhu. nasib pinjam dari orang je boleh baca ni.

cerita yang memang boleh agak perkahwinan ni boleh bertahan sebab Hanan ni seorang ustazah mestilah dia tak akan buat perkara yang melebihi batas agama. watak Fareez pulak lebih kurang macam tak sedar diri. dah dapat yang baik macam hanan pun dia buat tak heran.

dari novel ni banyak mesej islamik yang boleh kita amalkan. satu usaha dakwah yang baik. apa pun, saya enjoy je baca novel ni.
117 reviews
July 3, 2021
Sekolah ke suami lebih penting?

Urm.

2nd time reading, double cringe. Hanan and her rona merah. Synical Fareez tak habis dengan perbandingan kepentingan suami. Ok, bro we got it. Realiti lelaki tahu jaga kepentingan sendiri tapi kepentingan isteri terabai. Nasib baik hujung2 tu his redemption is enough and acceptable.

A few words with Islamic sense are well delivered, a few words can make you flinch too especially about marriage concerns. Overall, it is a dramatic read with acceptable religious values.
Profile Image for Sabrina Meena.
5 reviews
October 13, 2018
My first malay romance book ive ever read.I really like the whole story xx
Im currently searching for her another book ! Truly reccomend this book ! It gives back my bookworm motivation a boooooooosssstt 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
1 review
Read
August 20, 2023
book
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Inn Auni.
1,090 reviews24 followers
May 28, 2017
Hanan yang dijolok perempuan lindungan Kaabah oleh rakan sekerja, diminta menikahi anak ibu angkatnya, Fareez, sedangkan hatinya sudah terpaut pada Alex. Demi membalas budi dan rasa tanggungjawab untuk membawa Fareez kembali ke jalan lurus, Hanan redha.

Ternyata Fareez bukan calang-calang lelaki. Mempunyai ilmu agama tetapi tidak diamalkan dan dengan ilmu itu juga, Fareez berkali-kali berjaya menjerat Hanan.

Sewaktu hati kedua-duanya sudah terpaut, muncul pula watak-watak yang cuba memisahkan mereka.

---

Tanpa unsur Islamiah, novel ni sama saja dengan novel yang lain. Kisah nikah paksa dan si isteri mahu membawa haluan sendiri. Bezanya ialah si suami bijak menggunakan ilmu agama yang dimilikinya untuk mengelak kes tidur berasingan contohnya.

Tiada istimewanya Hanan pada mata saya. Bagi saya Hanan ialah gadis yang kalau tanpa ilmu agama, akan membesar menjadi kuat membantah, kurang ajar dan sombong.

Ada banyak perkara dilakukan Hanan tanpa pengetahuan suami. Saya tak dapat terima alasan berdakwah. Dan kerana sikap begitulah, Hanan ditimpa pelbagai dugaan.

Tanpa jolokan perempuan lindungan Kaabah, Hanan sama saja dengan muslimah yang lain.

Kekuatan cerita ni banyak terletak pada watak-watak sampingan. Malahan watak antagonis juga lebih menarik kerana mereka punya matlamat. Sedangkan watak utama seolah-olah hilang arah.
Profile Image for Ernie Amira.
13 reviews
May 5, 2014
Pertama kali melihat tajuk novel ini, ingatkan ada sesuatu yang terjadi kepada Hanan, atau ada sesuata yang Hanan buat sehinggakan Cikgu Rozi memanggilnya perempuan lindungan Kaabah. Tapi apabila mula baca novel ni, rupanya perempuan lindungan Kaabah tu hanya satu gelaran; untuk menggambarkan kemuliaan peribadi seorang Hanan.

K cukup ah terlalu skema pun Amira. Ehem. *betulkan tie*

Tapi tah ah, gelaran tu macam terlalu mulia untuk Ustazah Hanan.

PLK mengenalkan aku pada "istikhlas". Berpura-pura ikhlas dengan niat nak dapat keredaan Allah.

Dan baru tahu, mendekatkan seorang Islam kembali kepada Allah lebih baik dari mengislamkan orang kafir. "Mengislamkan seorang musyrik mendekatkan kita dengan syurga, tapi menarik balik orang fasik pada agama Islam umpama mengislamkan sepuluh orang musyrik." Masya-Allah :)

Cumanya, ni novel Melayu yang tipikal. Kawen paksa yang endingnya sudah boleh diagak. Cuma kelainan yang cuba dibawa penulis, beliau menulis atas maksud dakwah. Respek!

