There was a time when the notion of Hadith rejection was inconceivable. Sad to say, it is now becoming a widespread phenomenon in many countries. The educated and the ignorant, veteran Muslims and reverts, the middle class as well as the elite are falling prey to the misleading ideas projected by the Hadith rejecters through books and other forms of publication. The Internet has, unfortunately, given them a new and effective platform.
Emad Hamdeh has taken up the task of replying to these Hadith rejecters with sound and convincing arguments. The Necessity of the Hadith in Islam not only explains the need for the Hadith and the Sunnah at all times, but also presents and refutes the main arguments put forward by Hadith rejecters. Furthermore, Hamdeh has profiled the top few Hadith rejecters and summarized their ideas.
This is a well-researched, well-referenced and comprehensive work, which provides useful information to those seeking more knowledge on the subject. It will also sufficiently answer many different questions which come to mind after reading some of the arguments of the Hadith rejecters. Muslims today need to read works such as these to ensure that they are not misled, especially through the Internet.
Penolakan hadis sebagai sumber hukum yang berautoriti dalam Islam walaupun bukan tohmahan baharu dalam sejarah Islam, ia berlaku dalam skala yang tidak pernah disaksikan sebelum ini. Pada awalnya, ia digerakkan oleh orientalis yang jejak mereka diikuti dengan penuh taksub dan takjub oleh golongan modenis.
Justeru, buku yang menegaskan hujjiyatul-sunnah atau keabsahan sunnah bukan sahaja sebagai sumber hukum berautoriti selepas al-Quran, bahkan didakap dengan penuh cinta oleh umat Islam wajar mengisi rak buku peribadi manusia pada masa ini.
Ini kerana penolakan hadis atau juga dipanggil antihadis ini, biasanya menggunakan ‘mantera’ yang boleh memperdayakan kerana ia dibalut dengan label-label saintifik, rasionaliti dan dokumentasi dengan meletakkan nama-nama orientalis yang sering menyebabkan sebahagian umat Islam akan mudah tertawan tanpa mengetahui istilah sebenar saintifik dan rasionaliti atau sejauh mana wujudnya dokumentasi dalam ilmu hadis dalam tradisi Islam.
Emad Hamdeh sebenarnya saya kali pertama menonton pembentangannya adalah rakaman di IIIT mengenai salafisme berdasarkan pemikiran Nasiruddin Albani dan menunggu penerbitan buku Emad, Salafism and Traditionalism: Scholarly Authority in Modern Islam yang berada dalam senarai pre-book.
Justeru, buku The Necessity of the Hadith in Islam ini tentunya menjadi sebahagian bidang kajian beliau dalam ilmu hadis, sekali gus wajar untuk dibaca sebagai satu rujukan kembali kepada ilmu penting ini.
Fokus utama kepada buku ini adalah untuk melihat sejarah penolakan hadis sebagai sumber hukum autoriti secara sepintas lalu dan reaksi imam mujtahid dan ulama sezaman termasuk Imam Shafie RA terhadap golongan sebegini, sebelum menyusur golongan antihadis pada akhir abad ke-19 dan sepanjang abad ke-20.
Beberapa dakwaan dan hujah terhadap penolakan hadis itu diberikan perhatian oleh pengarang serta jawapan balas termasuk dalam kalangan ilmuwan Islam sendiri. Dakwaan golongan antihadis yang dijawab seperti al-Quran sudah memadai, tiada perintah dalam kitab suci supaya meyakini hadis dan peringatan Rasulullah SAW supaya hadis tidak ditulis.
Mengenai dakwaan ketiga itu, ia sering diulang-ulang oleh golongan modenis termasuk dalam kalangan pemimpin negara mengenai hadis hanya ‘ditulis’ selepas abad ketiga Hijrah. Dakwaan ini sebenarnya berpunca daripada salah faham terhadap kenyataan ahli dan ulama hadis yang awal hingga kesalahan orientalis seperti Joseph Schacht, William Muir, Alfred Guillaume Gabriel Orsay dan Ignac Goldziher itu terus diulang-ulang golongan modenis sebagai burung kakak tua meskipun bukti yang menyanggahnya terus diberikan dan ditemukan termasuk naskhah yang lebih awal.
Buku ini turut memberikan fokus kepada pandangan Jeffrey Lang, iaitu Muslim Amerika yang memeluk Islam yang menulis buku antaranya meluahkan sikap skeptik terhadap hadis dengan berpandukan secara intensif dengan orientalis, G.H.A. Juynboll. Antara hadis yang ditolak Lang ialah hadis mengenai kekurangan ‘aql’ dan ‘din’ pada wanita; sekiranya sujud kepada manusia dibenarkan dan Nabi SAW akan memerintah wanita berbuat demikian kepada suaminya, selain sikap skeptiknya terhadap ‘adalah (sifat kebolehpercayaan yang sangat penting dalam periwayatan hadis) pada sahabat RA secara keseluruhan dan mengapa Abu Hurairah RA banyak meriwayatkan hadis walaupun memeluk Islam lebih kemudian daripada kebanyakan sahabat.
Buku-buku seperti karya Emad ini dapat membantu dalam menangkis tohmahan golongan orientalis yang pandangan mereka sentiasa menemukan peminat-peminat mereka sama ada orang bukan Islam mahupun dalam kalangan umat Islam sendiri. Malah, ia sering dibentuk seperti naratif akademik yang berasaskan bukti saintifik dengan membawakan keraguan terhadap beberapa aspek yang bersifat teknikal. Bagaimanapun, karya seperti Emad ini membuktikan pandangan orientalis dan serangan terhadap hadis itu sebenarnya tidaklah saintifik, sebaliknya berasaskan kepada pandangan yang tidak boleh diterima secara mantik atau rasional.
I really enjoyed this book. It was an excellent rebuttal of those who criticize hadiths. He addresses the Quranist crowd and the hadith-skeptic crowd as well. I commend the author on his attempt to discuss why hadith is important. I've found this is one of the general issues people have with Islam - many accept the Quran but struggle to understand the necessity of hadith.
I didn’t really finish the whole book, but rather focused on a few chapters related to my assignment in undergraduate studies. The book is easy to be understood and has clear explanations on hadith for beginners.