**Tapi tetap aku lebih suka penyampaian Hlovate, lebih menyentap dan meruntun jiwa. Ceh.
Profile Image for Nisa.
116 reviews15 followers
January 12, 2013
Crita kahwin pksa yg dpaparkn, tipikal mcm crita kawen pksa lain..smpai Nisa bleh agak jln critanya. Cuma, pnulis cuba brdakwah dlm kryanya..tntg Ustzh Hanan, yatim piatu sjak kcil dn dbesarkn oleh majikn ibunya Datin Zalehah, dbesarkn brsama Amir... ank saudara dan Fareez..anak tungal Dtin Zaleha. Hanan seorg yg cantik, sopan, warak, brpekerti mulia, pmaaf, sntiasa mnjaga aurat dan btas2 prgauln... Rapat dgn Amir, yg sudah dianggap spt abgnya sndiri..ttp dingin dgn Fareez. Fareez pula, seorg yg gmar k klab mlm dn blik dlm keadaan mabuk. Dalam diam Amir mnyukai Hanan. Slain Amir, Hanan juga dcintai oleh Alex, llaki brbgsa cina yg ingin mmeluk islam. Alex juga mrupakn kwn baik Fareez. Alex mluahkn prasaan hatinya utk mmiliki Hanan..pd msa yg sma Dtin Zaleha bimbng mlihat Fareez yg saban mggu blik dlm keadaan mbuk mminta Hanan brkahwin dgn Fareez. Hanan akur krn budi, tp hatinya spt x reda..sterusnya jln crita bleh di agak...biasa je...and ofkos la happy ending..sekian
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 31, 2014
Buku ni banyak menyentuh bab ilmu agama. Suka bila penulis sentuh bab adap tidur, selalu mengingatkan solat malam & wajib.
Character Fareez yg player yg menuju ke arah kebaikan hasil usaha Hanan isterinya. Hanan, mana nak cari wanita cam ni zaman sekarang. Pasti ada. Aku mula tanya, mampukah aku nak jadi mcm Hanan. kisah Alex, yg mualaf boleh menjadi seorang Muslim yg lebih Muslim dari kita yg dilahirkan Islam hanya kerana penukaran beg di bab awal. Kisah Cikgu Rozi yg main peranan penting sebagai BFF. Sally yg gedik yg pengakirnya hmm.. Aku suka part meeting gempar yg Fareez buat dgn Staff itu. Opinion aku, dia berani.
Rata-rata, aku enjoy baca pasal dpt garap ilmu. GOOD JOB, HANA ILHAMI. Alhamdulillah.
Profile Image for Theplain.
98 reviews25 followers
Read
September 1, 2014
i like the idea
except that i have been write almost a similar story back then (but not finished).

yeah, maybe sometime we have high expectation in 'good' women,forgetting that they also a human. no, no women can change a man. Allah does it. all women can do is to guide him and love him of course.

the storyline is a bit slow in the middle, i skip a few page because it is clise. i dont like a scene where that women has to do 'something' to pleased his husband. yeah, i know you must obey your husband, but don't you have dignity? hell i don't care how rich or handsome that a husband can be but if he can't respect you, then he is a dutchbag!

excuse my language.
Profile Image for Cik Milah Sekupang.
31 reviews3 followers
April 17, 2014
Buku-buku berunsur Islamik seperti ini sedikit sebanyak akan menambah ilmu di dalam diri pembaca walaupun mereka tidak mengamalkannya namun mereka tahu. Saya suka dengan adab-adab yang disampaikan melalui buku ini.. antaranya adab-adab sebelum tidur, adab minum, adab ketika menasihati dan pelbagai lagi. Perwatakan Hanan itu membuatkan saya kagum dengan penulis kerana dakwah secara santai itu sedikit sebanyak terkesan pada hati saya. Terima kasih Hana Ilhami kerana menghasilkan karya seperti ini. (^_^)v
154 reviews2 followers
December 4, 2016
ok aa untuk karya sulung, cuma sedikit ralat pasal rasa lebih teruja nak baca kisah Alex dari cerita dua watak utama :-\

- tabiat meminum minuman keras sebenarnya bukan satu isu ringan, ianya dosa besar dalam syariat Islam dan duduk dalam rubu' jenayah i.e. layak dikenakan hukuman hudud
- peminum (tak kira tegar atau sosial) juga terpaksa berdepan dengan masalah ketagihan dan mungkin masalah-masalah sosial lain (kerja, ekonomi, keluarga, masyarakat)
- juga kisah pemabuk2 lelaki dan perempuan yang ber'couple' bertahun-tahun tapi tak pernah terlanjur? get real...
Displaying 1 - 30 of 48 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.